Wednesday, October 31, 2012

OMG! - Ulat beluncas paling bahaya di dunia (5 GAMBAR)

Lonomia Obliqua adalah salah satu ulat beluncas paling bahaya didunia yang telah mengakibatkan beberapa kematian setiap tahun di Amerika Selatan dan Brazil. Lonomia sering bersembunyi disebalik kulit pokok, mereka mempunyai racun berbisa yang boleh menyebabkan pendarahan yang serius, hemolisis, dan kematian.


Lihatlah tubuh ulat nie pon dah macam berduri-duri yang dapat membebaskan racunnya apabila seakan duri tersebut tertusuk kedalam bahagian anggota badan manusia.

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

Pelakon filem agama dah MURTAD kerana cinta..


Betullah pepatah melayu kata bahawa cinta tu buta.. Buktinya, sorang pelakon wanita cantik yang pernah membintangi sebuah filem agama, MURTAD kerana cinta..

Korang kenal tak dengan nama Rianti Cartwright? Tak kenal ye? Kalau gua sebut nama Aisyah dalam filem 'Ayat-ayat Cinta'? Korang kenal tak?

Pelakon cantik tu diberitakan dah murtad apabila memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian.. Dia memilih untuk gadaikan pegangan agama dia semata-mata kerana cinta..

Ketika ditemubual oleh media Indonesia tentang status agamanya, pelakon tersebut menjawab.., “Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.”

Rianti bagaimanapun berkata dia bahagia setelah menjadi isteri kepada Alfonso Nainggolan atau Cas, selepas berkahwin pada 17 September lalu di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

“Saya sekarang amat bahagia,” kata aktres berusia 28 tahun itu.

Perghh!!! Hebatkan penangan cinta ni beb.. Manusia sanggup buat apa saja demi cinta tanpa sedar bahawa cinta tu sebenarnya tak kemana..

Dorang tu tak sedar, tanpa akal yang waras, cinta tu sebenarnya hanyalah rubbish!!

WOW! - Tablet keluaran Malaysia 1Malaysia Pad dipasarkan (4 GAMBAR)

Wow.. Malaysia keluarkan tablet! Syarikat MalTechPro Sdn Bhd memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.


Tablet '1Malaysia Pad' Kini Di Pasaran

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Saksikan lagi gambar-gambar '1Malaysia Pad'di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

TERKINI!! Ostazah Ebbi pun TAK SOKONG AES..


Tu diaa!! Bukan KJ je tak sokong AES tu, tapi Ostazah Ebbi pun tak sokong AES beb..

Setakat ni gua masih SETUJU lagi dengan AES tu.. Yelah, macam gua cakap dulu, AES ni sebenarnya 'menambah kemesraan' antara rakyat dengan kerajaan..

Cuba korang fikir, bila sampai je surat saman AES tu, perkara pertama yang rakyat ingat adalah kerajaan.. Bukan ke ini baik untuk memupuk 'kasih sayang' beb?

Dan lagi satu, kamera AES tu cuma dipasang untuk tak bagi rakyat bawak laju dan cuma dikawasan 'kemalangan' je.. Kan itu tandanya pihak terbabit tu amat prihatin pada rakyat?

Kalau tak bawak laju, minyak pun save beb.. Dan sejak pemasangan AES tu, dah TERBUKTI kemalangan TAK ADA LANGSUNG di lokasi terbabit macam sebelum AES tu dipasang.. Korang nampak tak keberkesanan sistem AES tu?

So.., gua sebagai seorang rakyat yang prihatin kepada kehendak kerajaan membantah penolakan KJ dan Ostazah Ebbi tentang perlaksaan sistem AES..

Dorang tu tak sedar bahawa kerajaan cuma nak mendidik rakyat, bukannya MENGHUKUM.. Takkan nak didik pun salah kannn..

Apapun.., gua baru je dapat 2 saman AES.., tapi gua tak kisah punnn... Gua bersyukur kerana dengan saman tu, gua dapat menyumbang sesuatu pada kerajaan..

Kalau boleh, gua nak banyakkkkk lagi saman supaya gua dapat menabur jasa pada negara yang gua cintai ni.. Patriotik tak gua?? Hahahahahaha....



Tipu Pengundi Dalam Pilihan Raya AS



Pertembungan sengit antara Presiden Barack Obama dan pencabarnya, Mitt Romney untuk merebut undi Electoral College atau Kolej Pemilih di sembilan negeri termasuk Florida, mencapai tahap mendidih dengan dakwaan penipuan pendaftaran pengundi.

Sebuah firma yang dilantik oleh parti Republikan didakwa bertanggungjawab melakukannya dan didapati telah meluas sehingga ke lapan county di negeri yang menawarkan 29 undi Pemilih ini, setelah siasatan awal dilancarkan terhadap aduan rasmi pertama dilaporkan minggu lalu.

Kes tersebut mendorong parti Republikan menamatkan khidmat firma Strategic Allied Consulting, Isnin lalu selepas pegawai mendapati wujud maklumat palsu pada borang pendaftaran yang dikumpul oleh firma itu di county Palm Beach.


