Thursday, October 23, 2008

Menurunkan Berat Badan Dengan Buah Delima

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Masalah berat badan yang berlebihan memang menghantui kebanyakan individu sejak zaman-berzaman. Seolah-olah ianya takkan berakhir sampai bila-bila. Namun perlu anda sedari hakikatnya senaman yang konsisten beserta amalan pemakanan yang seimbang mampu menurunkan berat badan.

Di samping itu, anda boleh mengikut petua orang lama. Biasanya ia akan diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Salah satu petua tradisional yang digunapakai oleh orang dulu-dulu ialah menggunakan buah delima untuk menurunkan berat badan.

Buah Delima (Sumber: Wikipedia)


Caranya seperti berikut;

1. Ambil sebiji buah delima muda dan kikis kulitnya.

2. Kisar buah delima tadi dengan setengah gelas air dan tambahkan secubit garam.

3. Kemudian, tapis air delima tersebut dan sejukkannya dalam peti sejuk.

4. Amalkan meminum air delima ini 1 minggu sekali selepas makan tengahari.




Selamat Mencuba!

Wednesday, October 22, 2008

Petua Kecantikan: Petua Kuruskan Badan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Siapa yang nak kuruskan badan? Mesti ramai di antara anda yang mengimpikan untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal, kan? Jadi, saya nak kongsi satu petua kecantikan dengan anda nih. Iaitu petua kuruskan badan.

Perkara yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan ialah dengan meminum air asam jawa dan bonglai. Kalau anda tak tahu apekebende bonglai tu, boleh rujuk gambar kat bawah ni;


Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar)
Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar) - kanchanapisek.or.th



Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Ambil segenggam asam jawa yang telah diperah pekat.

2. Ambil sedikit akar kunyit dan akar bonglai.

3. Kemudian rebus perahan air asam jawa, akar kunyit dan akar bonglai dengan menggunakan 2 gelas air sehingga mendidih.

4. Bila air rebusan dah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.

5. Lepas tu, minumlah air rebusan tersebut pada setiap pagi.

6. Amalkan sekali jer dalam sehari.


Selamat Mencuba!

Wednesday, October 15, 2008

Petua Kecantikan: Merawat Lingkaran Hitam Bawah Mata

Tadi anda dah diberitahu sebab-sebab terjadinya lingkaran hitam kat bawah mata, kan? Sekarang saya sambung plak dengan rawatan ataupun petua kecantikan yang boleh anda cuba. Bahannya adalah dari sumber semulajadi. So, selain daripada lebih selamat, efektif dan mudah, anda pun dapat menjimatkan wang. :)


Ada 5 cara merawat lingkaran hitam bawah mata kat sini, jadi jom kita sama-sama tengok;


[1] Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato

Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.

Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.


Atau cara alternatifnya;


Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer. Lepas tue, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam bawah mata untuk beberapa minit.

Selepas tue, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.


[2] Uncang teh


Rendam 2 uncang teh dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer.

Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.


[3] Minyak almond


Untuk pengetahuan anda, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat.

Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.

Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. :)


[4] Zat besi, vitamin c dan asid folik


Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.

Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu ... berhentilah merokok. :D

Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. :)


[5] Biji buah berangan


Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan masalah ni.

Psst...Sebenarnya, pengecutan saluran darah kat bahagian mata dan hidung la yang menyumbangkan terjadinya lingkaran hitam tue.


Selamat Mencuba!

Tuesday, October 14, 2008

Kenapa Ada Lingkaran Hitam Bawah Mata Anda

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Cuba tengok muka anda jap kat depan cermin tu. Perhatikan ada tak lingkaran hitam (eye bag) kat bawah mata??

Kalau anda masih muda remaja, mungkin takder lagi kot. Tapi kalau anda dah tak brape nak remaja lagi, berkemungkinan besar memang ada. Hehe...

Sedar atau tak, kebanyakan individu tak pentingkan hal ni langsung. Tapi bagi yang sering mementingkan penampilan diri, masalah lingkaran hitam ni sikit sebanyak merisaukan anda. Betul tak?


Melalui apa yang saya baca, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata nie. Antaranya ialah;


1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.

6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.

11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.


Oklah, ni baru jer penyebabnya. Nanti saya sambung pulak dengan petua untuk mengurangkan ataupun menghilangkan lingkaran hitam ni yer.

Saturday, October 4, 2008

Salam Aidilfitri 1429

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang sudi mengunjungi blog petua sejagat ini.

Jika gaya penulisan saya selama ini agak kurang menyenangkan atau ada terkasar bahasa, saya mohon ampun dan maaf zahir batin.




::Kad Ucapan Raya Percuma



Kalau tiada aral, saya akan berkongsikan lagi petua-petua yang menarik dengan anda sedikit masa lagi.

Akhir kata, sambutlah musim perayaan ini dengan berpada-pada terutamanya ketika menjamu selera tu. Makanlah dengan kuantiti yang berpatutan yer. :p


Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More