Monday, March 30, 2009

Petua Ringkas Menurunkan Berat Badan

Perbincangan mengenai cara menurunkan berat badan seringkali kita dengar baik di kalangan kaum Adam mahupun Hawa. Isu ni sungguh universal. Kalau anda lihat di pasaran pun, pelbagai produk telah diperkenalkan untuk disasarkan kepada golongan yang mengalami masalah berat badan berlebihan ni. Cuma persoalan utama sekarang ni, sama ada ianya berkesan atau tidak. Mungkin ramai yang mengeluh kerana dah cuba pelbagai produk, namun hasilnya masih mengecewakan.


Sebagai alternatif, saya sarankan anda gunakan saja bahan semulajadi. Lebih mudah, murah dan selamat. Cuma anda perlulah rajin untuk menyediakan bahannya sendiri (d.i.y) nanti, okay. :)

Jen...jeng...jeng.. bahan yang anda perlukan adalah sama ada limau nipis ataupun limau kasturi.


gambar limau nipis

Gambar - Wikipedia




Apa yang perlu anda buat sekarang ialah sediakan air limau nipis ataupun air limau kasturi.


Caranya:


Anda ambil 2 biji limau nipis/kasturi dan perahkan airnya ke dalam gelas. Kemudian campurkan perahan limau tadi dengan segelas air suam atau sejuk dan kacau.

Akhir sekali, minumlah air limau ni setiap hari selepas makan. Sekurang-kurangnya, tunggu dulu 30 minit selepas makan, barulah diminum air limau tu.

Amalkan sehinggalah berat badan anda menurun sedikit demi sedikit. Ermmm...banyak juga khasiat air limau nipis ni yer. :p





Selamat Mencuba!

Sunday, March 29, 2009

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Bagi yang masih mengalami tekanan darah tinggi, sekali lagi saya bawakan alternatif untuk merawat darah tinggi anda tu. Sebagai makluman tambahan, ini adalah kali keempat saya paparkan petua berkaitan darah tinggi. Sebelum meneruskan pembacaan, anda boleh lihat petua terdahulu yang berkaitan di sini.


lakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi




Sekiranya anda dah cuba petua yang lepas tapi belum berhasil atau kurang serasi dengannya, apakata anda cuba amalkan meminum air limau nipis. Seperti biasa, minum 2 kali dalam sehari.


Untuk lebih terperinci, jom kita sama-sama sediakan air limau nipis ni. :)


1. Memula, ambil 1 biji lipis dan perah airnya ke dalam gelas.

2. Masukkan juga 1 gelas air sejuk ke dalam gelas yang berisi perahan limau nipis tadi.

3. Jika mahu, anda boleh campurkan sedikit gula.

4. Kacau semua ramuan tadi hingga sebati dan minum.

5. Amalkan meminumnya sehinggalah tekanan darah tinggi anda menurun dan kembali ke paras normal.

6. Anda boleh meminumnya pada setiap pagi dan petang.


Jika tiada aral, anda akan memperolehi hasilnya.


Selamat Mencuba!


Gambar: teknosains.info

Saturday, March 28, 2009

Amalan Untuk Merawat Rabun Mata

Memiliki mata yang cantik dan sihat seumur hidup merupakan satu nikmat yang tak terhingga nilainya. Bagi memastikannya menjadi kenyataan, kita perlu sentiasa menjaga dan memeliharanya.

Antaranya dengan selalu memakan lobak merah, elakkan membaca dalam keadaan gelap, elakkan menonton tv dalam jarak yang terlalu dekat serta berehat seketika setelah 30 minit menghadap skrin komputer.


gambar mata cantik



Namun, fokus kali ni adalah berkongsikan satu petua merawat rabun mata. Caranya ringkas saja, iaitu anda amalkan meminum air rebusan sawi.

Lakukannya secara konsisten mudah-mudahan masalah rabun mata tersebut dapat dipulihkan dengan izin-Nya.


Selamat Mencuba!


Gambar: flickr

Thursday, March 26, 2009

Cara Mengurangkan Bisa Paku

Kalau terpijak paku ni, fuhhh rasanya memang bisa yang amat. Lebih-lebih lagi kalau terkena penangan paku karat. Waduhh...


menghilangkan bisa paku




Atas sebab itu, saya nak kongsikan dengan anda satu petua untuk mengurangkan bisa paku.


Untuk mengurangkan rasa bisa tu, anda ambil beberapa ulas bawang merah. Kemudiannya, masukkan bawang tersebut ke dalam sebuah bekas.

Seterusnya, rendamkan bahagian kaki anda yang terpijak paku tadi. Biarkannya selama 30 minit.

Setelah itu, rasa bisa kat kaki anda tu akan berkurangan dan pulih.


Selamat Mencuba!



Gambar: wikimedia.org

Sunday, March 22, 2009

Pelbagai Khasiat Daun Pegaga

Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga.

Jika sebelum ni, saya pernah nyatakan di sini yang daun pegaga ni baik dijadikan sebagai ubat darah tinggi.


gambar daun pegaga




Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan khasiat daun pegaga sebagai ubat kencing manis, mengecutkan peranakan serta menghilangkan bintik hitam di bahagian muka.



Gambar: Flickr.com


p.s: Hari ni memang saya tidak menyediakan sebarang petua khusus, tetapi sekadar berkongsi khasiat daun pegaga sahaja. Harap maklum. :)

Saturday, March 21, 2009

Atasi Masalah Jari Kebas

Petua hari ni nak berkongsi satu cara mengatasi masalah jari kebas. Biasanya jari tangan atau kaki berasa kebas ni boleh terjadi akibat terlalu sejuk.


gambar jari kebas




Untuk itu, cuba anda lumurkan bedak talkum pada jari anda yang kebas-kebas tu. Kalau jari anda berasa kebas jer, cepat-cepatlah lumurkannya dengan bedak yer.

Itu saja langkah yang perlu anda buat. Jika takder aral, rasa kebas tu akan hilang. :)


Selamat Mencuba!


Gambar: blog.wired.com

Cara Nak Menghentikan Hidung Berdarah

Anda ada masalah hidung berdarah tapi tak tahu nak menghentikan pendarahan tersebut? Kalau macam gitu, saya akan kongsikan satu petua menghentikannya di bawah ini. Tapi sebelum tu, anda perlukan daun sirih. Ambillah dalam beberapa helai.


gambar daun sirih bertemu urat




Caranya begini;


1. Anda cuci dulu sehelai daun sirih tadi agar ia bersih dan suci.

2. Kemudian, patahkan batang daun sirih tu dulu. Ataupun lipatkan dauh sirih tu supaya saiznya lebih kecil dan gulung daunnya.

3. Masukkan gulungan daun sirih ke dalam lubang hidung anda yang berdarah tu.

4. Semasa hidung disumbat, sebaiknya anda dalam keadaan berbaring secara menelentang dan relaks. Tinggikan sedikit kedudukan kepala anda semasa berbaring.

5. Biarkan diri anda dalam keadaan sebegitu lebih kurang 15 hingga 30 minit. Ataupun sehingga pendarahan itu terhenti.

6. Sebagai langkah tambahan, basahkan sehelai tuala dan letakkan di dahi pesakit.


Selamat Mencuba!


Gambar: www.pnm.my

Thursday, March 19, 2009

Amalan Untuk Penerang Hati

Hari ini saya cuma ingin berkongsi satu amalan penerang hati. Sekiranya anda mengenali rapat seseorang atau mempunyai anak yang hatinya gelap, otaknya kurang cergas ataupun bebal, boleh mencuba kaedah di bawah sebagai ikhtiar.


1. Bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali sehari.

2. Amalkan membacanya selama 7 hari berturut-turut.

3. Selepas selesai membacanya, hembuskanlah ke dalam satu bekas atau balang berisi air putih.

4. Kemudian, berikanlah mereka minum air tersebut.


Jika diizinkanNya, individu tersebut atau anak anda akan terang hatinya.


Selamat Mencuba!

Wednesday, March 18, 2009

1 Lagi Petua Hilangkan Jerawat Batu

Masalah jerawat ni sering menghantui diri sesetengah individu. Kebanyakannya dialami oleh golongan remaja lah. Masa ni jerawat memang tengah galak baru nak tumbuh. Kalau tak dijaga, dikhuatiri melarat plak nanti.

Tak dinafikan juga, orang dewasa pun ramai yang mengalami masalah ni. Sebenarnya, pelbagai cara dan petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Ada yang memakan masa yang agak lama untuk sembuh dan begitulah sebaliknya. Ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah cara hidup anda sendiri.


mencuci muka mengelakkan ditumbuhi jerawat



Anda boleh melihat antara petua kecantikan untuk hilangkan jerawat yang pernah saya kongsikan di sini dan juga di sini.


