Saturday, February 28, 2009

Cara Mudah Mengharumkan Bilik Mandi

Bilik mandi yang sentiasa harum pasti membuatkan anda lebih bersemangat untuk memulakan hari baru. Maklumlah, bila waktu pagi tu, bilik air mesti menjadi destinasi tumpuan setiap ahli rumah. Kalau boleh, selain bersih biarlah ianya juga berbau wangi. Baru ada feel gitu. Sekejap lagi saya akan kongsikan cara mudah untuk anda melakukannya, ok. :)

Imej - cheetahflooringoutlet.com



Cara nak mengharumkan bilik mandi anda ni mudah jer. Mula-mula, titiskan syampu ke atas lantai bilik mandi. Lantai bawah dan dinding sekali. Kemudian cuci atau berus lantai tu.

Akhir sekali, jirus dengan air sampai bersih supaya lantai tu tak licin lagi. Kang tak pasal-pasal ader yang tergelincir plak. Naya jer.

Kesimpulannya, jagalah kebersihan bilik mandi anda. Kalau nakkan suasana yang harum, rajin-rajinlah cucilah dengan syampu yang berbau wangi. :)


Selamat Mencuba!

Friday, February 27, 2009

Petua Nasi Lemak Tahan Lama

Nasi Lemak ni dah jadi satu kemestian semasa bersarapan. Lebih-lebih lagi kalau sambalnya "kick". Mesti terangkat wo! Ditambah pulak kalau anda layan rancangan Nasi Lemak Kopi O kat tv9 nih. Fuiyoo! Memang lengkaplah pagi hari anda tuh. :)


gambar nasi lemak

Gambar Hiasan - rasamalaysia.com



Tapi yang tak "best" nyer kalau nasi lemak tu lekas basi. Ingatkan masak atau beli lebih sikit, nak simpan la sampai petang karang. Tapi lain pulak jadinyer. Kalau beli tu, memang tak dapat nak tolonglah. Sebab bukan anda yang masak, kan? :(


Sebaliknya, kalau anda yang masak sendiri nasi lemak dan nak pastikannya tahan lama, ada 3 petua yang perlu anda lakukan. Ader saya kongsikan kat bawah nie;


1. Anda gunakan santan kelapa yang diparut ataupun dikukur.

dan

2. Masak atau jerang nasi serta santan pada api yang sederhana besar dan biarkan ianya masak dengan sempurna.

3. Jangan lupa tambahkan sedikit garam.

Dengan mempraktikkan 3 kaedah di atas, nasi lemak yang anda masak tu pasti akan tahan lebih lama. Silap-silap kalau anda rajin panaskan kemudiannya, boleh tahan sampai esok atau lusa tau. :)


Selamat Mencuba!

Thursday, February 26, 2009

Cara Menghilangkan Bubuk Pada Beras

Biasanya, beras yang kita simpan lama-kelamaan akan dimakan bubuk. Bubuk ialah sejenis binatang yang berkulit keras. Bagi mengatasinya, ada satu cara mudah yang boleh anda buat. Anda cuma perlukan cili kering. Ya, tapi bukanlah cili kering yang dah diproses. 

gambar beras jasmine
Imej - ms.wikipedia.org


Baiklah, cara nak menghilangkan bubuk tu macam ni;


Anda ambil 3 atau 4 tangkai cili kering dan masukkannya ke dalam bekas simpanan beras. Siap!


Dengan berbuat demikian, beras yang anda simpan tadi takkan lagi dimakan bubuk. :)


[*KEMASKINI #1*] Di samping cili kering, anda boleh letakkan sekali kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras tersebut.

[*KEMASKINI #2*] Jika ia masih tidak membuahkan hasil, cuba letakkan daun pudina ke tempat simpanan beras.

Selamat Mencuba!

