Dengan bermodalkan sekeping kertas A4 tertera tulisan tangan berbahasa Arab kononnya boleh dijadikan azimat, seorang lelaki warga Pakistan berusia 30-an dikatakan sudah menipu sekurang-kurangnya 10 peniaga tempatan yang mahu menggunakan kertas berkenaan untuk melariskan perniagaan masing-masing.
Difahamkan, lelaki terbabit menjual kertas azimat itu dengan harga RM30,000 setiap satu sejak enam bulan lalu sebelum menghilangkan diri dan gagal dikesan hingga kini.
Suspek juga bijak meyakinkan mangsa untuk mendapatkan azimat berkenaan dengan memberi tempoh tiga hari untuk cuba menggunakannya sebelum menuntut bayaran selepas tamat tempoh berkenaan.
Selepas mendapatkan bayaran, suspek menghilangkan diri manakala ‘azimat' disimpan peniaga juga lesap menyebabkan perniagaan mangsa merosot mendadak berbanding sebelumnya, malah ada juga segelintir peniaga yang gulung tikar.
0 comments:
Post a Comment