Sunday, November 22, 2009

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.


minum air
Minum air - allthelook.org


7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:


1. Sebaik saja bangun tidur.

Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.


2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.


3. Selepas memakan buah-buahan.


4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.

Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).


5. Sewaktu tengah makan.

Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.


6. Sebelum atau sesudah makan.

Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.


7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.


Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.


Selamat Mencuba!

Daun Selasih Ubat Gastrik?

Gastrik merupakan rasa sakit atau kurang selesa yang dialami oleh perut. Malah, rasa sakit ini boleh jadi semakin teruk sekiranya perut anda kosong ataupun selepas anda makan. Namun, ada kalanya rasa sakit ni tiada sebarang kaitan dengan makanan yang anda ambil.

Begitulah serba sedikit info mengenai gastrik. Cuma di sini saya lebih berminat untuk mendedahkan satu ubat gastrik. Iaitu dengan memanfaatkan keistimewaan semulajadi daun selasih.

gambar daun selasih

Gambar daun selasih - home.hiroshima-u.ac.jp



Bagi yang mengalami gastrik, anda disarankan agar memakan daun selasih secara mentah. Seperti biasa, basuhlah dulu daun selasih tu sebelum memakannya. Amalkan petua ni setiap hari.

Itu saja. Mudah, kan?

Ini kerana, kegunaan daun selasih dalam mengubat penyakit gastrik telah diakui oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Jadi, anda boleh mengamalkannya tanpa was-was.


Selamat Mencuba!


p.s: Bagi anda yang ingin mengetahui khasiat daun selasih yang lain, sila rujuk ke artikel Khasiat Daun Selasih Dalam Merawat Penyakit.

Wednesday, November 18, 2009

2 Petua Mengubati Sakit Kepala

Kadang-kadang, anda akan mengalami gejala sakit kepala. Mungkin disebabkan oleh faktor tertentu. Kalau anda ingin tahu apakah antara punca sakit kepala ni, sila rujuk post terdahulu bertajuk 7 Punca Sakit Kepala di sini. Kali ini, saya akan berkongsi 2 petua mengubati sakit kepala pula.


Petua 1:

Anda amalkan meminum 1 sudu teh sama ada;

- cuka nipah, ATAU

- cuka biasa, ATAU

- air asam jawa, ATAU

- air limau nipis

apabila mengalami sakit kepala.


Petua 2:

1. Anda perlukan segenggam daun turi, 7 biji lada dan beberapa ulas bawang putih.

Jika anda kurang mengenali daun turi, di bawah ni saya ada jumpa gambar pokok turi dan daun turi sebagai rujukan anda.

gambar pokok turi

Gambar pokok turi - Kambing - Usrah Agro Farm @ flickr



gambar daun turi

Gambar daun turi - iptek.net.id



2. Tumbuk kesemua bahan di atas sehingga halus.

3. Tambahkan pula 1 sudu besar cuka dan perapkannya seketika.

4. Akhir sekali, sapukan campuran tadi kat atas kening anda.

Jika takde aral, rasa sakit kepala anda akan berkurangan dan sembuh tak berapa lama selepas itu.


Selepas ini, bolehlah anda mencuba 2 ubat sakit kepala yang telah dinyatakan di atas. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda melegakan sakit kepala nanti.


Selamat Mencuba!

Monday, November 16, 2009

Kemunting Cina Boleh Mengubati Penyakit Leukemia

Penyakit Leukemia atau barah barah merupakan sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh leukosit yang berkembang biak dan meresap ke dalam sumsum tulang, limpa dan lain-lain. Leukosit ni juga akan membinasakan alat-alat tubuh yang membentuk darah.

Manakala leukosit pula adalah sel darah putih yang berfungsi melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh. Begitulah serba sedikit maklumat yang saya dapat menerusi Kamus Dewan edisi keempat.

Pokok kemunting cina pula dikatakan mampu mengubati leukemia kerana ianya menghasilkan alkaloid vinblastina dan vinkristina. Dalam kes ini, anda perlukan bunganya saja. Anda boleh pilih sama ada nak pakai bunganya yang berwarna putih ataupun merah.

