Monday, June 8, 2009

Petua Hilangkan Panau

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Iaitu kulat dari jenis genus Malassezia. Sekiranya kulit anda berpanau, tentu akan berasa gatal-gatal semasa berpeluh. Lepas tu ianya agak berdebu bila digaru. Mesti tak selesa, kan?

Hah, kat bawah ni ada satu contoh kulit yang berpanau. Saya amik dari web Wikipedia.

gambar sejenis penyakit kulit iaitu panau




Justeru itu, bagi anda yang ingin sangat menghilangkan panau di badan ni, cubalah satu petua berikut;


1. Dapatkan 2 helai daun gelenggang dan basuhlah supaya ia bersih.

Ini rupa bentuk daun gelenggang yang saya jumpa di Flickr.com milik syzygy_in.

inilah rupanya daun gelenggang



2. Kemudian, anda letakkan daun gelenggang tu kat tapak tangan. Putar-putarkan daun tersebut sampai lumat.

3. Bila dah lumat, sapukanlah pada kawasan kulit anda yang ada panau tu.

4. Buatlah petua ni 2 kali sehari sehingga panau tersebut hilang.


Selamat Mencuba!


p/s: Nie ada satu lagi petua hilangkan panau yang boleh anda cuba. Sila rujuk post bertajuk "Petua Kecantikan: Anda Ada Panau?" sebagai alternatif untuk merawat panau anda. :)

Sunday, June 7, 2009

2 Kaedah Hilangkan Mabuk Darah

Sesetengah daripada anda berkemungkinan besar pernah mengalami mabuk darah. Malah, anda jangan terkejut plak jika ada doktor yang mengalami masalah ini. Mabuk darah ni agaknya langsung tak mengenal mangsa, kot? Tanda-tanda biasa yang menandakan anda mengalaminya adalah rasa pening atau nak pitam bila tengok darah. Keadaan ni mungkin juga akan membuatkan orang di sekeliling anda tetiba je panik atau tak tahu nak buat ape a.k.a "blur".


gambar sampel darah manusia

Gambar hiasan - PixMac.com



Oleh yang demikian, sekiranya anda atau sesiapa saja yang anda kenal mengalami mabuk darah, suruhlah mereka lakukan kaedah di bawah;


KAEDAH 1:

1. Segeralah duduk bila anda tiba-tiba rasa pening lepas tengok darah.

2. Kemudian, "bongkok"kan badan anda ke depan sehinggalah kepala terletak di antara kedua lutut.

3. Kekalkan dalam posisi begitu dalam masa 10 hingga 15 saat. Ataupun sehingga rasa pening anda tu hilang.


ataupun anda boleh mencuba dengan...


KAEDAH 2:

Jika anda mengalami luka dan berasa nak pitam bila tengok darah sendiri, sapukan luka atau darah tersebut dengan kain berwarna merah. Rasa pitam tu akan hilang secara beransur-ansur.


Begitulah 2 kaedah yang boleh anda praktikkan untuk hilangkan mabuk darah pada bila-bila masa saje. :)


Selamat Mencuba!

Friday, June 5, 2009

Hilangkan Parut Jerawat Kat Muka Anda

Ramai tak di antara anda yang mengalami masalah untuk hilangkan parut jerawat? Kebiasaannya nak hilangkan parut atau bekas jerawat ni memakan masa gak. Sehinggakan kadang2 ada yang dah putus asa menunggu. Waduh... ianya pastinya menguji tahap kesabaran anda, kan?

Namun begitu, usahlah anda runsing sangat mane bleh tak runsing dik oii, jatuh la saham aku kalo cam nie... huhu dengan keadaan ini. Sebab, suatu hari nanti kulit anda pasti kembali sihat bila dah jumpa petua @ kaedah rawatan yang sesuai dengan kulit anda.


Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1
Gambar Daun Cekur - Wikipedia


gambar rizom cekur 1
Gambar Rizom Cekur - Mardi



2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.



Selamat Mencuba!


p/s: Petua kecantikan lain yang berkaitan dengan jerawat boleh anda dapati di artikel 1 lagi petua hilangkan jerawat batu.

Tuesday, June 2, 2009

Cara Melambatkan Muka Berkedut

Adakah anda ingin mengekalkan keremajaan kulit wajah? Dewasa ini, saya yakin kebanyakan anda akan mengatakan YA. Siapa yang nak nampak tua, kan? Mestilah nak "maintain" awet muda. Sentiasa kelihatan 10 atau 20 tahun lebih muda dari usia sebenar. Tu yang sampai ada yang sanggup berhabis duit cucuk sana cucuk sini. Jangan marah ea.

Satu faktor yang menandakan anda semakin berusia adalah kedutan yang timbul pada wajah. Ataupun wajah berkerut. Terutamanya di bahagian dahi dan di tepi mata. Itu adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu anda risaukan.


