Gaza- Kematian seorang remaja Palestin, Ihad Abu Nader yang membakar dirinya sendiri selepas empat hari berada dalam keadaan koma, sepatutnya membuka mata masyarakat dunia bagaimana tertekannya penduduk Palestin di Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.
Selain kehilangan nyawa, mereka kini hidup sengsara akibat kemiskinan susulan kekejaman zionis.
Impian utama Ihab, yang dilahirkan pada 9 Julai, 1994 itu, adalah menamatkan persekolahan dan mendapat pekerjaan bagi membolehkannya mendapat wang untuk membeli motosikal.
Dia yang meminati pasukan Real Madrid mempunyai impian yang sama dengan beribu-ribu penduduk Palestin yang lain iaitu berhijrah ke negara Arab lain agar mereka dapat lari daripada kemiskinan.
.
Namun impian Ihad itu berakhir minggu lepas selepas dia mengambil tindakan nekad mencurahkan petrol di badannya di tengah jalan di Gaza sebelum membakar diri sendiri.
.
Namun impian Ihad itu berakhir minggu lepas selepas dia mengambil tindakan nekad mencurahkan petrol di badannya di tengah jalan di Gaza sebelum membakar diri sendiri.
Orang ramai cuba memadamkan api yang marak di badannya dan mereka turut mengejarkan pemuda itu ke hospital Shifa, namun selepas empat hari bertarung nyawa, dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
Sebelum mengakhiri nyawanya, Ihad sempat menghubungi ibunya dan memohon kemaafan daripada wanita tersebut di atas tindakan yang bakal diambilnya.
Bagaimanapun bapa Ihad, Sufian tidak percaya anaknya itu cuba membunuh diri.
“Orang ramai memaklumkan Ihad menjerit meminta tolong selepas terbakar. Saya berharap golongan muda akan melihat kejadian ini sebagai satu peringatan kepada mereka,’’ katanya.
Sufian berkata, dengan kematian Ihad, dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya dan seolah-olah dia kehilangan kaki dan tangannya.
“Biarpun pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh telah menjanjikan sebidang tanah dan pekerjaan kepada anak sulung saya selain geran sebanyak £1,200, namun ia masih tidak mencukupi untuk membantu kami.
“Saya mempunyai hutang £5,000. Selepas membayar sewa rumah dan ansuran bulanan pinjaman berkenaan, saya hanya ada baki £30 sebulan dan itulah yang digunakan untuk membeli makanan serta barang lain,’’ katanya dalam nada sayu.
Sufian bercadang membawa keluarganya keluar daripada Gaza dan berhijrah ke negara Arab yang lain yang sudi menerima mereka sebagai pelarian.
Dia tidak mahu lagi menetap di situ dan tidak mahu kehilangan anak lagi disebabkan kemiskinan.
Selepas kematian Ihad, dua kes sama dilaporkan namun remaja tersebut berjaya diselamatkan ketika mereka cuba membakar diri ketika protes anti kerajaan diadakan.
Sumber
Sumber

0 comments:
Post a Comment