Wednesday, January 28, 2009

Petua Melegakan Panas Badan

Anda sering berasa panas badan tapi tak tahu cara melegakannya? Satu petua untuk melegakan panas badan adalah dengan meminum jus belimbing.


Gambar - famaxchange.org



Cara mengamalkan petua ini:

1. Ambil sebiji buah belimbing.

2. Sediakan segelas air sejuk.

3. Kisar buah belimbing dan air sejuk tadi bersama.

4. Setelah selesai mengisar, tapis jus tersebut dan minum.

5. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.

Selain dapat melegakan rasa panas badan, petua ini pun boleh anda amalkan untuk mencegah penyakit kulit dan juga rabun malam.

Walaupun mudah, banyak juga kelebihan buah belimbing ni yer. :)


Selamat Mencuba!

Monday, January 26, 2009

Menghilangkan Kotoran Cat

Sekiranya kereta atau motor anda terkena kotoran cat, pasti anda rasa semacam. Lebih-lebih lagi kalau anda seorang yang menitikberatkan soal kebersihan dan kecantikan kereta baik di luar mahupun di dalam. Dah tentu nak menghilangkan kotoran cat tu secepat mungkin, kan? Selagi tak hilang, selagi itulah anda tak boleh nak duduk diam.


Gambar kereta - kereta.com



Bagi anda yang menghadapi masalah tu, apakata cuba satu petua ni. Ianya cukup mudah dan murah pulak tu.

Caranya:

Gosokkan kotoran cat tersebut dengan menggunakan ubat gigi. Gunakanlah kain lembut dan gosokkannya secara membulat sampailah kotoran tersebut hilang. :)


Selamat Mencuba!

Saturday, January 24, 2009

Elakkan Mabuk Kenderaan

Mabuk kenderaan biasanya menimpa sesetengah orang ketika berjalan jauh. Dalam perjalanan tu plak, anda terpaksa melalui jalan yang berbengkang-bengkok. Itu kalau anda ikut jalan lama ataupun memang belum ada lebuhraya lagi kat situ. Lagi satu, ia berkemungkinan kerana anda jarang berjalan jauh kot.

Kalau kes ni, memang sukar skit nak mengatasinya. Mungkin anda boleh bawa minyak cap kapak atau limau untuk dihidu semasa perjalanan tu.

Namun, saya ada terbaca yang mabuk kenderaan ni terjadi kerana jantung anda lemah. Untuk masalah ni, anda boleh cuba petua yang bakal saya kongsikan di bawah nanti. Musim cuti ni, pastinya ada yang nak berjalan jauh, kan?

Sebelum memulakan perjalanan tu, anda minumlah dulu madu asli yang dicampurkan dengan sikit garam.


Caranya begini;


1. Ambil 3 sudu makan madu asli.

2. Campurkannya dengan sedikit garam.

3. Minumlah sebelum anda nak jalan jauh.

Jika tiada aral, anda takkan mabuk semasa perjalanan nanti.


Selamat Mencuba!

Friday, January 23, 2009

Petua Memperlambatkan Tumbuh Rumput

Ada suatu ketika, baru beberapa hari selepas anda memotong dan membersihkan rumput di kawasan rumah, ia dah tumbuh semula. Rasa macam baru jer potong, tapi alih-alih dah panjang balik. Mungkin anda sedang tercari-cari ada tak cara memperlambatkan pertumbuhan semula rumput ni?


Gambar - bumilandscape.com



Ada satu petua ringkas yang patut anda cuba. Caranya ialah dengan menyiram rumput yang baru dipotong dan dibersihkan tadi dengan air garam.

Mudah, kan? Bila potong rumput pada hujung minggu ni bolehlah anda cuba petua ni.


Selamat Mencuba!

Thursday, January 22, 2009

Petua Mengubati Kutu Air

Tahukah anda bahawa kutu air atau rasa gatal di celah jari boleh disembuhkan dengan menggunakan darah kambing? Jika anda dah cuba pelbagai cara namun masih buntu, bolehlah menggunakan darah kambing sebagai alternatif.

