Tuesday, April 14, 2009

Anda Kurang Selera Makan & Panas Badan?

Ada masanya kita akan mengalami satu keadaan di mana kurang selera makan. Kekadang kita pun tak tahu sebabnya. Entah la. Tak tau nak kate. Tapi bukan sebab berdiet tau. Kalau berdiet tu lain. Sama ada kita mengawal kuantiti makanan yang diambil serta memilih makanan yang seimbang, kan?

Lagi satu hal, kekadang kita rasa badan ni macam panas sangat. Nak kata demam, tak jugak. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu nie kot. Aduh...dah mandi pun badan ni masih panas. Mandi banyak kali ni karang, kembang plak urat nanti. Huhuhu...


Okay lah, kalau anda melegakan panas badan dan membuka selera makan tu, boleh meminum air kelapa muda bersama dengan isi kelapanya sekali.


gambar pokok kelapa muda

Gambar hiasan - Utusan Malaysia Online




Jika diizinkanNya, selera makan anda kembali seperti biasa dan rasa panas badan pun hilang.

Selamat Mencuba!

Monday, April 13, 2009

Nak Melegakan Kembung Perut?

Masalah kembung perut seringkali terjadi kat bayi, kan? Tapi ada juga orang dewasa yang mengalaminya. Mungkin kerana ketidakselesaan. Orang biasa cakap "masuk angin". Justeru, kalau anda mengalami masalah ini, bolehlah mencuba petua di bawah. Tak susah sebenarnya kalau nak melegakan kembung perut ni. Anda cuma perlukan sebuku halia dan air panas.



air halia untuk melegakan kembung perut

Gambar halia - Wei East



Langkah-langkah menyediakan air halia ni;


1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.

3. Sediakan air panas. Kalau takder, gi jerang dulu. :)

4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia. Agak-agak dalam setengah gelas, ok.

6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2. Setengahnya untuk anda minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tu.

9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh. :)


Selamat Mencuba!

Saturday, April 11, 2009

Petua Menyembuhkan Kencing Tak Lawas Lagi

Beberapa minggu lepas, saya menyatakan yang masalah kencing tak lawas boleh diubati dengan meminum air basuhan beras. Andainya anda kurang selesa atau tidak serasi dengannya, saya bawakan satu lagi petua berkaitan. Kali ni ia bukan sekadar tontonan umum mampu menyembuhkan kencing tak lawas saja. Kalau sesiapa yang ada batu karang pun boleh "try".


Apa yang anda perlukan adalah 1 biji buah nanas yang belum masak betul. Bagaimana caranya? Ikuti langkah sejurus selepas gambar hiasan di bawah, okays. :)


buah nanas ni dah masak, cari yang muda sikit

Gambar hiasan - Wikimedia




Memula, buangkan kulit nanas tu dan seperti biasa, bersihkanlah dulu yer.

Seterusnya, potong nanas secara memanjang. Lebih kurang macam "style" orang jual buah kat kedai tu. Tapi buat masa sekarang nie, anda perlukan 2 potong saja. Selebihnya boleh simpan.

Lepas tu, kisar potongan nanas tadi bersama-sama dengan 2 gelas air putih. Kemudian, tapis dulu air tu sebelum diminum.

Amalkan meminumnya sebanyak 2 kali dalam sehari. Lakukan secara berterusan sehingga masalah kencing tak lawas anda tu berkurangan dan sembuh.


Ermm... macamner? Harap anda yang ada masalah berkaitan dapat mencuba petua kesihatan yang dibincangkan kat atas tadi.


Selamat Mencuba!

Friday, April 10, 2009

Khasiat Daun Pegaga: Ubat Kencing Manis

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa rakan saya yang bertanyakan tentang petua untuk mengubati penyakit kencing manis. Justeru itu, saya akan berkongsi salah satu ubat kencing manis dan cara perlaksanaannya sebentar jer lagi. Ubat yang saya maksudkan tu ialah daun pegaga.


Sebenarnya, khasiat daun pegaga ni banyak. Selain mampu merawat kencing manis, ia mampu mengubati "kembarnya" iaitu darah tinggi, mengecutkan peranakan dan menghilangkan bintik hitam di muka. Anda boleh rujuk post terdahulu di sini dan juga sini.


daun pegaga ubat kencing manis

Gambar daun pegaga - Forum Anakku Sayang




Baiklah, ringkasnya ada 2 kaedah perlaksanaan yang boleh anda amalkan melalui pengambilan daun pegaga ni iaitu:


1. Jadikan sebagai ulam-ulaman

Mula-mula, anda ambillah beberapa helai pucuk daun pegaga dan basuh sehingga bersih. Kemudian, makanlah daun pegaga ni semasa menikmati makan tengahari, petang atau malam. Usah bimbang, anda boleh memakannya bersama lauk-puak lain macam biasa.

