Showing posts with label Bunga Raya Putih. Show all posts
Showing posts with label Bunga Raya Putih. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

3 Khasiat Bunga Raya Putih

Bunga Raya memang tak asing lagi dengan anda, kan? Selain merupakan bunga kebangsaan, ia mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya untuk penjagaan diri. Cuma kali ini, saya ingin fokuskan khasiat bunga raya putih.

Jika anda masih ingat, saya pernah kongsikan salah satu khasiatnya tak lama dulu. Iaitu ia boleh digunakan untuk melegakan sakit mata. Anda boleh klik artikel yang bertajuk "Cara Melegakan Sakit Mata" sebagai rujukan ya.


Selain sakit mata, anda boleh manfaatkan bunga raya putih untuk beberapa lagi perkara. Iaitu menghilangkan kelemumur, menghitamkan serta mengilatkan rambut dan mengurangkan rasa panas badan.

Kalau sebelum ini khasiatnya tertumpu pada akar, untuk petua kali ini anda perlu menggunakan daunnya pula.



Bunga Raya Putih - sobrihomedecor.blogspot.com




A. Menghilangkan Kelemumur, Menghitamkan serta Mengilatkan Rambut


1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.

2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.

3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian rambut.

4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala anda ya.

5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut anda dengan menggunakan air bersih.



B. Mengurangkan Panas Badan


1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih. Jangan lupa, hanya pilih daun yang segar saja.

2. Ramaskan daun tadi dengan menambahkan sedikit air.

3. Kemudian, anda lap air ramasan daun tadi pada seluruh badan.

4. Jikalau tak larat nak lap seluruh badan, anda boleh demahkan saja air ramasan tersebut kat atas kepala.



Begitulah saja petua yang dapat saya kongsikan kali ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda semua.


Cubalah ya!


p.s: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53 kepada seluruh rakyat Malaysia. :)

Saturday, March 20, 2010

Cara Melegakan Sakit Mata

Beberapa hari lepas, saya telah kongsikan petua mengubati sakit mata dengan anda. Jika ada yang terlepas, boleh rujuk semula di SINI ya.

Cuma kali ini saya ingin menambah satu lagi cara bagi melegakan sakit mata. Iaitu dengan menggunakan akar pokok bunga raya putih pula.


Bunga Raya Putih

Bunga Raya Putih - iluvislam.com



Ia adalah sebagai alternatif sekiranya anda sukar mendapatkan daun bunga melati ataupun daun sirih (merujuk kepada tulisan lepas - 3 Petua Mengubati Sakit Mata).


Baiklah, cara memanfaatkan akar pokok bunga raya putih adalah seperti berikut;


1. Ambil hanya bahagian akar pokok bunga raya putih.

2. Bersihkannya terlebih dulu.

3. Rebus akar tersebut hingga mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan ianya sejuk.

5. Apabila air rebusan tadi dah sejuk, titiskannya pada mata anda yang sakit.


Jika diizinkan-Nya, mata anda akan sembuh. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More