Caranya begini;

Anda dapatkan dulu darah kambing yang masih segar-bugar. Cuba tanya pada kenalan anda mana nak dapatkannya. :)

Kemudian, anda gesekkan telapak kaki anda (atau kawasan yang ada kutu air tu) pada genangan darah kambing. Lakukan sampailah cairan darah tu mengental.

Biarkannya sekejap. Dalam beberapa saat jer. Lepas tu basuh kaki dengan air yang suam-suam kuku sampai bersih.

Jika tiada aral, setelah beberapa hari nanti ia akan sembuh.

Kesimpulannya, kalau anda ada darah kambing tu, jangan dibuang terus. Boleh manfaatkannya untuk mengubati kutu air pada kaki, tangan dan juga tepi bibir.


Selamat Mencuba!

Tuesday, January 20, 2009

Inginkan Kuku Cantik Berkilat?

Kuku yang cantik berkilat ni lebih sinonim jika dihubungkaitkan dengan wanita. Itu dulu kot. Sekarang ni, ramai lelaki yang turut mementingkan penampilan terutamanya kecantikan dan kebersihan kuku. Siap buat rawatan manicure dan pedicure lagi tuh. Selain cantik, kuku yang bersih secara tak langsung menggambarkan tahap kebersihan seseorang gak.


Gambar rawatan kuku - yoyoyspa.com


Sebenarnya, anda pun boleh mencantikkan kuku ni tanpa ke spa kalau nak. Boleh buat rawatan sendiri jer kat rumah. Lebih menjimatkan masa dan duit, kan?


Mari kita tengok apakah petua merawat kuku agar cantik dan berkilat bersama-sama.


[1] Pertama sekali, anda sediakan dulu belimbing buluh. Kat tempat saya ni orang panggil belimbing asam. Rupanya macam kat bawah ni.


Belimbing buluh - Wikipedia



[2] Kemudiannya, gosokkan belimbing buluh ni ke kuku anda.


[3] Lepas dah gosok tu, cucilah tangan anda dengan air sabun dan keringkannya.


[4] Amalkan petua ni setiap hari sehingga menampakkan hasil. Setelah berhasil kelak, mungkin anda boleh buat 1-2 kali seminggu.



Selamat Mencuba!

Sunday, January 18, 2009

Masalah Lemah Tenaga Batin

Zaman sekarang, masalah lemah tenaga batin bukan hanya dialami oleh individu yang dah berusia jer. Golongan muda belia pun same. Hal ini pastinya membimbangkan anda dan pasangan. Nak-nak anda baru jer mendirikan rumahtangga. Tentunya malam pertama anda agak hambar!

Bagi mengelakkan anda yang mengalami lemah tenaga batin ni terus merana, kat sini ada satu petua sejagat yang mesti anda cuba! Ikutilah petua ni dengan teliti dan penuh sabar, ok.


Buah Delima(Pomegranate) - Wikipedia



1. Carilah beberapa biji buah delima yang dah kecut. Tapi yang kat atas tu masih segar lagi. Nak tunggu sampai kecut pun boleh gak. :)

2. Tumbuk buah delima kecut tu untuk mendapatkan airnya.

3. Kemudian, campurkan air delima tadi dengan sedikit gula pasir.

4. Didihkan air tersebut sampai pekat.

5. Seterusnya, amalkan meminum air rebusan ini beberapa kali sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.



Selamat Mencuba!




p.s: Sekiranya anda nak mempelajari seni melambatkan pancutan pun boleh. Download panduannya kat Di Ranjang bila-bila masa jer!

Saturday, January 17, 2009

Petua Awet Madu Asli

Madu asli ni dah diketahui umum memang mengandungi pelbagai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Cuma bau madu asli ni agak tengik sikit. Terutamanya yang baru diambil dari sarangnya. Ditambah lagi kalau ia dah disimpan berbulan-bulan lamanya, kan?




