Tuesday, January 24, 2012

Sungguh LUCU dan MEMALUKAN, Muslim yg seperti ini?

Sungguh LUCU dan MEMALUKAN, Muslim yg seperti ini!? Cuba check balik adakah kita tersenarai dalam golongan yang memalukan Islam?

Ini contoh sederhana yg mungkin tanpa disedari sering kita lakukan sehari-hari [termasuk admin juga]
Kadang-kadang kita akan dengan senang hati, tanpa terasa menghabiskan & meluangkan masa kita untuk:
5-8 jam (+/- 33% waktu kita dalam sehari) untuk tidur!!
2-4 jam (+/- 17% waktu kita dalam sehari) untuk main game-internet, menonton TV, membaca akhbar & majalah!!

1-2 jam (+/- 8% waktu kita dalam sehari) untuk bergayut telefon, SMS dengan kawan/kekasih!!
Dan apa yg terjadi dengan Solat Wajib 5 waktu kita yg hanya +/- 50 Minit (hanya 4% waktu kita dlm sehari!!)

atau
Masa kita untuk membaca Al-Quran yg hanya +/- 15 Minit (hanya 1% waktu kita dlm sehari!!)
Tetapi mengapa kita berat sekali untuk menunaikannya!? sehingga kita tidak menjalankannya dgn ikhlas, rutin dan senang hati!?
Akhirnya kita menjadi suka melalaikan Solat dan tidak pernah sekalipun tergerak hati untuk membaca Al-Quran. Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!? Termasuk kita!?
Semasa ada ‘panggilan’ dari HP kita,kita pasti akan SEGERA melihatnya, mengangkat telefon dsb. [Apalagi kalau tahu itu dari kekasih! ]. Malah semasa kita memandu pun, kita akan SEGERA, pada masa itu jg menepikan kenderaan untuk mengangkat call atau sekadar melihat SMS dsb, dan bukan perkara luar biasa ramai yang telefon/SMS semasa memandu!

Tapi apa yg terjadi jika kita mendengar ‘panggilan’ Allah SWT, dari Azan yg berkumandang sebagai petanda waktu kita Solat!? Kadang-kadang kita menjawab: ‘Nanti ahh…!’ ‘Alahhh, masih awal lagi ni..!” ‘Alamak, sibuk betul, banyak kerja ni!” “Uahhmm..mengantuk, penat!” “Lek lu, tunggu iklan Raja Lawak ni..” dsb.
Akhirnya kita menjadi suka menunda-nunda waktu Solat kita. Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!? Termasuk aku!?
Kita Solat Wajib, jumlah 17 rakaat dalam sehari. Pastinya kita WAJIB membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali. Apabila dikira, dalam setahun kita membaca Al-Fatihah 6,120 kali! Jika kita selama ini sudah Solat selama (katakanlah) 5 tahun, ertinya kita telah membaca Al-Fatihah sebanyak 30,600 kali!! Tapi harus kita tanyakan kepada diri kita sendiri, apakah selama ini kita tahu ertinya!?
Tapi apa yg terjadi jika kita dengan lirik-lirik lagu sperti lagu cinta, puitis, romantis dari band kesayangan kita?
Wooowww… Sehari, dua hari sudah hafal dalam kepala! Menghayati! Sampai menangis-nangis dgn syahdunya!

Akhirnya kita menjadi ‘jauh’ dari Al-Quran, kerana kita hanya membacanya saja tanpa pernah mengetahui dan menghayati ertinya [lebih teruk lagi, yg menjadikan Al-Quran hanya sebagai hiasan rumah! ].
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?
‘PERINTAH’ [bisikan] Syaitan: “Wahai Manusia, tak mengapa kamu bermaksiat, melayan syahwat, puaskan hawa nafsumu brg sesaat! Kesempatan tidak akan datang kedua kali, skrg ini adalah saat yg tepat! Percayalah! Kau akan sungguh-sungguh merasakan NIKMAT!”
PERINTAH Allah SWT: “Wahai Manusia, Jangalah kau menuruti hawa nafsu syaitan yg akan selalu menyesatkanmu dari jalanKu. Jagalah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu!”
PERINTAH siapakah yg kita jalankan? PERINTAH siapakah yg kita ikuti? PERINTAH siapakah yg kita amalkan dgn teguh?
Tapi apa yg terjadi??? Suka melayari web-web lucah, menonton video-video biru, chat sex dsb.

