Saturday, January 30, 2010

Cara Merawat Payudara Bengkak

Bagi anda yang mengalami masalah payudara bengkak, saya ingin kongsikan satu petua tradisional untuk merawatnya. Iaitu dengan menggunakan akar pokok nangka. Petua ini amat ringkas dan saya percaya anda mampu melakukannya. :)

Gambar Pokok Nangka

Gambar Pokok Nangka - toptropicals.com



Cara-cara Merawat Payudara Bengkak

1. Dapatkan sebahagian kecil akar pokok nangka.

2. Kemudian, anda asahkan akar tersebut pada bahagian belakang pasu.

3. Jangan lupa, pastikan anda campurkan sedikit air semasa mengasah akar tadi.

4. Akhir sekali, sapukanlah air asahan tadi pada kawasan payudara anda yang bengkak.

Amalkan menyapu air asahan akar nangka ni sehinggalah ia membuahkan berhasil. Lepas dah sembuh, anda berhentilah daripada mengulangi petua ini.


Selamat Mencuba!

Friday, January 29, 2010

3 Kebaikan Pokok Letup-letup

Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora Foetida adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar dan berfungsi sebagai tanaman penutup bumi. Ia juga mudah tumbuh di kawasan tanah terbiar.

Gambar Pokok Letup-letup

Gambar Pokok Letup-letup - www.passionflow.co.uk


Sungguhpun begitu, ia tetap memiliki kebaikan tersendiri. Sudah tentunya untuk anda juga. Antara manfaatnya untuk anda adalah merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.


A. Gatal Pada Kulit

1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.

Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.

2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.

3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.

5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.


B. Melegakan Batuk

1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.

2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.


C. Merawat Luka

1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.

2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.

3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.


Selamat Mencuba!

Wednesday, January 27, 2010

6 Khasiat Pokok Cempaka Untuk Kesihatan Anda

Pokok cempaka telah diketahui umum akan mengeluarkan bunga yang amat cantik. Namun, keistimewaan pokok cempaka ni sebenarnya bukan tertumpu pada bunganya saja. Malah, daun serta akarnya turut memiliki khasiat dari sudut aspek kesihatan jika anda tahu menggunakannya.

Bunga cempaka ni pula ada yang berwarna kuning dan juga putih. Kedua-dua pokok yang mengeluarkannya masing-masing mempunyai khasiat tersendiri.

Sebagai contoh, pokok cempaka kuning sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin, mengatasi masalah kencing tak lawas serta menyembuhkan demam selsema.

Gambar Bunga Cempaka Kuning

Gambar Bunga Cempaka Kuning - arletepqt @ flickr.com




Wanita Selepas Bersalin

1. Anda ambillah beberapa helai daun pokok cempaka kuning.

2. Lap atau bersihkannya terlebih dulu.

3. Kemudian, rebuslah daun itu sehingga mendidih.

4. Lepas mendidih, biarkan air rebusan tu agak suam kuku. Kemudian barulah anda meminumnya.


Kencing Tak Lawas

1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka kuning dan bersihkannya.

2. Rebus kesemua bunga tadi sampai mendidih.

3. Bila air rebusan dah mendidih, biarkannya sehingga agak suam kuku. Kemudian, barulah anda meminumnya.


Demam Selsema

1. Dapatkan bahagian akar pokok cempaka kuning dan bersihkannya terlebih dulu.

2. Kemudian, pecah-pecahkan akar tersebut. Atau dengan kata lain, "titik" kan akar tadi.

3. Seterusnya, rebus akar tersebut sampai mendidih.

4. Setelah ia mendidih, biarkan air rebusan akar tu suam.

5. Kemudian, anda minumlah ia secara perlahan-lahan.


Manakala, pokok cempaka putih pula berfungsi merawat pitam, bisul dan bronkitis.

Gambar Bunga Cempaka Putih

Gambar Bunga Cempaka Putih - creativehousefl.com




Pitam

1. Ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebus bunga tersebut hingga mendidih.

3.Setelah mendidih, sejukkan air rebusan tadi sehingga agak suam kuku dan minum.


