Tuesday, July 31, 2012

Pelajar Rakam Imej Pelik

Keasyikan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri pada waktu maghrib menggunakan telefon bimbit akhirnya memberi suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakannya.

Remaja berkenaan, Safura Zakaria, 19, secara tidak sengaja merakamkan imej pelik dan ganjil di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Batu, di sini Jumaat lalu.


IMEJ seolah-olah lembaga hitam tanpa muka sedang merenung dirakamkan secara tidak sengaja oleh Safura

Menurutnya, semasa merakamkan gambar tersebut dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga seperti seorang wanita tanpa wajah berpakaian serba hitam itu kerana terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing.

"Apabila pulang semula ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali gambar tersebut dan ternyata imej di dalamnya mengejutkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Safura berkata, dia kemudian memberitahu kejadian aneh tersebut kepada neneknya, Salamah Arshad, 70, sebelum mereka cuba merakam kembali gambar dengan kedudukan sama dengan menjadikan anak saudara lelaki berusia tujuh tahun sebagai objek seperti yang terdapat gambar berkenaan.

Namun, katanya, rakaman dengan kedudukan yang sama ternyata tidak membawa hasil seperti gambar terdahulu kerana rupa paras anak saudaranya itu jelas kelihatan tidak seperti lembaga tersebut.

"Gambar dalam telefon bimbit itu, seolah-olah satu lembaga tidak berwajah serta tanpa kaki sedang melihat ke arah saya yang menghadap cermin muka.

"Sebaik sahaja berita ini tersebar, ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang berkunjung melihat rakaman tersebut dan memindahkannya ke telefon bimbit mereka," katanya.

Sementara itu, neneknya, Salamah memberitahu, kejadian aneh tersebut adalah yang pertama berlaku di rumah tersebut yang telah didiami sejak 20 tahun lalu.

"Entahlah, nenek tidak tahu teknologi telefon sekarang, tetapi apa yang pasti gambar tersebut seolah-olah satu lembaga aneh sedang berdiri di belakang Safura," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Mersing, Zakaria Tahir ketika diminta mengulas berhubung gambar tersebut berkata:

"Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.

"Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya itu sehingga boleh menjejaskan akidah," katanya.

Misteriousgrapersz

Rahsia Warna Kegemaran Wanita


Semua orang pasti mempunyai warna kegemaran. Tahukah anda bahawa warna kegemaran dapat mempamerkan watak anda?

Berikut adalah personaliti mengikut warna kegemaran anda:

Rahsia Warna Biru

Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan.

Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.

Rahsia Warna Hijau

Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Rahsia Warna Kuning

Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Rahsia Warna Ungu

Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.

Rahsia Warna Putih


Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.

Rahsia Warna Hitam

Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta anda.

Rahsia Warna Merah

Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Misteriousgrapersz

Kereta Berat Ditumpang Pontianak

Enjin mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60km

MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang.

Misteriousgrapersz

Hantu Penunggu Rumah


Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu. Kita sebut sahaja orang yang terbabit dengan kisah ini sebagai Zaidi. Pada bulan april 1990an, Zaidi telah membeli sebuah rumah di pekan kecil di sebuah bandar utara tanah air. Rumah tersebut asalnya dimiliki oleh seorang ahli perniagaan di ibu kota. Namun rumah itu tidak digunakan oleh ahli perniagaan itu sebagai tempat tinggal sebaliknya hanya dijadikan rumah persinggahan.

Pada pertengahan April tahun tersebut, Zaidi dan isteri serta seorang anak lelakinya yang baru berusia empat tahun mulai menempati rumah yang dibeli dengan harga murah ini. Setelah rumah bersih dan suasana selesa, Zaidi mula mengangkut semua perabot dan barang-barang lain ke rumah barunya. Sibuklah suami isteri itu mengatur letak segala perabot. Agaknya kerana terlalu letih, pasangan suami isteri ini tertidur pula pada malamnya.

Ketika sedang nyenyak tidur, sekitar pukul 12 tengah malam, tiba-tiba Zaidi terbangun. Dia berasa seolah-olah dikejutkan oleh satu suara aneh. Selain itu di luar rumah Zaidi seperti mendengar suara riuh orang ramai. "surara apakah yang aneh itu?" bisik Zaidi dalam hati. Kerana rasa ingin tahu, perlahan-lahan Zaidi bangun dari katil dan mengendap di celah-celah pintu di ruang tamu. Zaidi melangkah ke tengah rumah untuk mencari dari mana datangnya suara suara aneh itu. Semakin lama, suara itu kedengaran semakin jelas. Akhirnya Zaidi mula menangkap bahawa suara tersebut datangnya dari depan rumah. Dalam keadaan tidak tentu arah itu, Zaini memberanikan diri mengintai keluar. Bulu tengkuknya meremang apabila dari pagar, dia terdengar suara mengekek seolah-olah seseorang sedang ketawa. Zaidi membuka pintu dan lampu luar yang hanya berkuasa 40 watt itu, maka tubuh Zaidi yang tegap tiba-tiba menggeleter. Pucat lesi mukanya.

Keberanian yang tiba-tiba muncul itu, tiba-tiba lenyap apabila di depan matanya , Zaidi melihat lebih dari lima hantu pocong sedang berkeliaran di sekitar laman rumah. Hantu-hantu pocong itu memukul-mukul pintu pagar sambil ketawa terkekeh. Kesemuanya berbalut dengan kain kafan. ada kain kafan yang masih putih bersih dan ada jugak yang sudah comot seperti dilumuri tanah liat. Dari celah-celah kain kafan itu, Zaidi dapat melihat dengan jelas, wajah-wajah yang hodoh. Wajah wajah itu amat menyeramkan.

Agaknya kerana tersangat takut, Zaidi tidak sedar berlari masuk kedalam bilik dan terus memeluk anak dan mengejutkan isterinya yang sedang nyenyak tidur. Ketika itu Zaidi tidak peduli apakah perbuatannya boleh menyebabkan isterinya juga akan dilanda rasa takut. Dalam keadaan terpinga-pinga, Masliah isteri Zaidi terbangun. Sambil menggosok mata dia bertanya kenapa Zaidi mengejutnya di tengah malam. "Mas dengar tak bunyi menyeramkan di luar sana tu..."Masliah yang seperti sedang bermimpi kerana dikejutkan secara mendadak itu, cuba memasang telinga. Puas dia mendengar tetapi tidak ada apa yang aneh dipendengarannya. Di luar hanya senyap sunyi. "Saya tidak dengar apa-apa, agaknya abang bermimpi ni," ujarnya dan mahu merebahkan kembali tubuhnya ke tilam empuk mereka.

Kerana tidak puas hati dengan penjelasan dan tindakan isterinya itu, Zaidi menarik Masliah semula agar isterinya tidak tidur kembali. Dia menceritakan apa yang didengar dan dilihatnya. Dia juga menceritakan bahawa dia melihat dengan jelas hantu pocong berkeliaran di laman rumah mereka. Tertarik dengan cerita suaminya itu, Masliah penasaran ingin mengetahui, adakah benar-benar apa yang diceritakan oleh suaminya itu benar-benar wujud. Dengan itu dia dan Zaidi perlahan-lahan melangkah ke luar bilik dan menuju ke pintu ruang utama. Di sebalik tingkap nako, mereka menyelak langsir untuk melihat hantu pocong yang sedang berpesta itu. Sebenarnya Zaidi sendiri hairan kenapa selepas dia mengejutkan Masliah, pocong-pocong itu tidal lagi mengeluarkan suara kekekan yang menyeramkan.

Bagaimanapun diam-diam dia berdoa agar hantu itu masih ada di laman rumahnya untuk membuktikan kepada isterinya bahawa dia tidak cakap kosong dan tidak dianggap sedang bermimpi. Dengan hati-hati suami isteri itu melihat keluar. Dan Zaidi dapat melihat dengan jelas sekumpulan makhluk berpakaian putih itu sedang berlonggok di depan rumah. Mereka seolah-olah sedang mengadakan mesyuarat. "Tengok tu, pocong-pocong itu sedang berlonggok. Patutlah mereka tak mengilai lagi."ujar Zaidi memberitahu Masliah isterinya. Masliah tercari cari di mana hantu-hantu sedang berlonggok seperti dikatakan suaminya kerana dia langsung tidak melihat sebarang makhluk atau manusia berlegar di laman rumah. "Mana bang, saya tak nampak apa-apa pun," ujar Masliah bertanya kembali kepada Zaidi. Pertanyaan Masliah membuat Zaidi berkerut wajah. Dia memandang tepat ke wajah isterinya. "Tak kan awak tak nampak. Hah tengok tu, mereka dah mula bersurai dan duduk di atas kerusi kita. Mereka menangguk angguk pada kita." Apa yang diberitahu Zaidi itu semakin membuat Masliah terkedu. Apa kena dengan suaminya. adakah suaminya itu sedang bermimpi atau sedang dirasuk sesuatu yang aneh.

Tiba-tiba Zaidi menutup telinganya kerana terlalu bingit denga hilaian pocong-pocong tersebut. Melihat telatah suaminya itu, Masliah memimpin Zaidi kembali ke bilik tidur mereka. Tetapi Zaidi masih lagi menutup telinganya. Katanya dia tidah tahan mendengar bunyi kekehan hantu-hantu itu. Masliah mengambil surah yasin dan memberikan kepada Zaidi untuk dibaca. Setelah berkali-kali Zaidi membaca surah itu, baru dia nampak tenang dan boleh tidur seperti biasa.

Esoknya apabila terbangun, Zaidi terus teringatkan apa yang berlaku malam itu. Masliah yang baru selasai solat subuh meminta Zaidi segera berwuduk dan bersolat. Pagi itu selepas bersarapan, Zaidi pergi ke laman rumah. Dia melihat di sekitar dan matanya ternampak tanah tanah yang seolah-olah berselerak seperti bercangkul. Dia memanggil beberapa orang alim ulama untuk 'membersihkan' rumah dan kawasan rumah tersebut dari gangguan ayaitan. Dari penduduk sekitar dia mendapat tahu bahawa kawasan rumahnya adalah tempat mayat-mayat mangsa tahanan tentera jepun ditanam. Patutlah tuan asal rumah menjual rumah yang comel dan cantik ini dengan harga yang murah. Selepas 'dibesihkan' Zaidi memamng berasa aman.

Misteriousgrapersz

Kesan Buruk Seks Luar Tabie


Hubungan seks penetratif normal ialah seks zakar-faraj. Seks oral dan seks penetratif melalui lubang dubur atau seks ‘anal’ ditakrifkan sebagai seks luar tabie. Seks luar tabie jika sabit kesalahan boleh dihukum melalui undang-undang Malaysia.

Baru-baru ini, Singapura mengisytiharkan seks oral dan seks ‘anal’ boleh dliakukan jika tiada paksaan, iaitu dilakukan secara rela. Tidak dinafikan, amalan seks ‘anal’ berlaku dan kajian yang pernah dijalankan di Jordan mendapati amalan perlakuan seksual itu antara suami isteri ialah lebih kurang 25 peratus.

Laporan ini hanya daripada kes yang pernah dikendalikan seorang pakar seksologi tempatan Jordan dan bukan laporan nasional.

Kemungkinan besar amalan perlakuan seks ‘anal’ di Malaysia lebih kurang sama dengan data Jordan dan mungkin lebih di kalangan mereka yang bukan Islam, kerana Islam mengharamkan hubungan seksual sebegini.

Untuk makluman semua, dubur ialah tempat takungan najis dan tentu mengandungi kuman dan kulat, selain najis dan angin. Lagipun, pembukaan lubang dubur ketat dan mukosanya mudah melecet kerana kekurangan pelembap semula jadi.

Jadi tanpa menggunakan pelicin atau pelincir, hubungan seks penetratif ‘anal’ memang menyakitkan. Selain risiko jangkitan kepada faraj jika lepas masuk dubur dimasukkan pula ke dalam faraj tanpa membersihkan zakar, kecederaan dubur boleh mengakibatkan buasir, luka atau ‘Fissure En Ano’ (kerosakan daya tahanan lubang najis).