Akhirnya terjadilah Free Sex, penzinaan suami dan isteri orang, berpeluk dgn yg bukan muhrimnya, gangguan seksual, dsb.
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?
Kita cukup peka dengan perkembangan teknologi,hiburan,fesyen bolasepak dan sebagainya. Sebut sahaja ipad, tablet,angry birds, EPL, F1 dan sebagainya semua kita hafal.

Namun surah-surah dari ayat lazim yang kita baca ketika solat – balik-balik surah yang sama. Tidak ada usaha untuk improve dengan menghafal surah-surah yang berlambak-lambak sedia ada dalam Al-Quran.
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?

Betapa kita SERING MEMINTA ini-itu kepadaNya, kadang-kadang dengan sedikit ‘memaksa’ harus dikabulkan sekarang juga, bahkan sampai kecewa kepadaNya ketika doa kita tidak juga dikabulkan, tetapi kita JARANG MEMBERI kepada ALLAH!
Sesungguhnya, Allah SWT yang perlukan kita atau kita yang perlukan Allah SWT!?
“Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU (balasan Tuhan) amatlah pedih (menyakitkan)”
[Surah:Ibrahim;7]
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?

sumber: isuhangat.net

Sunday, January 22, 2012

Hadis : Jangan membanggakan Diri

koleksi hadis

Izwan Pilus Meninggal Dunia





Gambar terakhir Arwah Izwan Pilus



Izwan Pilus Meninggal Dunia



Berita yang baru diterima, Izwan Pilus telah meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi yang disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.
Punca kematian masih tidak dapat dipastikan.Al-Fatihah.


Update:

KUALA LUMPUR: Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di wad ICU hospital Ampang kira-kira jam 6 petang tadi.

Finalis Bintang RTM yang juga abang kepada Aril AF meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.-myMetro




Al-fatihah


Sumber: parpukari.blogspot.com

Engineer mencari Segelas Air



Di sebuah telaga minyak di Arab Saudi, di akhir tahun 40-an….
Seorang pegawai berpangkat rendah, remaja tempatan Arab Saudi, merasa haus dan bergegas mencari air untuk membasah tekaknya kering. Diaa begitu gembira ketika melihat air sejuk didepannya dan dengan cepat dia mengisi air sejuk ke dalam gelas.
Belum sempat dia minum, tiba-tiba dia terhenti kerana sebuah herdikan: “Woi, kamu tidak boleh minum air ini. Kamu cuma pekerja rendah. Air ini hanya khas untuk jurutera” Suara itu berasal dari mulut seorang jurutera Amerika yang bekerja di perniagaan tersebut.
Remaja itu akhirnya hanya terdiam menahan haus. Dia tahu dia hanya anak miskin lulusan sekolah asas. Kalaupun ada pendidikan yang dibanggakan, dia lulusan lembaga Tahfiz Quran, tapi kepakarannya itu tidak ada harganya di syarikat minyak yang semasa itu masih dikendalikan oleh Amerika.

Herdikan itu selalu terngiang-ngiang di telinganya. Dia selalu bertanya-tanya: Kenapa ini terjadi padaku? Kenapa segelas air sahaja dilarang untuk ku? Apakah kerana aku pekerja rendahan,sedangkan mereka jurutera ? Apakah kalau aku jadi jurutera aku boleh minum? Apakah aku boleh jadi jurutera seperti mereka?
Pertanyaan ini selalu tengiang-ngiang dalam dirinya. Kejadian ini akhirnya menjadi momentum baginya untuk membangkitkan “SIKAP POSITIF” . Muncul komitmen dalam dirinya. Remaja miskin itu bekerja keras siang hari dan bersekolah pada malam hari. Hampir setiap hari dia kurang tidur untuk mengejar citanya.
Banyak juga kata-kata melemahkan semangat yang diterima dari rakan-rakannya tapi dia tidak ambil peduli. Hasil kerja kerasnya mendapat hasil. Dia akhirnya lulus dalam peperiksaan dengan cemerlamg. Dia kemudai ditawarkan menyambung pelajaran ke Amerika mengambil jurusan bidang teknik dan master bidang geologi. Pemuda ini lulus dengan hasil memuaskan. Seterusnya dia pulang ke negerinya dan menjadi seorang jurutera.
Kini dia sudah menaklukkan ”rasa sakit”nya, kembali sebagai jurutera dan boleh minum air yang dulu dilarang baginya.

Apakah sampai di situ sahaja? Tidak, kariernya terus berkembang dengan pesar. Hasil kerja kerasnya, kerjayanya melonjak dari ketua bahagian, ketua cawangan, pengurus sehingga akhirnya dia menjawat jawatan sebagai wakil pengarah, jawatan tertinggi yang boleh dicapai oleh orang tempatan semasa itu.
Ketika ia menjawat wakil pengarah, jurutera Amerika yang dulu pernah mengusirnya, kini menjadi orang bawahannya. Suatu hari jurutera tersebut datang menghadap kerana ingin minta izin untuk bercuti dan berkata; “Aku ingin memohon cuti panjang, saya berharap anda tidak mengaitkan kejadian air di masa lalu dengan pekerjaan rasmi ini. Aku berharap Anda tidak membalas dendam, atas kekasaran dan keburukan tingkahlaku aku di masa lalu”
Jawapan pengarah bekas pekerja bawahan ini: “Aku ingin berterimakasih kepadamu kerana kau melarang aku minum semasa itu. Ya dulu aku sangat benci padamu. Tapi, setelah izin Allah, kamu lah aku berusaha hingga aku meraih kejayaan ini.”
Kini sikap positfnya sudah membuahkan hasil, lalu apakah ceritanya sampai di sini?
Tidak. Akhirnya bekas pegawai bawahan ini mendapat jawatan tertinggi di perniagaan tersebut. Dia menjadi Presiden Pengarah pertama yang berasal dari bangsa Arab.
Tahukan kamu apa perniagaan yang dipimpinnya? Perusahaan itu adalah Aramco (Arabian American Oil Company)perniagaan minyak terbesar di dunia. Ditangannya perniagaan ini semakin membesar dan kepemilikan Arab Saudi semakin dominan. Kini perusahaan ini menghasilkan 3.4 juta barrels (540,000,000 m3) dan mengendalikan lebih dari 100 ladang pusat gas di Arab Saudi dengan total cadangan 264 billiom barrels (4.20×1010 m3) minyak dan 253 triliun cadangan gas.
Di atas prestasinya, dia dilantik oleh Raja Arab Saudi untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Minyak dan Mineral yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia.
Ini adalah kisah benar Ali bin Ibrahim Al-Naimi yang sejak tahun 1995 sehingga sekarang (2012) menjawat Menteri Minyak dan Mineral Arab Saudi.







Bayangkan, hanya dengan mengembangkan penghinaan menjadi perkara yang positif, isu air segelas di masa lalu membentuknya menjadi salah seorang penguasa minyak yang paling berpengaruh di seluruh dunia.
Sumber: www.isuhangat.net

Wednesday, January 18, 2012

(Gambar) Terhangat 2012


Paling Hangat: Gambar askar Amerika kencing ke atas mayat askar Taliban.






Awal minggu lalu, Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bahri

Lagi politik di Malaysia, Hassan Ali dipecat dari PAS.

Rusuhan di Nigeria kerana kenaikan harga minyak.
sumber:www.isuhangat.net.