Sebagai rujukan, saya lampirkan sekali imej bunga kemunting cina di bawah ini:

bunga kemunting cina berwarna putih

Bunga kemunting cina berwarna putih - Wikipedia



bunga kemunting cina berwarna merah

Bunga kemunting cina berwarna merah - H G M @ flickr




Apa yang perlu anda lakukan adalah;


1. Sediakan kira-kira 20 gram bunga kemunting cina.

2. Jemur bunga tersebut hingga kering.

3. Anda rebuslah bunga yang telah kering tadi hingga mendidih.

4. Kemudian, tapis air rebusan tu dan tuangkan ke dalam gelas.

5. Biarkanlah ia sejuk sikit atau suam-suam dan minum.

Amalkan meminumnya 2 kali sehari dan teruskan petua ini sehinggalah penyakit leukemia anda beransur pulih.


Selamat Mencuba!

Saturday, November 14, 2009

Cara Mudah Buang Tahi Lalat Hidup

Mungkin ada di antara anda yang nak sangat buang tahi lalat hidup. Kebetulan, saya baru mendapat satu petua untuk buang tahi lalat anda tu. Lebih bagus lagi, ia bukan setakat boleh buang tahi lalat aje. Malah, boleh digunakan untuk buang kutil (atau mata ikan di kaki) serta merawat tumit kaki yang pecah-pecah.

Bahan yang anda perlukan hanyalah getah daun kemboja dan kapas. Di bawah ni ada satu imej pokok bunga kemboja yang saya jumpa di Flickr milik prankbot.


pokok daun kemboja

Pokok daun kemboja - prankbot @ flickr



Langkah-langkah yang perlu anda buat ialah:


1. Dapatkan getah daun kemboja.

2. Kemudian, bubuhlah getah tu pada tahi lalat hidup, ke kawasan kutil ataupun kat tumit yang pecah-pecah.

3. Lepas tu, tampalkan saje ia dengan kapas.

Ulang proses di atas sehinggalah tahi lalat anda tanggal ataupun kutil dan kesan pecah pada kaki anda tu hilang.

Itu saje. Mudah, kan?


Selamat Mencuba!

Thursday, November 12, 2009

Cara Minum Air untuk Kesihatan Tubuh Badan

Sepanjang hari, anda memang perlu minum air untuk keperluan tubuh. Biasanya, minum dalam lingkungan 6 hingga 8 gelas air masak dah memadai. Tapi, anda haruslah sesuaikan juga dengan cara hidup anda gak. Kan lain orang, lain cara hidup dan rutin hariannya. Tak gitu?


minum air mineral

Air Mineral - ehow.com


Sebenarnya, terdapat 3 cara minum air yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan? Kalau selama nie anda main minum je, cubalah praktikkan amalan berikut:


1. Semasa meminum segelas air, cuba anda amalkan minum dengan 3 kali teguk. Elakkan daripada minum sekali teguk atau senafas.

2. Elakkan daripada meniup air yang nak diminum. Ya, walaupun ianya adalah air panas. Biarkan ia sejuk seketika, kemudian barulah minum.

3. Jangan bernafas di dalam gelas atau cawan atau mug atau kole berapa banyak atau daa yang anda tengah minum.


Hurmm... mudah saje, kan? Tapi saya yakin pasti ada di antara anda yang pernah atau selalu buat perkara di atas tu, kan? Jadi, mulai saat ini, diharap anda boleh ubah tabiat minum. Tujuannya supaya ia bukan saja untuk menghilangkan dahaga tapi mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda.


Selamat Mengamalkannya!

8 Punca Penyakit Melanda Tubuh Badan Anda

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh? Sama ada suka atau tak, sebaiknya anda elakkanlah 8 perkara di bawah bagi memastikan kesihatan tubuh badan anda kekal terpelihara.


1. Tak cukup tidur di waktu malam. Lebih-lebih lagi jika anda sering tidur lewat.

bayi tengah tidur

Gambar hiasan bayi tengah tidur - phitar @ Flickr



2. Banyak tidur ketika siang hari.

3. Makan sehingga kenyang yang melampau. Sebaiknya anda makanlah sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang, kan?

