Friday, February 17, 2012

Iran Dakwa Angkara Israel Sendiri - BOM KERETA


TEHERAN – Ancaman bom terhadap dua kereta yang digunakan oleh Kedutaan Besar Israel di India dan Georgia menyebabkan hubungan Israel-Iran memasuki babak baru yang lebih menegangkan.
Namun Iran membantah terlibat dalam aksi keganasan itu. Melalui jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran Ramin Mehmanparast, Iran menuding jari ke aksi ganas itu adalah perbuatan Israel sendiri.
“Serangan bom di Kedutaan Besar Israel di India dan Georgia adalah perbuatan Israel sendiri,” ujar jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran Ramin Mehmanparast seperti dikutip dari laman Upi Selasa,14/2/2012.

“Sikap Teheran sangat tegas mengutuk terorisme kerana Iran pun telah menjadi mangsa dari terorisme. Regim Zionis itu sendiri diasaskan pada negara terorisme dan kolonialisme,” tambah Mehmanparast.
Bom pertama di India meletup pada sebuah kereta yang dipandu oleh isteri diplomat pertahanan Israel. Namun tiada yang maut dalam insiden ini, namun ledakan bom itu mencederakan beberapa orang yang berada di sekitar kereta tersebut.
Sementara itu di Georgia, bom serupa ditemui pada sebuah kereta yang biasa digunakan oleh kakitangan kedutaan AS. Namun sebelum bom itu meletup, bom berjaya dimatikan oleh Polis.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak sebelum ini menuduh Iran bertanggungjawab di sebalik dua kejadian bom kereta tersebut manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan akan ‘bertindak dengan terancang’ untuk membalas serangan tersebut.
Sumber: isuhangat.net

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More