Friday, November 21, 2008

Merawat Kulit Melepuh Terbakar

Masalah kulit melepuh terbakar harus dirawat dengan sesegera yang boleh. Jadi, kalau ada anggota keluarga anda yang mengalaminya, saya ada petua yang boleh dipraktikkan. Bolehlah anda merawatnya di rumah saja, kan?

Cara merawatnya;

1. Anda perlukan minyak kelapa, ubi kentang dan kain pembalut.

Kentang-Merawat Kulit Terbakar (Wikipedia)



2. Kupas kulit ubi kentang tu, bersihkan dan parut.

3. Celupkan kain pembalut yang bersih tu ke dalam minyak kelapa.

4. Ambil ubi kentang yang dah diparut tadi dan letakkan kat kulit yang melepuh terbakar.

5. Kemudian, balut kawasan tu dengan kain pembalut.

6. Biarkan beberapa lama sehinggalah hilang rasa sakit dan perit.

Amalkan petua ini sehingga kulit anda sembuh.


Selamat Mencuba!

Monday, November 17, 2008

Anda Terasa Lenguh Badan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Masalah lenguh badan ni biasa terjadi kat sesiapa saja. Mungkin kerana anda terlalu penat bekerja seharian. Ataupun dah lama tak bersukan, tiba-tiba anda bersukan secara berlebihan plak semalam. Tentu badan anda rasa cam tak best jer kalau lenguh-lenguh ni, kan?

Baiklah, satu petua untuk menghilangkan lenguh badan ialah dengan mandi air kelapa.


Air kelapa hilangkan lenguh badan (Sumber - www.disbun.jabarprov.go.id)




Caranya ringkas saja iaitu;

Mandi air kelapa (1 biji saja) yang dicampur dengan air sejuk. Amalkannya dengan mandi pada waktu tengahari selama seminggu yer.

Jika tiada aral, badan anda akan terasa lebih segar bugar!

Selamat Mencuba!

Sunday, November 16, 2008

Hilangkan Parut Pada Badan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kesan parut kat anggota tubuh anda pastinya mengingatkan kepada sesuatu peristiwa lampau. Biasanya pengalaman yang kurang bestlah, kan? Sudah tentu anda mahu melenyapkan kenangan tu. Dengan hilangnya parut tu, harap-harap dapatlah anda melupakan segalanya dan teruskan hari mendatang dengan semangat baru!

Tapi agak-agaknya, macamner nak hilangkan parut kat badan nih? Kalau nak beli produk-produk moden, kosnya agak mahal tuh. Lagipun, belum tentu lagi sesuai. Risau gak kalau dah banyak keluarkan duit, tapi tak berhasil.

Saya pasti ramai yang menghadapi masalah sedemikian, kan? Justeru itu, saya nak kongsikan satu petua tradisional untuk menghilangkan parut pada badan. Gunakan bahan semulajadi jer iaitu daun lidah buaya.


Daun Lidah Buaya (Sumber: Mardi)




Apa yang perlu anda lakukan adalah;

1. Ambil daun lidah buaya dan bersihkannya dahulu.

2. Kemudian, potong daun lidah buaya tu sebab anda nakkan lendirnya.

3. Sapu lendir tu kat parut yang ada pada tangan, kaki ataupun anggota badan anda yang lain.

4. Amalkan petua tradisional ini 3 kali seminggu sehinggalah parut tu hilang.


Selamat Mencuba!

Saturday, November 15, 2008

Petua Mengubati Sakit Gigi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Gigi anda sakit? Terdapat pelbagai sebab yang boleh dikaitkan dengan sakit gigi ni. Salah satu daripadanya sebab gusi tu bengkak.

Macamner boleh bengkak? Mungkin kerana anda lambat mendapatkan rawatan ketika gigi berlubang ataupun berbau busuk.

Apabila gusi anda tu bengkak, ia mungkin mengandungi nanah. Kesannya, susahlah anda nak makan nanti. Sebab rasa sakit yang amat dan berdenyut-denyut dibuatnya.

Salah satu petua mengubati sakit gigi yang disebabkan oleh gusi bengkak adalah menggunakan umbut nanas.


Buah Nanas (www.mdsubis.sarawak.gov.my)




Macamner caranya tu?


