Monday, July 28, 2008

Petua Kecantikan: Satu Lagi Ubat Jerawat

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Jerawat Oh Jerawat! Walaupun kau kecik tetapi kau tetap merunsingkan setiap makhluk yang bergelar manusia. Hehehe... Kalau yang tumbuh tu jerawat batu, lagilah risau dibuatnya. Kalau tak gatal, bolehlah tahan. Tapi kalau jenis yang gatal tu, memang rimas dibuatnya. Tangan ni asyik nak kotes jer. Akibatnya, jerawat tu bukannya makin surut, tetapi makin parah sey!

Ouwh, masalah seperti ini kebiasaannya merungsingkan para remaja kita. Mana taknya, masa remaja nilah jerawat mula mekar tumbuh dengan galaknya. Kekadang kalau tak berangan pun tumbuh gak. Kalau yang kuat berangan tu, sendiri mau ingat aah!

Ooops..Jangan mudah putus asa. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sebelum ini pun saya dah kongsikan satu petua hilangkan jerawat.

Kali ni saya terpanggil lagi untuk tambah satu lagi petua hilangkan jerawat. Maklumlah, jerawat ni masalah universal. Tak semua orang yang sesuai dengan sesuatu cara tu.


Langkah-langkah yang perlu anda buat adalah:


1. Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air. Pastikan campuran keduanya tak terlalu pekat atau cair. Just nice. :)

2. Sapukan campuran tepung sagu dan air tadi ke seluruh muka anda macam pakai bedak sejuk.

3. Amalkan setiap malam atau sehingga sembuh. Kalau dah sembuh tetapi masih nak teruskan pun boleh.

4. Pada keesokan pagi, cuci muka anda yang dah penuh dengan tepung keromak sagu dengan air suam.

5. Itu saja. Jika tiada aral, cara ini boleh membantu anda hilangkan jerawat. :D

Selamat Mencuba!

Petua Kecantikan: Masalah Tompok Hitam

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Saya pasti ada di antara kita yang pernah ataupun sedang ataupun bakal mengalami masalah tompok hitam. Biasanya masalah tompok hitam ni sikit sebanyak menjejaskan tahap keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Tak gitu?

Justeru itu, saya nak kongsikan satu cara mengatasi masalah ini. Bagaimana tu?

Caranya ialah gunakan buah pinang masak untuk mengatasinya.

Mula-mula, ambil sebiji pinang masak dan kupas kulitnya.

Buah pinang itu kemudiannya dikacip dan sapukannya pada tompok hitam yang ada di muka anda.

Amalkan melakukannya dua kali sehari dan ulangi sehingga sembuh.


Jika dilakukan secara teratur dan konsisten, saya yakin masalah tersebut akan sembuh. Saya doakan anda berjaya yer. :-)



Selamat Mencuba!

Sunday, July 20, 2008

Petua Sejagat: Hilangkan Jerawat

Zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun wanita semuanya mementingkan penampilan diri terutamanya penjagaan muka. Bila kita melihat muka seseorang, pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada yang terus jatuh cinta pandang pertama, ada yang terus berangan-angan nak buat menantu dan tak kurang juga yang terus membuat tafsiran. Tafsiran tu terpulanglah sama ada positif ataupun sebaliknya.

Mungkin atas sebab itulah kita semua berlumba-lumba inginkan kulit muka yang halus, licin dan yang lebih penting bebas dari jerawat. :D

Mesti semua orang tak nak wajah mereka ditumbuhi jerawat, apatah lagi kalau dipenuhi jerawat! Betul tak?

Kalau nak diikutkan, terdapat pelbagai produk di luar sana yang berlumba-lumba mengiklankan produk mereka. Masing-masing mengakui produk mereka adalah yang terbaik.

Tapi anda harus ingat, tidak semua produk itu sesuai untuk setiap individu. Ada yang serasi dengan produk A, manakala yang lain pula serasi dengan produk Z.

Huh, macamner nak pilih ni! Takkan nak cuba semua yang ada kat pasaran. Bankrap la macamni. Silap haribulan sampai ke angkasa lepas tua pun jerawat tetap tak hilang.

Ouuch! Letih la macamni, ye tak?

Baiklah, saya pun tak nak meletihkan anda lagi. Takut saya pun turut terletih gak!

Petua sejagat kali nak kongsi satu cara hilangkan jerawat.

Caranya tampak mudah saja. Tapi kita haruslah mengamalkannya bukan setakat sampai jerawat tu hilang jer. Seharusnya diamalkan secara berterusan gitu. Walaupun jerawat dah hilang, kita boleh teruskan rutin ini. Jika tiada aral, kulit kita pasti lebih cantik dari dulu.

Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.

Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawat secara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.

Apabila bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan air bersih. Jangan lupa berselawat bagi yang Muslim.

Amalkan petua sejagat ni setiap malam sehinggalah muka anda bebas dari jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya. :)


Selamat Mencuba!

Tuesday, July 1, 2008

Kenapa Kita Susah?

Mengapa ada di antara kita yang sering ditimpa kesusahan? Selalu sangat diuji dengan kepayahan dan kekadang tak tahu apa punca sebenarnya. Mungkin itu satu cobaan kot! Ini bukan cobaan, tapi ni betul-betullah! Co..ba..an! Ermm...mungkin nak sedapkan hati yang tak berapa nak sedap ni kot.

Akhirnya, beberapa hari lepas saya mendapat emel dari seorang sahabat lama. Di dalam emel beliau, ada dikongsikan beberapa perkara yang menyebabkan kita sering ditimpa kesusahan atau mengalami penderitaan.


Kandungan emel kiriman beliau lebih kurang begini;


Dalam kitab Al-Barakah Fi Fadhl Lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi ada diterangkan perkara yang berhubung kait dengan kesusahan seseorang.

Ada 43 perkara kesemuanya. Untuk keselesaan anda, harap dapat tarik nafas sedalam-dalamnya dulu ..... dan lepas perlahan-lahan.


Orait, kalau dah lega inilah perkara yang perlu diberi perhatian:


1. Tidak menunaikan solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan di atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai selipar atau kasut dengan kaki kiri dahulu.
5. Memandang ringan di atas apa yang terjatuh ke dalam hidangan makanan.


6. Ambil air sembahyang (berwuduk) sama ada di tempat buang air kecil/besar.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.


11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.


16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tanpa memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.


21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari pasar.
24. Mendoakan perkara yang tidak baik kepada ibu bapa dan anak-anak.
25. Tidak menutup makanan dengan membiarkannya terdedah.


26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.


31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.


36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.


41. Menghadap kiblat ketika membuang air kecil/besar.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air kecil/besar.


Uuih...bagaimana dengan perkara-perkara di atas. Adakah anda pernah atau memang biasa melakukannya?

Jika anda ingin mengelak diri dan keluarga daripada ditimpa kesusahan, saya sarankan agar cuba menghindari amalan di atas.


Mulakan secara perlahan-lahan dan konsisten. Lama-kelamaan anda pasti dapat mengatasinya!


Ahaah! Akhir sekali, saya doakan agar kita semua dapat melatih diri supaya tidak terus melakukan perkara di atas. :)



Semoga Anda Sentiasa Berubah Ke Arah Kebaikan!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More