Menurut laporan akhbar, Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (RNC) pada asalnya telah mengarahkan cawangan parti di Florida, Nevada, Colorado, Virginia dan North Carolina untuk melantik firma tersebut bagi membantu usaha pendaftaran pengundi. Dana sebanyak AS$3 juta (RM9.6 juta) secara keseluruhannya diperuntukkan kepada cawangan parti di peringkat negeri untuk membayar khidmat firma tersebut.

Skandal terbaru itu mendorong RNC untuk memecat Strategic Allied Consulting dan mengarahkan empat negeri terbabit supaya turut berbuat demikian.

Pegawai pilihan raya negeri menganggarkan terdapat beratus-ratus borang pendaftaran telah diisi dengan maklumat tidak tepat, di Florida yang mempunyai 11.5 juta pengundi yang berdaftar.

Sejurus kes tersebut timbul, parti Republikan Florida memfailkan aduan penipuan pilihan raya kepada Bahagian Pilihan Raya Florida.



Setiausaha Akhbar kepada Setiausaha Negeri Ken Detzner iaitu Chris Cate berkata, agensi tersebut telah memanjangkan aduan tersebut kepada pihak berkuasa negeri.

Aduan tersebut menyatakan kesalahan pendaftaran pengundi di Palm Beach  dan empat lagi county.

Cate berkata, pihaknya telah menerima aduan membabitkan keseluruhan lapan county setakat Jumaat lalu.

Menurut pegawai Republikan, masalah di Palm Beach itu berpunca daripada seorang petugas. "jika anda ada seorang petugas yang kami gelar memiliki etika rendah, maka wujud dorongan untuk melakukan perkara perkara seumpamanya", kata pengerusi Republikan Palm Beach, Sid Dinerstein.

Beliau berkata, terdapat kira-kira100 borang pendaftaran yang terjejas, sesetengahnya didapati memiliki tandatangan palsu dan maklumat tidak benar, seperti alamat palsu.

Setakat ini ujar beliau, tidak dipastikan sama ada maklumat palsu dari borang yang disyaki itu telah dimasukkan ke dalam senarai rasmi pengundi Florida.

Gejala di Florida itu adalah sebahagian daripada aduan berkaitan penipuan mengundi yang disifatkan oleh pemerhati sebagai makin menjadi-jadi terutama ketika tidak sampai enam hari sahaja lagi tarikh hari mengundi.

"Usaha-usaha untuk memesong, memeras atau menekan pengundi semakin banyak dilaporkan. Ia dilakukan bertujuan untuk menghalang rakyat Amerika yang layak daripada mengundi," kata jurucakap Jawatankuasa Peguam bagi Hak Asasi Mengikut Undang-undang, Eric Marshall.

Satu kes luar biasa membabitkan aduan tentang panggilan telefon daripada wakil yang mendakwa dari firma Vote USA bahawa orang ramai boleh mengundi menggunakan telefon.
Kes tersebut juga dalam siasatan kerana didakwa boleh memesongkan orang ramai terutama, warga emas atau cacat yang menyangka mereka telah mengundi menerusi telefon, yang sebenarnya undi tersebut tidak dikira malah tiada dalam undang-undang. 

WOW! - iCar produk kenderaan dari Apple ? (5 GAMBAR)

Seorang ahli lembaga pengarah berkata bahawa Steve Jobs Apple untuk mewujudkan sebuah kereta impian, iCar. 

Dalam satu persidangan ke atas Syarikat Fast, Mickey Drexler berkata bahawa industri kereta Amerika adalah satu tragedi dan Steve bermimpi untuk merancang iCar untuk menghuru-harakan industri automotif.


Berdasarkan pereka kereta Itali, Liviu Tudoran mengambil asas dari produk Apple bagi reka bentuk dan kereta konsep yang telah dicipta dipanggil iMove untuk tahun 2020.

Jom kita lihat lagi gambar kenderaan keluaran Apple di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

Kenapa Pas Diceraikan Pada 1977...Nik Aziz Perancangnya



DALAM apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.

Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ Pas suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada 1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’nya terhadap BN.

Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


“Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.

Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta 
ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.


Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir (gambar). Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:

* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.

* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.

* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.

* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.

* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.

* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.

* Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan ‘kambing hitam Pas’ apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.

* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.

* Rentetan dari itu juga menyebabkan ‘Krisis dalaman Pas’ kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.

* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.

Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas ‘diceraikan’ selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.


UNIK! - Pameran seni Invisible Art boleh bayangkan? (4 GAMBAR)

London Hayward Gallery dimana mempamerkan pameran seni Invisible Art dimana ia kelihatan seperti sebuh muzium yang baru jer selepas rompakan.


Ape yang korang nampak? Cuba bayangkan?

Tetapi ini pendirian patung yang kosong sebenarnya menjadi tarikan utama di galeri British terkemuka - dan penonton akan dikenakan bayaran $ 12 kepala untuk melihatnya.

Jom lihat lagi ape yang di pamerkan di muzium ini...