Kali ni saya nak tambah satu lagi petua. Sesuai untuk anda yang ada jerawat batu. Gunakan bawang putih jer. Jom kita tengok cara menghapuskannya. :)


1. Ambil seulas bawang putih dan basuh dulu supaya bersih.

2. Titikkan dulu bawang putih tu dan sapukan pada tempat yang ditumbuhi jerawat batu.

3. Amalkan sehinggalah semua jerawat tu hilang. Mudah, kan?






Selamat Mencuba!

Imej - Memsaab.com

Tuesday, March 17, 2009

Petua Kesihatan: Ubat Darah Tinggi

Petua kesihatan kali ni khusus buat anda yang ada masalah darah tinggi. Sebelum ini pun saya pernah menyiarkan petua merawat darah tinggi di sini dan di sinun. :)


Namun, saya ingin berkongsi satu lagi pilihan untuk anda merawat darah tinggi ni. Caranya mudah saja. Anda amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda makan nasi pada waktu tengahari atau malam.


gambar daun pegaga ubat darah tinggi 1




gambar daun pegaga ubat darah tinggi 2



Ya, daun pegaga itulah yang saya makudkan sebagai ubat darah tinggi tu. Jika tiada aral, tekanan darah tinggi anda turun kelak setelah mengamalkannya.



Selamat Mencuba dan Amalkan Gaya Hidup Sihat!



Gambar - Wikipedia

Monday, March 16, 2009

Merawat Sesak Nafas Dengan Bunga Kenanga

Bagi anda yang mengalami masalah sesak nafas, saya sarankan anda menghadapinya dengan penuh sabar. Ini berikutan ia bukannya boleh disembuhkan dalam masa yang singkat, tetapi anda boleh memulihkannya secara beransur-ansur. Anda perlukan masa untuk merawat sesak nafas ni.


Justeru itu, saya nak kongsikan 2 kaedah untuk merawat masalah sesak nafas ni. Menggunakan bahan yang sama iaitu bunga kenanga. Cuma pendekatannya saje yang agak berbeza sikit.


imej bunga kenanga




Satu, kaedah yang disyorkan oleh En. Tajuddin Abdul Manap, Pegawai Laboratori Fitoubatan dari Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia.


Caranya begini;


1. Ambil segenggam bunga kenanga(gambar di atas).

2. Basuh dulu untuk membersihkannya.

3. Rebus bunga kenanga tadi dengan sedikit air sampai mendidih.

4. Semasa air tengah menggelegak, masukkanlah 1/2 sudu gula pasir.

5. Biarkan ia sekejap dan padamkan api apabila paras air didihan tadi dah berkurangan sebanyak 1/3 daripada paras asal (Agak-agak la).

6. Kemudian, minumlah air didihan bunga kenanga tadi sedikit demi sedikit.

7. Amalkan meminumnya selalu. Buat dalam 2 kali sehari iaitu meminum sekali pagi dan sekali petang.


Keduanya pula adalah kaedah tradisional yang juga boleh digunapakai untuk mengubati penyakit lelah dan malaria.


Untuk kaedah ini, ianya lebih mudah sikit iaitu;


1. Ambil 3 kuntum bunga kenanga.

2. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Ataupun boleh celurkan sehingga air panas tadi menjadi suam.

3. Kemudian, buangkan bahagian kuntum bunga kenanga tu dulu.

4. Lepas tu, minumlah airnya perlahan-lahan.

5. Amalkan meminumnya dalam 2 kali sehari yer.


Mudah-mudahan petua kali ini mampu membantu anda merawat rasa sesak nafas sehinggalah anda berasa pulih sepenuhnya.


Selamat Mencuba!

Kredit imej : Flickr

Thursday, March 12, 2009

13 Perkara Yang Membawa Kepada Fakir

Jika anda masih ingat, saya pernah menyiarkan satu tulisan berkaitan "kenapa kita susah?". Anda boleh melihatnya semula kat sini. Hari ni saya cuma nak tambah sikit 13 perkara lagi yang boleh membawa kepada fakir.


Antaranya;


1. Selalu buang air kecil dalam keadaan telanjang bulat.


2. Makan sambil berbaring.


3. Tak membuang sisa-sisa sampah dengan segera selepas menyapu.


4. Memanggil kedua-dua ibu dan bapa dengan hanya menyebut namanya saja.

Contohnya kalau nama ibu anda Salmah, anda hanya memanggilnya dengan panggilan Salmah.


