Wednesday, October 31, 2012

TERKINI!! Ostazah Ebbi pun TAK SOKONG AES..


Tu diaa!! Bukan KJ je tak sokong AES tu, tapi Ostazah Ebbi pun tak sokong AES beb..

Setakat ni gua masih SETUJU lagi dengan AES tu.. Yelah, macam gua cakap dulu, AES ni sebenarnya 'menambah kemesraan' antara rakyat dengan kerajaan..

Cuba korang fikir, bila sampai je surat saman AES tu, perkara pertama yang rakyat ingat adalah kerajaan.. Bukan ke ini baik untuk memupuk 'kasih sayang' beb?

Dan lagi satu, kamera AES tu cuma dipasang untuk tak bagi rakyat bawak laju dan cuma dikawasan 'kemalangan' je.. Kan itu tandanya pihak terbabit tu amat prihatin pada rakyat?

Kalau tak bawak laju, minyak pun save beb.. Dan sejak pemasangan AES tu, dah TERBUKTI kemalangan TAK ADA LANGSUNG di lokasi terbabit macam sebelum AES tu dipasang.. Korang nampak tak keberkesanan sistem AES tu?

So.., gua sebagai seorang rakyat yang prihatin kepada kehendak kerajaan membantah penolakan KJ dan Ostazah Ebbi tentang perlaksaan sistem AES..

Dorang tu tak sedar bahawa kerajaan cuma nak mendidik rakyat, bukannya MENGHUKUM.. Takkan nak didik pun salah kannn..

Apapun.., gua baru je dapat 2 saman AES.., tapi gua tak kisah punnn... Gua bersyukur kerana dengan saman tu, gua dapat menyumbang sesuatu pada kerajaan..

Kalau boleh, gua nak banyakkkkk lagi saman supaya gua dapat menabur jasa pada negara yang gua cintai ni.. Patriotik tak gua?? Hahahahahaha....



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More