Sumber : TaoTauAjer

Rahmat Allah Tidak Terbatas Di Bumi PR Sahaja




Penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, kira-kira 160km dari luar pantai negeri Pahang pastinya merupakan satu rezeki yang nikmatnya akan dirasai oleh seluruh penduduk negeri itu.

Dalam satu kenyataan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam, beliau secara rasmi mengesahkan penemuan medan minyak tersebut yang dijangkakan memulakan pengeluarannya pada suku ketiga tahun 2014.

Berdasarkan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, dianggarkan pengeluaran minyak dari lokasi Blok PM 307 itu akan mencapai jumlah pengeluaran sekitar 17,500 hingga 20,000 tong sehari bermula.


Memandangkan medan minyak baru ini berada di Pelantar Benua dan jaraknya melebihi 3 batu nautika dari pantai negeri Pahang, maka ia berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sepenuhnya.

Dengan kata lain, negeri Pahang tidak layak untuk menerima pembayaran royalti ataupun lebih tepat lagi "bayaran tunai" 5% disebabkan medan minyak yang ditemui itu tidak berada dalam lingkungan 3 batu nautika.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat masih boleh mengunakan budi bicaranya menyalurkan dan menyumbang sejumlah Wang Ehsan kepada negeri Pahang atas faktor keprihatinannya demi kebajikan rakyat negeri tersebut.

Berikutan itu, atas faktor keprihatinan itu maka negeri Pahang bakal beroleh Wang Ehsan daripada Kerajaan Pusat yang dianggarkan berjumlah sekitar RM100 juta setahun. 

Limpahan rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t ini tentulah amat bermakna bagi rakyat negeri Pahang. Tanpa perlu mendesak, menyaman atau mengugut, mereka juga berpeluang menikmati hasil kekayaan dari dasar laut itu.

Selain Pahang, negeri Kelantan juga pernah menerima Wang Ehsan berjumlah RM20 juta selepas disahkan wujud aktiviti pengeluaran gas di luar pantai Kelantan.

Sebelum ini, Kerajaan PAS Kelantan pernah mendabik dada penemuan bijih emas dan besi di Kelantan adalah simbol keberkatan kepada pemerintahan PAS di negeri itu.

Maka tidak salah untuk kita nyatakan penemuan minyak di luar pantai Pahang adalah tanda betapa kepimpinan Kerajaan BN telah mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Bezanya, di Kelantan aktiviti cari gali emas dan besi lebih banyak menguntungkan penyangak dan perompak harta benda rakyat melalui perlombongan haram yang dilindungi para gengster upahan pro PAS.

Namun di Pahang pula, limpah kurnia rezeki dari Allah s.w.t ini InsyaAllah bakal dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat jelata.

AMENG KONGSI PENGALAMAN MENERIMA SEBATAN 10 KALI!

Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.

Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.

Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.

Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.


“Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus.

“Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur.

“Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring.

“Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf,” katanya.

Selama di penjara, Ameng banyak menghabiskan masanya dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.

Katanya lagi, selepas keluar dari penjara nanti, dia tetap akan menjadi penghibur namun menggunakan cara berbeza.

“Saya bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat tetapi saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan,”katanya.

Sementara itu, Ameng ditemui sempena Program Jalinan Kasih Aidiladha, di Penjara Kluang.

Dia dikunjungi Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, rakan artis, Zamani Slam, Ibnor Riza dan Umarul Iklim.

Lebih istimewa apabila isterinya, Sabariah Zakaria serta anak mereka, Wan Amar Haikal turut hadir sama.

OMG! - 3 beradik lelaki mempunyai buah dada menjalani kehidupan normal setelah di bedah (4 GAMBAR)

Adik beradik yang dibuli dan dipukul kerana mempunyai buah dada kini menjalani kehidupan yang normal selepas pakar bedah membuang Buah dada mereka. 

Mereka ini Lelaki tetapi mempunyai tumbesaran buah dada yang mantap seperti seorang gadis.


3 beradik dari Republik Dominican yang mengalami perkembangan payudara akibat gangguan genetik yang jarang berlaku kini 'hidup dengan kehidupan yang normal' selepas di jalani pembedahan.

Sumber : TaoTauAjer

GURU WANITA DIPENJARA KERANA BERASMARA DENGAN PELAJAR!

SINGAPURA – Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun di sini semalam kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan di sini semalam.

Akhbar Straits Times melaporkan, guru berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak mula menjalin hubungan dengan pelajar itu pada tahun lalu.

\


Menurut laporan akhbar tersebut, hubungan itu bermula selepas guru tersebut mengendalikan sesi kaunseling pelajar berkenaan.

Nama guru dan pelajar itu tidak didedahkan bagi melindungi mereka.

Mahkamah diberitahu bahawa wanita terbabit ‘memikat’ pelajar tersebut dengan beberapa hadiah termasuk sebuah buku terkenal yang berjudul Eat, Pray, Love.

Buku itu pernah dijadikan filem yang menampilkan pelakon terkenal, Julia Roberts pada 2010.

Ia mengisahkan tentang seorang wanita Amerika Syarikat yang sudah bercerai.

Pelajar dan guru itu menjalin hubungan lebih sebulan dan mereka pernah melakukan hubungan seks di rumah guru terbabit.

Bagaimanapun, hubungan berkenaan diketahui oleh ibu bapa pelajar itu sekali gus menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak sekolah.

KIT PENGESAN UNSUR DAGING BABI DAN ANJING!

Mencari makanan yang halal di zaman ini mempunyai cara yang berbeza bagi setiap orang dan setiap negara.

Adakalanya, kita mempunyai pengalaman atau perjalanan yang sukar untuk mencari makanan yang halal ketika melancong ke luar negara.

Jadi, keadaan di mana ingin mencari makanan atau restoran yang menyediakan makanan halal mungkin menyebabkan perjalanan percutian kita terganggu atau menyusahkan.


Pun begitu, ada juga banyak tersedianya pelbagai restoran makanan halal di setiap negara.

Cuma, ia bergantung kepada diri sama ada ingin tetap berasa was-was atau takut untuk makan.

Di dalam video ini, terdapat satu alat yang boleh menguji makanan sama ada mempunyai unsur tidak elok seperti babi atau anjing.

Caranya tidak terlalu sukar.

Keputusan juga mudah untuk didapati dan secara tidak langsung, dapat menghilangkan rasa was-was dalam diri.

Jadi, tidak perlu lagi membawa makanan ke makmal untuk diuji kehadiran sumber haram.

SISTEM KARAOKE DALAM KERANDA!


MANILA : Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.

Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.

Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.

Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu.

WEBSITE PUNCA MENYERTAI PENGGANAS!


KUALA LUMPUR : Razif Mohd. Ariff dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan pengganas selepas kerap melayari laman web yang dikendalikan puak militan.

Siasatan mendapati, dua laman web yang kerap dilayari kedua-dua sahabat itu ialah www.amsar1.info dan www.al-qimmah.net.

Topik utama kedua-dua laman web yang masih boleh dilayari itu ialah menggalakkan para pengunjung berkongsi fahaman mengenai Islam, jihad dan pengaruh Mujahidin.

Bagaimanapun, topik forum yang paling mendapat sambutan dalam kedua-dua laman web tersebut ialah mengenai tentangan umat Islam terhadap isu pemberontakan di Syria.

Satu sumber memberitahu, selepas beberapa bulan berkongsi pengetahuan di laman web tersebut, kedua-dua sahabat itu kemudian memutuskan untuk menyertai kumpulan pemberontak di Syria kononnya bagi membantu menegakkan demokrasi.

Sebelum itu, Razif, 32, dari Sungai Buloh manakala Razin, 22, dari Beranang, Selangor dikesan mengenali antara satu sama lain melalui laman sosial Facebook secara individu pada awal tahun 2012.

Pas dah kena liwat dengan DAP beb...

Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan ‘kehebatan khalifah’ Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang.

Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa ‘mesranya’ Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan ‘tazkirah’ di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS. ~ MT

Ainan Tasneem Tiru Najwa Latif?


Selepas kejayaan Najwa Latif mempamirkan bakat menerusi laman Youtube, nama Ainan Tasneem pula muncul mengekori jejak langkah sama.

Jelas sekali bakat kedua-dua anak muda ini amat terselah sekaligus membuatkan mereka begitu dikenali ramai.

Namun, sejak kebelakangan ini, ada yang mengatakan yang Ainan Tasneem telah meniru Najwa Latif.

Tiru dari segi apa tidak pasti pula.

Kalau nak kata imej tu, memang kedua-duanya mempunyai persamaan apabila mereka sering mengenakan fesyen tudung bawal dan bermain gitar setiap kali membuat persembahan.

Manakala jika dilihat dari sudut jenis lagu, Ainan ada jawapan yang tersendiri.

Kata Ainan,

“Saya tiada persamaaan dengan Najwa Latif.

“Muzik saya lebih kepada balada dan saya yakin peminat akan lebih mengenali imej saya selepas Muzik Muzik ini,” katanya.

Imej yang bagaimana Ainan maksudkan itu? Kita tunggu dan lihat saja.

BUKAN SAMBUT HALLOWEEN TAPI ULANG TAHUN!


Rupa-rupanya kostum yang dipakai olehnya bukanlah bersempena Hari Halloween, tetapi sempena majlis hari jadi kawannya.

Menurut Nabila, Halloween disambut pada 31 Oktober sedangkan dirinya hadir dengan kostum sebegitu pada 28 Oktober. Jadi tak mungkin pakaian tersebut dipakai untuk menyambut Halloween. Ada logiknya juga penerangan Nabila di situ.


WOW! - Singa laut ramal pemenang Euro 2012

Sepertimana yang kita tau, tahun ini adalah tahun bagi UEFA European Football Championship edisi yang ke-14, Euro 2012 dimana berlangsung di Poland dan Ukraine. 

