Monday, December 24, 2012

Pok Nik akan buat acara lelong Spender di Negeri Sembilan..

Dalam usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada hujung minggu ni.

Majlis makan malam tersebut dijadual untuk diadakan disebuah hotel di Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz.

Gua dimaklumkan, acara yang paling istimewa di malam tersebut ialah Pok Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Hasil lelongan tersebut katanya akan disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

Selain tu.., tiket untuk makan malam tersebut ialah RM100 bagi setiap kerusi.. Mahal betul!!!

Turut hadir dan akan memberikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan beberapa kepemimpinan utama PAS Negeri Sembilan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More