Tapi kalau anda tahu serta rajin mengamalkan petua kecantikan tertentu, pasti kulit muka anda kan lebih lambat kedut. Ataupun kalau anda masih muda, ia akan lebih tegang gitu.

Salah satu petua melambatkan muka berkedut yang boleh saya tonjolkan di sini adalah dengan menggunakan minyak sayuran dan kuning telur.

gambar minyak sayuran

Gambar hiasan - current.com


gambar kuning telur




Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan adalah:


1. Anda perlu menyediakan topeng muka (masker) buatan sendiri.

2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur saja. Bahagian putih tu anda boleh simpan dulu buat masa ni.

3. Kemudian, titiskan beberapa titik minyak sayuran ke atas kuning telur tadi.

4. Kacau campuran itu hingga sebati. Pastikan campuran tersebut tak terlalu pekat atau cair.

5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.

6. Kemudian barulah anda cuci muka dengan air bersih.


Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, bila kulit anda dah bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempohnya. Contohnya macam anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Kalau anda nak buat topeng muka tadi dengan menggunakan putih telur pun boleh. Buat selang seli. Sekali guna kuning telur + minyak sayur. Giliran seterusnya anda pakai formula putih telur + minyak sayur. Kedua-dua bahagian telur tu baik untuk kulit. Kalau tak diguna, membazir pula nanti.


Selamat Mencuba!

Friday, May 29, 2009

Petua Menghitamkan Rambut Dengan Teh

Rambut yang hitam, berkilat serta lembut tentu sekali menjadikan kepala anda lebih selesa. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan warna dan tekstur rambut sebegitu? Sedangkan setiap hari anda terdedah kepada terik matahari, habuk dan pelbagai faktor lain. Tu yang payah sikit.



Gambar hiasan - © Andresr | Dreamstime.com




Kalau itulah masalah anda, apa kata cuba satu petua menghitamkan rambut di bawah. Cuma, jika anda penggemar teh lagi la mudah. Sebab lepas anda minum teh, usahlah dibuang dulu serbuknya. Ataupun kalau masih ada baki air teh "o" semalam, pun boleh gak. Banyak kegunaan serbuk teh nie tau. :)


Langkah yang perlu anda lakukan adalah;

1. Tuangkan sedikit air pada serbuk@uncang teh tersebut. Biarkan ia kembang seketika.

Kalau anda masih ada menyimpan baki air teh "o" semalam, abaikan langkah ni.

2. Kemudian sapukan air teh "o" tu kat keseluruhan rambut anda pada setiap pagi. Atau dalam bahasa mudahnya, basahkan rambut anda dengan air teh "o", ok.

3. Biarkan seketika sebelum anda mencucinya sampai bersih.

4. Kalau nak senang, buat petua ni sebelum anda mandi pagi.


Kalau boleh, amalkan langkah di atas setiap hari sampai anda mendapat hasilnya. Setelah berhasil, barulah anda menjarakkan masa membuatnya seperti selang beberapa hari sekali. Ataupun seminggu sekali. Ikutlah kemampuan dan tahap kerajinan anda.

Selain boleh menghitamkan rambut, ia juga boleh melambatkan tumbuh uban. :)


Selamat Mencuba!

Thursday, May 28, 2009

Petua Dapat Anak?

Anak merupakan anugerah dan rezeki bagi anda yang sudah berumahtangga. Kehadiran cahaya mata pastinya membuatkan kehidupan anda lebih ceria dan bermakna. Lebih-lebih lagi kepada anda yang baru nak dapat anak sulung. Fuhh... gembira tak terkata. Tuhan saje yang tahu, kan?


gambar bayi comel
Gambar hiasan - Flickr



Tapi, tak semua pasangan akan terus dapat anak selepas setahun jagung berkahwin. Ada yang terpaksa menunggu sehingga tiga, lima atau pun lapan tahun. Malah ada yang sampai berbelas tahun kahwin pun, masih belum lagi dikurniakan zuriat.


Itu semua adalah co....ba..an!


Walaubagaimanapun, janganlah anda lekas berputus asa. Jangan sesekali berhenti berusaha dan berikhtiar. Pasti anda akan jumpa jalan penyelesaiannya satu hari nanti.


Ada satu petua yang anda boleh cuba amalkan. Begini caranya;

Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada waktu di antara selepas solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.

Amalkan membacanya selama 41 hari berturut-turut. Kemudian, mohonlah pada Yang Maha Esa agar anda dikurniakan anak atau zuriat yang soleh dan solehah.