Perlawanan pembukaan antara Poland menentang Greece akan berlangsung pada hari ini iaitu 8/6/2012. Pada euro yang lepas kita ada haiwan peramal iaitu Paul si sotong tapi ia sudah mati, kali nie SINGA LAUT pula menjadi perhatian sebagai ahli nujum EURO di Thailand.


SINGA laut yang bernama Tik menghantar sebiji bola yang mempunyai lukisan bendera Greece kepada seorang pelatih haiwan di Zoo Dusit, Bangkok semalam.

Sumber : TaoTauAjer

OMG! - Gambar dan Video kemalangan Drag rempuh penonton HIMPUNAN JUTAAN BELIA (6 GAMBAR)

Mungkin ramai yang tak tau di sebalik kemeriahan HIMPUNAN JUTAAN BELIA terdapat kejadian berdarah dimana malam pagi semalam dimana dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku sewaktu sesi Drag Racing yang diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.


Saksikan Video di bawah in dan juga gmbar-gambar kejadian .....

Sumber : TaoTauAjer

Mana ada rasuah.., ini semua salah BN.. ~ Azizan Razak

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri Kedah tidak akan melayan sebarang tuntutan, desakan atau komen parti komponan Barisan Nasional (BN) berhubung dakwaan penyelewengan kerajaan negeri.

"Saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak akan membela pegawai atau siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah.

Saya tidak akan bersama-sama dengan orang tidak betul malah saya sedia disiasat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, Rabu.

Antara isu dibangkitkan ialah penyelewengan wang projek perumahan kos rendah sebanyak RM2.55juta oleh Bahagian Perumahan Negeri dan pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea (PNG) mengakibatkan kerugian RM31.21 juta berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2011.

Sebaliknya, Azizan mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung beban hutang selepas mengambil alih Kedah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau enggan menjawab berhubung tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya semalam berhubung projek pembalakan dan perladangan di PNG oleh KCB. - BERNAMA


p/s: Baru perintah sepenggal, dah ada kes rasuah juta-juta.. Sejahtera sungguh Pas di Kedah noo.. Hahahaha...

WTF! - Apabila wajah tidak lagi penting bagi perempuan ini (6 GAMBAR)

Pelik sungguh dan bangang apabila muka yang cantik semulajadi di beri oleh maha pencipta telah dirosakkan dengan trend terbaru dye la kot. Pape pon korang saksikan gambar-gambar di bawah ini...


Ini wajah seorang gadis yang sebelum di ubah menjadi hodoh, jom kita lihat ape yang berlaku selepas itu...

Sumber : TaoTauAjer

Sinopsis Adam dan Hawa episod 40


Sudah baca sepenuhnya sinopsis Adam dan Hawa episod 40 yang terbaru? Kalau belum, korang boleh baca sinopsis Adam dan Hawa episod 40 di sini, kat bawah sekali. Berikut ialah sinopsis Adam dan Hawa episod 40. Untuk sinopsis Adam dan Hawa episod 39 yang lepas, korang boleh baca kat LINK ini. Jom tonton soroton Adam dan Hawa episod 40 di bawah.



Sinopsis Adam dan Hawa episod 40
Adam terus cuba memenangi hati Ain dan ketika itu Ain juga muka terasa dirinya ingin dibelai seperti seorang wanita lain juga. Tetapi Ain terfikir mengapa Adam tidak pernah jemu walau bertahun dirinya berpisah dengan suaminya itu. Azie pula cuba pikat hati Johan secara diam-diam tetapi Johan tidak pernah mengetahui perkara tersebut. Pada Johan dia mengambil berat tentang Azie kerana mereka seperti rakan baik sahaja.

Milea Aimilia kemaruk kahwin lelaki tua


Pelakon Milea Aimilia minat dengan lelaki tua dan tidak menjadi halangan baginya seandainya ditakdirkan bertemu jodoh dengan individu berusia 10 atau 20 tahun lebih tua daripadanya.

Milea atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata, dia juga tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang sudah berumah tangga serta bersedia hidup berpoligami.
“Entah kenapa saya memang cukup tertarik minat dengan lelaki yang lebih berusia. Bagi saya mereka sangat maskulin, seksi dan juga matang. Antara contoh terdekat ialah tokoh politik, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Malah saya juga sedia hidup bermadu seandainya jodoh ditulis begitu. Mungkin ramai yang berasa pelik dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, daripada lelaki itu curang di belakang, lebih baik lagi saya hidup berpoligami.

“Lagipun seronok rasanya hidup bermadu dan jika tinggal sebumbung. Dibenak saya, tiada msalah lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah,” katanya.
Bagaimanapun tambah pelakon itu, walaupun tidak kisah dengan cara hidup berpoligami, namun dia sering mengingati dirinya supaya tidak mengganggu lelaki yang sudah berumah tangga.
“Ibu saya selalu berpesan, walaupun dia tidak kisah dengan siapa jodoh saya nanti tidak kiralah lelaki bujang, duda atau suami orang, tetapi dia memberi amaran supaya tidak menggatal dengan suami orang.