Wednesday, February 25, 2009

Menghilangkan Rasa Pahit Daun Betik

Daun betik ni salah satu ramuan penting yang perlu ader kalau anda nak buat botok-botok. Botok-botok ni sejenis masakan yang dibungkus dengan daun pisang yang kemudiannya dikukus. Dalam tu ada pelbagai jenis ulam-ulaman dan ikan yang dimasak bersama rempah. Bagi yang suka makan ulam-ulaman, mungkin anda kata ianya sedap. :)

Ooohh, tapi saya bukan nak sentuh pasal botok-botok. Sebaliknya pasal daun betik. Seperti yang anda tahu, daun betik ni pahit rasanyer, kan? Lebih-lebih lagi kalau anda memakannya macam gitu jer!


gambar daun betik

daun betik - ms.wikipedia.org



Atas sebab itulah saya nak kongsikan satu petua menghilangkan rasa pahit tu kat sini. Caranya mudah saja. Ketika anda merebus daun betik, campurkan sekali dengan daun senduduk.


gambar daun senduduk putih

daun senduduk - melur.com



Itu saja. Mudah, kan?


Selamat Mencuba!

Monday, February 23, 2009

Petua Mengubati Bibir Pecah

Masalah bibir pecah pasti membuatkan anda berasa kurang selesa yang amat. Sakit ke? Orang yang dah pernah kene mesti tau ni. Rase lain macam pun ada gak. Tapi takper. Rasa ketidakselesaan anda terhadap bibir yang pecah bakal berakhir dengan mempraktikkan petua di bawah.


gambar bibir wanita




Caranya mengubatinya;

Anda minumlah air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.

Amalkan meminumnya sekali sehari sehinggalah bibir anda tu sembuh. Jika tiada aral dan serasi dengan petua ni, pasti anda dapat merasai kesannya.


Selamat Mencuba!


credit to image: authorstream.com

Friday, February 20, 2009

Petua Kecantikan: Bulu Roma Cantik

Petua kecantikan kali ini ditujukan lebih kepada kaum lelaki. Boleh dikategorikan sebagai petua lelaki juga kot. Sebab biasanya bulu roma ni sinonim dengan lelaki. Wanita kalau ada bulu roma pun, mungkin hanya tertumpu kat tangan jer. Saya yakin bahawa tak seorang pun wanita yang nakkan bulu roma yang lebat, kan? Lebih-lebih lagi kat betis. Tak sesuai gitu.

Ya, saya sebut betis. Anda tak salah baca. Sebabnya, ada segolongan lelaki yang bulu romanya di situ tak berapa nak cantik ataupun halus sangat. Malah ada yang malu hanya kerana itu.


Mencantikkan bulu roma pada betis

Sekadar gambar hiasan - Gillette



Justeru, bagi lelaki di luar sana yang nak mencantikkan bulu roma bolehlah mengamalkan petua ini;


1. Ambil 2 ulas bawang merah dan tumbuk sampai lumat.

2. Lumurkannya pada kaki. Atau lebih tepat lagi kat bahagian betis anda.

3. Biarkan lumuran itu sampai kering.

4. Bila dah kering, cucilah kaki dan betis anda.

5. Buat 3 kali dalam sehari. Jika tiada aral, usaha anda pasti berhasil!


Selamat Mencuba!

Petua Suami Isteri: Isteri Anda Berlagak Puas?

Malam Jumaat semalam saya dah terangkan apa itu petting, kan? Tapi adakah isteri anda benar-benar puas setelah bersama? Menurut kajian, lebih daripada 70% wanita mengaku hanya berpura-pura dalam mencapai orgasme. Mungkin sebab nak jaga hati suami kot.

Justeru itu, mari kita lihat tanda-tanda sama ada isteri anda memang mencapai orgasme atau hanya berlakon jer. Ada 4 tanda yang boleh anda perhatikan sebagai panduan iaitu;

1. Rintihan yang terlalu kuat.

2. Suara rengekan yang tak seirama dengan apa yang sedang dilakukan atau terjadi.

3. Kemut yang tak dapat dirasai oleh alat sulit (zakar) suami.

4. Nafas isteri yang dihembus daripada cepat kepada normal dalam tempoh masa yang sekejap.


Namun, 4 tanda di atas bukanlah penanda muktamad yang isteri anda hanya pura-pura mencapai orgasme. Ini kerana setiap wanita mempunyai tindakbalas dan mencapai orgasme dengan cara yang berbeza.

