Syukur sangat-sangat bila melihat semangat juang jitu yang ditunjukkan oleh selebriti-selebriti Malaysia. Untuk makluman, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin telah pun bertolak ke Gaza untuk menjalankan misi masing-masing. Semoga perjuangan mereka dirahmati olehNya.
Rasanya banyak lagi selebriti tempatan yang telah, sedang dan akan terbang ke Gaza untuk memberikan bantuan. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Untuk anda yang ingin membantu tetapi tidak ada kelapangan masa, bolehlah menderma menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).
0 comments:
Post a Comment