“Malah, saya sendiri juga cuba elak daripada menggoda lelaki yang sudah berkahwin, walaupun terdapat empat hingga lima lelaki yang berstatus Datuk cuba memikat saya,” tuturnya lagi.
Sementara itu, pelakon filem Karipap Karipap Cinta ini mengakui sejak namanya menjadi perhatian gara-gara kontroversi video bogel, dia agak sukar untuk menerima tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi. - Harian Metro

Video gol Chelsea vs Manchester United 1 November 2012


Jom tengok di sini video gol Chelsea vs Manchester United 1 November 2012 yang baru sahaja selesai berlangsung awal pagi tadi. Dalam perlawanan Chelsea vs Manchester United, Chelsea menang dengan keputusan 5-4.



KEJAM! - Konflik Syria: 32 kanak-kanak antara 90 maut

Kejam sungguh apabila kanak-kanak di bunuh dalam serangan pasukan keselamatan Syria ke atas bandar Houla,DAMSYIK. Dimana Pasukan pemantau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan sekurang-kurangya 90 orang terbunuh termasuk 32 kanak-kanak.


Sebahagian jenazah 90 orang termasuk 32 kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan, dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan Syria kelmarin. – Foto ihsan CNN

Ketua misi PBB, Mejar Jeneral Robert Mood menyifatkan insiden itu sebagai tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Sumber : TaoTauAjer

Subhanallah! - Kuasa ALLAH. Ayam disembelih tidak mati (2 GAMBAR)

Pelik ayam yang sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.


Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Sumber : TaoTauAjer

NGERI! - Apabila BMW penyek di hempap SLAB (4 GAMBAR)

Satu kejadian dimana SLAB atau laintai dimana sedang di angkat bagi kerja-kerja pembinaan banggunan terjatuh di atas sebuh kereta BMW dan menyebabkan kerosakan terus.. total lost apabila kenderaan mewah tersebut penyek.


Gambar kereta BMW yang di hempap SLAB konkrit

Kenderaan BMW tersebut rosak teruk terutama sekali pada bahagian bumbung dan body kenderaan tersebut yang penyek menjadi leper. Dikatakan seaktu kejadian tiada penumpang berada di dalam kenderaan tersebut...

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

Video Adam dan Hawa episod 39


Sudah atau belum menonton video Adam dan Hawa episod 39? Jika belum, jom menonton video Adam dan Hawa episod 39 di sini. Drama Adam dan Hawa disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD pada jam 10 malam. Antara pelakon yang membintangi drama 80 episod Adam dan Hawa ini ialah Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid dan Rozie Rashid. Untuk menonton video Adam Dan Hawa episod 39, korang boleh layan video drama ini kat bawah sekali. Kalau korang belum menonton video Adam dan Hawa episod 38 yang lepas, korang boleh tengok kat LINK ini. Berikut ialah sinopsis drama Adam dan Hawa episod 39:

Sinopsis Adam dan Hawa episod 39
Normah dan Eja cuba menggertak Ain tentang Azie dan Johan. Ain langsung tidak notis perkara tersebut dan kini sering menjadi tanya buat dirinya. Johan pula menjaga Azie yang terlantar di hospital dan keadaan itu membuatkan Azie semakin rasa selesa dengan Johan. Ini memberi peluang kepada Azie untuk membandingkan dirinya dengan Ain. - malaysianbite.blogspot.com
Video Adam dan Hawa episod 39



WOW! - [VIDEO] iklan menggoda sesiapa pon bakal tergoda !

Trolol ! sungguh menggoda apabila seorang perempuan yang seksi dan mempunyai tubuh yang langsing dan berpakaian yang agak seksi membuatkan ramai lelaki yang tergoda apabila melihat reaksi perempuan tersebut melambai lambai dari rumahnya.


Dengan aksi perempuan tersebut berduyun lelaki berkejaran ke rumah perempuan tersebut, bersama-sama kita saksikan video di bawah ini.. kelakar jugak!

Sumber : TaoTauAjer

HOT! - Sultan Johor Beli 'WWW 1′ dan di Cerca! (4 GAMBAR)

Heboh pasal pembelian Nombor plate berdaftar WWW 1 yang berharga setengah juta dimana senarai pemilik no plate berdaftar WWW telah paparkan kepada umum, dan di mana Sultan Johor berjaya memiliki nombor plate berdaftar WWW 1 tersebut dengan harga RM520000. 

Yang hotnya Sultan sendiri telah di cerca akan pembelian no plate tersebut...


Kalau korang nak tau jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia dan ia milik Sultan Johor.

Namun, sekarang ini, timbul pula keadaan kurang enak apabila seorang lelaki telah berani mencerca Sultan Johor apabila berjaya memiliki nombor plat kenderaan “WWW 1” itu.

Sumber : TaoTauAjer

GEMPAR! - Nelayan naikkan ikan panjang seperti NAGA (3 GAMBAR)

Di Kemaman – Nelayan dan pembeli di jeti Kuala Kerteh di sini gempar apabila seorang nelayan membawa pulang seekor ikan aneh menyerupai naga, pagi semalam.


