Saturday, May 16, 2009

3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?

Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.


Cuma 3 cara di bawah saja yang saya pasti. :)


#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)


1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.

2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.

3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.

4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.



#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.


i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.


ini bukan keembung putih, tapi keembung ungu. carilah daun keembung putih yer

Gambar hiasan - Wikipedia



ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.

iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.

iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.

v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.



#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.


Caranya begini;


a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.

c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.

d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.


Begitulah 3 cara yang dapat saya kongsikan kat sini. Semoga anda yang menghadapi masalah ni segeralah mempraktikkan salah satu rawatan kuku di atas. Kalau anda ada cara lain, silalah kongsikannya di ruangan "ulasan" untuk manfaat bersama yer.


Selamat Mencuba!

Thursday, May 14, 2009

1 Amalan Mengubati Penyakit Kulit

Ada pelbagai jenis penyakit kulit dalam dunia ni. Buat permulaan, saya cuma nak fokus mengenai ubat kudis dan luka saja. Sekiranya anda mengalami luka dan kudis, bolehlah berikhtiar dengan mengamalkan petua di bawah.


1. Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali dan ludahkan ke atas kapas yang bersih.

gambar pokok kapas
Gambar hiasan - Wikimedia


2. Kemudian, tampalkannya pada bahagian tubuh anda yang luka atau berkudis.


Amalkannya dengan penuh yakin dan jika diizinkanNya, luka dan kudis anda tu akan lekas sembuh.


Selamat Mencuba!

Wednesday, May 13, 2009

Daun Turi Boleh Merawat Rambut

Jika sebelum ini anda dah tahu yang daun turi boleh mencantikkan buah dada, kan? Kini daun turi pun boleh digunakan untuk merawat rambut. Kalau rambut anda perang atau nampak cam tak bermaya jer, boleh cuba petua kecantikan di bawah untuk mengatasinya.


Daun turi ni sebenarnya mampu menghitamkan rambut anda supaya kelihatan lebih bermaya dengan cara;


1. Ambil segenggam daun turi.

gambar daun turi pada waktu pagi

Gambar hiasan - Picasa Web Albums



2. Tumbuk atau kisar halus daun turi tadi.

3. Kemudian, lumurkannya pada keseluruhan rambut atau kepala anda.

4. Seterusnya, bungkus tapau rambut anda selama setengah jam. Guna "shower cap" pun boleh.

5. Lepas tu, cuci atau basuhlah rambut anda dengan air bersih.

6. Amalkan dalam 2 kali seminggu.


Jika dilakukan secara konsisten, rambut anda akan kembali bermaya. :)


Selamat Mencuba!

Monday, May 11, 2009

Petua Mencantikkan Buah Dada??

Setiap wanita tentu sekali mengidam-idamkan agar memiliki buah dada yang cantik dan menggiurkan. Mungkin ianya merupakan salah satu aset terpenting bagi mereka. Andainya buah dada terlalu kecil atau tidak seimbang dengan tubuh, pastinya mereka amat runsing. Rasa rendah diri, kurang keyakinan dan macam-macam lagilah. Biasalah tu, kan?


Justeru itu, untuk menyelesaikan masalah anda, saya sediakan satu petua wanita kat sini. Iaitu bagaimana caranya untuk mencantikkan buah dada. Anda boleh cuba memanfaatkan khasiat yang ada pada daun turi.


1. Pertama sekali, ambil beberapa helai daun turi.

gambar bunga dan daun turi

Gambar hiasan - Wikipedia



2. Kemudian, anda ramaslah daun turi tadi untuk mendapatkan airnya.

3. Akhir sekali, tibalah masanya untuk anda gunakan air ramasan daun turi tu Sapukannya pada buah dada anda setiap kali selepas mandi.

Amalkan sehinggalah anda berpuas hati atau setelah mendapatkan hasil seperti yang diingini.


