Wednesday, September 5, 2012

Berita Buruk Untuk Bapa :)


 Bayi Harus Berkongsi Katil Ibu Sehingga Tiga Tahun – Baik Untuk Jantung & Otak
 
Berita buruk untuk bapa :) Nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak; bayi-bayi sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun!  Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan  kurang tidur berbandingbayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.


Pakar tersebut juga menyatakan, jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar.


Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.[dailymail.co.uk]

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More