5. Mengcungkil celah-celah gigi dengan benda-benda keras.


6. Enggan membersihkan sarang labah-labah di dalam rumah.


7. Menulis dengan menggunakan pen atau pensel yang dah tak sempurna keadaannya.


8. Menyikat rambut dengan sikat yang dah pecah-pecah.


9. Bakhil, lokek, kedekut, terlalu berhemat dan seumpamanya.


10. Suka menangguhkan atau menunda sesuatu perkara walhal kita sempat melakukannya.


11. Sering mengabaikan segala urusan.


12. Pemboros.


13. Malas.


Paparan di atas hanya sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri saya sendiri dan anda semua. Elakkanlah daripada terus-menerus melakukan memana perkara di atas jika ia telah menjadi kebiasaan kita selama ni.

Mudah-mudahan hidup kita sentiasa mendapat keredhaanNya serta menghindari diri daripada ditimpa kesusahan. Amin.

Monday, March 9, 2009

Atasi Rasa Sakit Pinggang Masa Dalam Pantang

Petua tradisional ini ditujukan khusus buat wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin. Kalau anda mengalami rasa sakit pinggang, cubalah petua yang nak saya kongsikan di bawah ini.

Sebenarnya saya nak berikan 2 petua yang sesuai untuk mengatasi masalah sakit pinggang ni. Nanti saya terangkan satu persatu, ok. :)


Petua 1:


Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus.

Apa yang perlu anda buat ialah mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.


gambar halia

Gambar - Wei East



Tumbuk halus halia tu, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.

Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari.

Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil. :)


Petua 2:


Sekarang, saya berikan cara yang lagi satu. Iaitu anda perlu telan sebiji kuning telur. Ingat, sebiji aje tau.


gambar kuning telur

Gambar - Wikivisual



Dah sediakan kuning telur tu?

Kalau dah, anda telanlah ia mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.

Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Rasa lenguh kat pinggang akan berkurangan dan sembuh.



Selamat Mencuba!



p.s : Pihak petua sejagat baru saja bertukar template. Ada masalah skit dengan template sebelum ni. Jangan risau, anda memang tak tersalah tempat. :)

p.p.s: Teruskan melayari petua-petua yang ade kat sini. Terima kasih. :D

Anda Sakit Buah Pinggang?

Ada tak sesiapa di antara anda yang sakit buah pinggang? Di sini saya terjumpa satu petua tradisional yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah anda. Apa yang perlu anda cari sekarang ialah daun lobak merah.


gambar daun lobak merah




Cara untuk mengamalkan petua ni:


1. Ambil daun lobak merah dan cuci agar ianya bersih.

2. Rendamkannya dalam 1 mangkuk yang berisi air panas.

3. Biarkan daun tersebut terendam selama beberapa minit.

4. Kemudian, minumlah air rendaman daun lobak merah tu.

5. Amalkan meminumnya 3 kali sehari sebelum makan.


Selamat Mencuba!


Image source: botanicoil.com

Saturday, March 7, 2009

Menghilangkan Ruam Pada Badan

Masalah ruam pada badan biasanya dialami oleh bayi dan kanak-kanak. Faktor utama yang menyebabkan timbul ruam pada badan mereka adalah cuaca panas. Untuk menghilangkan ruam tu, anda boleh gunakan tepung ubi. :)


Cara-caranya;


1. Ambil satu senduk tepung ubi kayu.

2. Masukkan tepung tadi dalam kain jarang dan bungkus.

3. Selepas anak anda mandi, sapukan bungkusan tepung ubi tadi pada bahagian yang ada ruam.

4. Anda disarankan untuk berbuat demikian 2 kali dalam sehari.

5. Amalkan petua ni sehinggalah ruam tu sembuh.


Selamat Mencuba!

Wednesday, March 4, 2009

Suami Pentingkan Diri, Isteri Tanggung Derita

Segmen petua suami isteri kini menemui anda semula. Masih lagi dengan hubungan suami isteri di ranjang. Tulisan kali ni membongkarkan sikap kebanyakan suami yang pentingkan diri sendiri. Akibatnya, si isteri la yang terpaksa menanggung derita! Betul ker macam tu?


Sedar atau tak, isteri yang berdepan dengan perangai suami sebegini sering kecewa walaupun suaminya hebat ketika di ranjang. Kalau suami tu tak hebat, lagilah sakit hati dibuatnyer. Suka atau tak, terpaksalah dipendamkan aje.