Selamat Mencuba!


p.s: Setelah anda berpuas hati dengan bentuk buah dada yang baru, gunakanlah ke arah kebaikan. Jangan pula disalahgunakan seperti timbul perasaan riak dan menunjuk-nunjuk kepada orang yang tak sepatutnya anda tunjuk.

p.p.s: Sebaliknya, bersyukurlah dengan kurniaanNya. Kita hanya mampu berusaha dan Dialah yang menentukan. Bila-bila saja nikmat tersebut boleh ditarik balik. Wallahua'lam.

Saturday, May 9, 2009

Petua Agar Biji Cili Mudah Hancur

Bagi anda yang gemar dan selalu memasak, saya ingin berkongsi satu petua mudah untuk menghancurkan biji cili. Maklumlah, biji cili ni memang sukar nak hancur. Lebih-lebih lagi kalau anda gemarkan masakan pedas. Mesti suka bubuh banyak cili, kan? Kalau anda berniaga dalam bidang masakan, lagilah leceh kalau nak hancurkan semua biji cili tuh. Adusss...


gambar cili merah @ hidup

Gambar hiasan - Nestle Malaysia




Lepas ini, kalau anda nak mengisar cili, apakata cuba praktikkan kaedah di bawah;


1. Ambil 2 sudu minyak kelapa dan masukkan ke dalam mesin pengisar anda.

2. Kemudian barulah anda kisar cili tadi seperti biasa.


Dengan cara ini biji cili tu akan hancur semuanya.


Selamat Mencuba!



p.s: Sempena Hari Ibu ni, saya mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada ibu saya dan juga seluruh kaum ibu sekalian. Pengorbanan seorang ibu memang takkan dapat dibalas walau dengan apa cara jua sekalipun.

p.p.s: Tanpa ibu, siapalah kita. Tak gitu?

Friday, May 8, 2009

1 Cara Mengurangkan Lemak Dalam Badan

Lemak yang berlebihan dalam badan ni kadang-kadang membuatkan diri kita berasa kurang selesa. Secara tak langsungnya, bila kadar lemak meningkat, berat badan pun akan bertambah gak. Untuk itu, saya nak kongsi satu lagi petua untuk mengurangkan lemak dengan anda semua.


Caranya adalah dengan meminum air asam jawa. Mula-mula, anda ambil sebuku asam jawa.


gambar asam jawa aka tamarind
Gambar hiasan - TrekNature



Kemudian, ramas asam jawa tadi dengan segelas air putih dan sejukkannya di dalam peti sejuk.

Seterusnya, selepas anda makan tengahari atau malam, minumlah air asam jawa tadi. Amalkan meminumnya setiap hari secara konsisten. Mudah-mudahan anda berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur dan selamat. :)






Selamat Mencuba!

Thursday, May 7, 2009

Amalan Untuk Naik Pangkat

Bagi anda yang bekerja makan gaji, dapat naik pangkat merupakan saat yang diidam-idamkan. Terutamanya bagi anda yang dah lama betul bekerja dengan sesebuah syarikat atau organisasi. Kiranya anda nie pekerja yang setia dan berdedikasilah. Anda juga tentunya tak sabar nak mengumumkan berita gembira ni kat ahli keluarga terdekat, kan?

Kalau anda masih bujang, mungkin ibu bapa andalah orang pertama yang akan mendapat tahu berita terkini tu. Sebaliknya, jika anda dan memiliki keluarga sendiri, tentulah isteri tercinta yang diberitahu. Mungkin lebih kurang beginilah dialognya;


Anda: Ayang, abang ada berita baik nih (bercakap wajah wajah tersenyum lebar).

Isteri: Apa dia yang baik sangat tu, bang?

Anda: Ayang cubalah teka.

Isteri: Erm... ayang takder idea lah bang.

Anda: Abang... dah... dinaikkan... pangkat (bercakap dengan nada excited).

Isteri: Alhamdulillah bang. Syukurlah. Mungkin ini rezeki anak kita (sambil menunjukkan anak dalam perut), kan bang?

Anda & Isteri: Tersenyum lebar.



