Tuesday, September 28, 2010

4 Petua Kecantikan dengan Mayonis

Mayonis kurang baik bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan kalorinya yang tinggi tentu merosakkan program anda nanti. Tapi tak semestinya harus terus ketepikan mayonis. Anda boleh gunakannya untuk tujuan lain seperti kecantikan diri.


Mayonis - proteinpower.com




1. Melembapkan kulit


Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Jadi, ia kaya dengan bahan pelembap. Anda boleh gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit. Malah anda boleh praktikkan pada bahagian badan lain seperti siku, lutut dan kaki.


Caranya;

- Ambil sedikit mayonis dan sapukannya pada bahagian permukaan kulit, siku, lutut ataupun kaki.

- Sapu dan urutlah dengan lembut dan biarkannya serap dalam kulit kira-kira dalam 10 minit.

- Kemudian, bilas bahagian tadi dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala secara perlahan-lahan.

Amalan ini boleh membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit anda.



2. Rawatan rambut


Mayonis boleh merawat rambut agar kelihatan lebih bersinar. Kandungan pelembap yang dimiliki mayonis akan menyerap hingga ke bawah kulit.

Anda cuma sapukan mayonis pada keseluruhan rambut. Kemudiannya biarkannya dalam 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.



3. Merawat kuku


Rawatan untuk mendapatkan kuku yang sihat dan kuat juga boleh dilakukan sendiri dengan mayonis. Syaratnya, anda perlulah amalkan selalu petua di bawah ni.


Caranya;

- Ambil sedikit mayonis dan sapukan pada kuku anda.

- Kemudian, biarkan dalam 10 minit.

- Bilas kuku anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala.



4. Pelindung kulit


Bagi anda yang sering terdedah kepada sinaran matahari, gunakan mayonis sebagai bahan pelindung. Cuma sapukan mayonis pada kulit bagi menyejukkan serta melegakan kulit.


Begitulah 4 petua kecantikan yang mudah untuk dicuba bagi melindungi dan melembapkan kulit anda.


Selamat Mencuba!

Thursday, September 23, 2010

Nah... Ini Dia Ubat Lemah Syahwat

Setelah sekian lama tak sentuh mengenai petua suami isteri, ini dia satu lagi petua mengatasi dilema lemah syahwat. Tentu sekali ia ditujukan khas buat para suami yang bermasalah untuk bertahan lebih lama ketika bersama isteri.


Jadi, apakah petua untuk tahan lama tu?



Memula sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;


Bahan untuk amalan petua tahan lama


i. 3 biji telur ayam kampung

ii. 5 ulas bawang merah

iii. 5 ulas bawang putih




Seterusnya, langkah-langkah membuatnya;


1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.

2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.

3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.

4. Kemudian, masukkan air perahan bawang tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata.

5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.

6. Apabila campuran tadi dah sebati, kukus ia sampai setengah masak.

7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.


Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan. Lakukan secara berturut-turut ya. Jika diizinkanNya, anda pasti mampu bertahan lebih lama semasa bersama. Paling penting, anda dapat membahagiakan isteri tersayang.





Selamat Mencuba!

Wednesday, September 22, 2010

Gaya Pemakanan Sihat Agar Tetap Langsing

Pernah tak anda jumpa segelintir individu yang sering memakan makanan berkalori tinggi tapi badan mereka tetap langsing? Mereka ni kalau diperhatikan, selalu menjadikan kek coklat atau keju dan aiskrim sebagai pencuci mulut. Namun yang peliknya, mereka tak gemuk pulak.


Gambar hiasan - secretrecipe.com.my




Apalah rahsia langsing diorang ni agaknya yer?



Hahh, kalau anda nak tahu, saya akan dedahkan sekarang. Menurut kajian, ianya disebabkan oleh gaya pemakanan mereka. Di mana mereka memakan makanan berkalori tinggi tu secara perlahan-lahan. Kunyah dan hadamkan makanan tu satu persatu. Dengan cara ini, mereka akan berasa kenyang dengan lebih cepat berbanding jika makan secara terburu-buru.


Gaya pemakanan sihat - wellsphere.com



Sebab kalau anda suka makan dengan gelojoh cepat, jumlah kalori yang masuk dalam badan adalah tinggi. Lepas tu, proses penghadaman akan menjadi semakin berat kerana gigi anda tidak sempat menghancurkan makanan yang masuk dengan sempurna.

Lagi satu kajian daripada Jurnal Kesihatan Inggeris pula mengatakan; apabila anda makan dengan cepat ia menimbulkan kesan kecanduan terhadap kegemukan. Ditambah pula dengan faktor terdapatnya pelbagai jenis makanan segera di pasaran.


Jadi, kalau anda ingin kekal langsing walaupun suka makan kek coklat dan makanan lain berkalori tinggi; amalkanlah gaya pemakanan sihat berikut:


1. Kunyah makanan hingga benar-benar halus (40-50 kali) sebelum menelannya.

2. Setelah mulut kosong, barulah anda suapkan makanan seterusnya.

3. Elakkan daripada makan sambil buat kerja lain. Contohnya makan sambil menghadap tv, pc atau laptop (dah banyak kali pesan nie). Tabiat ini membuatkan anda lebih suka mengunyah tanpa menyedari yang anda sebenarnya dah banyak sangat mengunyah. Betul tak?

4. Mainkan alunan muzik yang berirama lembut semasa menikmati hidangan. Secara tak langsung ia membantu anda makan secara perlahan-lahan.



Jadi, sekarang anda dah tahu caranya, kan? Selamat Mengamalkannya. :)

Saturday, September 18, 2010

Petua Agar Si Ibu Mudah Bersalin

Bagi anda yang bakal bergelar ibu sedikit masa lagi, tentu tertanya-tanya ada tak sebarang petua agar mudah bersalin. Menunggu sata-saat melahirkan pastinya mendebarkan. Terutama buat anda yang baru pertama kali mengandung.

Pelbagai persoalan yang bermain di kepala. Bagaimanalah keadaan aku semasa meneran nanti dan macam-macam lagi. Huhh, tentu tak senang duduk dibuatnya.

Sehubungan itu, kalau anda mahu proses melahirkan bayi berjalan lancar, cubalah petua tradisi ni. Iaitu dengan menggunakan keladi kemoyang. Petua ni pun saya dapat daripada perkongsian En. Tajuddin Abdul Manap. Beliau merupakan Pegawai Laboratori Fitoubatan di UPM.


Pokok Keladi Kemoyang - ina_qiuqiu@flickr



Langkah-langkah yang perlu bakal ibu lakukan ialah;


1. Ambil seluruh pokok keladi kemoyang. Iaitu termasuk daun dan akarnya sekali.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu.

3. Kemudian rebus pokok keladi kemoyang tadi sampai mendidih.

4. Amalkan meminum air rebusan ini setiap hari. Iaitu bermula daripada beberapa minggu sebelum tarikh bersalin.


Amalan ini dikatakan boleh membantu melancarkan proses melahirkan bayi. Di mana si ibu nanti tak perlu terlalu meneran semasa bersalin kelak. Mudah-mudahan tips bersalin ini berguna untuk anda ya.


Selamat Mencuba!



P.S: Anda atau isteri anda masih belum hamil lagi? Salah satu puncanya mungkin kerana tak tahu mengesan waktu subur. Sebagai jalan penyelesaian, lebih baik anda ketahui bagaiman kaedah yang betul melalui ebook mudah hamil dengan mengesan masa subur...

Friday, September 17, 2010

Sakit Telinga? Ini Dia Ubatnya.

Ada tak sesiapa yang sakit telinga kat sini? Kalau ada, anda bolehlah cuba salah satu daripada dua ubat sakit telinga di bawah yea.


[Cara Pertama] Gunakan batang pokok keman air


1. Ambil beberapa batang pokok keman air.

2. Bersihkan batang tersebut dan kisarkannya bersama dengan sedikit air bersih.

3. Pastikan ia dikisar sampai lumat tau.

4. Bila dah agak lumat, anda titiskanlah air kisaran tadi ke dalam lubang telinga yang sakit.



[Cara Kedua] Gunakan daun dan akar pokok asam gelugor


1. Ambil beberapa helai daun asam gelugor dan bahagian akarnya sekali.

Asam Gelugor dan daunnya - fotopedia.com



Pokok Asam Gelugor - Prof KMS @ Flickr


2. Bersihkan kesemua bahan di atas.

3. Tumbukkannya sampai lumat.

4. Kemudian, perahkan untuk diambil airnya dan letakkan ke dalam sebuah bekas.

5. Akhir sekali, titikkan air perahan tersebut ke dalam lubang telinga yang sakit.


Bagi kedua-dua petua di atas, anda boleh menitikkan beberapa kali sehari air kisaran/perahan tersebut. Lakukan sampailah rasa sakit telinga berkurangan.



Selamat Mencuba!

Believe It or Not Part 6

Saturday, September 11, 2010

Cara Mengurangkan Kolesterol dengan Halia?

Saluran darah yang sempit akibat pemendakan kolesterol merupakan salah satu punca sakit jantung. Begini ceritanya, kolesterol akan mengakibatkan lemak terkumpul pada pembuluh darah anda. Apabila pembuluh darah anda sempit, ia pastinya menganggu pengaliran darah. Gangguan terhadap pengaliran darah inilah yang menjadi salah satu punca sakit jantung.

Jadi, anda tentu dah tahu serba sikit akan kepentingan mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam darah ni, kan? Seterusnya, kita beralih pula kepada kaedah yang boleh anda buat bagi mencapai tujuan tersebut.


1. Ambil beberapa ulas ubi halia.


Halia - eforum1.cari.com.my



2. Rebuskan semua halia tadi hingga pekat. Atau dalam anggaran sampai pati rebusan halia tadi tinggal kira-kira dalam secawan dua.

Ini kerana anda memerlukan pati halia di sini. :)

3. Kemudian, anda ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tadi. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati ya.


Anda minumlah ramuan di atas sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian. Mudah-mudahan kandungan kolesterol dalam darah anda dapat dikawal serta dikurangkan. :)


p.s: Oh, ya! Ramuan ni juga boleh digunakan untuk melegakan batuk serta membuang angin dalam badan. Cuba tau.


Selamat Mencuba!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda yang dihormati,


Saya ingin mengambil kesempatan yang diberikan olehNya di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat seluruh umat Islam. Tak kiralah walau di mana saja anda berada. Teristimewanya juga buat anda yang selalu dan sudi mengunjungi blog petua sejagat ni.


Wallpaper Hari Raya Upin & Ipin - gengmovie.blogspot.com



Akhir kata, penuhilah waktu yang ada sempena Aidilfitri yang mulia ini dengan amalan yang sepatutnya.


Sekian, wassalam.

Wednesday, September 8, 2010

Senarai Makanan Anti Kolesterol 2

Seperti yang dijanjikan, saya mahu berkongsi beberapa jenis makanan anti kolesterol sebelum tibanya 1 Syawal. Justeru itu, berikut adalah sebahagian jenis makanan yang tak sempat saya sertakan hari tu.



F. Kacang Tanah


Kacang tanah yang masih berkulit dan kemudiannya dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E.


Kacang Tanah


Seterusnya, ia mampu menghalang radikal bebas supaya tak merosakkan kolesterol baik . Malah, ia membantu anda mengelakkan diri daripada terkena serangan jantung.



G. Kismis


Ia mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol.

Buktinya, jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia dikatakan boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%. Woww, banyak tu!



H. Kuaci


Selain mengurangkan kolesterol, anda boleh ambil kuaci tawar sama ada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi.

Kaitannya di sini adalah pola pemakanan yang rendah zat besi akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

Jadi, saya harap anda dah nampaklah akan kebaikan kuaci ni. :)



I. Buah Mangga


Kandungan vitamin C yang dimiliki buah mangga berperanan mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.



J. Oat


Oat juga berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larutnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.



Sekian dan selamat mengamalkan diet yang sihat!

Friday, September 3, 2010

Senarai Makanan Anti Kolesterol

Sepanjang bulan puasa ni, ramai di antara kita yang berazam untuk menurunkan berat badan. Jika kena caranya, berat anda pasti turun beberapa kilo. Tentu kelihatan lebih langsing di pagi Syawal kelak.

Bila musim raya pula, anda tentu akan menziarahi rumah saudara-mara. Terutamanya pada awal bulan Syawal. Hidangan seperti ketupat, rendang, lemang dan kuah lodeh tentunya tak terdaya untuk ditolak. Belum lagi ditambah dengan undangan rumah terbuka daripada jiran mahupun kengkawan.



Ketupat dan Kuah Lodeh




Fuhh, masa inilah anda memerlukan kekuatan untuk melawan nafsu makan. Kalau terlebih makan, tentu berat badan naik semula. Jadi, semasa menikmati juadah tu nanti, pasti anda menjamah makanan pada kadar yang bersesuaian ya.


Anda juga tentu enggan langsing hanya sebulan je dalam setahun, kan? Selepas sebulan, berat badan kembali tak terkawal. Tentu sedih mengenangkan nasib badan. Huhu...


Sehubungan itu, saya bercadang nak berkongsilah dengan anda beberapa senarai makanan anti kolesterol. Dengan pengambilan makanan sebegini, setidak-tidaknya ia boleh mengurangkan risiko kegemukan. Tak gitu?



A. Buah Kering


Buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid ni berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung.

Flavanoid juga boleh anda perolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.



B. Epal


Dengan memakan sebiji epal setiap hari, ia sudah memadai untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Ini kerana epal mengandungi phytonutrient. Di mana ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tak baik.

Opss, kalau anda jemu makan epal begitu saja, sekali-sekala kisarkan ia untuk dijadikan jus. Khasiatnya tetap sama.



C. Ikan Tuna


Ikan tuna merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 ni baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.



D. Jambu Batu


Untuk makluman anda, jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda sehingga 19%.

Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari.

Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.



E. Kacang Soya


Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Di mana bahan ini dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik.



Air Soya




Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin juga zat galian. Lagi satu, kandungan kolesterolnya juga rendah.


Sekiranya memakan makanan yang diproses daripada kacang soya ni, ia mampu menghindari anda daripada diabetes dan penyakit jantung.



Ehehh, nampaknya dah panjang benar tulisan kali ini. Biar saya berhenti setakat ini dululah ya. Nantikan sambungan seterusnya dalam masa terdekat (sebelum raya tau). =)

Thursday, September 2, 2010

Cara Menghilangkan Cirit Birit

Mungkin ada di antara anda mengalami cirit birit di bulan puasa ni. Salah satu puncanya mungkin disebabkan oleh keracunan makanan. Maklumlah macam-macam jenis makanan yang dijamah. Ataupun ia juga meungkin berpunca daripada faktor lain?


Baiklah. Walauapapun puncanya, di sini ada satu cara untuk menghilangkan cirit birit. Iaitu dengan menggunakan biji Melada Pahit. Ataupun nama saintifiknya Brucea Amarissina.


Pokok Melada Pahit - agrobiosolution.blogspot.com




Saya dimaklumkan yang ubat cirit birit ini terkenal di kalangan masyarakat Cina. Memang mereka dah lama menggunakannya secara meluas.


Jika anda ingin mencubanya, silalah ikuti langkah berikut;


1. Ambil beberapa biji melada pahit.

2. Keringkan ia terlebih dahulu.

3. Bila dah kering, tumbuk ia sampai lumat.

4. Kemudian, campurkan biji melada pahit yang telah lumat tadi dengan segelas air masak.

5. Kacau agar ia sebati dan minum.


Rasanya memang terlalu pahit. Tapi biasalah kan? Namanya pun ubat. Tentulah pahit. :)



Selamat Mencuba!

Wednesday, September 1, 2010

Petua Sakit Telinga dengan Keman Air

Andai anda perasan, di akhir artikel bertajuk Petua atau Ubat Demam Panas?, saya ada nyatakan bahawa anda boleh gunakan keman air atau setangki untuk merawat sakit telinga.



Keman Air @ Setangki - Photo: S.L. Winterton




Jadi, sekarang ni saya nak kongsilah dengan anda petua tersebut. Caranya tidaklah sesukar mana pun. Anda ikuti saja langkah berikut ya;


1. Ambil beberapa batang pokok keman air.

2. Kemudian, kisarkan pokok tadi dengan menambahkan bersama sedikit air masak.

3. Pastikan anda mengisarnya hingga lumat.

4. Setelah itu, air kisaran tadi akan digunakan sebagai ubat titis.

5. Titiskan saja ia ke dalam lubang telinga anda yang sakit.


Titiskan beberapa kali dalam sehari sampai rasa sakit dalam telinga anda berkurangan. Mudah-mudahan ubat sakit telinga ni mujarab buat anda. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More