4. Suka tidur bila perut tengah kenyang.

5. Minum air pada waktu tengah malam.

minum tengah malam

Gambar hiasan - healt.howstuffworks.com



6. Suka sangat menahan perasaan. Tetapi kalau anda yang suka bersabar tu dikecualikan lah. :)

7. Selalu sangat atau banyak melakukan jimak atau bersetubuh.

8. Melakukan hubungan jimak dengan isteri yang tua.


Begitulah antara perkara-perkara yang dikatakan boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh badan anda. Jika anda mempunyai sebarang petua tambahan, jangan malu dan jangan segan. Anda dialu-alukan berkongsi di ruangan yang disediakan di bawah, okay.

Tuesday, November 10, 2009

4 Petua Banyakkan Air Susu Ibu Lepas Bersalin

Oleh sebab ramai di antara anda yang mencari petua menambah air susu, saya nak kongsilah 4 petua banyakkan air susu. Ianya sesuai serta selamat diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Sebelum ini, saya ada sentuh sikit mengenainya, tapi tak berapa mendalam lah. Anda boleh rujuk artikel bertajuk Khasiat Daun Selasih dalam Merawat Penyakit.

Untuk petua kali ini, terdapat beberapa bahan lain yang boleh anda gunakan selain daun selasih. Antaranya ialah daun nangka, isi lempoyang, daun keledek dan pucuk betik. Cara menggunakan kesemua bahan tersebut bagi memperbanyakkan air susu para ibu adalah seperti berikut;


Petua 1:

Anda amalkan memakan daun keledek dan pucuk betik. Kalau boleh, makanlah setiap hari.


Petua 2:

i. Anda perlukan isi lempoyang. Bagi anda yang tak kenal pokok lempoyang, di bawah ni ada gambarnya.

pokok lempoyang (zingiber zerumbet)

Pokok Lempoyang (Zingiber Zerumbet) - BambooLand.com.au



ii. Isi lempoyang tadi hendaklah ditumbuk sehingga hancur.

iii. Kemudian anda perahkan isi lempoyang yang telah hancur dan tapis untuk mendapatkan airnya. Perahan airnya adalah berwarna kuning dan rasanya agak pahit.

iv. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut. Amalkan meminumnya selagi anda ingin memperbanyakkan air susu.


*** Sedikit info mengenai isi lempoyang - Isi lempoyang ni seakan-akan halia tapi berwarna kekuning-kuningan.


Petua 3:

i. Anda ambillah segenggam daun nangka yang masih muda.

ii. Bersihkan daun nangka tadi dan wapkannya sehingga layu.

iii. Kemudian, tumbuk daun nangka tu sampai lembut.

iv. Tambahkan sedikit air bersama daun nangka yang telah ditumbuk.

v. Seterusnya, anda perahkan airnya ke dalam sebiji gelas.

vi. Akhir sekali, anda tambahkan gula dan garam secukup rasa ke dalam air perahan daun nangka tersebut dan minum.


Petua 4:

Petua terakhir ni juga menggunakan daun nangka. Caranya lebih kurang seperti petua 3. Tapi, anda cuma ambil daun nangka yang telah diwapkan hingga layu tu dan makanlah bersama nasi. Kiranya anda jadikan ia sebagai ulam-ulaman. Nak cecah dengan sambal pun boleh. :)


Diharapkan 4 petua di atas dapat membantu para ibu menambahkan air susu mereka demi kesihatan dan kebaikan bayi anda.





Selamat Mencuba!

Sunday, November 8, 2009

Petua Merawat Penyakit Hepatitis B

Menurut Kementerian Kesihatan, penyakit Hepatitis B merupakan penyakit hati terbanyak yang direkodkan di Malaysia. Ia berpunca daripada serangan sejenis kuman (virus Hepatitis B) ke atas hati.