Mari saya tunjukkan langkah-langkah mengubati gusi bengkak anda tu;


1. Ambil umbut nanas dan hancurkannya.

2. Campurkan umbut nanas tadi dengan sedikit garam halus.

3. Tampalkannya kat pipi anda yang ada kesan bengkak tu.

4. Biarkannya sampai kering.

5. Amalkan petua ni sampai bengkak kat gusi anda tu sembuh yer. :)


Selamat Mencuba!

Sunday, November 9, 2008

Daun Inai Atasi Kelemumur

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Anda ada masalah kelemumur? Gunakanlah syampu anti kelemumur dot dot dot. Inilah ayat iklan standard yang selalu dilihat kat tv, kan?

Anda dah letih try macam-macam brand, tapi masalah kelemumur ni tak jugak settle lagi. Rambut anda dah banyak yang gugur ni. Time cuaca panas ataupun kalau berpeluh, kepala ni buat hal plak. Asyik gatal memanjang.

Apakata anda try satu petua tradisional ni. Gunakan daun inai. Biasanya orang ingat inai ni untuk menghitamkan rambut jer, kan? Tapi sebenarnya fungsi inai lebih daripada tu.

Daun Inai (Sumber: www.melur.com)



Untuk mengatasi masalah kelemumur ni;

1. Anda ambil dulu semangkuk daun inai.

2. Tumbuk inai tu sampai halus.

3. Basahkan rambut anda dengan air dan lumurkan inai tadi kat atas kepala.

4. Bungkus rambut anda dengan plastik pembungkus rambut. Pakai "shower cap" pun boleh.

5. Biarkan rambut anda berbungkus selama 30 minit.

6. Akhir sekali, basuh rambut anda tu dengan air bersih.

Itu saja yang perlu anda buat.

Selamat Mencuba!

Thursday, November 6, 2008

Petua Kecantikan: Lebatkan Bulu Kening Anda

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Bulu kening yang lebat pastinya akan menambahkan lagi kecantikan wajah anda. Tentu anda inginkan bulu kening yang lebat dan cantik, kan?

Ada yang mengatakan yang lendir lidah buaya mampu mencantikkan bulu kening anda. Cuma ambil daun lidah buaya dah ramaskannya hingga melekit. Kemudian, sapukan jer pada bulu kening anda.

Rajah 1: Lidah Buaya (Sumber: Wikipedia)



Tapi saya nak tambah skit petua lebatkan bulu kening ni. Sebagai alternatif untuk anda yang sukar nak menjumpai pokok lidah buaya ni.

Antaranya;

1. Sapukan lemak ayam pada bulu kening anda tu. Amalkan 2 kali sehari.

ATAU

2. Bakar sebiji kelapa dan diambil minyaknya tu. Kemudian, sapukan minyak kelapa tu pada kening anda.

ATAU

3. Gunakan buah keras. Kat bawah ni ada gambarnya sekali.

Rajah 2: Pokok Buah Keras (Sumber: Wikipedia)



Rajah 3: Buah Keras (Sumber: Wikipedia)



Anda perlu buang dulu kulit buah keras ni. Kemudian bakar buah keras tadi sehingga hitam dan keluar minyaknya.

Sapukan minyak tu kat bulu kening anda 2 kali sehari. Amalkan selama 1 minggu.

Harap-harap, pada anda yang nak lebatkan bulu kening tu, bolehlah try petua kat atas yer.

Selamat Mencuba!

Saturday, November 1, 2008

Petua Kejayaan Untuk Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Beberapa hari lepas, saya terbaca satu artikel tentang petua kejayaan dalam tangan anda. Rasanya elok kalau saya kongsikan petua kejayaan tu kat sini. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat faedahnya.


Perkara yang perlu ada pada anda bagi menggapai kejayaan adalah:



1. Menepati masa.

Kalau ada sebarang temu janji, datanglah awal. Sekurang-kurangnya 5 minit lebih awal daripada masa yang dah ditetapkan tu.


2. Siapkan tugasan anda tepat pada masanya.

Tapi kalau kerja tak siap gak, jangan takut untuk meminta maaf di atas keterlewatan anda. Akuilah kesalahan anda dan berusahalah supaya tidak mengulanginya pada tugasan yang mendatang.


