Thursday, January 27, 2011

7 Sebab Anda Gagal Turunkan Berat Badan

Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur. Memang SEDIH.

Kenapa lar boleh jadi camtu?


Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!


Beratku cuma turun 3 kilo je?


Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi. Bukan tak jadi lah! Kurang menjadi jer



1. Elak waktu makan


Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.


Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.



2. Enggan bersenam


Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.



3. Enggan menyentuh kalori


Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari

Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??

Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.



4. Hanya makan buah dan sayur


Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

Imej - Steve Baccon




5. Suka salad mayonis


Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...



6. Tak minum susu langsung


Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.


Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?

Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu?




7. Penurunan berat badan yang mendadak


Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.

Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.



Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.


Ermm... jika masih belum terjawab gak, anda sememangnya memerlukan panduan khusus Menurunkan Berat Badan ini.



Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 25, 2011

12 Khasiat Madu Lebah Asli

Madu lebah asli diakui berkhasiat untuk manusia sejagat. Khasiatnya meliputi aspek kecantikan mahupun kesihatan. Sebelum ini pun, dah banyak kali saya berkongsi dengan anda mengenainya. Anda boleh rujuk semula mana-mana pautan di bawah;




Ataupun melalui label berikut;



Madu lebah asli



Rasanya cukup sekadar beberapa pautan saja. Selebihnya anda boleh cari dalam blog ini ya. Kalau letak lebih, saya risau nanti ada yang pening pulak. Huhu... Terus tak masuk apa yang ingin disampaikan. :-(


Kali ini, saya senaraikan lagi 12 khasiat madu asli @ madu lebah yang berguna untuk anda:


1. Melawaskan buang air besar

2. Menambahkan kecerdasan otak kanak-kanak

3. Mencerahkan mata

Sapu @ lumurkan madu pada bahagian kening anda.

4. Memulihkan penyakit banyak kahak

5. Mengubati penyakit dalam perut

6. Menghilangkan kesan terkena api, air atau minyak panas

Sapukan saja pada anggota badan anda yang terlibat.

7. Membersihkan kotoran yang ada dalam usus kecil dan besar

8. Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat pada paru-paru

9. Mengurangkan serta menghilangkan ketagihan dadah

Amalkan meminum air bunga mawar panas yang dicampur dengan sedikit madu. Minumlah 2 kali sehari hingga anda benar-benar pulih.

10. Mengubati penyakit medu

11. Memutih dan menguatkan gigi dengan menggunakannya sebagai ubat gigi

12. Mampu mengubati sebarang jenis penyakit

Amalkan meminum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu setiap hari. InsyaAllah.



Namun begitu, anda dilarang memakan tembikai (timun cina) bersama dengan madu. Ini kerana ia boleh membawa maut.


Sekian buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca petua di atas.

Saturday, January 22, 2011

Puisi

Wednesday, January 19, 2011

Penyebab Keputihan Wanita dan Cara Mencegahnya

Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.


Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

kuih donutKuih donut


Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.


Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. Boleh, kan?


Buah nanas - faq.org



Ataupun satu lagi cara, anda makanlah nanas dan buah-buahan lain 30 minit sebelum makan nasi. Sama ada waktu tengahari mahupun malam. Itu saja.



Terdapat cara tambahan untuk mencegah keputihan wanita. Antaranya;


~ Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.

~ Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.

~ Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

~ Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

~ Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.



Namun begitu, andainya anda masih menghadapi masalah keputihan berpanjangan, sila dapatkan panduan lengkap menghilangkan keputihan dalam masa 24 jam sebelum ia bertambah PARAH.





Sekian saja buat kali ini dan terima kasih banyak atas kesudian anda membaca artikel ini hingga ke perenggan terakhir.

Kenapa Anda Perlu Minum Susu?

Bukan hanya bayi saja yang patut minum susu. Golongan dewasa pun sama. Baik lelaki juga wanita. Amalan meminum susu boleh mencegah masalah reput tulang (osteoporosis).

Ibu yang sedang hamil dan sedang menyusukan bayi, pengambilan susu amatlah penting. Ini bagi mengimbangi kandungan kalsium dalam tubuh yang turut diserap oleh bayi anda.


Khasiat Minum Susu

Khasiat Susu - Becky Luigart-Stayner



Umumnya, itulah sebab musabab anda perlukan susu. Tapi tahukah anda akan khasiat susu yang lain?

Aha... mesti ada yang tak tahu, kan? Tidak mengapa. Kalau tak tahu, anda cuma perlu ambil tahu saja info di bawah. Hehehe...



1. Bina tulang


Jika anda meminum secawan susu setiap hari, ia membekalkan 30% daripada keperluan harian kalsium. Kalsium yang mencukupi penting dalam membina serta memelihara kekuatan tulang dan gigi anda.

