Agak lama juga saya biarkan anda tanpa sebarang tambahan petua di blog ini. Harap maaf jika membuatkan anda tertunggu-tunggu. Sebenarnya, saya seronok membaca beberapa ebook yang baru dibeli bebaru ni. Antaranya seperti rahsia magnet duit dan rahsia mudah dot my. Itu pun belum sempat habis lagi.
Namun, khas buat anda, saya tetap nak kongsikan petua berkaitan ulser mulut. Ulser mulut ni ada juga yang sebut mata ikan. Kaedahnya agak mudah saja. Kalau tak percaya, anda bacalah cara merawatnya di bawah nanti ya. :)
Cuma bahan yang diperlukan ialah daun cemperai yang segar. Saya kurang pasti sama ada mudah untuk anda memperolehinya atau tidak. Namun, ia biasa tumbuh berhampiran pokok getah ataupun kelapa sawit. Tapi, anda dinasihatkan agar berhati-hati. Sebab berkemungkinan besar pokok cemperai yang tumbuh di situ beracun. Huhu...
Sebagai panduan, di bawah ni saya sertakan gambar pucuk cemperai agar anda dapat gambaran sikit mengenainya.
Pucuk Cemperai- Norisah@flickr.com
Rawatan ulser mulut dengan daun cemperai ni mudah saja. Iaitu;
1. Anda ambil beberapa helai daun cemperai yang masih segar.
2. Tumbuk daun tersebut sampai lumat.
3. Akhir sekali, tampalkan daun tadi pada bahagian mulut yang mengalami ulser.
Anda boleh ulang kaedah di atas beberapa kali sehinggalah penyakit mata ikan tersebut baik.
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment