Sunday, May 30, 2010

Apa Dia Ubat Demam Campak?

Memandangkan masih ada yang sedang mencari ubat demam campak, apa kata saya kongsikan satu petua berkaitan dengan anda. Kebetulan, saya terbaca petua demam campak ini tak lama dulu dalam suratkhabar. :)

Baiklah, bahan utama yang anda perlukan ialah beras pulut.


Beras Pulut

Beras Pulut - hainamasayaaben@Flickr.com




Cara-cara mengubatinya pula begini;


1. Ambil segenggam beras pulut.

2. Gorengkan beras pulut tersebut.

3. Masukkan beras pulut goreng tadi ke dalam gelas yang berisi air putih.

4. Kemudian, tutup gelas tersebut. Biarkannya terendam kira-kira dalam 10 minit.

5. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut perlahan-lahan.


Amalkan langkah di atas sehinggalah campak anda keluar dan pulih seperti biasa.


Selamat Mencuba!

Friday, May 28, 2010

2 Petua Dapat Bayi Cantik?

Anda tentu suka tengok serta bermain-main dengan bayi yang cantik, sihat lagi comel, kan? Apatah lagi jika si comel tu zuriat anda sendiri. Memang hilanglah terus segala rasa penat-lelah bila memandangnya. :)


Si Cantik Berambut Kerinting
Si Cantik Berambut Kerinting



Pun begitu, untuk dapat bayi yang cantik ni, anda perlulah mulakan usaha sejak bayi itu masih dalam kandungan lagi. Iaitu semasa masih dalam awal kandungan sehinggalah waktu hampir bersalin. :)

Di sini terdapat 2 petua yang ingin saya kongsikan iaitu; petua untuk dapat bayi yang berambut kerinting dan petua dapat bayi yang berkulit halus dan cerah.


1. Petua dapat bayi berambut kerinting


Amalkan memakan 5 hingga 10 biji kerang rebus setiap hari.

Kerang Rebus
Kerang Rebus - anggisoegito@flickr.com



2. Petua dapat bayi berkulit halus dan cerah

Amalkan memakan sayuran hijau setiap hari. Contohnya seperti sayur bayam.

Sayur Bayam
Sayur Bayam


Di samping itu, anda lebihkan juga pengambilan telur ayam kampung.


Jika diizinkannya, anda akan dikurniakan bayi atau anak yang berambut kerinting walaupun anda dan pasangan berambut lurus.

Begitu juga dengan petua kedua. Walaupun anda dan pasangan berkulit gelap tapi inginkan zuriat yang berkulit halus dan cerah, amalkan saja petua tersebut.

Saya juga akan doakan mudah-mudahan anda dikurniakan bayi yang cantik dan sempurna seperti mana yang diidam-idamkan. :)



Selamat Mencuba!


P.S: Bagaimana pula jika anda inginkan anak yang bijak pandai? Temui jawapannya dalam ni.

Sunday, May 23, 2010

Petua Semasa Mengandung untuk Mendapat Bayi Sihat

Melahirkan bayi yang sihat dan sempurna tentunya menjadi idaman setiap pasangan. Terutamanya bagi anda yang bakal bergelar ayah dan ibu. Dalam usaha mendapatkan bayi yang sihat, terdapat beberapa petua semasa mengandung yang boleh diikuti.


wanita mengandung
Imej hiasan wanita mengandung-kompas.com



Antaranya:


[Untuk Si Ibu]


1. Si ibu haruslah bijak mengawal perasaan diri sendiri.

- Hindari daripada asyik memikirkan sesuatu masalah.

- Terlalu bimbang serta takut terhadap sesuatu perkara.

- Jauhi berprasangka yang tidak baik. Malah pohon dan serahkan semuanya kepada yang Maha Kuasa.


2. Elakkan memakan makanan yang berbisa. Contohnya macam buah nanas, ikan sembilang, ikan pari dan juga tapai.


Gambar tapai
Gambar tapai


3. Pada setiap waktu pagi, amalkan menyedut udara segar dan bersih.

Ia bertujuan untuk menyihatkan diri serta anak dalam kandungan anda.


4. Pastikan anda tidur dan mendapat rehat yang secukupnya.

Tapi elakkan tidur pada waktu yang kurang baik seperti selepas Subuh, selepas Asar, sewaktu hari hampir senja dan selepas Maghrib.

Di samping itu, elakkan juga daripada terlebih tidur. Ini kerana anak tersebut akan mewarisi sifat malas dan lembab.


5. Banyakkan bergerak.

Anda boleh bergerak ataupun berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah ataupun di ruang yang lapang. Praktikkanlah kira-kira dalam 30 minit hingga 1 jam sehari.

Elakkan juga daripada duduk terlalu lama. Sebaliknya banyakkan berdiri. Kalau penat atau tak larat, duduklah sekejap. Kemudian berdirilah semula yer. Pergerakan ini amat membantu terutamanya ketika anda hampir nak bersalin kelak.

Ia akan memudahkan anda semasa proses melahirkan anak nanti. Bagi anda yang beragama Islam, sudah tentu pergerakan yang terbaik adalah melalui solat. :)


6. Banyakkan minum air putih.

Minumlah sekurang-kurangnya dalam 6 ke 7 gelas sehari. Ia dapat menambah kesegaran dan memudahkan anda melahirkan anak nanti.


Walaupun hanya si isteri yang mengandung, pihak suami juga perlu berikan sokongan. Antara komitmen yang boleh dilakukan oleh si bapa ialah:



[Untuk Si Bapa]


1. Sentiasa menjaga hati dan perasaan isteri yang sedang mengandung khususnya pada permulaan bulan pertama.


2. Sekiranya isteri anda mengandung lebih-lebih lagi anak pertama, berikanlah dia perhatian sepenuhnya. Tunjukkan rasa gembira dan syukur anda di atas pengorbanan isteri.

Ini kerana keprihatinan anda akan menyenangkan hati isteri serta memberi kesan positif terhadap bayi dalam kandungan.


3. Banyakkanlah membantu isteri dalam segala hal. Lebih-lebih lagi perasaan mereka. Cuba elakkan daripada buat mereka sedih, memendam rasa, benci dan runsing.


Namun begitu, anda harus sedar bahawa petua di atas hanyalah sebagai usaha dan ikhtiar. Tidak semestinya ia memberikan hasil yang serupa kepada setiap pasangan. Ini kerana kita hanya merancang tetapi hanya Tuhan yang menentukannya.





Mudah-mudahan anda mendapat bayi yang sihat!

Friday, May 21, 2010

Cara Mudah Merawat Luka Dengan Daun Memali

Mengalami luka sama ada luka kecil mahupun luka besar pada tubuh dah menjadi asam garam dalam kehidupan. Terutamanya ketika berada di zaman kanak-kanak. Jatuh sikit je, mesti luka dan berdarah. Kekadang ada sesetengah luka yang meninggalkan kesan sampailah ke hari ini.

Bila dah luka, kita akan disuruh bersihkan luka tu dan sapu minyak gamat (atau lain-lain jenis) pada tempat yang terluka tadi. Begitulah kebiasaannya, kan?

Tapi, sebenarnya ada satu cara tradisional untuk merawat luka ni, seterusnya menghentikan pendarahan. Caranya agak mudah iaitu dengan menggunakan daun mali-mali(daun memali).


Daun Mali-Mali

Daun Mali-Mali


1. Memula, anda ambillah beberapa helai daun mali-mali dan bersihkannya.

Seandainya mengalami luka kecil, memadai ambil sedikit saja daun tersebut. Ambil sekadar ikut keperluan anda yer. :)

2. Kemudian, anda tumbukkan daun mali-mali ni sampai ia mengeluarkan air. Air yang keluar nanti agak bergetah sedikit.

3. Kemudian, pupukkan ia pada bahagian luka tadi. Biar sehinggalah pendarahan berhenti dengan sendirinya.

Begitulah petua mengenai ubat luka yang boleh anda praktikkan seandainya perkara tersebut terjadi pada diri, keluarga ataupun sesiapa saja yang dikenali.


Selamat Mencuba!

Tuesday, May 18, 2010

Petua Sakit Mata dengan Akar Delima

Buah delima atau nama botaninya Punica Granatum diakui amat berkhasiat dan mempunyai banyak keistimewaan. Terutamanya dari sudut kesihatan. Antara khasiat buah delima ini adalah mampu merawat batuk biasa, menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru serta mengubati sakit mata.

buah delima(punica granatum)

Buah delima(punica granatum) - Dato' Prof. Dr. Jamaludin@Flickr.com




Pada kali ini, saya nak fokuskan petua sakit mata dulu. Masalah lain akan saya kongsikan kemudian. :)


Sebenarnya, bahan utama yang anda perlukan ialah akar pokok delima ya. Selepas anda sudah dapatkan akarnya, ikutilah langkah di bawah;

1. Bersihkan dulu bahagian akar delima tadi.

2. Kemudian, rebuskan akarnya sehingga mendidih.

3. Selepas itu, anda biarkan air rebusan itu sejuk atau suam.

4. Akhir sekali, gunakan air rebusan itu untuk mencuci mata anda yang sakit.

Anda boleh amalkan petua ini sehinggalah masalah sakit mata yang dialami berkurangan dan sembuh seperti sediakala. Mudah, kan? Saya yakin anda pasti boleh melakukannya. :)


Selamat Mencuba!

Thursday, May 13, 2010

Akar Terung Pipit Ubat Darah Tinggi

Terung Pipit amat baik jika dijadikan sebagai ulam-ulaman. Lebih-lebih lagi buahnya yang masih muda serta berwarna hijau tu. Manakala buah yang dah masak (berwarna kuning), selalunya ia akan dicampurkan dalam masakan tertentu.

Buah Terung Pipit (Solanum Torvum)

Buah Terung Pipit (Solanum Torvum)-EthnoFlora@Flickr.com



Pokoknya pula agak mudah tumbuh di kawasan yang baru dibuka serta terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya seperti di tepi-tepi jalan ataupun belukar.

Pokok Terung Pipit

Pokok Terung Pipit-Wikipedia.org



Sungguhpun begitu, tahukah anda yang bahagian akar terung pipit ni boleh dijadikan ubat untuk merawat darah tinggi dan pitam?


Caranya tidaklah serumit mana. Anda pun boleh lakukannya sendiri (D.I.Y) seperti berikut:


1. Ambil akar terung pipit dan bersihkan ia terlebih dulu.

2. Kemudian, rebuskan akarnya sampai mendidih.

3. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu seketika.

4. Setelah agak suam, tapis dan tuangkannya ke dalam gelas.

5. Akhir sekali, minumlah ia secara perlahan-lahan.


Anda boleh amalkannya sehinggalah masalah darah tinggi atau pitam berkurangan dan beransur pulih.


Tapi, tunggu dulu!


Selain untuk mengatasi darah tinggi dan merawat pitam, akarnya juga boleh merawat masalah retak kulit kaki atau tumit pecah.

Caranya adalah dengan menumbuk akar terung pipit. Kemudian jadikan ia sebagai "demah" dan mendemah(menuam) ia pada bahagian tumit yang pecah-pecah.


Selamat Mencuba!


# Menurut Kamus Dewan ke-4, demah bermaksud benda (seperti pasir, air, dll yang dipanaskan) untuk menuam bahagian badan yang sakit. :)

Sumber imej: wikipedia.org

Wednesday, May 12, 2010

Petua Demam Campak dengan Daun Semambu

Sejak kebelakangan ini, saya dapati ramai individu yang dijangkiti demam campak. Terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama. Lagilah mudah nak kena, kan?

Justeru itu, ada satu petua demam campak yang ingin saya kongsi. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun semambu. Menurut pengamal perubatan tradisional, daun semambu ni mampu mengurangkan rasa miang pada seluruh badan.

Biasanya, Pokok Semambu (Melia Indica) boleh didapati pada halaman rumah masyarakat India. Selalunya mereka menjadikan ia sebagai pokok teduhan. Ataupun ia juga boleh ditemui di kawasan-kawasan tanah biasa.


Pokok Semambu (Melia Indica)

Pokok Semambu (Melia Indica)




Cara menggunakan khasiat daun semambu ini adalah seperti berikut:


1. Ambil beberapa helai daun semambu dan bersihkannya.

2. Selepas dibersihkan, tumbukkan ia sampai lumat bersama-sama dengan sedikit beras. Anda juga boleh tambahkan sedikit kunyit jika ada.

3. Kemudian, sapukanlah bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi pada seluruh badan.

Ulangilah petua ini sehingga rasa miang di badan anda berkurangan atau sembuh. :)


Selamat Mencuba!



Sumber imej : rimbundahan.org

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More