Jangan la plak tak pasal-pasal tuduh isteri anda berlakon tanpa usul periksa yer. Tak eloklah macam tu, kan? Kesian dier...


Jalan penyelesaian terbaik adalah anda berusaha mempelajari teknik yang betul untuk memuaskan isteri. Itu adalah tanggungjawab seorang suami. Ketepikanlah ego anda seketika agar rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Bukan tu jer, isteri pun bertambah sayang nanti. WOW! ! =D


Salah satu sumber rujukan tambahan demi memastikan isteri anda dapat menikmati kepuasan semasa bersama anda dijelaskan dalam Ebook PANAS Hanya Untuk Suami Isteri SAHAJA ini.




p.s: Petua suami isteri yang lain akan menyusul pada masa-masa akan datang. Teruskan membaca petua-petua lagi supaya anda boleh gunakan bila perlu. Ataupun bookmark saja blog ini di komputer anda. :)

Thursday, February 19, 2009

Petua Suami Isteri: Kepentingan "Petting"

Sempena malam Jumaat yang penuh dengan keberkatan, ada baiknya kalau saya sentuh petua suami isteri. Apa benda petting tue? Apa kaitannya plak dengan suami isteri yang sedang ingin berkasih? Ah-Hah! Teruskan pengembaraan anda sampai ke penghujungnya yea.

Tapi sebelum tu, saya nasihatkan petua ni dibaca oleh anda yang dah bernikah jer. Kalau yang belum tu tapi dah terrrlajak bace, jadikan ia sebagai panduan dan persediaan meniti ke alam perkahwinan kelak. Jangan lebih-lebih sudah, ok.


que haidar dan linda jasmine sah menjadi suami isteri
Sekadar gambar hiasan - dipetik dari syokkahwin.com


"Petting" ni maksudnya hubungan intim di antara dua pasangan iaitu suami dan isteri. Ia juga dikaitkan dengan ransangan yang dilakukan terhadap organ seksual isteri seperti payudara. Ransangan ni boleh dilakukan dengan sentuhan sama ada melalui tangan ataupun mulut.

Tujuannya dah tentulah untuk menambah kehangatan dan keghairahan seksual! Petting ni selalunya dilakukan sewaktu proses pemanasan. Ia memang baik untuk kedua belah pihak supaya tubuh mereka berada dalam keadaan siap sedia.


Fakta:

Boleh dikatakan hampir semua wanita memerlukan petting sebelum melakukan hubungan seksual sebagai persediaan organ genitalnya!


Kegagalan suami memberikan petting kepada pasangannya adalah satu kesilapan besar yang selalu dilakukan. Akibatnya, si isteri tak puas dan rasa kecewa. Lebih parah, mereka hanya memendamkannya demi menjaga hati suami. Bahaya tuh!

Antara tugas petting yang suami boleh buat adalah mencumbui, menghisap, menjilat dll pada bahagian sensitif isteri.

Hasilnya, petting ni akan memberikan isteri anda nikmat keasyikan yang maksimum dan secara tak langsung membantunya mencapai klimaks! Isteri anda pasti tabik dan menghargai usaha anda tuh. :)

Harap, anda fahamlah apa itu petting dan fungsinya dalam mengecapi salah satu aspek kebahagiaan dalam berumahtangga!

Bagi suami yang masih buntu kenapa isteri aku tak pernah ataupun susah sangat klimaks, anda mestilah ketahui tak keruan & kuasai seninya dulu dan barulah dipraktikkan. Kaaannnnnnnnnn?.


Pssssttt... sekian dulu petua suami isteri untuk sementara ni. Semoga anda kekal berbahagia hingga ke akhir hayat! Amin.

Monday, February 16, 2009

Cara Mudah Mengubati Kudis

Kulit berkudis sikit sebanyak akan mencacatkan penampilan diri anda. Errrrkk, terutamanya pada tempat yang tak dapat nak disorok. Tentu anda nak cepat-cepat hilangkan dengan mengubati kudis tersebut. Seperti biasa, anda boleh gunakan bahan semulajadi jika masih belum menemui sebarang jalan penyelesaiannya.