Selamat Mencuba!


p/s: Jikalau punca utama anda masih belum dapat anak lagi adalah kerana tidak tahu mengesan waktu subur, cuba dapatkan panduan berkaitan.

p/p/s: Antara panduan yang dimaksudkan adalah 15 Kaedah Mengesan Masa Subur Mudah-mudahan ia membantu anda & pasangan. :)

Minyak Zaitun Melicinkan Kulit Kering

Khusus buat anda yang memiliki wajah berkulit kering, ada satu petua yang patut anda cuba bagi mengatasi kekurangan tersebut. Tidak syak lagi, iaitu dengan menggunakan minyak zaitun.

Haha.. jangan pula anda tak tau. Minyak zaitun nie bukan saje sihat digunakan dalam masakan, malah boleh licinkan kulit muka lagi tuh. :p



Gambar minyak zaitun - Wikipedia.org



Cara perlaksanaannya pun ringkas saje.

1. Pada setiap pagi, sapukanlah minyak zaitun pada keseluruhan permukaan wajah anda.

2. Kemudian, biarkannya selama 15 minit.

3. Selepas itu, cucilah wajah anda dengan air sejuk.

Itu saja langkahnya. Mudah, bukan?


Jika dilakukan secara konsisten, tidak mustahil kulit muka anda akan bertambah halus dan licin bak model mahupun selebriti. Tapi bila dah cantik janganlah berlagak plak tau. Hehehe...



gambar kulit muka yang cantik
Gambar hiasan - CrunchyRoll.com


Selamat tinggal kulit kering!

Saturday, May 23, 2009

Bagaimana Cara Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit?

Sepanjang hidup ni, saya belum pernah lagi dengar dari mulut seorang ibu yang mengaku mereka tak rasa sakit pun ketika melahirkan anak. Mestilah sakit, kan? Selalunya mereka akan cakap hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya masa tu. Lebih-lebih lagi "time" melahirkan anak sulung. Pengalaman pertama lah katakan. Huhh... Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sejak awal-awal lagi.


gambar ibu hamil
Gambar hiasan sahaja



Namun begitu, saya pernah terbaca mengenai petua tradisional yang dikatakan dapat membantu para ibu melahirkan anak tanpa berasa sakit. Ataupun mengurangkan rasa sakit.


Hah! Ada ker cara melahirkan anak tanpa rasa sakit. Gi mana tu?


Oh, begini bunyinya petua yang saya maksudkan tu;


1. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.

Kemudiannya...

2. Apabila kandungan anda mencecah 9 bulan, tukar kekerapan pengambilan minyak kelapa tadi. Dos nya tetap sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap hari sehingga tiba hari kelahiran anak anda.


Lagi satu, sebaik-baiknya anda buatlah minyak kelapa tu sendiri. Ia bertujuan memastikan anda benar-benar meminum minyak kelapa yang bersih dan selamat.

Di samping itu, janganlah anda lupa untuk selalu berdoa kepada-Nya agar segala urusan melahirkan anak berjalan lancar serta dijauhi daripada segala perkara yang tak diingini. Amin.


Selamat Mencuba!


p.s: Andainya anda tergolong dalam kategori wanita yang masih belum hamil, dituduh sebagai mandul, pernah keguguran atau dah lama berkahwin tetapi teringin sangat nak hamil, ada satu panduan yang boleh menyelesaikan masalah anda dengan izin Yang Maha Kuasa. [Sila klik untuk membacanya]

Thursday, May 21, 2009

Petua Menyembuhkan Penyakit Mata

Khusus buat anda yang ingin menyembuhkan penyakit mata dan memulihkan penglihatan, saya akan berkongsi satu amalan bagi merealisasikan impian tersebut. Seperti yang anda maklum, anugerah penglihatan yang sempurna memang tidak ternilai. Betapa nikmatnya dapat melihat perbezaan antara siang dan malam, keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan dan juga dapat membaca pelbagai petua kat sini, tak gitu? :)


gambar mata sihat
Gambar hiasan - Health.com



Petua kali ini khas buat anda yang beragama Islam saja, ok. Sebabnya, ia melibatkan pembacaan ayat suci Al-Quran. Baiklah, cara mempraktikkannya;


1. Bacakan surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali kepada si empunya diri yang mengalami masalah penglihatan tu.

2. Di samping itu, niatkan sama ada untuk tujuan menyembuhkan penyakit mata atau pun untuk memulihkan penglihatan.

3. Lakukan amalan ini selama 40 hari berturut-turut.

4. Waktu membacanya adalah di antara selepas solat sunat Subuh dengan solat fardu Subuh.


Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar anda diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa. Amin.


Selamat Mencuba!

Tuesday, May 19, 2009

Petua Nak Elak Rambut Gugur

Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.


gambar bahagian kulit tembikai

Gambar diedit dari home-and-garden.webshots.com




Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.

2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.

3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.

Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.

4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More