Ikan ganjil itu mempunyai sesungut panjang berwarna merah di kepala dan bawah mulut serta berduri di bahagian bawah badan, dengan ukuran empat meter panjang dengan berat mencecah sembilan kilogram.

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Rumah yang dibuat di dalam batu (5 GAMBAR)

Jika korang rasa ingin menghilangkan diri buat seketika waktu, rumah dengan penyamaran terbaik ini adalah jawapanya. Korang boleh cuba Casa do Penedo, atau House of Stone, dimana sebuah rumah yang di jadikan dengna empat batu monolitk yang besar. 


Gambar nie seperti satu gambar khayalan yang di buat kan.. ia bukan sekadar gambar ia Wujud

Dimana rumah tersebut dari jauh tidak kelihatan seperti sebuah rumah dimana ia nampak seperti segumpulan batu gergasi yang wujud di situ.

Kalau korang nak tau, rumai ini dibina pada tahun 1974 sebagai tempat percutian bagi keluarga orang portugis yang inginkan tempat yang jauh dari orang ramai dan privasi.

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

Artis melayu bangga tayang ketiak... Seksi ke beb?


Apa yang seksi sangat bila beraksi tayang ketiak tu ye? Kalau warnanya sekata tak apa lah jugak.., tapi malangnya berkarat beb..

Ni lah jadinya kalau terlampau nak seksi sangat.. Yang hitam pun tak sedar ditayangkan kepada umum.. Bakat tak kemana, seksinya je yang melampau-lampau..

Dulu artis ni pernah sekali menggemparkan dunia hiburan bila tayangkan separuh dari nenen dia kepada umum didalam satu majlis..

Itupun masih tak serik-serik lagi kann...

Nasihat gua, lain kali letak la bedak ke hapa kat ketiak tu sebelum bergambar.. Malu weh tunjuk dekat public macam tu..



WOW! - Koleksi kasut yang menyedihkan (3 GAMBAR)

Satu pameran kasut berhampiran Golden Gate Bridge di San Francisco mempamerkan sebanyak 1558 pasang kasut untuk mewakili orang-orang yang telah melompat dari tersebut sejak ia dibuka pada tahun 1937.


Sumber : TaoTauAjer

GEMPAR! - Wajah manusia pada batang pokok (GAMBAR)

Wajah manusia pada batang pokok mengemparkan penduduk Marang Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.


Batang pokok tembesu yang ditebang menyerupai seraut wajah lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut berdekatan rumah keluarga Mat Dang di Kijing, Marang.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

Ikuti penjelasan lanjut di bawah ini nanti...

Sumber : TaoTauAjer

Kafir guna model seksi untuk hina Islam..


Tengoklah sendiri bagaimana puak-puak Yahudi di barat tu mempersendakan Islam.. Dah la sebelum ni dorang suka-suka hati menjajah tanah arab, sekarang ni dorang guna pulak model seksi untuk hina bendera Iraq tu..

Betul lah peringatan tentang puak-puak kafir tu didalam kitab.., dorang tak akan diam sehingga semua umat Islam duduk dibawah gengaman dorang..

Itupun masih ada yang belum sedar lagi dan bersekongkol menyokong puak-puak Yahudi tu..

Baca seterusnya DISINI..

OMG! - Apabila Ikan Hidup Masuk Ke Dalam Paru-Paru Budak Usia 12 Tahun (3 GAMBAR)

Satu kejadian yang mengerikan apabila ikan hidup masuk ke dalam peparu seorang budak di India. Para doktor diminta untuk mengambil ikan hidup yang terdapat di dalam paru-paru budak lelaki berusia 12 tahun di India. Para doktor terus menjalankan operasi pembedahan.


Budak lelaki yang bernama Anil Barela menelan ikan sepanjang 9 centimeter di tepi sungai ketika sedang bermain dengan temannya. Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darah budak India itu semakin menurun.

Perlihatkan lagi gambar-gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

GEMPAK! - Kereta transform menjadi Motosikal di Gurun Sahara (8 GAMBAR)

Hebat sungguh apabila seorang pengembara gurun sahara berjaya membuat keretanya yang rosak bertukar menjadi sebuah motosikal , mesti korang fikir kenderaan bertukar seperti dalam cerita transformers ! tidak sama sekali ..


Ia kisah benar yang belaku pada tahun 1993 dimana seorang pengembara iaitu Emile Leray merentasi Gurun Sahara dan terkandas tengah-tengah gurun tersebut kerana Citroen V vintaj rosak. 

Dengan itu Frenchman Emile Leray telah mengubah kenderaan tersebut menjadi sebuah motosikal.

Jom kita saksikan bagaimana hasilnya nanti tao ade letak gambar-gambarnya di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

TERKINI!!! Saidina Ali pun sokong PAS????


Rosak beb!!! Punyalah taksub puak-puak karat hijau tu dengan parti politik dorang sampai dorang dakwa Saidina Ali r.a pun sokong Pas..

Korang baca printscreen yang gua letak kat atas dan nilaikan sendiri kebodohan puak-puak pemuja wali selipar tu semua..

