SHAH ALAM 22 Julai - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik penganggur, Ng Mun Tatt bagi mendapatkan wang tebusan RM3,000 di sebuah restoran di Taman Sri Muda di sini minggu lalu.
Mohamad Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd. Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Syahida Zainal.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.
Mereka bakal menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan setelah didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didakwa bersama dua lagi yang masih bebas dengan niat bersama telah menahan Mun Tatt, 21, dengan maksud untuk mendapatkan wang tebusan RM3,000.
Mohamad Asri yang bekerja sebagai juruteknik; Mohd. Mazli, jurulatih tomoi; Zulkarnain, penyelenggara bangunan, dan Agus Hariyanto yang berniaga didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Muneer, No. 1 Jalan Merdu 25/119 Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini kira-kira pukul 4.30 pagi, 15 Julai lalu.
Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam Ridha Abdah Subri dan Shaharudin Ali.
Pada prosiding hari ini, Siti Rohaida memohon tempoh sebulan untuk tarikh sebutan bagi mendapatkan arahan lanjut Jabatan Peguam Negara.
Namun Ridha Abdah membantah dan memohon tarikh itu dipercepatkan dengan alasan kes berkenaan melibatkan kepentingan awam dan siasatan telah selesai seterusnya membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Nurul Syahida menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Sebelum itu, Shaharudin memohon mahkamah membenarkan seorang pegawai perubatan kerajaan melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kesemua tertuduh.
Katanya, beliau telah mendapat arahan itu daripada keluarga para tertuduh berkenaan namun Nurul Syahida hanya membenarkan tertuduh kedua dan keempat menerima rawatan itu setelah mereka berdua mengaku mengalami kecederaan.
Sementara itu, keempat-empat tertuduh sempat melaungkan takbir sebelum dibawa keluar anggota polis dari mahkamah tersebut.
Mereka ditahan pada 16 Julai lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ampang dan Kampung Medan, Petaling Jaya, sehari selepas kejadian tersebut.
Menurut laporan akhbar, kejadian culik itu dikaitkan dengan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa memuat naik gambar dengan komen Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dalam laman Facebook mereka iaitu "Alvin and Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers.
Ketika kejadian Mun Tatt sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda sebelum diculik sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta Toyota Alphard.
SUMBER : UTUSAN
APJ : hanya mampu tersenyum sinis , yang menghina bertepuk tangan yang membela bakal dihukum mati , hihi dunia ...
1 comments:
permisi kakak2 numpang promo ya
yang suka main poker dan domino online, mari gabung di sini bersama kami di www.saranapelangi.com. kini hadir dengan 7 permainan yang dapat dimainkan dalam 1 website. dapatkan jackpot hingga ratusan juta setiap harinya. gak mau kalah teruskan main poker dan domino online ? ayo buruan gabung bersama kami di www.saranapelangi.com
Saranapelangi.com adalah satu - satunya Website Dengan Player VS Player Tanpa Menggunakan Bot (tanpa ROBOT) 100% Fair Play!!!
Hot Promo Dari SaranaPelangi!!!
*Bonus Rollingan Sebesar 0,5%
*Bonus Refrensi Sebesar 20%
Tunggu Apalagi?!, Ayo Gabung Dan Main Bersama Kami!!!
Untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami di www.saranapelangi.com atau melalui android kami.
- BBM : 2B47BB9C
- CALL : +855964972098
- WEECHAT : saranapelangi
- SKYPE : saranapelangi
- EMAIL : saranapelangi99@yahoo.com
- FACEBOOK : saranapelangi99@yahoo.com
WWW.SARANAPELANGI.COM
Post a Comment