Seperti yang selalu diwar-warkan, kalsium penting untuk pembentukan tulang kanak-kanak dan remaja. Bagi golongan dewasa pula, ia membantu meningkatkan jisim tulang yang semakin berkurangan apabila usia anda semakin tua (jangan marah eaa).

Kalau anda tak suka minum susu, anda perlu memakan 7 cawan brokoli mentah sebagai ganti.

Brokoli Mentah

Brokoli mentah - ifood.tv



Pssst... ramai yang tak makan sayur kat sini, kan?



2. Menguatkan otot


Secawan susu lagi membekalkan 16% protein yang diperlukan setiap hari untuk membina serta memperbaiki jaringan otot.

Menurut kajian syarikat pengeluar susu, susu coklat berkhasiat untuk memulihkan tenaga setiap atlit. Sebab susu coklat lengkap dengan protein dan karbohidrat yang diperlukan tubuh untuk memulihkan tenaga selepas penat bersukan.

Susu Coklat

Susu coklat - In Our Nature@flickr.com





3. Pembekal utama vitamin D


Antara fungsi vitamin D kepada tubuh anda ialah;

~ menyerap kalsium

~ memperbaiki sistem kekebalan

~ memelihara tahap tekanan darah

~ mengurangkan risiko dijangkiti beberapa jenis barah

~ mengurangkan risiko diabetes

Ada kajian terbaru mendapati bahawa susu membekalkan hampir 43% vitamin D yang biasanya diperolehi daripada makanan harian.



4. Mengekalkan berat badan


Sebab yang terakhir ni pasti ramai yang suka. Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya.

Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas.



Saya harap anda mula sedar akan kepentingan meminum susu dalam diet seharian. Saya pun sebenarnya kurang gemar minum susu. Tapi bila dah tahu kebaikannya, perlulah belajar untuk sukakannya. Tak rugi pun, sebab ia memang terbukti berkhasiat. =D

Sunday, January 16, 2011

4 Khasiat Daging Arnab

Anda pernah makan daging arnab? Saya pernah rasa satay arnab. Masakan lain belum pernah lagi. Tetapi jika anda gemar memasak daging arnab, mesti dah banyak resepi yang dicipta ataupun dicuba, kan? Antara resepinya mungkin rendang arnab, daging arnab black pepper, sup kepala arnab dll.



rendang daging arnab

Rendang daging arnab - bumi-desa.blogspot.com



Nampak sedap, kan? Selera yang tertutup pun boleh terbuka semula. Hehehe...

Di sebalik keenakan daging arnab, ia juga penuh dengan khasiat. Di sini saya akan kongsikan 4 khasiatnya. Iaitu pada bahagian kepala dan juga badannya.


1. Bahagian kepala arnab yang telah dimasak baik untuk mengubati demam malaria. Salah satu resepi yang boleh dicuba ialah memasak sup kepala arnab.


2. Manakala bahagian daging arnab pula perlu dibakar. Ini kerana daging arnab bakar berkhasiat untuk:

daging arnab mentah

Daging arnab mentah - bumi-desa.blogspot.com



~ Melawaskan kencing

~ Mengubati retak batu pada kemaluan

~ Mengatasikan perut yang buncit


Begitulah antara khasiatnya yang dapat saya kongsi dengan anda. Sekiranya anda atau sesiapa saja yang dikenali mengalami penyakit/masalah di atas, cubalah gunakan daging arnab sebagai usaha merawatnya.


Sekian, terima kasih.


p.s: Jika anda tahu khasiat daging arnab yang lain, silakanlah menambah di ruangan komen @ ulasan ya.

Thursday, January 13, 2011

5 Khasiat Buah Pear

Anda suka makan buah pear? Memang tak sia-sia kalau anda menyukainya. Buah pear ni memang berkhasiat. Tapi pastikan anda makan sekali dengan kulitnya tau.


Buah pear



Antara khasiat buah pear untuk anda ialah:


1. Menghilangkan rasa dahaga dan muak.

2. Menghilangkan rasa sakit akibat kerap buang air besar.

3. Menghilangkan lendir yang terdapat dalam darah.

4. Baik untuk usus.

5. Mengatasi masalah kencing tak lawas.


p.s: Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi menambah khasiat buah pear yang lain. Kalau anda tahu, kongsikan di ruangan komen @ ulasan ya. Terima kasih.

Petua Suami Isteri: Melambatkan Keluar Air Mani 2

Bagaimana dengan petua melambatkan keluar air mani yang telah dipaparkan minggu lepas? Dah cuba ke belum? Ada kesan tak?

Ohh... bagi anda yang belum mengetahuinya, sila klik pautan ini supaya anda tak ketinggalan.


