Genius!
Aku boleh cakap yang semua orang bencikan CAPTCHA yang menggunakan perkataan. Ianya disebabkan CAPTCHA ini memerlukan anda mengenalpasti perkataan yang kadang kala ianya sangat sukar untuk dibaca. Dah lah susah, mahu taip pun sangat leceh terutamanya CAPTCHA yang mempunyai dua perkataan.
PlayThru mungkin boleh dikatakan lebih baik untuk mengantikan CAPTCHA yang sedia ada kerana ianya lebih menarik, mudah dan tidak menyusahkan pengguna untuk menaip perkataan. Dengan PlayThru, pengguna hanya perlu bermain permainan drag and drop yang sangat mudah untuk mengenalpasti sama ada mereka adalah manusia atau spambot.
Anda sendiri boleh mencuba demo PlayThru di sini. Harap-harap PlayThru ini akan diguna pakai oleh pelbagai flatform nanti, selamat tinggal text CAPTCHA haha.
Tibe2Jam6Petang
0 comments:
Post a Comment