Fikir baik-baik jika hendak mencuba. Keseronokan hanya sebelah pihak sahaja dan sebelah lagi alami kesakitan. Apatah lagi ia sememangnya suatu amalan yang diHARAMkan oleh Islam.

Misteriousgrapersz

Kisah Benar - Biar Mati Anak, Jangan Calar BMW

Gambar Sekadar Hiasan

Story dari sahabat teman…Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku pada 1 Februari 2008.

Masa rehat jumaat tadi, wife aku pergi Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, mereka berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis…alahai kesiannya…

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Mereka laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya …

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu…

Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni..

Mak Budak tu: tak boleh…(sambil menangis)… nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare…

Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu: (sambil menangis)… nanti suami saya marah…

Pakcik B: isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni…

Pakcik C: “Mana bapaknya???”

Mak Budak tu: “Dia balik Meru ambil kunci”

Semua orang: “Apa! Meru!!!”

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta

tu. Suasana gamat macam perhimpunan haram...

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata…”saya takut suami saya marah” “Tunggu suami saya datang”…Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni…biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu…

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen” aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!”

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah

pemandu…praannng. …!!!! Selesai masalah…

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan. ..kesian baby tu..berpeluh- peluh dengan

kulit pun pucat dah naik biru….

Seorang lagi lelaki menjerit “biar saya periksa dia…. saya doktor”. Si doktor mendukung bayi dan

bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu…

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC…bapak dia masih tak muncul-muncul…ye la Meru tu kan jauh….mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu…

p/s: Kalau ye pun sayang kereta, taat dan patuh pada suami sekalipun, biarlah berpada-pada. Anak itu adalah anugerah Allah yang tiada gantinya walaupun si isteri itu dapat melahirkan zuriat yg seterusnya namum ia tetap tidak sama. Fikir-fikirkanlah ye...(",)

Misteriousgrapersz

Diganggu Makhluk "Berjalan" Mengundur Ke Belakang


Minggu ini Yunus bercadang pulang ke kampung. Emaknya bising-bising kerana sudah enam bulan dia tidak balik menjenguk orang tuanya. Bukan sengaja mencari alasan tetapi kesibukan kerja membuatkan dia tidak berkesempatan. Lagipun setakat cuti hujung minggu mahu balik ke pantai timur, tidak berbaloi dengan penatnya. Dia becadang mengambil cuti dua hari tambahan, bolehlah dia bermanja-manja dengan ibunya nanti.

Semenjak arwah bapanya meninggal, dia menjadi tempat ibunya mencurah rasa. Tambahan pula, dia satu-satunya anak lelaki tunggal lelaki dari lima beradik. Dua kakaknya tinggak berdekatan kampung, sudah berkeluarga. Ada juga ibunya usulkan agar yunus pulang saja ke kampung dan berkerja di sana tetapi bagi anak muda ini, dia lebih sukakan kehidupan di kota. Serba serbi lengkap malah agar sukar untuk dia pulang ka kampung kerana kekasihnya Rina anak kelahiran kota yang cantik molek itu, tentu akan terlepas ke tangan orang lain seandainya dia berpindah ke kampung.

Mulanya Yunus bercadang untuk mengajak teman serumahnya, Rosman balik bersamanya. Asalnya kawannya itu bersetuju tetapi disaat akhir, Rosman ada kerja yang perlu disiapkan. Tinggallah Yunus memandu seorang diri. Dia keberatan pulang sendirian tetapi memikirkan sudah berjanji dengan ibunya, dia teruskan juga perjalanan. Yunus lebih senang memilih perjalanan dimalam hari, tidaklah terlau panas, tambahan pula dia seorang diri. Boleh juga layan mengantuk dengan memasang lagu sekuat hati.