3. Usah terlalu memikirkan perkara yang remeh-temeh.

Sebagai contoh, kalau ada individu yang tak suka kat anda, pedulikannya. Jangan biarkan mereka menjatuhkan semangat anda. Sebaliknya, anda perlulah lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik.


4. Elakkan daripada mengutuk orang lain. Lebih-lebih lagi cakap belakang!

Kalau asyik bergosip, kemungkinan besar orang lain takkan bercakap tentang perkara yang lebih penting dengan anda. Sebab anda hanya akan dicop sebagai ahli mesyuarat tingkap, internet bergerak dll.


5. Kalau anda nak tegur kesalahan seseorang, usah menegurnya di depan orang lain.

Sebaliknya, anda ajaklah dia ke tempat lain yang lebih privasi skit. Berbincanglah dengannya secara empat mata. Tak usah mengaitkan masalah peribadi dengan hal kerja, ok.


6. Semua orang ada kelemahan ataupun keburukan. Tiada siapa yang sempurna di dunia ni.

Jangan biarkan kekurangan itu memusnahkan diri anda. Tapi anda mesti memperbaiki kelemahan itu sikit demi sikit. Tujuannya supaya kredibiliti anda sebagai pekerja tak tergugat di mata majikan.


7. Bekerjalah dengan individu yang mampu mencabar diri anda.

Secara tak langsung, anda sebenarnya boleh belajar pelbagai benda baru daripada individu sebegitu. Mereka biasanya mempunyai pelbagai skill, banyak pengalaman dan semestinya hebat.


8. Baik dengan bos bukan untuk mengampu.

Anda berbaik-baik dengan majikan bukan untuk membodek. Tapi anda mesti belajar sesuatu daripada mereka. Sifat baik atau kelebihan yang ada padanya harus anda jadikan contoh.


9. Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik.

Sama ada anda bos ataupun pekerja biasa, kemahiran komunikasi tersangatlah penting. Anda perlu bergaul dengan orang di sekeliling anda. Tak kira apapun pangkat mereka. Komunikasi yang berterusan mampu membantu anda memahami mereka seterusnya menjadikan anda seseorang yang hebat.


10. Tonjolkan diri anda semasa bekerja dalam satu kumpulan.

Buktikan anda seorang pekerja yang berkaliber, mampu memikul tanggungjawab dengan sempurna, gigih berusaha serta tidak gentar menghadapi persaingan.


11. Pakaian yang sesuai dengan kerjaya anda.

Pakaian perlulah sesuai dengan bidang kerjaya anda. Pakaian yang sesuai akan menambah keyakinan orang lain untuk berurusan dengan anda.


12. Jangan lupa bersenam.

Walaupun anda sibuk dengan tugasan harian, jangan sesekali abaikan senaman. Peruntukkan sedikit masa untuk senaman supaya anda lebih sihat dan bertenaga. Bentuk fizikal yang sempurna dan menarik juga boleh menambahkan keyakinan diri.

Selain fizikal, anda juga perlu menjaga kesihatan emosi dan mental.


13. Ada masa untuk diri sendiri.

Dalam sehari, ambil sikit masa untuk anda bersendirian untuk muhasabah diri. Apakah misi dan tujuan hidup anda. Apa perlu anda buat untuk mencapai matlamat tersebut. Sebaiknya tulis di atas kertas supaya anda nampak setiap hari.




14. Sediakan perancangan lain.

Fikirkan perancangan lain dalam hidup anda. Boleh senaraikan sehingga 5 jika perlu. Kalau matlamat anda tak kesampaian dalam pekerjaan sekarang, sekurang-kurangnya anda dah ada gambaran apa yang nak dibuat seterusnya.

15. Semangat yang jitu.

Anda perlu mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya. Sebarang kegagalan takkan mematahkan semangat anda. Sebaliknya, anda mesti belajar dari kegagalan tersebut dan tidak mengulanginya lagi. Pengalaman lampau pasti menjadikan anda lebih kuat!



Selamat Mencuba!



p.s: Jikalau anda ingin menambah sebarang point, silalah tambah di ruangan komen yer. Mudah-mudahan kita semua berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More