Tapi anda tak perlulah khuatir sangat. Ada satu petua untuk mengatasi masalah madu yang berbau tengik ni. Agar madu tu awet dan segar, sila ikut langkah-langkah berikut yer.


1. Pertama skali, tuangkan madu tersebut kat dalam periuk. Saiz periuk tu agak-agak bersesuaian dengan kuantiti madu yang anda ada.

2. Panaskan madu tersebut sampailah mendidih.

3. Kemudian, dinginkan madu tadi.

4. Lepas tu, simpan madu tersebut dalam botol dan tutup rapat-rapat.

5. Simpan kat tempat yang dingin dan elakkan daripada terkena cahaya matahari.




Jika tiada aral melintang, madu ini akan tahan berbulan-bulan lamanya dan baunya pun tak tengik lagi. :)


Kepada penggemar madu, cubalah petua ni!


Sumber gambar: malay.cri.cn

Friday, January 16, 2009

Jagung Muda Hilangkan Bintik Merah

Jagung muda ni bukan saje sedap dan lazat malah berkhasiat. Antara kegunaan jagung muda adalah mengubati bekas cacar air dan bintik merah di badan anda.


Gambar jagung ni diambil dari Gerbang Usahawan



Apa yang perlu anda buat ialah:

1. Bersihkan dulu dan kemudiannya parut jagung muda tu.

2. Gosokkan pada bahagian badan yang ada bintik-bintik merah.

3. Amalkannya sehingga hilang bintik merah pada badan anda.


Selamat Mencuba!

p.s: Petua ni juga boleh digunapakai pada wajah anda juga.

Wednesday, January 14, 2009

Ada Masalah Tidur Berdengkur?

Lazimnya, masalah tidur berdengkur ni sering menghantui kaum lelaki. Di kalangan wanita pula, jarang kita dengar mereka tidur berdengkur. Kalau ada pun peratusannya agak kecil kot. Atau kalau berdengkur pun, bunyinya mungkin tak sekuat dengkuran si lelaki.


Sebenarnya, berdengkur ni bukanlah sesuatu yang merbahaya. Masalahnya sekarang, kadangkala dengkuran yang kuat ni boleh menganggu orang lain. Orang yang berdengkur tu bukannya sedar, kan? Pasangannya, teman sebilik dan orang yang tidur di sekitarlah yang terasa. Kalau tumpang tidur kat rumah orang, masalah ni boleh menimbulkan rasa malu gak.




Untuk makluman anda, ada satu petua untuk orang yang ada masalah tidur berdengkur nie. Iaitu gunakanlah kelebihan buah badam.




Cara-caranya;

1. Sediakan 7 biji buah badam.

2. Tumbuh kesemua badam tu sampai lumat.

3. Kemudian, campurkannya dengan air susu suam dan kacau hingga sebati.

4. Kepada yang ada masalah berdengkur tu, bolehlah minum air tersebut.


Selamat Mencuba!


Gambar: lostweekend.tv dan id.wikipedia.org

Monday, January 12, 2009

Petua Memutihkan Ketiak

Masalah ketiak hitam sering menghantui kebanyakan kita kerana masih tak tau petua memutihkan ketiak. Salah satu cara termudah tentulah dengan memakai deodorant pemutih ketiak, kan?


Sekadar gambar hiasan



Tapi bagi anda yang nak putihkan ketiak dengan cara tradisional, boleh ikuti petua di bawah;

1. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kapur sireh dan sebiji limau nipis.

2. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring.

3. Lepas tu, sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit.

4. Lakukannya selepas mandi tau.

5. Sebaik-baiknya, anda amalkan selama 1 minggu yer.

Jika anda serasi dengan cara ni, hasilnya ketiak anda bukan saja bertambah cerah malah tidak berbau lagi.