Friday, January 13, 2012

(Terkini) Israel Dan Amerika Dalang Pembunuhan Saintis Iran


TEHERAN, Iran – Presiden Iran menuduh Israel dan Barat berada di belakang dua serangan bom yang membunuh saintis nuklear Iran Mostafa Ahmadi Roshan yang bertanggungjawab melakukan kajian terhadap pengasingan gas di pusat uranium Natanz dan mencederakan yang lain dalam kereta mereka di Tehran pada hari Isnin.
Mahmoud Ahmadinejad dan pegawai Iran yang lain bersumpah bahawa program nuklear tidak akan terjejas oleh apa yang mereka digambarkan sebagai sebuah kempen untuk sabotaj itu.
Sekurang-kurangnya dua orang saintis nuklear Iran telah maut dalam beberapa tahun kebelakangan ini, salah satu dari mereka dalam serangan yang serupa dengan hari Isnin lalu.

Ketika ditanya tentang tuduhan Iran, jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev enggan memngulas manakala di Washington, jurucakap Jabatan Luar Negeri AS PJ Crowley mengatakan, “Kami mengutuk tindakan keganasan, di mana-mana terjadi, kita tidak mempunyai maklumat tentang apa yang terjadi ..”

Sementara itu, Ahmadinejad juga mengakui untuk pertama kalinya bahawa sebuah worm komputer yang terkena sentrifugal dalam program pengayaan uranium Iran, yang PBB menuntut Teheran menghentikan.
Iran sebelum ini mengakui menemui worm Stuxnet, yang dikatakan oleh pakar untuk menghancurkan sentrifugal dengan menyebabkan mereka terlepas kawalan, di kemudahan nuklearnya. Namun para pegawai Iran – termasuk Salehi – mengatakan perkara itu ditemui dan dineutralkan sebelum anda boleh menyebabkan kerosakan, dan mereka menuduh Barat mencuba sabotaj program Iran.
Tetapi Ahmadinejad mengatakan kepada wartawan, “Mereka berjaya membuat masalah bagi sejumlah terhad sentrifugal kami melalui perisian … dipasang pada bahagian elektronik Tapi ini (virus) dijumpai. Dan masalah itu diselesaikan.”
Dia mengatakan pakar sains Iran telah belajar daripada usaha mereka ini.
Ketua Polis Teheran Hossein Sajednia mengatakan belum ada yang ditangkap berhubung dengan serangan hari Isnin dan tidak ada yang setakat ini mengaku bertanggung jawab.
Sebuah laman pro kerajaan, mashreghnews.ir, kata saintis yang cedera, Abbasi, adalah anggota Pengawal Revolusi yang ahli di bidang laser di Kementerian Pertahanan Iran dan salah satu daripada beberapa pakar Iran atas dalam pemisahan isotop nuklear – sebuah proses yang diperlukan untuk tujuan, dari menghasilkan bahan bakar uranium yang diperkaya untuk reaktor, untuk pembuatan isotop perubatan untuk menghasilkan bom.
sumber: www.isuhangat.net.

Thursday, January 12, 2012

10 ORANG TERKAYA DI DUNIA


10 ORANG TERKAYA DI DUNIA 2011
Majalah Forbes Amerika Syarikat telah menyiarkan senarai 10 orang terkaya di dunia 2011 pada 10 Mac 2011 lalu, yang disusun berdasarkan penilaian tahunan kekayaan dan asset yang dimiliki.
Urutan yang disusun tahun ini menunjukkan penambahan jumlah orang kaya, iaitu 1,210 orang. Dalam senarai orang terkaya di dunia terbaru 2011 nampaknya orang terkaya di dunia masih didominasi orang-orang lama seperti Carlos Slim, Bill Gates, Warren Buffet dan beberapa yang lain. Namun ada pendatang baru yaitu Christy Walton yang merupakan wanita terkaya di dunia dari senarai orang terkaya di dunia 2011
Untuk urutan pertama orang terkaya di dunia 2011 ini masih dipegang oleh Carlos Slim dari Mexico dengan jumlah kekayaannya mencapai USD 74.0 Billion, pertambahan sebanyak USD 20.5 Billion dari tahun 2010.

10 ORANG TERKAYA DI DUNIA TERBARU 2011



1. CARLOS SLIM HELU
Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children


2. BILL GATES
Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children


3. WARREN BUFFETT
Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children


4. BERNARD ARNAULT
Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children


5. LAWRENCE ELLISON
Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children


6. LAKSHMI MITTAL
Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children


7. AMANCIO ORTEGA
Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children


8. EIKE BATISTA
Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children


9. MUKESH AMBANI
Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children


10. CHRISTY WALTON
Net Worth : $26.5 Billion
Fortune : Walton Family
Source : John T.Walton
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Jackson, Wyoming
Industry : Walmart, First Solar
Education : University of Arkansas, College of Business Administration
Marital Status : Married, 1 children

**Sumber : www.forbes.com

Macam Mana Nak Hilangkan Panau Atau Kurap?

Bagi yang tinggal di asrama, masalah dijangkiti panau dan kurap memang biasa berlaku. Lebih-lebih lagi jika dapat rakan sebilik @ se"dorm" yang kurang menitikberatkan kebersihan.

Pun begitu, bila balik kampung nanti (Cuti Raya Cina), boleh cuba satu petua tradisional untuk hilangkan kurap mahupun panau yang bakal saya kongsikan sekejap lagi. Bahan utama yang perlu dicari ialah akar pokok lengkuas genting.

Lengkuas genting ni agak berbeza sikit daripada lengkuas biasa. Saiz dan akarnya lebih kecil. Sila rujuk gambar di bawah ya. Anda boleh mencarinya di kawasan tanah poros yang cepat menyerap air.

Pokok Lengkuas Genting 


Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan tumbuhan ini seperti berikut;

1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.

2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.

3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.

4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.

Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.

Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.


Begini caranya;

1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.

2. Bersihkan daun serta akar tadi.

3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.

4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.

5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.

6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.

Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.

Wednesday, January 11, 2012

T-Shirt Paling Mahal di Dunia (2012)

Asal nama – T-shirt, tidak diketahui secara pasti. Teori yang paling umum diterima adalah nama T-shirt berasal dari bentuknya yang menyerupai huruf “T”, atau kerana pasukan tentera selalu menggunakan pakaian jenis ini sebagai “training shirt”
3. Run-D.M.C. “My Adidas” T-shirt Dengan Harga $ 13,000 (RM40,786)
Tidak ada yang istimewa dari t-shirt ini kecuali kerana sejarah dan label . Pada asasnya, t-shirt ini untuk mempromosikan konsert Run DMC pada tahun 1980an. T-shirt ini dibuat oleh adidas dan limited. Di belakang t-shirt terdapat logo adidas sebagai tanda original. Merupakan tshirt konsert yang paling di buru di dunia.






2. John Lennon “Home” T-shirt Dengan harga $16,400 (RM51,400)

Ketika John Lennon masih hidup, dia memakai t-shirt beberapa kali dalam konsertnya.T-shirt ini pada mulanya diberikan kepada Lennon oleh Richard Ross, seorang pemilik restoran, yang sering dikunjungi oleh Lennon dan Yoko Ono, di New York Upper East Side.
1. Hanes / UNICEF 1996 Olympics T-shirt dengan harga $42,000 (RM131,712)

T-shirt dengan harga termahal ini tidak berasal dari sejarah orang terkenal atau selebriti. T-shirt ini dilelong dan digunakan untuk membiayai Olimpik Atlanta 1996. T-shirt ini merupakan idea dari Hanes dan UNICEF. Misi karya amal yang besar ini mengumpulkan $ 1 juta. T-shirt ini sendiri laku dengan tawaran akhir $ 42,000!

Sumber: www.isuhangat.net.

(PANAS) Surat Dari Iblis

Sumber : FB

Semalam aku melihat kamu semasa engkau memulakan aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Malah , kau juga tidak mengucapkan “Bismillah” sebelum makan, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tidak dapat mengungkapkan betapa aku sangat gembira melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.
WAHAI SI BODOH, KAMU MILIKKU…!
Ingat ,kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum dapat benar-benar mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalasnya.


Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rancangan untukmu di masa depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita boleh bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterimakasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa² yang kita jalani.
Kita melayari web ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangnya, memfitnah, manghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperangai buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
AYUHLAH SI BODOH, KITA TERBAKAR BERSAMA-SAMA, SELAMA-LAMANYA.
Aku masih memiliki rancangan-rancangan hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu. Aku ingin mengucapkan ‘THANK YOU’ kerana kau sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu. Semasa kamu tergoda berbuat dosa, kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan teruslah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabuk, berbohong, berjudi, memfitnah dan hiduplah dengan seego mungkin. Lakukan semua ini di depan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak juga akan menuruti jejak langkahmu.
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa saat lagi untuk menggodamu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Kerana kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
(RAHSIA: Jika kau benar-benar menyayangiku, kau tidak akan memberi surat ini dengan siapapun)
Sumber: www.isuhangat.net.

Internet HALAL


Kerajaan Iran sedang membangunkan rangkaian internet yang di beri nama HALAL Untuk mengelak rakyat Iran dari dipengaruhi oleh budaya negatif dan idealogi dari negara Barat dan non-muslim kepada rakyatnya. Rangkaian internet HALAL akan menapis capaian internet ke laman-laman asing.
Sejak akhir-akhir ini, rakyat Iran tidak dapat akses ke jaringan sosial seperti Tweeter,facebook dan youtube dipercayai kerana proses penyediaan rangkaian internet ini.

Secara teknikalnya rangkaian HALAL ini adalah berkonsep seperti intranet dan akan dilancarkan beberapa bulan lagi.
Idea asal membina rangkaian internet ini kerana diinspirasikan dari langkah yang dilakukan oleh kerajaan China.

Sumber: www.isuhangat.net

Monday, January 9, 2012

Pengislaman Saudara Baru di Sabah

Antara rakan FB yang saya kagumi ialah Ustaz Mohd Fadli Yusof seorang pendakwah yang sedang menjalankan projek dakwah iaitu “Projek PengIslaman Saudara di Pedalaman Sabah”. Ustaz Mohd Fadli dan beberapa orang rakannya telah ke pendalaman Sabah, berdakwah dan mengajak mereka memeluk agama Islam dan Alhamdulillah telah ramai yang telah mereka Islamkan.
Photobucket
Foto menunjukkan antara penduduk Kpg Padang, daerah Pensiangan, Sabah, yang datang ke Sesi Pengenalan Islam yang diusahakan oleh Ustaz Mohd Fadli Yusof. Hasilnya 8 orang melafazkan syahadah 22 Disember lalu
Menjelang Maghrib, masih ramai yang sedang menunggu giliran mendaftar sebagai seorang Muslim setelah mengucap dua kalimah syahadah. Kami menggunakan borang yang dibekalkan JHEAINS. Proses mengisi borang, cap jari, scan IC, ambil gambar dibantu oleh saudara Al Faruqi dan Najmuddin. Borang ini akan diproses oleh JHEAINS, disahkan dan dikeluarkan kad akuan Islam.

Kos untuk proses ini menggunakan wang dari uncang “Projek PengIslaman Saudara di Pedalaman Sabah”. Semoga semua yang terlibat dan menyumbang mendapat ganjaran dari Allah sebagai pahala mengIslamkan orang, tanpa dikurangkan sedikitpun. Tiada lain ganjarannya melainkan syurga.




Photobucket
Untuk memastikan “Projek PengIslaman Saudara di Pedalaman Sabah” terus berjalan dengan jayanya
disamping untuk memastikan mualaf yang baru memeluk Islam ini terbela dan kekal hidayahnya dalam Islam, marilah kita sama-sama membantu menyumbang sedikit wang kepada team ini.
Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk misi dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun Ustaz Mohd Fadli:
164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.
email mfadli11@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/mfadli11
sumber: www.isuhangat.net

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More