Sejam dua perjalanan, Yunus masih melayan lagu sekuat hatinya. Dia sengaja menyanyi mengikut rentak lagu. Tambahan pula, lagu-lagu sentimental rock membangkitkan rasa cintanya pada Rina. "Nasib badan, ada kawan saat akhir, tarik diri pula," keluhnya dalam hati. Sesekali, Yunus akan berselisih dengan bas express. Malah ada ketikanya bus express dipandu lebih laju dari kelajuan keretanya. "Tak sayang nyawa orang langsung," rungutnya di dalam hati. Yunus akui ada kalanya orang memandu ikut perasan bukannya ikut peraturan. Andai bertembung dengan kenderaan lain, pasti akan meragut begitu banyak nyawa.

Perjalanan tetap diteruskan tetapi entah bagaimana kali ini hatinya cukup berdebar-debar, seolah-olah ada sesuatu akan terjadi. Benarlah dugaannya. Sesaat tadi sebuah kereta mewah memotongnya dalam kelajuan dan di hadapannya kini, kereta tadi telah terbabas melanggar tebing jalan. Segera dia memberhentikan keretanya membantu, takut-takut jika pemandunya mengalami kecederaan parah. "Saya ok, tak perasan selekoh tajam tadi, terbabas sikit," kata pemandu berbangsa cina itu.

Setelah memastikan semuanya selamat, Yunus meneruskan perjalanannya. Malah dia jarang-jarang berselisih dengan kendenraan lain, mungkin sudah larut malam. Sesampainya dia di kawasan Bukit Tujuh, Merapoh, sempadan Kuala Lipis-Gua Musang, debaran dadanya makin memuncak. Kali ini tidak semena-mena hatinya berdebar-debar, semakin lama semakin kuat. Segera Yunus terbayangkan seseuatu. Dia tahu, dari cerita yang disampaikan orang, kawasan Bukit Tujuh ini keras malah ramai yang pernah diganggu. Ada yang terserempak orang berlalu mengundur ke belakang ditengah malam, kehadiran puteri tujuh yang dikatkan dengan mitos di kawasan itu. "Simpang malaikat 44," demikian minta Yunus.

Anak muda ini terus memandu dalan kelajuan sederhana. Dia terus memasang lagu lebih kuat. Bukan untuk mendengar tetapi lebih kepada untuk 'memadamkan' resah dan debaran di dadanya sendiri. Sedang dia memandu, dia melihat kelibat seseorang berlari mengundur ke belakang. Semakin lama semakin menghampiri keretanya. Yunus panik dan terus memecut laju keretanya. Dia ketakutan yang amat sangat. Malah kalau boleh dia mahu segera keluar dari kawasan yang menyeramkan ini. Makin lama dia memecut, kelibat makhluk yang lari mengundur ke belakang itu semakin menghampirinya. Dalam ketakutan yang amat sangat, Yunus gagal mengawal keretanya lalu terbabas melanggar tebing.

"Yunus, bangun nak," sayup-sayup dia terdengar suara ibunya. Saat itu barulah dia menyedari dirinya di hospital dan dia telah pengsan selama dua hari. Keretanya rosak teruk dan kaki kanannya patah. Bagi yunus, pengalaman disakat hantu mengundur ke belakang mamang menakutkan. Malah dia agak serik untuk memandu pulang seorang diri lagi. Kalau boleh biarlah berteman.

Misteriousgrapersz

Gaya Tidur Bayi

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Sekiranya bayi korang menangis berterusan selama beberapa minit, korang perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur

Cadangan tempat tidur bayi :
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Membantu Bayi Tidur

Korang boleh menidurkan bayi korang dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.

Cara Menghentikan Ketagihan Onani


Melancap atau onani merupakan satu tindakan untuk memuaskan nafsu diri yang dilakukan oleh samada lelaki mahu pun perempuan secara bersendirian di luar syariat agama. Ianya adalah haram di sisi agama Islam.

Bagaimana Cara Menghentikan Ketagihan Onani?

Berikut adalah beberapa tips efektif untuk menghentikan ketagihan onani, iaitu:

1. Mulakan dengan berdoa, memohon dan bertaubat kepada Allah, untuk berhenti dari onani selamanya.

2. Harus memiliki tekad, kemahuan, dan motivasi yang kuat dari dalam diri sendiri.

3. Terapkan sistem “reward and punishment” yang tegas dan disiplin untuk diri sendiri. Misalnya: jika satu hari saya tidak beronani, maka saya akan “menghadiahi diri sendiri” dengan membeli makanan yang saya gemari atau berjalan-jalan ke pantai. Jika saya beronani satu kali saja, saya harus “menghukum diri sendiri” dengan membaca satu buku tentang ilmu pengetahuan.

4. Katakan TIDAK pada ONANI dan SEKS sebelum NIKAH!!!

5. Elakkan daripada duduk bersendirian, melamun, atau menonton filem yang “memberahikan”.

6. Bergaullah dengan orang-orang yang alim, cerdas, soleh, beriman, bertakwa. Hindarilah pergaulan dengan kumpulan yang membawa korang menuju “lembah maksiat” atau “dunia hitam”.

7. Perbanyaklah beribadah sesuai dengan agama dan keyakinan korang. Jika korang beragama Islam, maka seringlah berpuasa sunah, solat berjamaah, solat malam, berzikir, membaca Al-Quran, dsb.

8. Jika korang amat gemar beronani, berhati-hatilah atau waspadalah dengan kanser prostat! Sebab, hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Nottingham, England, menyatakan bahawa lelaki berusia antara 20-30 tahun yang “gemar beronani” memiliki risiko lebih tinggi untuk terkena kanser prostat. Juga, sebanyak 34% atau 146 dari 431 orang yang terkena kanser prostat sering melakukan onani mulai usia 20 tahun. Sekadar tambahan, kanser prostat adalah penyakit kanser yang berkembang di kelenjar prostat, disebabkan kerana sel prostat bermutasi dan mulai berkembang di luar kendali.

9. Sibukkanlah diri korang dengan hal-hal yang positif dan bermanfaat, misalnya: berolahraga, pecinta alam, membaca buku, menulis, bernyanyi, memasak, berkebun, dsb.

10. Ingatlah bahawa hukum onani adalah haram, dan onani itu merupakan “zina tangan”.

11. Hindari bergaul dengan rakan atau sahabat yang juga suka beronani. Sebab seseorang itu dapat dinilai; salah satunya dengan siapa (saja) ia bergaul.

12. Mandilah secepat mungkin. Hindari untuk berlama-lama di kamar mandi.

13. Hindari melihat tontonan, tayangan, gambar, video, yang menghairahkan atau porno, baik di internet, televisyen, VCD, DVD, dsb. Elakkan juga daripada membaca majalah atau buku-buku berbaur seks kerana ianya akan mendorong korang untuk melakukan onani.

14. Perbanyak aktiviti fizikal, terutama jika sedang stres atau diri korang sedang dalam keadaan tertekan.

15. Lakukan semua hal, aktiviti, atau kegiatan yang korang sukai, sepanjang tidak melanggar aturan agama dan norma.

16. Temukan, kembangkan, dan salurkan semua bakat, hobi, dan kreativiti korang semaksima mungkin.

17. Sedarilah bahawa onani hanya akan menghabiskan tenaga dan waktu korang yang sepatutnya dapat korang gunakan untuk melakukan perkara-perkara lain yang bermanfaat.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada sesiapa yang berkenaan. InsyaAllah!

Misteriousgrapersz

Bentuk Binaan Duit Syiling Yang Hebat

Duit syiling merupakan matawang jenis kepingan yang dibuat daripada besi, timah dan sebagainya. Namun di dunia ini, luar biasa, pelik itu satu perkara yang jarang kita dapat melihat. Antaranya duit syiling yang sering kita gunakan, mereka mempunyai daya kreativiti untuk menjadikan duit syiling sebagai satu bentuk binaan yang menarik!










Misteriousgrapersz

Kisah Dua Ekor Anjing


Pada suatu masa dahulu ada dua ekor anjing. Anjing A dan anjing B. They all berdua nie tinggal di sebuah pulau. Setelah agak lama di situ mereka merasa bosan dan berhasrat untuk pindah ke tempat lain lalu si anjing A ni pun mencadangkan perkara itu kepada rakannya.

Setelah persetujuan dicapai anjing A tadi mengadakan latihan dengan belari 20 kilometer sehari, angkat berat dan berjogging (yela… menguatkan stamina untuk berenang ke seberang…konon-kononnya nak cari awek la nie…).