Penyakit ini boleh merebak melalui cecair dalam tubuh seperti darah, air mani, susu ibu dan cecair faraj. Oleh itu, bayi yang baru lahir paling berisiko tinggi menghidapinya. Terutamanya jika si ibu tu merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B.

Namun begitu, Hepatitis B ni tak akan dijangkiti melalui batuk, bersin, perkongsian hidangan dan perkakasan seperti mangkuk.

Tanda-tanda yang anda menghidap Hepatitis B ni pula hanya dapat dirasai antara hari ke 25 hingga 180 selepas mengalaminya. Sesetengah anda mungkin akan rasa sengal kat sendi dan otot. Manakala, sebahagian anda pula takkan terasa sebarang kesan.

Jadi, anda yang tak rasa sebarang kesan ni haruslah lebih berhati-hati yer.


------- Baiklah... itu dia serba sedikit info mengenai Hepatitis B.


Sekarang, saya nak kongsi cara bagaimana anda boleh merawat penyakit Hepatitis B nih. Bahan asas yang anda perlukan ialah pokok dukung anak.

Pokok Dukung Anak

Pokok Dukung Anak




Cara-caranya:


1. Sediakan 5 batang pokok dukung anak dan bersihkannya dahulu.

2. Kemudian, tumbuk kesemua pokok dukung anak tu sampai lumat.

3. Bila dah lumat, masukkannya ke dalam segelas air masak dan minum.

4. Jikalau anda tak tahan pahit, boleh campurkan dengan sedikit sirap, yogurt ataupun susu kambing sebagai penyedap rasa.


Usah bimbang, ia selamat untuk diminum. (^-^)


Sebagai menyokong petua di atas, saya sertakan sekali info dari laman web MARDI mengenai kebaikan pokok dukung anak ni seperti di bawah;


Info Pokok Dukung Anak

Info Pokok Dukung Anak - MARDI




Rasanya semua dah jelas, kan?


Selamat Mencuba!

Saturday, November 7, 2009

6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha... bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.

Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh... ini tak boleh jadi nih.

Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.


6 tip yang saya maksudkan adalah;


1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki.

Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu' yang sempurna sebelum tidur.

2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan.

Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

gambar bayi sedang tidur nyenyak

Gambar bayi sedang tidur nyenyak - free-healthy-tips.com



3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil.

Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam.

Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu' dan tunaikan solat Subuh.

6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.

Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.


Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.


Selamat Mencuba!

Petua Menghilangkan Bulu Ketiak

Masalah ketiak berbulu mungkin lebih merisaukan kaum wanita berbanding lelaki. Rasa malu dan kurang selesa pastinya menghantui anda, kan? Lebih-lebih lagi kalau hal ini sering menjadi usikan atau bahan mainan rakan-rakan lain.

Justeru itu, di sini ada satu petua untuk menghilangkan bulu ketiak. Bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah;

- 10 biji lada sulah

- 3 butir kapur barus

- 1 sudu minyak tanah

Ohh yea, bagi yang kurang pasti bagaimana rupa kapur barus, saya serta gambarnya. Biasanya ia dijual dalam bentuk kiub. Anda boleh beli sama satu kiub ataupun sekotak sekaligus. Di bawah ini, saya paparkan kapur barus cap gajah. Harganya RM5.30 sekotak. Tapi jika di tempat anda mungkin sedikit berbeza.

Bila dah dibuka kiub tu, beginilah rupanya.

Kapur Barus Cap Gajah


Di bawah ini, saya kongsikan pula salah satu jenama minyak tanah yang boleh anda dapatkan di pasaran tempatan;


Botol Minyak Tanah - biocleanmkt.com


Seterusnya, bagi menghilangkan bulu ketiak anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Tumbuk semua lada sulah dan kapur barus sehingga halus.

2. Campurkan sesudu minyak tanah kepada campuran di atas dan gaul hingga rata.

3. Kemudian, sapulah minyak tersebut pada ketiak anda sebelum tidur.


Selamat Mencuba!


p.s: Petua di atas saya tak pernah cuba lagi. Tapi telah dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan tradisional tak lama dulu. Harap anda semua maklum ya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More