Selamat Mencuba!


p.s: Bila ketiak dah putih nanti, jangan dok asyik nak tayang kat umum jer plak! :)

Gambar: www.care2.com

Atasi Masalah Kulit Berkedut

Masalah kulit berkedut ni memang dihadapi oleh semua orang. Sama ada bakal, sedang ataupun telah mengalaminya. Setiap yang muda pasti akan tua. Itupun kalau dipanjangkan umurlah Semakin tua usia kita, kulit pun makin berkedut dan tidak berseri lagi seperti dulu.

Kebarangkalian kulit untuk berkedut dalam usia yang agak muda kemungkinan lebih tinggi kalau anda tak menjaga pemakanan, tidak bersenam dan tak peduli langsung pasal keadaan kulit.



Peliharalah kulit anda sebelum berkedut

Biasanya kita lebih mengambil berat tentang kulit muka. Sebab itulah yang orang selalu perhatikan. Jadi, bagi anda yang ingin pulihkan kulit muka berkedut atau kurang berseri...

Ada satu petua yang mampu mengatasi masalah kulit berkedut. Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah mudah didapati iaitu 1 batang lobak merah, 1 biji kuning telur dan 1 sudu tepung jagung.



Sebatang lobak merah jer dah cukup


Caranya:

1. Anda bersihkah dulu lobak merah tadi. Kemudian parut. Kalau nak kisar pun boleh.

2. Seterusnya, campurkan kuning telur dan sesudu tepung jagung dengan lobak merah yang dah diparut.

3. Kacau ketiga-tiga bahan tu sampai sebati.

4. Apalagi... lumurkanlah kat muka anda.

5. Sebaik-baiknya buat pada waktu malam. Beberapa jam sebelum nak tidur.

6. Sebelum masuk tidur, cuci dulu muka anda tu dengan air yang agak suam kuku.

7. Amalkan petua ni 1 kali dalam seminggu. Buat sampai anda puas hati dengan kulit muka masing-masing, ok.


Selamat Mencuba!


Sunday, January 11, 2009

Petua Menghilangkan Serak

Ada masanya tekak kita ni rasa gatal, perit dan kekadang tak keluar suara. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ni ialah dengan meminum air asam jawa. Tentu ramai yang dah tahu, kan? Lebih-lebih lagi kalau anda seorang penyanyi. :)


Bagi anda yang masih belum tau, ini dia petua menghilangkan serak atau melegakan rasa gatal dan perit tekak;


1. Mula-mula, anda ambil dulu sebuku asam jawa.

2. Rendam dan ramas asam jawa tu dengan air putih.

3. Campurkan air ramasan asam jawa tu dengan segelas air sejuk.

4. Kemudian embunkan air tersebut ataupun sejukkan jer dalam peti sejuk.

5. Seterusnya anda minumlah air tersebut 2 kali sehari.

Amalkan sehingga masalah tekak anda pulih atau suara anda kembali seperti sediakala.




Selamat Mencuba!

Thursday, January 8, 2009

Petua Kuat Untuk Lelaki Mahupun Wanita

Bila sebut pasal petua kuat jer, pasti anda ingat ia berkaitan dengan seksologi. Tapi bagi orang dulu-dulu, mereka perlu mengerah tenaga yang banyak untuk melakukan kerja-kerja harian. Kerja kampung macam menoreh getah, berkebun, turun ke bendang dan seumpamanya. Maklumlah semuanya dibuat secara manual.



Kalau anda nak tau cemana mereka boleh tahan buat bermacam-macam kerja, ada satu petua kuat yang boleh anda amalkan.

Macamner tu??

Ok, anda sediakan dulu bahan-bahan yang diperlukan seperti kat bawah ni;

i. 1 biji telur ayam.

ii. 1 sudu makan air kunyit yang dah diparut terlebih dulu.

iii. 1 sudu makan madu lebah.

iv. 1/2 sudu makan air limau nipis.