Tapi anjing B tadi buat selamba je… tak ada persiapan langsung. Lalu anjing A nie tadi bertanye, “eh..kau tak buat persiapan ke? rileks je?” Anjing B menjawab, “tak payah buat persiapan semua dah siap”.

Anjing A nie hairan dan berkata pada anjing B.”Lantak kau la,” dan terus dengan latihannya. Maka hari yang dinantikan pun tiba, maka berenang la si anjing A tadi ke seberang… dia menyangkakan yang kawannya si anjing B masih lagi berada di pulau… tetapi alangkah terkejutnya dia bila mendapati yang rakannya anjing B telah sampai dan sedang rileks di tepi pantai.

Lalu si anjing A nie bertanya pada anjing B,”Macam mana kau boleh sampai dulu?” Lalu jawab si anjing B..

“Aku ni kan anjing laut!”

Cool : Gambar Ini Akan Menipu Mata Anda #1 (Gambar)

Gambar Ini Akan Menipu Mata Anda #1. 


AkuStressGiler

Jaga Pemakanan Ketika Peperiksaan


Menyiapkan diri anak-anak dari segi fizikal dan emosi amat penting terutama ketika mereka sedang menghadapi peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang sedang berlangsung sekarang.

Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan kerana dengan menjaga gaya hidup yang sihat dan makanan seimbang, seseorang pelajar itu boleh menghadapi tekanan semasa peperiksaan.

Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi, maka janganlah lupa bersarapan.

Sarapan yang diambil hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan buah-buahan.

Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.

Begitupun, ambil sarapan yang ringan kerana jika makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri akan mengantuk.

Sebelum waktu peperiksaan, tidurlah dengan cukup kerana kurang tidur akan menyebabkan kelesuan, lekas marah dan mental yang tidak mantap.

Amalan pemakanan sihat ketika peperiksaan.

- Untuk mendapatkan tidur yang cukup, ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) dan juga sedikit makanan protein kurang lemak (ikan, ayam atau daging) untuk makan malam.

- Ketika waktu peperiksaan, cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan coklat.

- Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak, jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan.

- Sebaliknya sediakan snek yang berkhasiat seperti protein bar atau fruit bar di antara waktu rehat.

- Minum air secukupnya kerana badan akan menjadi lesu sekiranya kekurangan air dan ini boleh menyebabkan hilang fokus semasa peperiksaan

- Minumlah segelas susu panas sebelum masuk tidur.

- Mengambil makanan yang mengandungi vitamin B dan Omega 3 boleh meningkatkan daya ingatan.

- Kalau ada masa, lakukan senaman. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien.

Misteriousgrapersz

WTF : Reaksi Gadis Di New Zealand Selepas Ambil Gambar Justin Bieber (3 Gambar)

Reaksi Gadis Di New Zealand Selepas Ambil Gambar Justin Bieber.

Justin Bieber membuat penampilan khas di NZ dan dia sempat bertemu peminat di luar hotelnya sekitar Auckland. Cuba tengok reaksi gadis remaja ini selepas berjaya mengambil gambar si Bibir ini. Mereka menangis... kenapa? mungkin mereka baru sedar JB adalah seorang perempuan juga? :-P




AkuStressGiler

Susu Ibu Cukup Untuk Anak Kembar


Soalan:

SAYA bakal melahirkan anak kembar tidak lama lagi. Saya berazam memberikan penyusuan ibu secara eksklusif kepada bayi-bayi saya. Bolehkah doktor berikan panduan terbaik untuk menyusukan anak kembar nanti. Memandangkan saya seorang ibu yang bekerja, sekurang-kurangnya saya mahu melakukannya secara eksklusif selama enam bulan.

- Su, Johor.