Sebelum lebih banyak lagi soalan yang keluar, lebih baik saya kongsi ramuan lain untuk melambatkan keluar mani. Dah sedia ke belum? kenapa banyak sangat soalan daa...bila nak habis nih


Memula, bahan-bahan yang diperlukan adalah;

~ 1 biji telur ayam kampung

~ 1 sudu minyak sapi

~ 7 biji buah kurma

buah kurma 7 biji



Caranya;

1. Tumbuk buah kurma hingga halus dan lumat.

2. Campur dan kacau kesemua bahan agar sebati.

3. Makanlah ramuan ini. (Jangan lupa baca Bismillah...)


Amalkan memakan ramuan di atas selama 10 hari berturut-turut. Anda (suami) boleh memakannya pada waktu pagi. Ataupun beberapa jam sebelum melakukan hubungan intim dengan isteri. Diharap petua suami isteri kali ini boleh membantu anda memperbaiki kehidupan seksual dari hari ke hari.


Selamat Mencuba!

Monday, January 10, 2011

Petua Merawat Cirit-Birit dan Gatal-gatal Badan

Bagi yang mengalami cirit-birit ataupun gatal-gatal badan, ada petua tradisional untuk anda. Sebelum saya kongsikan kaedah rawatannya, bahan yang anda perlukan ialah Pokok Serai Kayu. Nama saintifik pokok ini ialah "Eugenia Polyantha".

Pokok Serai Kayu - kayteeze.wordpress.com



Sekiranya anda kena cirit-birit, daun serai kayu lah yang perlu dicari. Melalui pencarian yang saya lakukan, ada juga yang menamakannya sebagai daun salam.


Daun Serai Kayu - bayuputra.com



Manakala yang mengalami gatal-gatal badan pula, gunakan bahagian batang pokok yang masih kecil. Cara-caranya ada diterangkan di bawah;



A. Cirit-birit


1. Ambil beberapa helai daun serai kayu (daun salam) yang masih segar.

2. Bersihkannya dan rebus sampai mendidih.

3. Bila dah mendidih, tapis air rebusan tadi ke dalam gelas.

4. Tunggu hingga ia suam.

5. Minum ia secara perlahan-lahan.



B. Gatal-gatal badan


1. Dapatkan beberapa batang pokok serai kayu yang masih kecil.

2. Tumbuk kesemuanya sampai lumat.

3. Kemudian, campurkannya dengan sedikit kapur makan (kapur sirih) dan juga sedikit beras.

4. Sapukan ramuan ini pada bahagian badan yang gatal.

5. Anda boleh biarkannya selama beberapa minit atau semalaman.


Ulangi proses ini sehinggalah badan anda tak terasa gatal lagi.


Selamat Mencuba!

Thursday, January 6, 2011

Kaedah Agar Benjol Beransur Susut

Benjol atau bincut ni biasanya timbul akibat terhantuk ataupun dibaling dengan benda keras seperti batu. Selalunya kena kat dahi. Bila dah benjol, takkan nak biarkan macam tu aje, kan?

Mestilah anda nak ia surut dan hilang. Masalahnya kekadang anda panik. Saya pun sama gak. Huhu.... Tak tahu nak buat apa.


Tapi usah kalut. Sekejap lagi, anda akan tahu cara nak hilangkan benjol tue. =D


Dahi benjol - fajridet.deviantart.com




Anda boleh ikuti cara ini jika mahu benjol tu susut;


1. Ambil sekepal asam jawa dan secubit garam halus.





2. Campurkan ia dengan sedikit air.

3. Kemudian tampalkan pada benjolan tersebut.

4. Akhir sekali, biarkan ia selama setengah jam.


InsyaAllah benjol itu akan susut.


Selamat Mencuba!

Petua Suami Isteri: Melambatkan Keluar Air Mani

Masalah suami ketika melakukan hubungan intim dengan isteri ialah acapkali keluar mani terlalu awal. Sedangkan pihak isteri belum teransang. Bila hal ini berlaku, kepuasan hanya dinikmati oleh sebelah pihak saja. Si isteri pula terus kecewa dan kecewa. Terpaksa memendam rasa.


Sebagai suami yang prihatin, adakah anda sanggup membiarkan hal ini berterusan?


Ketepikanlah ego anda seketika ya. Demi kepuasan bersama dan kebahagiaan berpanjangan. Jangan pula bila tengok pasangan lain bahagia, anda pula iri hati atau berdengki.


Pasangan bahagia - zawaj.com


Bagi mengatasi masalah ini, apakata anda amal petua melambatkan keluar air mani berikut;


Memula, sediakan bahan-bahannya dulu:


~ 1 gram lada hitam

~ 1 gram lada putih



~ 1 gram kismis

~ 1 biji kuning telur ayam kampung

~ 1 ulas halia iaitu sebesar ibu jari

~ 2 sudu besar madu lebah



Caranya:


1. Tumbuk lada hitam, lada putih dan halia sampai hancur.

2. Campurkan bahan di atas dengan kuning telur ayam kampung dan madu lebah.

3. Kemudian, kacau dan gaul kesemua bahan hingga rata.

4. Anda perlu minum ramuan ini 2 kali sehari.

5. Sekali diminum pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.


Dengan mengamalkan meminum ramuan ini, hubungan suami isteri anda akan lebih sempurna. InsyaAllah.