Kemudian, anda ikutlah langkah-langkah di bawah;

Pukul telur hingga rata. Seterusnya masukkan air kunyit, madu dan air limau nipis dan kacau sekali lagi hingga sebati. Selepas tu, anda minumlah campuran tersebut.

Amalkan meminumnya dalam 2 kali seminggu.


Selamat Mencuba!


*Gambar dipetik dari preview buku "Spirits of Resistance and Capitalist Discipline" by Aihwa Ong.

Tuesday, January 6, 2009

Petua Menjimatkan Pisau Cukur

Bagi golongan lelaki, pisau cukur nie memang tak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kalau anda berjambang dan selalu bercukur. Tapi anda sedar tak, sebenarnya kita boleh menjimatkan penggunaan pisau cukur!



Bagaimana tu??

Lepas ni, setiap kali anda selesai bercukur, sapulah krim atau minyak rambut kat mata pisau. Ia akan mengekalkan ketajaman mata pisau dan membolehkan anda menggunakannya berulangkali.

Mudahkan kalau nak berjimat? :D


Selamat Mencuba!

Gambar: gillettechampions.com.my

Monday, January 5, 2009

Petua Hilangkan Tumit Pecah

Cuba tengok jap tumit kaki anda tu. Ada tak pecah-pecah? Kalau ada, bende ni selalunya terjadi disebabkan oleh ulat air. Ataupun ada sesetengah daripada kita alah terhadap bahan kimia seperti sabun pencuci lantai.

Mungkin ada yang tercari-cari cara nak hilangkan kesan tumit pecah tu. Caranya tak susah manapun dan anda semua boleh merawatnya sendiri.

Ada 2 cara kat sini. Pertamanya, anda pakai jer selipar dalam rumah. Khaskan selipar khusus hanya untuk kegunaan dalam rumah. Tapi rasanya cara ni lebih kepada mengelakkan dan memelihara tumit kaki daripada pecah, kan?

Apakata kita beralih ke cara ke-2 pula. Apa yang anda perlukan adalah beberapa keping asam gelugor. Kita lihat dulu macamner rupa asam gelugor.


Rajah 1: Pokok Asam Gelugor



Rajah 2: Buah Asam Gelugor



Rajah 3: Kepingan Asam Gelugor




Apa yang perlu anda lakukan dengan asam gelugor ni adalah;


i. Isikan dulu sebuah besen dengan air suam-suam kuku.

ii. Masukkan beberapa keping asam gelugor kat dalam besen tu.

iii. Kemudian, rendamkan kaki anda ke dalam besen tu selama 30 minit.

iv. Amalkannya setiap hari yer.

Jika tiada aral, tumit pecah kat kaki anda tu akan beransur pulih.


Selamat Mencuba!



Sumber gambar: www.epu.jpm.my dan asia.travel.ru

Friday, January 2, 2009

Petua Menjadi Suami Hebat

Menjadi suami hebat pastinya menjadi idaman setiap insan yang bergelar lelaki. Si isteri pula pastinya bersyukur kerana dianugerahi suami sempurna. Namun, tidak semua suami mampu bertahan lama ketika bersama isteri. Lebih-lebih lagi, sewaktu menghadapi malam pertama. Lain yang dirancang, lain plak jadinyer.

Sehubungan itu, ada satu petua suami isteri untuk anda iaitu macamner nak menyembuhkan penyakit lemah syahwat. Caranya, anda perlu minum jamu yang dihasilkan melalui ramuan di bawah;


1.1 Bahan-bahan diperlukan:


1.1.1) 1 auns halia.

1.1.2) 1 biji telur ayam kampung.

1.1.3) 1 biji limau nipis (pilih saiz yang besar skit).

1.1.4) 1 sudu makan kicap manis.

1.1.5) 1 sudu makan madu asli.

1.1.6) 7 biji lada hitam.

1.1.7) 3 kuncup lengkuas.