Bronkitis

1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebus bunga tersebut sampai mendidih.

3. Seterusnya, biarkan air rebusan tadi sehingga ia agak suam-suam kuku.

4. Lepas tu, tuangkannya ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikit madu.

5. Akhir sekali, kacaukannya dan minum.


Bisul

1. Petik beberapa helai daun cempaka putih yang masih segar-bugar.

2. Lapkannya agar bersih dan tumbuk daun tersebut agar ia lumat.

3. Tampal atau tepek daun yang telah dilumatkan tadi ke tempat yang ditumbuhi bisul.

4. Pastikan anda telah mencuci bisul terlebih dulu dengan air suam sebelum menepek daun tersebut.


Selamat Mencuba!

Saturday, January 23, 2010

Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.


badan langsing serta perut kempis



Jadi, untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;

1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.

2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.

3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata.

4. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.

Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.


cara memiliki susuk tubuh yang menawan



Selamat Mencuba!

Thursday, January 14, 2010

Apa Nak Buat Jika Terkena Hama atau Tungau?

Hama merupakan sejenis kuman penyakit. Manakala tungau pula adalah sejenis kutu yang halus. Begitulah takrifan keduanya menurut kamus dewan edisi keempat. Sekiranya ada di antara anda yang terkena gigitan hama mahupun tungau, ada dua petua yang boleh dicuba. :)


Petua Pertama:

1. Anda ambillah minyak cap kapak ataupun minyak kayu putih.

Gambar Minyak Cap Kapak

Gambar Minyak Cap Kapak



2. Kemudian, anda sapukan minyak tersebut pada bahagian yang terkena gigitan hama ataupun tungau tadi.


Petua Kedua:

1. Ambil sedikit kapur sirih (kapur makan).

Gambar Kapur Sirih

Gambar Kapur Sirih



2. Kemudian, letakkanlah kapur tu pada bahagian yang terlibat. :)


Mudah aje petua ni, kan? Jadi, saya doakan semoga ianya berhasil pada anda yang mencubanya.


Selamat Mencuba!

Wednesday, January 13, 2010

2 Kaedah Merawat Penyakit Kayap

Saya mula mengenal penyakit kayap ni semasa tinggal di asrama dulu. Itupun sebab ada seorang rakan yang mengalaminya. Kesian juga saya tengok keadaan beliau. Tapi tak dapat nak tolong sebab tak tahu langsung cara nak merawatnya.

Tapi beberapa hari lepas, saya ada baca petua untuk mengubati penyakit kayap. Terdapat 2 kaedah tradisional yang boleh anda gunakan sekiranya berdepan dengannya.


Kaedah Pertama:

1. Anda ambil 10 duri pokok kekabu.


Gambar Pokok Kekabu

Gambar Pokok Kekabu - wikipedia.org



2. Lepas tu, asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas.

Gambar Duri Pokok Kekabu

Gambar Duri Pokok Kekabu - florawww.eeb.uconn.edu



3. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu tadi pada bahagian kayap di anggota badan anda.

Buatlah petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.


Kaedah Kedua:

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah)

Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah) - smkclifford_lestari @ photobucket.com



2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.

3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.

Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.


Macamner dengan ubat kayap di atas? Harap anda yang dijangkiti kayap dapat mencuba petua ni. Jika tak keberatan, sila kongsikan hasilnya di ruangan komen @ ulasan ya. Saya amat menghargainya walaupun satu ayat. :)


Selamat Mencuba!

Tuesday, January 12, 2010

5 Khasiat Daun Jambu Batu

Selain keenakan jusnya, keistimewaan jambu batu ni lebih daripada apa yang saya jangkakan. Seperti artikel terdahulu, daunnya boleh menghilang jerawat. Anda boleh rujuk semula di SINI jika mahu. Kini, saya akan senaraikan beberapa lagi khasiat jambu batu buat anda.


Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu
Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu (www.bijlmakers.com)


Cuma khasiat yang dikongsikan kali ni tak tertumpu pada daunnya saja. Malah, ia turut melibatkan buahnya sekali. Antara penyakit atau masalah yang boleh dirawatinya ialah kudis, ruam, seriawan mulut, kencing manis serta mengurangkan kolesterol.