Wednesday, January 5, 2011

Apakah Petua Hilangkan Panau, Meredakan Demam dan Rawatan Penyakit Asma?

Amboi, panjangnya tajuk! Uhh... memang panjang, kan? Namun, saya benar-benar nak kongsikan tentang kelebihan sejenis tumbuhan ni. Ia berkhasiat dalam merawat penyakit asma (lelah), hilangkan panau serta meredakan demam.

Ya, tumbuhan yang saya maksudkan ialah Pokok Sungkai. Ada di antara anda yang tak kenal, kan? Kalau begitu, imej berikut mungkin boleh membantu. =)

Pokok Sungkai - blog Ku Alam




dan ini...


Pohon Sungkai - UmmAbdrahmaan@Flickr





Cara-cara merawatnya pula;



A. Rawatan penyakit Asma(Lelah)


1. Ambil pucuk muda daun sungkai.

Pucuk muda daun sungkai - UmmAbdrahmaan@Flickr



2. Keringkannya terlebih dulu selama beberapa hari di dalam rumah anda.

3. Setelah kering, rendamkannya ke dalam segelas air panas.

4. Biarkan ia selama beberapa minit atau sampai sebati.

5. Setelah air rendaman tadi suam, anda minumlah perlahan-lahan.

6. Amalan meminum air rendaman pucuk sungkai ni perlu dibuat setiap hari. Barulah dapat merasai kesannya. InsyaAllah.


*** Namun begitu, anda dinasihatkan berjumpa serta meminta nasihat doktor dulu untuk mengetahui tahap sebenar penyakit lelah anda. Selepas mendapat keizinan doktor, barulah anda amalkan petua ini
.



B. Hilangkan panau dan meredakan demam


1. Ambil beberapa helai daun sungkai.

2. Rebuskannya dan jadikan sebagai demah.


***Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, demah = benda (spt pasir, air, dll yg dipanaskan) utk menuam bahagian badan yg sakit.



C. Meredakan demam


1. Ambil beberapa helai daun sungkai.

2. Kisar daun tersebut untuk dibuat jus.

3. Campurkan jus tersebut ke dalam air mandian anda.

4. Mandi dengan air mandian ini dikatakan mampu mengurangkan suhu badan anda.



Begitulah 3 khasiat Pokok Sungkai yang boleh anda manfaatkan. Mudah-mudahan ia berguna buat anda. Terima kasih juga sebab sudi membaca petua ini hingga ke akhir. Anda memang terbaik lar!

Saturday, January 1, 2011

Adakah Anda Gunakan Sikat yang Betul?

Selama ini, anda tahu tak sama ada sikat yang digunakan tu sesuai atau tak dengan jenis rambut memasing? Sebenarnya saya pun tak tahu. Main sikat je rambut ni. Guna sikat yang ada di rumah. Janji rambut tak kusut dan tersisir rapi.


Fesyen rambut - menshairstyles.net


Namun, pemilihan jenis sikat yang bersesuaian mampu mengubah penampilan anda tau. Pemilihan dibuat ikut jenis rambut anda. Sama ada kerinting mahupun lurus. Rambut yang tipis pun boleh nampak tebal. Petuanya akan saya kongsikan dengan anda hari ni gak.






1. Rambut kerinting


Bagi si pemilik rambut kerinting, gunakan sikat yang bergigi jarang. Ini bagi mengelakkan rambut anda putus semasa disikat.

Rambut kerinting - menshairstyles.net



Lagi satu, elakkan daripada terlalu kerap menyikat rambut. Nanti ia nampak lebih leper dan merosakkan keindahan semulajadi rambut anda.



2. Rambut lurus yang tipis


Sama seperti rambut kerinting, gunakan sikat yang bergigi jarang. Tujuannya supaya rambut anda nampak mengembang sikit.

Selain itu, anda pakailah sikat bulat ketika melakukan dry blower untuk mendapat kesan yang lebih lebat.



3. Rambut lurus yang tebal


Anda gunakan sikat yang pipih dan bergigi rapat bagi melembutkan rambut.

Rambut lurus - menshairstyles.net



Di samping itu, ia memudahkan anda untuk menggayakan rambut. Lebih-lebih lagi dalam mengurangkan ketebalan rambut yang terlampau lebat.



Sekarang anda dah tahu nak guna jenis sikat yang macam mana, kan? Bolehlah cuba lepas ni. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More