Showing posts with label Asam Gelugor. Show all posts
Showing posts with label Asam Gelugor. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Sakit Telinga? Ini Dia Ubatnya.

Ada tak sesiapa yang sakit telinga kat sini? Kalau ada, anda bolehlah cuba salah satu daripada dua ubat sakit telinga di bawah yea.


[Cara Pertama] Gunakan batang pokok keman air


1. Ambil beberapa batang pokok keman air.

2. Bersihkan batang tersebut dan kisarkannya bersama dengan sedikit air bersih.

3. Pastikan ia dikisar sampai lumat tau.

4. Bila dah agak lumat, anda titiskanlah air kisaran tadi ke dalam lubang telinga yang sakit.



[Cara Kedua] Gunakan daun dan akar pokok asam gelugor


1. Ambil beberapa helai daun asam gelugor dan bahagian akarnya sekali.

Asam Gelugor dan daunnya - fotopedia.com



Pokok Asam Gelugor - Prof KMS @ Flickr


2. Bersihkan kesemua bahan di atas.

3. Tumbukkannya sampai lumat.

4. Kemudian, perahkan untuk diambil airnya dan letakkan ke dalam sebuah bekas.

5. Akhir sekali, titikkan air perahan tersebut ke dalam lubang telinga yang sakit.


Bagi kedua-dua petua di atas, anda boleh menitikkan beberapa kali sehari air kisaran/perahan tersebut. Lakukan sampailah rasa sakit telinga berkurangan.



Selamat Mencuba!

Thursday, March 11, 2010

Cara Mengubati Gusi Berdarah

Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.

Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;

a. Mulut kering.

b. Kurang menjaga kebersihan mulut.

c. Diabetes.


e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).


Sehubungan itu, sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:


1. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.

Pokok Macang/Bacang (Mangifera Foetida)

Pokok Machang/Bacang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



2. Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.

Daun Bacang/Macang (Mangifera Foetida)

Daun Bacang/Machang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.

4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.

5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.

6. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.

7. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya.

Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.


Selamat Mencuba!

Monday, January 5, 2009

Petua Hilangkan Tumit Pecah

Cuba tengok jap tumit kaki anda tu. Ada tak pecah-pecah? Kalau ada, bende ni selalunya terjadi disebabkan oleh ulat air. Ataupun ada sesetengah daripada kita alah terhadap bahan kimia seperti sabun pencuci lantai.

Mungkin ada yang tercari-cari cara nak hilangkan kesan tumit pecah tu. Caranya tak susah manapun dan anda semua boleh merawatnya sendiri.

Ada 2 cara kat sini. Pertamanya, anda pakai jer selipar dalam rumah. Khaskan selipar khusus hanya untuk kegunaan dalam rumah. Tapi rasanya cara ni lebih kepada mengelakkan dan memelihara tumit kaki daripada pecah, kan?

Apakata kita beralih ke cara ke-2 pula. Apa yang anda perlukan adalah beberapa keping asam gelugor. Kita lihat dulu macamner rupa asam gelugor.


Rajah 1: Pokok Asam Gelugor



Rajah 2: Buah Asam Gelugor



Rajah 3: Kepingan Asam Gelugor




Apa yang perlu anda lakukan dengan asam gelugor ni adalah;


i. Isikan dulu sebuah besen dengan air suam-suam kuku.

ii. Masukkan beberapa keping asam gelugor kat dalam besen tu.

iii. Kemudian, rendamkan kaki anda ke dalam besen tu selama 30 minit.

iv. Amalkannya setiap hari yer.

Jika tiada aral, tumit pecah kat kaki anda tu akan beransur pulih.


Selamat Mencuba!



Sumber gambar: www.epu.jpm.my dan asia.travel.ru

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More