1. Kudis dan Ruam

- Anda ambil segenggam pucuk muda dan daun jambu batu yang dah matang.

- Rebuskan kesemua daun tu sehingga mendidih.

- Setelah mendidih, biarkan air rebusan tadi suam.

- Anda mandilah dengan menggunakan air rebusan tu sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Amalkannya setiap hari selama seminggu dan jika tiada aral melintang kudis atau ruam anda akan pulih.


2. Seriawan Mulut

- Ambil kira-kira segenggam pucuk daun jambu batu yang masih muda.

- Rebuslah pucuk muda tadi sampai mendidih.

- Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam atau sejuk sedikit.

- Seterusnya, anda gunakanlah air rebusan tu untuk berkumur-kumur.

Berkumur-kumurlah sebanyak 2 atau 3 kali sehari sehingga masalah seriawan mulut anda sembuh.


3. Kencing Manis dan Mengurangkan Kolesterol

- Ambil sebiji atau dua biji buah jambu batu yang masih muda atau mengkal (belum betul-betul masak).

- Basuh buah jambu batu tersebut sampai bersih.

- Tumbuk sedikit buah jambu tadi. Biarkan ia agak kasar.

- Kemudian, rebuslah buah jambu yang telah ditumbuk kasar tadi hingga mendidih.

- Setelah mendidih, biarkannya suam.

- Minumlah air tersebut 2 kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum anda tidur.

Amalkanlah petua ini setiap hari dan kemudian buatlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan kencing manis atau tahap kolesterol anda.


Begitulah 3 kaedah yang boleh anda cuba bagi mengatasi 5 jenis penyakit berbeza. Mudah-mudahan ia menjadi satu lagi pilihan rawatan alternatif sekiranya anda mengalami mana-mana penyakit yang dinyatakan di atas.


Selamat Mencuba!

Saturday, January 9, 2010

Petua Agar Wanita Kelihatan Awet Muda

Anda semua terutamanya golongan wanita tentunya gembira jika wajah sentiasa kelihatan awet muda. Tapi, mungkin kebanyakan anda masih lagi tercari-cari formulanya, kan? Justeru, itu saya nak kongsi petua awet muda yang tidak menelan belanja besar. :)

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)



Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ni iaitu:


1. Makan begitu saja

- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.


2. Minum air rebusan

- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.

- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Wahh, banyak gak khasiat pucuk gajus ni, kan?

Berkemungkinan besar saya akan buat satu artikel lain khas untuk menceritakan khasiat pucuk gajus selain daripada yang dinyatakan di atas. Nantikannya yer.


Selamat Mencuba!

Thursday, January 7, 2010

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Daun Jambu Batu

Rupa-rupanya daun jambu batu ni pun banyak khasiatnya. Selain mengatasi jerawat, ia boleh mengubat kudis, merawat kencing manis dan ulser mulut. Namun, untuk kali ini saya akan fokus pada masalah jerawat dulu. :)

Pokok Jambu Batu (Psidium Guajava L)
Pokok Jambu Batu (Psidium Guajava L)


Cara-caranya:


1. Ambil segenggam atau dua pucuk daun jambu batu yang masih muda.

2. Kemudian, anda rebus pucuk jambu tersebut sehingga mendidih.

3. Setelah itu, tuangkan sedikit air rebusan pucuk jambu ke dalam bekas dan biarkannya suam.

4. Ambil sehelai tuala bersih, basahkannya ke dalam air rebusan tadi dan laplah ke seluruh muka anda.

5. Bila muka anda dah kering, lapkan muka anda lagi dengan tuala (ulangi proses no. 4 sebanyak 2 atau 3 kali).


6. Pada malam hari pula, anda rebuslah lagi pucuk jambu sampai mendidih.

7. Kemudian, basahkan tuala bersih ke dalam air rebusan yang masih panas ataupun yang telah suam.

8. Seterusnya, perahkan sedikit tuala tadi dan tekapkannya pada muka anda. Biarkannya lebih kurang dalam 5 minit.

9. Ulangi langkah 7 dan 8 di atas juga sebanyak 2 atau 3 kali.


Bagi mendapatkan kesan yang lebih optimum, selepas anda selesai melakukan langkah no.9, ikutilah pula langkah berikut;


10. Ambil ibu kunyit dan belah dua.

11. Kemudian, gosokkan bahagian dalam ibu kunyit yang telah dibelah pada jerawat anda secara perlahan-lahan. Lakukan proses ini selama 10 minit.

