Tuesday, April 15, 2008

Lindungi Kulit Dari Penghawa Dingin

Petua Penjagaan Kulit

Kebanyakan dari kita inginkan kulit muka kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Lebih kurang macam awet muda kot. Tapi, pada zaman ini boleh dikatakan majoriti daripada kita bekerja di dalam ruangan yang dipasang penghawa dingin gitu.

Tahukah anda bahawa situasi ini boleh menyebabkan kekeringan kulit muka. Oh, tidak! Habislah berkedut muka aku ni:((

Usah bimbang, saya di sini akan berkongsi satu petua. Petua lindungi kulit dari penghawa dingin. Ia sesuai untuk penjagaan keseluruhan kulit sama ada muka, tangan dan anggota lain.


Langkah yang perlu anda lakukan;


1. Sapukan krim atau losyen pelembab pada muka dan seluruh tubuh badan.

2. Minum banyak air putih atau suam. Elakkan minum air berais.

3. Pakai pakaian yang tertutup.

4. Elakkan berada di dalam ruangan tersebut terlalu lama. Ambil masa dalam dua jam sekali untuk keluar sebentar. Jangan lepas dah keluar, terus tak masuk pulak. :p


Selamat Mencuba!


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More