Ini kerana, pucuk pegaga mampu mengurangkan paras gula dalam air kencing anda.


2. Minum air rebusan akar dan daunnya

Anda sediakan dulu kira-kira 30 helai daun pegaga dan bersihkannya dulu. Kemudian, rebus air kira-kira dalam sukatan 2 cawan air putih bersama-sama dengan pegaga tadi.

Setelah mendidih, biarkan air rebusan tu sejuk secara semulajadi. Lepas itu, minumlah air rebusan tersebut dalam 2 kali sehari. Amalkan setiap hari sampailah anda berpuas hati dengan hasilnya.


Itu saja caranya. Mudah-mudahan petua kesihatan kali memberi alternatif tambahan kepada kebanyakan penghidap kencing manis.


Selamat Mencuba!

Wednesday, April 8, 2009

Menambahkan Berat Badan Anak Kecil

Selalunya, kita nak kuruskan badan ataupun menurunkan berat badan, yer tak? Agak jarang kita dengar orang yang beriya-iya nak menambahkan berat badan. Melainkanlah tubuh mereka tu terlalu kurus. Sebab biasanya bila berat dah naik, agak sukar untuk kembali slim.




Tapi petua menambahkan berat badan ni ditujukan khas buat anak kecil dan kanak-kanak yang kekurangan berat badan. Sebagai ibu bapa ataupun abang dan kakak, anda bolehlah mencuba petua mudah di bawah ni nanti.


Caranya begini;


1. Ketika anda menanak nasi, nantikan waktu berlakunya pendidihan.

2. Cedok air didihan nasi tadi sehingga penuh dengan gelas.

3. Kemudian, biarkan ianya sejuk dulu.

4. Bahagikannya kepada 2. Setengah diminum waktu pagi dan bakinya diminum pada waktu petang.

5. Sebagai penambah perisa, anda boleh tambahkan sedikit gula.


Selamat Mencuba!

Monday, April 6, 2009

7 Langkah Mengelakkan Tumbuh Uban

Selari dengan peningkatan usia kita, uban di kepala pun mula tumbuh sedikit demi sedikit tanpa diduga. Hal ini biasanya merunsingkan sesetengah individu. Terutamanya mereka yang masih muda dan belum berkahwin. Sedangkan kalau golongan yang dah berumur pun risau kalau kepala ditumbuhi uban, kan? Rasa nak jer cabut uban tu. Kekadang kepala ni memang gatal kalau penuh uban nih.

Sekiranya kepala anda dah ditumbuhi uban atau dah tak larat nak cabut uban tu, boleh cuba satu petua yang pernah saya kongsikan di sini [Klik].


Bagi yang belum ditumbuhi uban lagi tapi nak mengelakkan tumbuh uban, sila fokuskan pembacaan anda di halaman ini. Saya akan kongsikan petuanya sekali dengan langkah-langkah yang perlu anda buat.

Bahan yang perlu anda sediakan ialah kulit durian. Kalau belum musim durian ditempat anda sekarang ni, kenalah tunggu yer. :)


kulit durian untuk mengelakkan tumbuh uban

Gambar dipetik dari thestar.com.my




Langkah selanjutnya yang perlu anda lakukan;


1. Bersihkan dulu kulit durian yang dah anda ambil tadi.

2. Keringkan kulit durian tersebut.

3. Bila dah kering, bakar kulit durian tu sampai menjadi abu.

4. Sediakan satu bekas yang berisi air.

5. Masukkan abu tadi ke dalam air dan biarkannya mendap.

6. Seterusnya, cuci rambut anda dengan air mendapat kulit durian.

7. Lakukannya sekali sehari. Ulanginya lagi ketika anda ada memiliki stok kulit durian kelak, ok.


Jika diizinkanNya, rambut anda tidak akan ditumbuhi uban. :)


Selamat Mencuba!

