Sunday, July 1, 2012

Kelebihan dan Keajaiban Air Zamzam


Hari ini saya hendak berkongsi sedikit mengenai kebaikan air zamzam. Kalau hendak tahu, terdapat banyak khasiat air zamzam ini. Air zamzam ini juga mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud : “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Disamping itu juga, ia mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Antara kelebihan-kelebihan air zamzam ini adalah :




Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah. 

Diberkati dan mengenyangkan peminumnya. 

Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah. 

Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. 

Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
Antara mata air syurga.
Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah S.A.W. beberapa kali.
Minuman orang mulia (al-abrar).
Menambah kekuatan badan. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More