Justeru itu, hubungan di ranjang haruslah memberi kepuasan kepada kedua belah pihak. Tak berat sebelah atau dimonopoli oleh satu pihak jer. Dalam usaha merealisasikan kepuasan suami isteri, buatlah persiapan rapi sebelum bermula. Jangan biarkan mood pasangan anda hilang tiba-tiba. Anda gak yang susah nanti!



illustrasi suami pentingkan diri, isteri derita
Imej - DiRanjang



Persiapan rapi yang dimaksudkan kat sini adalah; anda sebagai suami perlu mengekalkan ketahanan tanpa mencapai orgasme (kemuncak) sebelum tiba masanyer!



Sehubungan itu, ada 8 rahsia yang anda mesti tahu sebelum bersama;


1. Buatlah persiapan fizikal dan mental. Pastikan tubuh badan anda sihat, tenangkan fikiran serta hilangkan dulu segala rasa penat lelah.

2. Kenali titik atau bahagian sensitif pasangan isteri anda. Banyak lagi bahagian yang perlu anda terokai untuk meningkatkan ghairah isteri selain bahagian genital.

3. Sebelum bermula, lakukan pemanasan atau foreplay dulu. Berikan masa agar kedua-dua pihak bersedia. Lakukan peringkat demi peringkat untuk menikmati sensualnyer.

4. Berani bereksperimentasi dengan melakukan pelbagai gaya, posisi dan teknik yang selesa bagi kedua-dua belah pihak. Kalau sebelah pihak menolak, anda perlu akur dan janganlah memaksa!

5. Rancang, kawal atau mengatur rentak permainan anda. Applikasikan teknik kawalan supaya dapat bertahan lama. Usah tergesa-gesa mencapai orgasme. Cuba jadikan ia suasana yang santai dengan bergurau senda.

6. Gunakan fungsi seluruh anggota tubuh badan anda untuk membangkitkan ghairah pasangan. Anda boleh cuba melakukan hubungan intim ni tanpa seurat benang. Tapi jangan lupa menutupinya dengan selimut putih tau.

7. Usahlah ego dalam mengakui kehebatan pasangan anda. Berikanlah pujian sebagai tanda penghargaan. Ini akan membuatkan pasangan anda lebih bersemangat untuk meneruskannya serta memberikan yang terbaik!

8. Selesai melakukan hubungan intim tersebut, bersantailah terlebih dulu bersama pasangan. Relaks dan luangkan masa bersama jap. Bincangkanlah tentang kualiti permainan anda sebentar tadi. Luahkan sebarang perkara yang disukai dan sebaliknya. Cuba cari jalan penyelesaian supaya lain kali permainan anda bertambah menarik! :)



Begitulah sebahagian kecil rahsia yang kini bukannya lagi rahsia pada kaca mata anda. Namun, tak dinafikan bahawa banyak lagi rahsia kepuasan seksual yang perlu anda ketahui bagi mengeratkan hubungan suami isteri.



Semoga Anda Bertambah Bahagia!

Monday, March 2, 2009

Petua Kesihatan: Menyegarkan Urat Saraf

Rasa letih dan lesu bagaikan asam garam dalam kehidupan. Pendek kata, lepas melakukan apa jua jenis pekerjaan terutamanya yang berat, mesti anda akan berasa letih. Dah guna banyak tenaga, kan? Normal la tu. :)

Justeru itu, kali ni saya nak berkongsi satu petua untuk menyegarkan urat saraf. Boleh lah juga dikategorikan sebagai petua kesihatan. Sebelum bermula, bahan-bahan asas yang anda perlukan adalah daun nangka, daun pandan dan juga daun serai.


Kalau anda tak kenal bahan asas di atas, meh saya tunjukkan dulu dengan lebih dekat;


gambar daun nangka

Daun Nangka


gambar daun pandan

Daun Pandan


gambar daun serai

Daun Serai




Sekarang anda dah cam bahan-bahannya, kan? Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah;

1. Rebus dulu 3 bahan asas tersebut iaitu daun nangka, daun pandan dan daun serai.

2. Setelah mendidih, biarkan dulu air rebusan itu suam. Lebih kurang suam-suam kuku gitu.

3. Kemudian, air rebusan tu anda buatlah sebagai air mandian. Lakukannya selama 3 hari tau.


Jika tiada sebarang aral, badan anda akan kembali segar dan bertenaga.


Selamat Mencuba!



Sumber imej - ms.wikipedia.org

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More