Ada satu petua kecantikan yang boleh anda cuba. Melalui penggunaan kulit pisang kapas.

gambar pisang kapas

Gambar pisang kapas - Flickr nino_z


Caranya mudah saja;

Anda ambil kulit pisang kapas dan gosokkanlah pada bahagian yang berkudis tu. Amalkan cara mudah ni 2 kali sehari sehingga sembuh.


Selamat Mencuba!

Saturday, February 14, 2009

Atasi Masalah Sembelit

Buah pisang selain enak dibuat cekodok ia juga memberikan tenaga segera kepada anda. Perasan tak kekadang pemain tenis makan pisang ketika waktu rehat di pertengahan permainan. Lebih-lebih lagi kalau sesuatu game tu berlarutan sampai 3-4 jam. Memang memenatkan, ye tak?


Maria Sharapova makan pisang untuk mengembalikan tenaga


Kita lupakan dulu cite pemain tenis. Ada hal lebih penting bagi anda yang mengalami masalah sembelit atau susah nak buang air besar. Gunakan buah pisang untuk menyembuhkannya. Ikutilah petua yang saya sediakan kali ni.


makan pisang atasi masalah sembelit


Begini caranya;

1. Pertama sekali, ambil 2 biji pisang lemak manis yang dah cukup masak.

2. Sediakan 1 gelas air sejuk.

3. Kisar sekali air sejuk bersama dengan pisang dan minumlah air pisang tu.

4. Amalkan meminumnya setiap hari sehingga masalah sembelit anda pulih.


Selamat Mencuba!

Friday, February 13, 2009

Merawati Kulit Lebam

Kesan kulit lebam akibat kemalangan boleh dirawat dan disembuhkan dengan menggunakan bahan-bahan biasa seperti bawang putih dan bawang merah. Satu lagi bahan yang perlu anda cari adalah daun jambu batu.


[1] Mula-mula, anda sediakan 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 3 helai daun jambu batu.


Ermmm... saya bukan maksudkan bawang putih dan bawang merah yang kat bawah ni,





Tetapi yang inilah...


Bawang putih - awl.ch



dan juga yang ini...



Bawang merah - id.wikibooks.org




[2] Kemudian anda tumbuk halus ketiga-tiga bahan tadi.

[3] Pupuk pada tempat bekas lebam pada tubuh anda.

[4] Balut dengan kain yang bersih dan biarkannya hingga kering.

[5] Ulangi langkah ini sampai kesan lebam anda hilang.


Selamat Mencuba!

Nak Melambatkan Tumbuh Uban?

Selari dengan peningkatan usia, rambut anda akan mulai tumbuh uban. Kekadang, ada gak yang usia masih muda remaja lagi tapi rambut dah beruban. Mungkin ada yang berasa janggal dengan keadaan tersebut. Kalau anda berasa janggal, apatah lagi perasaan mereka yang mengalaminya. Hanya Tuhan saja yang tahu, kan? Buat masa ni, saya kurang pasti punca sebenar masalah itu.


Tapi yang baiknya, saya nak tambah satu lagi koleksi petua kecantikan iaitu cara melambatkan tumbuh uban. Bahan asas yang anda perlukan ialah daun buluh.


1. Mula-mula, sediakan dulu 10 helai daun buluh.

2. Siat-siatkan daun buluh tu supaya halus.

3. Kemudian, sapukan dengan rata kat rambut anda.

4. Amalkan selalu supaya berhasil.


Selamat Mencuba!

Wednesday, February 11, 2009

Air Serai Ubat Lelah

Serai lebih sinonim dengan fungsinya dalam menyedapkan masakan. Kalau nak buat rendang ke, mesti bubuh serai. Ummmp... barulah lengkap rasanyer.


Rendang daging - rasamalaysia.com



Namun, mungkin ramai di antara anda yang belum mengetahui kelebihan lain yang ada pada serai.


Serai- wikipedia



Tahukah anda yang air serai mampu melegakan penyakit lelah?

Caranya ialah dengan hancurkan sedikit sebatang serai. Kemudian, masukkannya ke dalam masakan anda.