Jawapan:

Puan Su, nampaknya anda akan mendapat rezeki berganda. Jaga kesihatan diri dan juga bayi kembar dalam kandungan. Dapatkan pemeriksaan antenatal (kehamilan) berkala mengikut yang dijadualkan. Harap Puan dapat mula mencari dan membaca ilmu tentang penyusuan terutamanya penyusuan anak kembar, dengan membaca pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak mereka pada blog-blog, bertanyakan jururawat ketika pemeriksaan antenatal dan sebagainya. Ini adalah untuk persedian minda dan mental, manakala untuk persediaan fizikal anda perlu mengambil pil-pil vitamin yang disarankan oleh doktor dan mengambil makanan berkhasiat terutamanya produk yang tinggi kandungan protein. Justeru itu, Puan hendaklah juga sentiasa menjaga kesihatan puting payu dara, sentiasa membersihkannya ketika mandi supaya tidak tersumbat dan lembut dan menarik puting semoga ia terkeluar (everted) bagi memudahkan bayi menghisap.

Cabaran


Menyusu bayi kembar adalah cabaran bagi ibu bapa yang istimewa dan hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu bersedia dari segi fizikal dan mental menerima kehadiran dua bayi serentak, bersedia kemungkinan bayi lahir pramatang, bersedia kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean dan membuat perancangan corak penyusuan kepada bayi.

Persediaan mental juga adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang "susu tidak cukup". Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran, maka salah seorang atau kedua- duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula! Ini adalah suatu persepsi yang salah.

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa panduan yang boleh diamalkan adalah dengan menyusu bayi seawal satu jam pertama dilahirkan. Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal satu jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu. Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah 'ubat' paling mujarab untuk menambah berat badan bayi. Ini kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir. Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk memperbaiki posisi ibu ketika menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang terlebih awal dengan doktor atau jururawat yang bertugas agar hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama dapat diimplementasikan.

Panduan seterusnya adalah dengan menyusu bayi sekerap mungkin. Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima secara positif oleh ibu kerana ia menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

Rehat

Ibu juga perlu perbanyakkan rehat. Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stres yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur dan berehat apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan lebih perhatian kepada menguruskan bayi.

Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

Anda perlu mengehadkan pelawat. Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ia penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

Misteriousgrapersz

WTF : Fesyen Pelik, Gaun Untuk Lelaki (7 Gambar)

Berikut merupakan fesyan terbaru untuk lelaki yang diperagakan pada Australia Fashion Week baru-baru ni. one word.. WTF??








p/s : Ape kejadahnye nih?

AkuStressGiler

Rekaan Perhentian Bas Yang Unik

Kreatif : Cipta Motor Daripada Kayu Dan Tanduk (5 Gambar)

Istvan Puskas seorang peminat motorsikal dari Hungary telah membina sebuah motorsikal unik yang diperbuat daripada kayu "Black Locust". Dia mengambil masa kira-kira dua tahun untuk membina motorsikal tersebut dan dia memilih kayu "Black Locust" kerana sifatnya yang tahan terhadap cuaca.

Bukan sahaja kayu digunakan dalam penghasilan motorsikal tersebut tetapi tanduk lembu digunakan sebagai ekzos dan handle manakala tanduk rusa digunakan sebagai dekorasi pada motorsikal tersebut. Enjin Fiat telah diletakkan pada motorskal tersebut untuk menggerakkannya.










Gempak

Rekabentuk Kasut Yang Unik & Pelik


Kasut ni siap ada tangga lagi. Kalau direka besar2 kat taman permainan, boleh main gelongsor2 ni...


Kasut nie macam stylo la plak. Dilengkapi dengan tali tape lagi tu.


Kasut ni kiranya ala-ala kena pijak chewing gum la konon-kononnya. Smart gak..


Haa yang ni ganas sikit. Kasut bertanduk. Perghh tajam giler tanduk die tu. Boleh membunuh tu...

Misteriousgrapersz

OMG : Ada Apa Dalam Almari Tu? (4 Gambar)

Adalah perkara biasa bagi budak asrama terutama lelaki yang mempunyai bilik yang bersepah. Kalau bilik pun bersepah, apatah lagi dalam almari diorang. Kalau setakat lipas tu tak payah nak cerita la. Memang bersarang dalam almari tu. Tapi kes kat bawah ni lain sket.. Memang terbaek!!





p/s : Giler ah..

BaikPunyer

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More