Lebih kurang cenggitulah agaknya kot. =D


Tapi kalau anda masih belum "merasa" naik pangkat walaupun dah bertahun-tahun berkhidmat, cubalah anda amalkan satu petua di bawah ini;


1. Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.



Gambar hiasan - flickr



2. Amalkan membacanya selama 40 hari berturut-turut.


InsyaAllah, jika diizinkanNya, cita-cita anda untuk naik pangkat akan tiba masanya kelak. Apa yang penting anda mesti yakin dan amalkannya tanpa was-was.


Selamat Mencuba!

Wednesday, May 6, 2009

Anak Anda Kena Demam Panas?

Bagi anda yang ingin menurunkan suhu demam panas anak, ada satu petua yang boleh anda cuba. Lebih-lebih lagi kepada anda yang agak sukar untuk mendapatkan rawatan doktor. Mungkin atas sebab-sebab tertentu. Siapa tahu, kan? Ataupun kalau anda panik, sila tenangkan diri anda dan lakukanlah rawatan tradisional ni yer.


1. Mula-mula sekali, sila ambil atau cari 3 helai daun sirih.


gambar daun sirih 2

Gambar hiasan - www.pnm.my




2. Ramaskan daun sirih tu bersama-sama dengan sedikit air.


3. Jaram*kan air daun sirih tadi kat kepala anak anda.


4. Ulang melakukannya sehinggalah demam anak anda turun, ok. :)


Selamat Mencuba!


p/s: *Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4), jaram bermaksud benda (air daun-daun kayu dll) yang digunakan untuk menyejukkan kepala (apabila demam atau sakit kepala).

Air Kelapa Tua Sebagai Pelembab Muka

Anda yang berkulit kering tentu risau atau takut kalau kulit muka lekas nampak tua. Risiko ini lebih menghantui anda yang sering terdedah kepada penghawa dingin. Ataupun anda memang dah biasa duduk dalam bilik yang ber "air-cond". Kalau tak, anda akan cepat rimas, kan?


Tahukah anda yang air kelapa tua boleh dijadikan sebagai pelembab kulit muka? Kalau tak tau, bolehlah saya terangkannya secara ringkas. ;)


gambar kelapa tua

Gambar hiasan - Flickr




1. Pertama sekali, anda cuci muka dahulu dengan air bersih.

2. Kemudian, cuci muka anda sekali lagi dengan air kelapa tua.

3. Biarkannya serap di muka anda lebih kurang dalam 15 minit.


biarkan air kelapa tua serap ke muka

Gambar hiasan - fashion-advice.com




4. Selepas itu, cucilah muka anda semula dengan air sejuk.

5. Amalkan setiap kali selepas anda mandi. Kalau nak buat sekali semasa mandi pun boleh. Mana-mana yang anda rasa selesa lah. :)


Selamat Mencuba!

Saturday, May 2, 2009

Kuku Cantik Berkilat Dengan Bawang Putih

Segmen petua kecantikan kali ini sekali lagi ingin menyentuh mengenai rawatan kuku. Bagaimana caranya anda boleh menjaga dan seterusnya menjadikan kuku cantik berkilat. Kalau sebelumnya, saya ada berikan satu petua yang sama. Tapi dengan menggunakan belimbing buluh. Anda boleh rujuk di sini.


kuku cantik berkilat memang menjadi idaman

Gambar hiasan - atrix-cream.com




Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan bawang putih. Mungkin lebih mudah nak dicari. Kat dapur rumah anda mesti ada punyalah.


Bila dah tahu bahan yang diperlukan, jom kita ketahui langkah-langkahnya.


1. Sediakan 1 ulas bawang putih dan buangkan kulitnya.

2. Pecahkan bawang puith tu dan sapukan pada kuku anda yang pucat atau pudar.

3. Lakukannya 3 kali seminggu.


Kemudian, pastikan anda terus mengulangi proses di atas sehinggalah berpuas hati dengan hasilnya.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More