Rupa-rupanya daun jambu batu ni pun banyak khasiatnya. Selain mengatasi jerawat, ia boleh mengubat kudis, merawat kencing manis dan ulser mulut. Namun, untuk kali ini saya akan fokus pada masalah jerawat dulu. :)
Pokok Jambu Batu (Psidium Guajava L)
Cara-caranya:
1. Ambil segenggam atau dua pucuk daun jambu batu yang masih muda.
2. Kemudian, anda rebus pucuk jambu tersebut sehingga mendidih.
3. Setelah itu, tuangkan sedikit air rebusan pucuk jambu ke dalam bekas dan biarkannya suam.
4. Ambil sehelai tuala bersih, basahkannya ke dalam air rebusan tadi dan laplah ke seluruh muka anda.
5. Bila muka anda dah kering, lapkan muka anda lagi dengan tuala (ulangi proses no. 4 sebanyak 2 atau 3 kali).
6. Pada malam hari pula, anda rebuslah lagi pucuk jambu sampai mendidih.
7. Kemudian, basahkan tuala bersih ke dalam air rebusan yang masih panas ataupun yang telah suam.
8. Seterusnya, perahkan sedikit tuala tadi dan tekapkannya pada muka anda. Biarkannya lebih kurang dalam 5 minit.
9. Ulangi langkah 7 dan 8 di atas juga sebanyak 2 atau 3 kali.
Bagi mendapatkan kesan yang lebih optimum, selepas anda selesai melakukan langkah no.9, ikutilah pula langkah berikut;
10. Ambil ibu kunyit dan belah dua.
11. Kemudian, gosokkan bahagian dalam ibu kunyit yang telah dibelah pada jerawat anda secara perlahan-lahan. Lakukan proses ini selama 10 minit.
Anda mungkin akan rasa pedih ketika melakukan proses ni.
12. Akhir sekali, bilaslah muka anda dengan air bersih.
Begitulah secara keseluruhannya cara mengatasi jerawat dengan menggunakan daun jambu batu. Untuk mengatasi penyakit lain juga dengan menggunakan daun jambu batu, saya akan buat artikel khas pada masa-masa akan datang. Harap maklum. :)
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment