Monday, January 9, 2012

Pengislaman Saudara Baru di Sabah

Antara rakan FB yang saya kagumi ialah Ustaz Mohd Fadli Yusof seorang pendakwah yang sedang menjalankan projek dakwah iaitu “Projek PengIslaman Saudara di Pedalaman Sabah”. Ustaz Mohd Fadli dan beberapa orang rakannya telah ke pendalaman Sabah, berdakwah dan mengajak mereka memeluk agama Islam dan Alhamdulillah telah ramai yang telah mereka Islamkan.
Photobucket
Foto menunjukkan antara penduduk Kpg Padang, daerah Pensiangan, Sabah, yang datang ke Sesi Pengenalan Islam yang diusahakan oleh Ustaz Mohd Fadli Yusof. Hasilnya 8 orang melafazkan syahadah 22 Disember lalu
Menjelang Maghrib, masih ramai yang sedang menunggu giliran mendaftar sebagai seorang Muslim setelah mengucap dua kalimah syahadah. Kami menggunakan borang yang dibekalkan JHEAINS. Proses mengisi borang, cap jari, scan IC, ambil gambar dibantu oleh saudara Al Faruqi dan Najmuddin. Borang ini akan diproses oleh JHEAINS, disahkan dan dikeluarkan kad akuan Islam.

Kos untuk proses ini menggunakan wang dari uncang “Projek PengIslaman Saudara di Pedalaman Sabah”. Semoga semua yang terlibat dan menyumbang mendapat ganjaran dari Allah sebagai pahala mengIslamkan orang, tanpa dikurangkan sedikitpun. Tiada lain ganjarannya melainkan syurga.




Photobucket
Untuk memastikan “Projek PengIslaman Saudara di Pedalaman Sabah” terus berjalan dengan jayanya
disamping untuk memastikan mualaf yang baru memeluk Islam ini terbela dan kekal hidayahnya dalam Islam, marilah kita sama-sama membantu menyumbang sedikit wang kepada team ini.
Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk misi dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun Ustaz Mohd Fadli:
164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.
email mfadli11@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/mfadli11
sumber: www.isuhangat.net

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More