Sunday, July 20, 2008

Petua Sejagat: Hilangkan Jerawat

Zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun wanita semuanya mementingkan penampilan diri terutamanya penjagaan muka. Bila kita melihat muka seseorang, pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada yang terus jatuh cinta pandang pertama, ada yang terus berangan-angan nak buat menantu dan tak kurang juga yang terus membuat tafsiran. Tafsiran tu terpulanglah sama ada positif ataupun sebaliknya.

Mungkin atas sebab itulah kita semua berlumba-lumba inginkan kulit muka yang halus, licin dan yang lebih penting bebas dari jerawat. :D

Mesti semua orang tak nak wajah mereka ditumbuhi jerawat, apatah lagi kalau dipenuhi jerawat! Betul tak?

Kalau nak diikutkan, terdapat pelbagai produk di luar sana yang berlumba-lumba mengiklankan produk mereka. Masing-masing mengakui produk mereka adalah yang terbaik.

Tapi anda harus ingat, tidak semua produk itu sesuai untuk setiap individu. Ada yang serasi dengan produk A, manakala yang lain pula serasi dengan produk Z.

Huh, macamner nak pilih ni! Takkan nak cuba semua yang ada kat pasaran. Bankrap la macamni. Silap haribulan sampai ke angkasa lepas tua pun jerawat tetap tak hilang.

Ouuch! Letih la macamni, ye tak?

Baiklah, saya pun tak nak meletihkan anda lagi. Takut saya pun turut terletih gak!

Petua sejagat kali nak kongsi satu cara hilangkan jerawat.

Caranya tampak mudah saja. Tapi kita haruslah mengamalkannya bukan setakat sampai jerawat tu hilang jer. Seharusnya diamalkan secara berterusan gitu. Walaupun jerawat dah hilang, kita boleh teruskan rutin ini. Jika tiada aral, kulit kita pasti lebih cantik dari dulu.

Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.

Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawat secara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.

Apabila bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan air bersih. Jangan lupa berselawat bagi yang Muslim.

Amalkan petua sejagat ni setiap malam sehinggalah muka anda bebas dari jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya. :)


Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More