Khasiatnya ialah ia akan membantu pernafasan anda serta boleh mencairkan lendir.


Selamat Mencuba!

Monday, February 9, 2009

Ada Masalah Cirit Birit?

Tersalah makan atau alah dengan jenis makanan tertentu boleh mengakibatkan cirit birit. Masa tu tak senang duduk dibuatnya.

Seperti biasa, masalah cirit birit ni pun boleh diatasi. Caranya dengan memakan daun jambu batu.


Gambar - Indonetwork



Mula-mula, anda ambil sehelai daun jambu batu yang muda dan cucinya sampai bersih. Kemudian, jadikannya sebagai ulam semasa anda makan tengahari dan malam.

Ataupun anda makan ia begitu saja bila terkena cirit birit. Di samping itu, anda perlulah perbanyakkan minum air kosong dan makan makanan yang mudah hadam.

Elakkan juga makanan yang pedas-pedas , berminyak serta berempah.


Selamat Mencuba!

Siapa Sakit Tekak?

Khusus buat anda yang sakit tekak, ada satu petua kat sini. Kadang-kadang tekak anda rasa perit atau rasa macam tak selesa jer, kan?

Anda boleh melegakan masalah tu dengan cara berkumur menggunakan air garam. Amalkannya 2 kali dalam sehari.

Jika tiada aral, tekak anda akan kembali lega. :)


Selamat Mencuba!

Saturday, February 7, 2009

Bawang Putih Penawar Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi menjadi masalah utama bagi golongan tertentu sejak bertahun-tahun lalu. Biasanya dikaitkan dengan orang veteran dan yang berharta. Namun, sekarang ni penyakit dah tak mengenal siapa mangsanya. Semua orang boleh menghidapinya kalau serba-serbi tak dijaga. Ada baiknya kita menjaga kesihatan sejak dari muda lagi.

Salah satu penawar darah tinggi yang disyorkan oleh pengamal perubatan tradisional adalah meminum air bawang putih.

Gambar - Wikimedia Commons



Cara menyediakannya adalah:-

1. Sediakan 2 atau 3 ulas bawang putih.

2. Tumbuk halus bawang putih tadi.

3. Ambil segelas air suam dan rendamkan bawang putih ke dalamnya.

4. Amalkan meminumnya 2 kali sehari sehinggalah darah tinggi anda menurun.


Selamat Mencuba!

Thursday, February 5, 2009

9 Amalan Menambah Rezeki Kekayaan

Petua menambah rezeki kekayaan dahpun anda ketahui. Kalau belum tahu, sila rujuk ke sini. Seterusnya, apakah amalan yang perlu anda buat untuk menambah rezeki kekayaan. Tulisan kali ni dikhaskan bagi anda yang beragama Islam kerana ia melibatkan ayat suci Al-Quran.



Gambar - hal-pc.org


Antara amalan yang boleh anda amalkan mulai hari ini adalah;

1. Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.

2. Rajin mendirikan solat sunat Dhuha.

3. Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah.

4. Tak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.

5. Membaca surah Al-Waqiah (rujuk ms 534 dalam Al-Quran resam Uthmani). Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.

6. Membaca Surah Al-Mulk (rujuk ms 562).

7. Membaca Surah Al-Muzammil (rujuk ms 574).

8. Membaca Surah Al-Lail (rujuk ms 595). Ini surah lazim, dalam Muqaddam pun ade.

9. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W setiap hari.


Sebenarnya, di atas ini adalah sebahagian kecil amalan yang boleh anda lakukan dalam usaha menambah rezeki kekayaan. Sekiranya anda nak tambah sebarang info berkaitan, sila gunakan ruangan ulasan untuk manfaat bersama. :)


p.s: Kepada anda yang inginkan bahan bacaan yang lebih terperinci, cuba lihat dulu laman rahsia magnet duit. Jika merasakan anda perlukan panduan tersebut, barulah dapatkan ebook tersebut sebelum jualannya ditutup semula. Harap maklum.

Wednesday, February 4, 2009

6 Cara Penjagaan Kulit Muka

Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.



Gambar - Nivea


Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.




Sayangilah Kulit Anda!

Tuesday, February 3, 2009

7 Petua Menambah Rezeki Kekayaan

Zaman yang mencabar ni memaksa anda berusaha gigih untuk mencari rezeki. Kalau dulu, hanya ayah anda saja yang keluar bekerja. Kini, senario sebegitu semakin berkurangan. Sebaliknya, kedua ibu bapa sekarang ada karier masing-masing. Semua ni semata-mata dilakukan untuk menampung kos sara hidup yang meningkat, memberikan yang terbaik buat anak-anak serta menambah rezeki kekayaan.


Dalam pada ghairah dengan kerjaya masing-masing, ada petua yang boleh diamalkan bagi menambah rezeki kekayaan anda. Antaranya;


1. Rajin bersedekah.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

"Hendaklah kamu semua mengharapkan turunnya rezeki dengan bersedekah."





2. Bangun tidur awal pada waktu pagi.

3. Bermanis muka.

4. Berbicara dengan baik dan berfaedah.

Meninggalkan sikap suka berborak kosong dan membicarakan hal-hal yang tak berfaedah langsung.

5. Rajin menyapu dan membersihkan halaman rumah dan tempat-tempat lain dalam rumah.

6. Elakkan selalu duduk dengan para wanita kecuali anda mempunyai hajat tertentu.

7. Mempunyai bakat tulisan yang indah.

Tulisan yang indah merupakan kunci rezeki yang menyebabkan terbukanya pintu rezeki.




Begitulah sikit sebanyak cara yang boleh anda ikuti jika ingin dimurahkan rezeki. Di lain waktu, saya akan kongsikan beberapa lagi amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam untuk tujuan yang sama.


Jumpa lagi!

Monday, February 2, 2009

Makan Ikan Panjangkan Umur Lelaki

Selain mengandungi protein, ikan juga mampu panjangkan umur kaum lelaki. Ia pasti mengembirakan kaum adam yang gemar dan kerap makan ikan. Professor Madya Yasuyuki Makamura dari Universiti Sains Shiga, Jepun telah menjalankan satu kajian berkaitan. Soal khuatir akan terkena toksin atau keracunan raksa dalam ikan sama sekali tidak menghalang kesahihan fakta tersebut.


Gambar - Fish In Dish



Menurutnya, beliau telah menjalankan kajian tu selama 19 tahun di Tokyo. Hasilnya, beliau mendapati bahawa seorang lelaki yang memakan ikan 2 hari sekali mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan lumpuh sebanyak 30 peratus.

Lagi satu, hanya 0.7 peratus kematian yang dicatatkan oleh sekumpulan lelaki yang memakan ikan 2 hari sekali berbanding 1.0 peratus oleh mereka yang makan ikan 1 minggu sekali atau kurang.


Kesimpulannya, makan ikanlah ikan secara kerap kalau nak panjang umur! :)


p.s: Sebagai umat Islam, selain daripada amalkan memakan ikan 2 hari sekali, selalulah berdoa padaNya agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta ditetapkan iman. Amin

Sunday, February 1, 2009

Inginkan Wajah Berseri?

Muka atau wajah berseri sepanjang masa memang diidamkan oleh setiap insan. Tentunya pelbagai petua atau rawatan muka yang akan dilakukan sekiranya anda menitikberatkan penjagaan muka. Kalau nak cantik, mestilah berusaha skit, kan?


Gambar-budiey.com



Tapi macamner plak kalau wajah anda pucat dan tak bermaya? Pasti masalah ini amat memeningkan kepala. Tahap keyakinan diri pun makin menurun. Kalau begitu gayanya, apakata anda cuba satu petua tradisional ni.

1. Memula, ambil segenggam daun inai.

2. Tumbuk daun inai tu sehingga halus.

3. Kemudian, gentel daun inai tersebut. Setiap satu saiznya lebih kurang sebesar kepala mancis.

4. Bila dah siap, sejukkannya ke dalam peti sejuk.

5. Amalkan memakannya sebiji sehari selepas sarapan pagi sehinggalah anda berpuashati dengan kulit muka masing-masing.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More