1.2 Cara membuatnya:


1.2.1) Mula-mula, ambil halia. Kemudian parut halia tu dan perah untuk mendapatkan airnya.

1.2.2) Manakala telur ayam kampung tu dipukul sampai halus.

1.2.3) Limau nipis pula ditumbuk dan diperah serta diambil airnya.

1.2.4) Seterusnya, lada hitam ditumbuk halus.

1.2.5) Akhir sekali, campurkan kesemua bahan yang dah diproses dengan kicap manis, madu asli dan lengkuas. Pukul kesemua bahan sampai rata yer.



1.3: Cara mengamalkan:


Anda minum jamu nie sebelum nak tidur malam ataupun sebelum nak mengadakan hubungan suami isteri.

Di samping tu, hampas perahan ramuan tadi jangan dibuang terus. Sebaliknya, anda masih boleh pakai lagi.


Caranya ~ anda seduh atau rendamkan ke dalam air panas. Setelah ia suam-suam kuku, balutkan kat alat sulit anda selepas selesai melakukan persetubuhan.


Hasilnya, tak lama kemudian, alat sulit anda akan bergerak lagi dan persetubuhan kali kedua akan bertambah hebat dan nikmat!


Itulah salah satu petua lemah syahwat yang dapat dikongsikan kali ni. Sekiranya, anda bakal mendirikan rumahtangga atau dah menjadi suami yang sah di sisi syarak, bolehlah lakukan petua kat atas tu.

Untuk mengetahui teknik-teknik lain, anda boleh belajar teknik memantapkan alat sulit lelaki di sini. Mudah-mudahan anda akan lebih disayangi dan dihormati oleh isteri lepas nie. :D



Semoga Berbahagia Hingga ke Akhir Hayat!



AMARAN KERAS: Petua menjadi suami hebat dan teknik memantapkan alat sulit lelaki ini hanya sesuai dipraktikkan oleh anda yang dah bernikah secara sah sahaja!

Pastikan anda memanfaatkan ilmu yang ada sebaik mungkin. Jangan sesekali menyalahgunakannya, ok!

2 Cara Asam Jawa Hilangkan Parut

Selain daripada lendir daun lidah buaya, anda boleh gune asam jawa untuk hilangkan parut pada badan. Ada 2 cara yang boleh anda cuba. Tapi sebelum tue, apakata anda kenali dulu rupa asam jawa atau bahasa saintifiknya "tamarindus indica".


Rajah 1: Pokok Asam Jawa



Rajah 2: Asam Jawa



Cara 1: Hilangkan parut dengan asam jawa

i. Anda ambil dulu asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut anda kecil, ambil secubit dua jer mungkin dah mencukupi.

ii. Kemudian, campurkan asam jawa tadi dengan air dan ramaskannya. Kuantiti air tu sikit jer. Jangan sampai ia terlalu cair, ok.

iii. Lepas tu, anda sapukan campuran tadi ke kawasan parut di tubuh anda. Biarkan ia sampai kering.

iv. Sebaik-baiknya anda buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke tubuh anda. Esok pagi barulah anda basuh.

v. Amalkan cara nie selalu sampailah anda berpuashati dengan hasilnyer.


Cara 2: Hilangkan parut dengan biji asam jawa

i. Anda perlukan beberapa biji asam jawa.

ii. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.

iii. Seterusnya, anda goreskan biji asam jawa yang telah digoreng tu kat permukaan kasar. Contohnyer macam batu ker.

iv. Nanti ia akan mengeluarkan serbuk. Bila dah keluar serbuknya, anda titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian badan anda.

v. Macam biasa, amalkan selalu sampai anda dapat hasilnya.


Selamat Mencuba!


p.s: Mungkin ia akan mengambil masa yang panjang untuk parut yang dah lama atau yang besar. Itu saya kurang pasti. Kita hanyalah berusaha, mudah-mudahan usaha kita diperkenankan oleh-Nya.

[Sumber gambar: Wikipedia]

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More