Anda mungkin akan rasa pedih ketika melakukan proses ni.

12. Akhir sekali, bilaslah muka anda dengan air bersih.


Begitulah secara keseluruhannya cara mengatasi jerawat dengan menggunakan daun jambu batu. Untuk mengatasi penyakit lain juga dengan menggunakan daun jambu batu, saya akan buat artikel khas pada masa-masa akan datang. Harap maklum. :)



Selamat Mencuba!

Monday, January 4, 2010

5 Khasiat Limau Kasturi

Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.


gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa)

Gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa) - lifesmorgasbord.blogspot.com




Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. :)


1. Mengurangkan Lelah

- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


2. Melegakan Pening Kepala

- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)


3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.


4. Menyembuhkan Sakit Tekak

Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.


5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?


Selamat Mencuba!

Saturday, January 2, 2010

Bagaimana Nak Mengelakkan Tumit Kaki Pecah

Walaupun kaki anda terletak di bahagian bawah, ia tak sepatutnya diabaikan begitu saja. Terutamanya tumit kaki. Ini kerana antara masalah yang sering dihadapi umum adalah tumit pecah, kan?

gambar hiasan tumit kaki

Gambar hiasan tumit kaki - ehow.com



Bagi anda yang sedang mengalaminya, sila rujuk artikel terdahulu bertajuk Petua Hilangkan Tumit Pecah. Kini, saya nak kongsikan pula bagaimana cara untuk anda mengelakkan tumit pecah.

1. Anda sediakan sebiji kelapa tua.

2. Kemudian belah dua kelapa tua tadi.

imej kelapa tua

Imej kelapa tua - www.shesimmers.com



3. Colek lendir yang terdapat pada bahagian isi kelapa tersebut.

4. Sapukanlah lendir itu ke seluruh bahagian tapak kaki dan tumit anda.

5. Seterusnya, panaskan tapak kaki anda di atas atau berdekatan bara api selama beberapa minit. Jarakkanlah kaki anda dan bara api tu mengikut keselesaan masing-masing.


Anda boleh mengulangi petua di atas sebanyak 3 kali dalam seminggu. Jika tiada aral, tapak kaki anda akan licin dan cantik.


Selamat Mencuba!

Friday, January 1, 2010

Menghilangkan Jerawat dan Jeragat di Muka

Masalah jerawat agak mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Justeru, saya cuba sedaya-upaya untuk berkongsikan pelbagai alternatif untuk menghilangkan jerawat terutamanya di bahagian muka. Cuma saya berharap agar anda tak mudah menyerah dalam menangani masalah ini. Sebaliknya, berusahalah secara berterusan (istiqamah). :)

Sehubungan itu, di sini saya kongsikan satu lagi petua menghilangkan jerawat dan jeragat. Bahan yang anda perlukan adalah daun pokok tea.


Bagaimanakah agaknya rupa daun pokok tea ni? Nah, silakanlah melihatnya di bawah ini:

pokok tea (malaleuca alternifolia)
Pokok Tea (Malaleuca Alternifolia) - www.aroma-pure.com



Apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.

2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut.

3. Lakukan proses di atas lebih kurang selama 30 saat hingga 1 minit.

4. Anda boleh ulangi petua ni beberapa kali sehari. Sebagai contoh, anda boleh lakukannya pada setiap pagi dan malam.

Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda menggosok atau menyental daun pokok tea ke muka secara lembut. Ini kerana jika anda menyental dengan terlalu kuat, ia boleh merosakkan tisu muka anda.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan petua ini, ia boleh menghilangkan jeragat dan jerawat di muka anda ya.



Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More