Tuesday, March 9, 2010

3 Petua Mengubati Sakit Mata

Memiliki sepasang mata yang sempurna merupakan satu anugerah tak terhingga kurniaan Tuhan kepada kita. Melaluinya juga kita berpeluang menyaksikan pelbagai panorama indah di muka bumi ini. Justeru, kita mestilah bersyukur dan sentiasa memelihara kesihatan mata agar ia sentiasa dapat berfungsi dengan baik.

sepasang mata yang cantik

Sepasang mata yang cantik - photos-of-the-year.com



Maka sehubungan itu, andainya anda mengalami sakit mata, terdapat 3 petua yang boleh dicuba. Antara bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah daun bunga melati, daun sirih serta daun sirih muda. Ketiga-tiganya kaedah penggunaannya akan saya sertakan sebentar saja lagi. :)


Kaedah Pertama:

1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).

Daun Bunga Melati

Daun Bunga Melati - wikimedia.org



2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.

3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.

4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.


Kaedah Kedua:

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.

foto daun sirih

Foto daun sirih



2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.

3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.

4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.

5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.

6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.


Kaedah Ketiga:

1. Ambil beberapa helai daun sirih.

2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.

3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.

5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.

Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga sakit mata anda beransur pulih.


Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More