Monday, March 16, 2009

Merawat Sesak Nafas Dengan Bunga Kenanga

Bagi anda yang mengalami masalah sesak nafas, saya sarankan anda menghadapinya dengan penuh sabar. Ini berikutan ia bukannya boleh disembuhkan dalam masa yang singkat, tetapi anda boleh memulihkannya secara beransur-ansur. Anda perlukan masa untuk merawat sesak nafas ni.


Justeru itu, saya nak kongsikan 2 kaedah untuk merawat masalah sesak nafas ni. Menggunakan bahan yang sama iaitu bunga kenanga. Cuma pendekatannya saje yang agak berbeza sikit.


imej bunga kenanga




Satu, kaedah yang disyorkan oleh En. Tajuddin Abdul Manap, Pegawai Laboratori Fitoubatan dari Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia.


Caranya begini;


1. Ambil segenggam bunga kenanga(gambar di atas).

2. Basuh dulu untuk membersihkannya.

3. Rebus bunga kenanga tadi dengan sedikit air sampai mendidih.

4. Semasa air tengah menggelegak, masukkanlah 1/2 sudu gula pasir.

5. Biarkan ia sekejap dan padamkan api apabila paras air didihan tadi dah berkurangan sebanyak 1/3 daripada paras asal (Agak-agak la).

6. Kemudian, minumlah air didihan bunga kenanga tadi sedikit demi sedikit.

7. Amalkan meminumnya selalu. Buat dalam 2 kali sehari iaitu meminum sekali pagi dan sekali petang.


Keduanya pula adalah kaedah tradisional yang juga boleh digunapakai untuk mengubati penyakit lelah dan malaria.


Untuk kaedah ini, ianya lebih mudah sikit iaitu;


1. Ambil 3 kuntum bunga kenanga.

2. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Ataupun boleh celurkan sehingga air panas tadi menjadi suam.

3. Kemudian, buangkan bahagian kuntum bunga kenanga tu dulu.

4. Lepas tu, minumlah airnya perlahan-lahan.

5. Amalkan meminumnya dalam 2 kali sehari yer.


Mudah-mudahan petua kali ini mampu membantu anda merawat rasa sesak nafas sehinggalah anda berasa pulih sepenuhnya.


Selamat Mencuba!

Kredit imej : Flickr

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More