Lepas ni korang jangan heran kalau Tuhan pun dorang kata sokong Pas.. Itulah akibatnya kalau dengan setan pun dorang sanggup kawan dan kafir harbi pun dorang sanggup peluk!!

PELIK! - Apabila seekor anak burung berkepala DUA dan berparuh TIGA dijumpai (3 GAMBAR)

Pelik apabila seekor burung dengan terdapatnya 2 dua kepala dan lagi menggemparkan apabila anak burung tersebut mempunyai 3 paruh yang di jumpai di satu kawasan kediaman yang terletak di Northamton. Burung pelik dan unik tersebut di jumpai oleh seorang wanita bernama April Britt.


Britt menyedari kehadiran burung ini apabila ianya sedang berkicau pada dahan pokok di belakang rumahnya dan beliau sempat mengambil beberapa gambar.

Saksikan lagi gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

Keputusan penuh Chelsea vs Manchester United 1 Novembe 2012


Keputusan penuh Chelsea vs Manchester United 1 November 2012 bagi pusingan kedua Piala Liga. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan Chelsea vs Manchester United yang baru sahaja tamat berlangsung awal pagi tadi, yang menyaksikan Chelsea menewaskan Manchester United, 5-4 pada masa tambahan. Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh D. Luiz (31'), G. Cahill (52'), E. Hazard (90'), D. Sturridge (97') dan Ramires (116'). Gol-gol Manchester United Pula dijaringkan oleh R. Giggs (22' & 120'), J. Hernandez (43') dan Nani (59'). Diucapkan tahniah kepada Chelsea.

Pusingan Kedua Piala Liga 2012
Chelsea vs Manchester United
  1 November 2012
3.45 pagi
Keputusan Penuh : 5 - 4

Tonton Adam dan Hawa episod 39


Ada sesiapa yang belum menonton drama Adam dan Hawa episod 39 yang terbaru? Jom kita sama-sama tonton drama Adam dan Hawa episod 39. Drama Adam dan Hawa disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD pada jam 10 malam mulai 27 Ogos 2012 yang lepas. Antara pelakon yang membintangi drama 80 episod Adam dan Hawa ini ialah Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid dan Rozie Rashid.

Untuk menonton drama Adam Dan Hawa episod 39, korang boleh layan video drama Adam dan Hawa episod 39 kat bawah sekali. Kalau korang belum menonton drama Adam dan Hawa episod 38 yang lepas, korang boleh tengok kat LINK ini. Untuk sinopsis lengkap Adam dan Hawa episod 39, korang boleh baca kat SINI ini.

Video Adam dan Hawa episod 39



GEMPAK! - Apabila gaya-gaya pemain setelah gol di tambah Special Effect [VIDEO]

Seperti yang kita tau saat-saat paling meriah dan mengembirakan buat scorer atau penjaring gol adalah sewaktu mereka berjaya menghasilkan gol. Tapi korang tau tak dimana situasi tersebut boleh menjadi meriah jika kita tambahkan sedikit special effect pada rakaman saat-saat meriah tersebut.


Saksikan video di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

Warga emas ditangkap dan dipenjara kerana berucap melebihi 3 minit


RIVERSIDE - Seorang wanita berusia 60 tahun ditangkap selepas berucap melebihi tiga minit yang diperuntukkan pada mesyuarat Majlis Bandaraya Riverside, lapor akhbar Riverside Enterprise, semalam.

Video ketika Karen Wright ditangkap sempat dirakamkan yang menunjukkan warga emas itu digari oleh polis dan didakwa mengganggu mesyuarat awam.
"Bolehkah anda melihat pergelangan tangan saya? Mereka menarik dengan kasar pergelangan tangan saya. Saya tidak boleh bangun tanpa meletakkan tangan saya ke bawah," katanya yang mendakwa polis menggari tangannya pada lututnya.
Sementara itu, Datuk Bandar Riverside, Ron Loveridge dan anggota majlis yang lain menafikan mengarahkan penangkapan itu, sebaliknya berkata apa yang berlaku ialah ucapan Wright telah tersasar dengan mengkritik cara majlis tempatan menangani enapcemar sambil menyeret isu kontrak.

Ujar Loveridge, apabila masa Wright tamat, salah seorang daripada dua pegawai polis yang menghadiri majlis itu mula menghampiri Wright tetapi wanita itu telah bertindak balas dan berteriak:
"Saya mahu anda menghentikan gangguan polis ini.”
Sementara itu, dalam video berkenaan, kedengaran suara seseorang menjerit:
"ini adalah legasi anda, Datuk Bandar."
Bagimanapun ujar Datuk Bandar, beliau mengatakan beliau tidak pernah mendengar penceramah lain ditangkap pada mesyuarat majlis bandar sejak berkhidmat pada jawatan itu 32 tahun lalu.

Loveridge juga menambah, pegawai polis tidak dibenarkan membuat tangkapan kecuali diarah berbuat demikian oleh pengerusi majlis. - Sinarharian

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More