Saturday, April 4, 2009

Petua Kecantikan: Mencegah Penyakit Kulit

Dalam bahagian petua kecantikan ni, saya akan tunjukkan secara ringkas petua untuk mencegah penyakit kulit. Seperti yang anda sedia maklum, lebih baik kita mencegah daripada merawat, kan? Langkah pencegahan awal sebenarnya lebih baik dan mudah untuk dilakukan. Peruntukkanlah sedikit masa untuk memanjakan diri anda, okay.


asam jawa mencegah penyakit kulit

Gambar hiasan - AsamJawa.com



Langkah-langkah untuk mencegah diri anda daripada terkena penyakit kulit adalah;


1. Ambil secawan asam jawa.

2. Bancuhkannya dengan air bersih. Bancuhan tu hendaklah dalam keadaan pekat yer.

3. Sapukan bancuhan asam jawa tadi pada anggota badan anda.

4. Biarkannya meresap dan sebati pada kulit selama 1 jam.

5. Kemudian, bilaslah tubuh badan anda dengan air sejuk.


Amalkannya 2 kali dalam seminggu. Selain mengelakkan diri anda daripada terkena penyakit kulit, ia sebenarnya melicin dan menghaluskan kulit anda juga. :)


Selamat Mencuba!

Friday, April 3, 2009

Menyembuhkan Kencing Tidak Lawas

Terlebih dulu, saya mohon maaf jikalau istilah "kencing" yang digunakan tu kurang menyenangkan sesetengah pihak. Tapi saya menggunakannya untuk tujuan berkongsikan satu petua iaitu menyembuhkan kencing tidak lawas. Harap anda semua selesa dengan perkataan tu.


Masalah kencing tak lawas atau tersekat-sekat ni selalunya terjadi kerana anda kurang meminum air putih. Ataupun anda sering menahan atau menangguhkan kencing. Walhal pada masa tu memang dah sampai waktu untuk melepaskannya.


Tapi, usahlah anda terlalu bimbang. Mesti ada cara untuk mengatasi dan seterusnya menyembuhkan masalah tersebut.


Begini petuanya;


1. Semasa anda nak masak nasi, jangan lupa menyimpan air basuhan beras yang terakhir.

Tapi kalau emak atau isteri anda yang selalu masak nasi, pesanlah kat mereka supaya menyimpannya.


2. Kemudian, tuangkannya ke dalam sebiji gelas.


3. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi.


Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tak lawas anda tu sembuh.


Selamat Mencuba!

Thursday, April 2, 2009

7 Ciri Meningkatkan Harga Diri

Saya ingin berkongsi beberapa perkara untuk meningkatkan harga diri kita sebagai seorang manusia. Menurut pembacaan semasa, saya dapati ada 7 ciri penting. Ringkasnya, saya nyatakan seperti di bawah yer.


1. Menjauhi golongan yang selalu membuat kerosakan.

2. Menjauhi golongan yang sembarangan perilakunya.

3. Menjauhi golongan yang suka berbuat maksiat.

4. Menjauhi golongan yang suka menganggur disebabkan sikap ini mudah menular.

5. Mengelakkan diri daripada menganiaya orang lain. Ini kerana doa mereka yang teraniaya itu mustajab.

6. Mengamalkan duduk mengadap ke arah kiblat.


kaabah - arah kiblat umat Islam

Gambar Kaabah - Wikipedia



dan

7. Mengikut sunnah Nabi S.A.W dari semua aspek seperti percakapan, sikap dan perbuatan.

3 Petua Melembutkan Daging

Bagi anda yang biasa menikmati hidangan berasaskan daging ni mesti perasan yang daging yang dimakan tu kekadang lembut. Tapi kadang-kadang liat pulak. Walhal kita selalu beli daripada penjual yang sama. Ataupun makan di restoran yang sama. Boleh jadi gak tukang masak tu tersalah teknik memotong daging kot. Entahlah... Banyak kemungkinan yang boleh berlaku di situ.

Tapi kalau anda bercadang nak memasak lauk daging hari ni, saya nak kongsikan sedikit petua untuk melembutkan daging dalam masakan.


gambar daging rebus butter dan kicap cikdak

Gambar hiasan - jphpk.gov.my




Ada 3 petua yang berlainan kat sini. Anda hanya perlu cuba satu petua setiap kali nak masak lauk daging, okay.


1. Tumbuk buah keras sampai lumat. Kemudian, masukkannya ke dalam masakan anda seperti gulai daging.


gambar buah keras

Gambar buah keras - wikipedia




Atau...

2. Masak daging tersebut di dalam belanga. Kemudian, letakkan saja sudu yang diperbuat daripada tembikar bersama-sama kat dalam belanga tu semasa memasak daging.

Atau...

3. Ambil sebiji betik muda. Pilih yang kecil saja dah memadai. Bersihkan betik muda dengan membuang kulitnya. Hiriskannya dulu dan masukkan ke dalam masakan anda.


Amacam? Itulah petua yang dapat saya kongsikan dengan anda buat masa ni. Jangan lupa cuba bila nak masak daging nanti yer. :p

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More