Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.
Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;
a. Mulut kering.
b. Kurang menjaga kebersihan mulut.
c. Diabetes.
d. Tabiat merokok.
e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).
Sehubungan itu, sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:
1. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.
Pokok Machang/Bacang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org
2. Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.
Daun Bacang/Machang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org
3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.
4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.
5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.
6. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.
7. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya.
Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment