Thursday, December 30, 2010

Sambungan 7 Cara Hilangkan Selulit

Sebentar tadi, saya hanya sempat menulis 3 cara hilangkan selulit. Jadi, cara selanjutnya ada di bawah ini. Sila teruskan bacaan anda ya. ;)



4. Urutan


Anda boleh mengurut tubuh anda untuk melancarkan aliran darah. Boleh gunakan krim anti selulit dan/atau minyak aromaterapi semasa mengurut.

Melalui cara ini, ia boleh menyahkan lemak-lemak degil dalam saluran darah anda.



5. Menyikat badan




Anda boleh menggunakan sikat untuk menyikat memana bahagian tubuh yang biasanya timbul selulit. Sikat tubuh anda dengan gerakan secara melurus tau. Amalkan setiap hari lebih kurang dalam 5 minit.



6. Banyakkan minum air masak


Air masak dapat membersihkan sistem pencernaan anda. Secara tak langsung menyingkirkan racun pada sel-sel tubuh.



Ada pendapat mengatakan anda patut minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak sehari. Namun, ia bergantung pada aktiviti harian anda juga. Bagi memudahkan anda, minumlah air masak bila terasa haus. Itulah tandanya anda memerlukan air. =)

Selain itu, kurangkan juga meminum kopi, teh dan jauhi minuman beralkohol jika anda mahu mencegah pembentukan SELULIT.



7. Nyah lemak secara semulajadi


Anda nak buang lemak dan racun dalam badan? Kalau NAK, amalkan meminum air suam yang ditambah dengan sedikit perahan lemon setiap pagi. Boleh diamalkan lepas bangun tidur ya.



Lengkaplah sudah cara mengatasi selulit yang dapat saya kongsi dengan anda. Jika anda sudi menambah, saya amat mengalu-alukannya. Mudah-mudahan rakan-rakan lain turut mendapat manfaatnya.

7 Cara Menghilangkan Selulit

Selulit terbentuk akibat timbunan lemak yang berlebihan pada jaringan kulit. Kesannya, permukaan kulit anda menjadi tidak rata.

Selulit


Tidak dinafikan ada beberapa cara mengatasi selulit yang mudah dan moden. Antaranya melalui kaedah suntikan dan pembedahan. Namun, adakah ia benar-benar terjamin keberkesanannya?


Untuk itu, lebih baik tumpukan pada beberapa tips berikut agar peredaran darah berjalan lancar. Apabila peredaran darah baik, lemak akan dapat dihancurkan dan selulit tidak terbentuk pada lapisan kulit anda. =)



1. Pola makanan yang teratur


Jauhi makanan yang bergula, berlemak dan makanan segera. Sebabnya kandungan nutrisi dalam makanan sebegini amat sedikit TAPI meningkatkan peluang pertambahan berat badan anda.



2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran


Jika anda jarang memakan buah atau sayur segar, ia menganggu keseimbangan sodium/potasium. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan terbentuknya selulit.

Jadi, mulai hari ini amalkanlah memakan buah-buahan dan sayur segar setiap hari.



3. Rajin bersenam


Amalan bersenam melancarkan peredaran darah anda yang tersumbat lalu membakar lemak yang menjadi punca selulit.

Dalam seminggu, anda bersenamlah secara teratur iaitu 3 hingga 5 kali. Untuk setiap sesi, anda peruntukkan waktu bersenam antara 30 hingga 40 minit.

Pilihlah mana-mana jenis senaman yang anda suka dan mampu melakukannya secara kerap. Contohnya macam berjalan kaki dengan cepat, berenang, berbasikal atau main badminton.


Baiklah, saya hanya sempatkan nyatakan 3 cara untuk hilangkan selulit aje dulu. Bakinya akan saya sambung nanti ya. ;)

Monday, December 27, 2010

Cara Memutihkan Siku yang Hitam

Cuba anda tengok jap siku memasing. Hitam ke idak? Kalau agak-agak hitam, anda nak putihkannya tak? Bukannya apa, jikalau anda mahu memutihkan siku, ada satu petua untuk dicuba.


Gambar hiasan ~ siku




Caranya taklah sesukar mana. Cuba lihat kat dapur anda. Ada tak limau nipis dan tepung gandum? Kalau ada, anda dah boleh buat sekarang gak....


Tepung gandum HALAL keluaran HPA




Begini caranya;


1. Ambil 1 biji limau nipis dan belah dua.

2. Ambil juga 2 sudu tepung gandum.

3. Perahkan limau nipis ke atas tepung gandum.

4. Kacaukan ia sampai rata.

5. Sapukan pada kedua-dua belah siku anda.

6. Biarkan ia kering dan bilas siku anda.


Lakukan kaedah ini setiap hari hingga sebulan. InsyaAllah siku anda akan lebih putih dan bersih.


Selamat Mencuba!

Friday, December 24, 2010

3 Petua Mengawal Nafsu Makan

Mengawal nafsu makan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat. Setakat cakap memang la senang. Lebih-lebih lagi bila tengah ada selera. Liat betul mulut ni nak berhenti mengunyah. Kalau mengunyah makanan yang sihat ada gak faedahnya, kan?

Untuk makluman semua, selera makan anda boleh dikawal tau. Caranya?? Ambillah makanan yang meregangkan usus dan berupaya membuatkan anda rasa kenyang.


Tapi kenapa ada kalanya perut aku ni asyik lapar jerk?


Rasa lapar tahap melampau



Hahha... Rasa lapar akan timbul sekiranya ada ransangan dari perut. Jika perut kosong, ia akan menghantar mesej ke otak agar segera mencari sesuatu untuk dimakan lar.


Sehubungan itu, bagi yang teringin sangat nak kawal nafsu makan tue, petua berikut mungkin boleh membantu;


1. Tingkatkan Motivasi dan Kuatkan Semangat


Dalam apa jua perkara yang anda lakukan, motivasi diri adalah penting. Melalui motivasi yang tinggi, anda berupaya mengawal pola pemakanan dan nafsu makan. Di samping itu, anda perlu membiasakan perut agar tak mudah berasa lapar.


2. Makanan Kaya Serat atau Tinggi Kandungan Air


Pilih makanan yang kaya dengan serat. Bijirin, buah-buahan, gandum dan sayur-sayuran adalah contoh terbaik.

Ataupun makan saja buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi. Betik dan tembikai boleh anda masukkan dalam senarai. Sebabnya, kandungan air yang tinggi akan membuatkan perut anda terasa penuh, berisi dan mengenyangkan.


3. Makan Buah-buahan sekali dengan Kulit dan Serat Putihnya


Jikalau anda memakan buah oren mahupun limau, makanlah sekali dengan seratnya yang berwarna putih tu. Ia boleh membuatkan perut anda kenyang.

Limau Mandarin



Bagi anda yang gemarkan epal, saya sarankan anda makan sekali dengan kulitnya. Banyak faedahnya tau. Antaranya;

~ Melambatkan kenaikan kadar gula dalam darah

~ Ia mengandungi kadar indeks glikemik (GI) yang rendah


Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang kadar "GI" nya rendah, ia akan mengurangkan kadar peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Selain memakan epal beserta kulitnya, kebanyakan sayur-sayuran mengandungi kadar GI yang rendah dan kaya dengan serat. Terutamanya pada bahagian batang dan daun.


Sekarang anda dah tau petua untuk mengawal nafsu makan, kan? Lepas ni jangan lupa untuk mengamalkannya tau. Terima kasih juga sebab sudi membaca sampai ke penghujung. (^-^)

Thursday, December 23, 2010

2 Petua Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Masalah jerawat sebenarnya bukan hanya tertumpu pada muka saja. Ada sesetengah individu turut ditumbuhi jerawat pada belakang badan. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada bakteria akibat suka tidur semasa badan berpeluh.


Mungkin ada sebahagian kita, lepas balik kerja atau bersukan suka baring dulu atas karpet, tikar mahupun sofa untuk menghilangkan penat. Tapi kekadang belum sempat mandi dah terlelap. Itu yang belakang badan mudah naik jerawat.

Ada juga yang cakap kalau basuh baju, elakkan guna sabun yang berlebihan. Sama ada betul atau tidak, saya pun kurang pasti.



Walau apa jua puncanya, saya pasti anda lebih berminat nak tahu petua untuk hilangkan jerawat belakang badan ni, kan?

Buat sementara ni, ada 2 petua yang boleh saya kongsi dengan anda iaitu;


1. Scrub Buah-buahan


Anda boleh gunakan scrub daripada ekstrak buah-buahan seperti betik, nanas ataupun kiwi.


Scrub Kiwi - Emmy Gabriel@Flickr.com



Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.



2. Kacang Hijau


~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.

~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.


Selamat Mencuba!

Sunday, December 19, 2010

Pelihara Kecantikan Wajah dengan Buah Kiwi

Menurut pandangan anda, apakah yang dimaksudkan dengan kecantikan wajah? Adakah dengan memiliki wajah yang segar, kulit halus dan licin, bebas jerawat ataupun memiliki raut wajah yang manis? Lain orang tentulah lain kriterianya. Itu pilihan masing-masing.

Tetapi bagi anda yang mahukan wajah sentiasa segar serta menghaluskan kulit, jawapannya ada pada buah kiwi. Hehe....


Kenapa plak buah kiwi?

Buah Kiwi - kathrynconrad.webs.com/kiwi.jpg



Semestinya kerana ia memiliki kandungan antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan. Di samping itu, buah kiwi ni juga mengandungi mineral, serat, vitamin C dan enzim yang banyak.



Langkah-langkah yang patut diambil untuk memanfaatkan khasiatnya adalah;


1. Bersihkan dulu muka anda dengan air bersih.

2. Keringkannya dengan tuala lembut.

3. Kupas atau hiris kulit buah kiwi dan ambil sedikit bahagian isinya.

4. Kemudian, lekapkan bahagian isi buah kiwi tadi pada kulit wajah anda. Manakala bahagian kulit buah kiwi tu menghala ke luar ya.

Kiranya macam pakai topeng muka@masker muka lah.

5. Penuhkan seluruh muka anda dengan hirisan buah kiwi tersebut.

6. Biarkan ia melekap pada wajah anda beberapa minit. Anggarannya dalam 15 ke 20 minit gitu.

7. Setelah itu, cuci muka anda dengan air bersih dan lapkan dengan tuala lembut.


Anda akan merasakan sedikit perubahan selepas melalui proses ini. Wajah terasa lebih segar. sikit Buat sekali mungkin agak kurang dirasai. Oleh itu, anda perlulah mengulanginya lain kali ya.


Selamat Mencuba!


p.s: Kalau beli buah kiwi nanti, isinya boleh dimakan ataupun dibuat jus. Manakala kulitnya boleh diguna untuk mencantikkan muka. Tidaklah membazir, kan?

Sunday, December 12, 2010

Cara Mengatasi Kurang Darah

Baru-baru ini, saya mengalami masalah kurang darah. Nak bangun pun tak larat. Kalau duduk pun, hanya sekejap. Lepas itu, terpaksa baring semula. Pada mulanya, saya memang tak tahu langsung apa puncanya. Hanya Tuhan yang mengetahui perasaan saya tika itu.

Beberapa hari kemudian, saya dibawa berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Dipendekkan cerita, beliau pun memaklumkan yang saya ni ada masalah kurang darah.


Selepas bersembang panjang, berikut adalah beberapa nasihat beliau kepada saya untuk mengatasi masalah kurang darah ni;



1. Amalkan memakan sup kambing setiap hari


Sup Kambing Chef Wan - blogresepi.com




Tapi saya ni memang tak makan kambing. Jadi, beliau pun suruh saya hirup kuahnya saja. Sebab yang penting ialah kandungan rempah sup itu sendiri. Kalau nak hirup kuah sup ayam, lembu dll pun boleh. Janji sup.

Kemudian, tambahkan dengan bawang goreng. Sebaik-baiknya ialah bawang goreng yang dibuat sendiri tau.



2. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk


Keduanya, elakkan daripada memakan makanan yang telah sejuk. Sebaik-baiknya dipanaskan dahulu sebelum makan.

Begitu juga dengan air. Elakkan meminum air sejuk dan berais. Minuman bergas atau air berkabonat pun sama.

Minumlah minuman panas seperti air limau kasturi ataupun limau nipis. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang gemar bersukan. Air limau ni amat baik dijadikan minuman harian dan penambah tenaga katanya.



3. Urut tapak kaki


Bagi melancarkan perjalanan darah, urutlah bahagian kaki dan tapak kaki anda setiap hari. Cukup sekadar beberapa minit sehari.

Katanya, bahagian kaki ni perlu diurut dan disentuh setiap hari.


Alhamdulillah, selepas beberapa hari keadaan saya makin sihat dan kembali normal.


Begitulah beberapa cara mengatasi masalah kurang darah yang perlu diamalkan. Sekiranya ada tambahan, akan ditambah kemudian ya. Ataupun jika anda ingin berkongsi petua@pengalaman, saya amat mengalu-alukannya.

Monday, December 6, 2010

Mari Kurangkan Lemak di Badan

Lemak berlebihan pada tubuh membuatkan seseorang tu terasa gemuk. Bila bentuk badan kurang menarik, sedikit sebanyak menjejaskan penampilan. Ditambah pula jikalau kurang arif berfesyen. Silap pilih, penampilan akan lebih teruk dan mungkin jadi mangsa fesyen kot.

Andainya anda pentingkan penampilan, mahu atau tak haruslah berusaha mengurangkan lemak di badan. Tapi, jangan pula hilangkan terus semua lemak yang ada tu. Tolong dielakkan sama sekali. Nanti tak pasal-pasal kesihatan anda pula yang terjejas.


Sehubungan itu, saya nak kongsilah satu petua kurangkan lemak dengan anda. Boleh, kan? Hehe...


Memula sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;


1. 3 potong halia bara

Halia Bara - Wikipedia


2.Sedikit jintan manis

3. Sedikit jintan putih

4. Beberapa biji lada hitam



Kemudian, apa yang perlu anda lakukan adalah;


1. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat.

2. Selepas itu, masukkan bahan tersebut ke dalam setengah gelas air suam.

3. Biarkan ia terendam kira-kira 1 jam.

4. Kemudian, anda perah dan tapiskan ia ke dalam secawan air suam lain.

5. Akhir sekali, anda bahagi dua air tersebut. Setengahnya diminum pada waktu pagi dan selebihnya diminum pada waktu petang.


Anda boleh amalkan petua kurangkan lemak di atas sebanyak 2 kali dalam seminggu. Buatlah secara konsisten mudah-mudahan lemak di badan anda akan berkurangan secara beransur-ansur.

Saturday, December 4, 2010

Daun Bunga Melur Ubat Panau

Bagi mengubati panau, beberapa cara telah saya kongsikan dulu. Iaitu sentalkan kawasan panau dengan bawang putih. Ataupun anda boleh guna daun gelenggang.

Tapi, kalau kedua-duanya masih belum membuahkan hasil atau kurang serasi, saya syorkan anda beralih pula ke daun bunga Melur. Sebagai rujukan, bunga Melur yang banyak di Malaysia ni nama saintifiknya adalah Jasminum Sambac.


Bunga Melur - cikguyang@flickr.com



Sekarang, saya beralih terus ke kaedah mengubatinya ya;


1. Ambil beberapa helai daun bunga Melur.

2. Basuhkannya terlebih dulu.

3. Kemudian, gosokkan saja pada anggota badan anda yang mengalami panau tu.

4. Harus diingat, anda perlu melakukannya secara berulangkali. Buat sampai bekas gosokan tersebut kering tau.


Mudah-mudahan dengan tambahan satu lagi ubat panau ini mampu menghilangkan panau yang muncul pada badan anda.

Thursday, December 2, 2010

Ini Dia Doa untuk Dapat Zuriat

Bagi pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat, rumah anda mungkin terasa sunyi, kan? Mungkin anda dah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar, namun masih belum ada rezeki.

Sehubungan itu, saya ingin kongsi satu doa untuk diamalkan oleh suami yang ingin dapat anak secepat yang boleh. Saya perolehinya melalui buku "Quranic Law of Attraction", tulisan saudara Rusdin S. Rauf.


Quranic Law of Attraction



Saya sebenarnya baru saja selesai baca buku ni. Seronok rasanya. Banyak ilmu baru yang dikongsi oleh saudara penulis. Terima kasih saya ucapkan.


Baiklah, doa untuk dapat zuriat yang dimaksudkan ialah doa Nabi Zakaria yang maksudnya;


"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."

(Surah Maryam ayat 4-5)



Sebaik-baiknya anda amalkanlah membacanya setiap hari. Peruntukkan sedikit masa untuk membaca ayat dan terjemahannya sekali. Kemudian fahami dan hayatilah maknanya sekali.


InsyaAllah, hasrat anda akan dimakbulkan olehNya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More