Wednesday, November 17, 2010
Friday, November 12, 2010
2 Cara Keluarkan Duri Dalam Kulit
Anda tahu tak apa yang patut dibuat sekiranya mana-mana anggota badan tertusuk duri? Bila tak tau apa yang patut dibuat, memang panik la gamaknya. Nak main keluarkan aje, rasa macam tak beranilah pulak. Huhu...
Bila berdepan situasi sebegini, mungkin anda patut cuba petua tradisional yang bakal saya kongsikan di bawah ini. Cuma saya harap anda tak berasa was-was. Cubalah dengan penuh yakin ya. :)
1. Petua Pertama
~ Ambil seulas bawang merah.
~ Kemudian, lumurkan bawang tadi dengan minyak kelapa atau minyak masak.
~ Lepas tu, bakar bawang itu sampai hangus.
~ Seterusnya, tampal atau tekapkan bawang yang hangus pada bahagian yang tertusuk duri.
Jika tiada aral, duri itu akan keluar secara perlahan-lahan.
DAN
2. Petua Kedua
~ Ambil getah betik dan sapukannya pada bahagian yang tertusuk duri.
~ Jika tiada aral, keesokan harinya duri tersebut akan keluar sendiri.
Sekian saja petua untuk anda pada kali ini. Selamat Mencuba tau!
Bila berdepan situasi sebegini, mungkin anda patut cuba petua tradisional yang bakal saya kongsikan di bawah ini. Cuma saya harap anda tak berasa was-was. Cubalah dengan penuh yakin ya. :)
1. Petua Pertama
~ Ambil seulas bawang merah.
~ Kemudian, lumurkan bawang tadi dengan minyak kelapa atau minyak masak.
~ Lepas tu, bakar bawang itu sampai hangus.
~ Seterusnya, tampal atau tekapkan bawang yang hangus pada bahagian yang tertusuk duri.
Jika tiada aral, duri itu akan keluar secara perlahan-lahan.
DAN
2. Petua Kedua
~ Ambil getah betik dan sapukannya pada bahagian yang tertusuk duri.
~ Jika tiada aral, keesokan harinya duri tersebut akan keluar sendiri.
Sekian saja petua untuk anda pada kali ini. Selamat Mencuba tau!
Tuesday, November 2, 2010
Mencegah dan Mengubati Sakit Kepala
Anda diserang sakit kepala ataupun berasa pening kepala mungkin disebabkan oleh faktor tertekan, migrain mahupun darah tinggi. Kebiasaannya jika pening kepala, anda mesti telan panadol (paracetamol), kan?
Tapi saya pernah terbaca(tak ingat pula di mana sumbernya) bahawa amalan memakan panadol tidak digalakkan. Ia dikatakan boleh memberikan kesan buruk dalam jangkamasa panjang. Ini kerana terdapat satu bahan yang akan kekal dalam tubuh anda kira-kira selama 5 tahun.
p.s: Saya harap jika anda yang mengetahui fakta sebenar dan terperinci mengenai hal ini, dapat berkongsi di ruangan komen@ulasan ya. Harap maklum.
Justeru itu, saya ingin berkongsi satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. Paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri.
Bahan yang anda perlukan ialah daun sambung nyawa. Ataupun jika ada, anda boleh gunakan bahagian pucuknya. Kesannya lebih baik terutamanya untuk pesakit migrain. Sambung nyawa ni juga dikenali sebagai Gynura Procumbens. Anda boleh rujuk gambar di bawah;
Daun Sambung Nyawa - besitai@flickr
Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.
Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.
Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.
Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain.
Selamat Mencuba!
Saturday, October 30, 2010
5 Cara Kawal Berat Badan Ketika Bercuti?
Sewaktu bercuti, seperkara yang mungkin menghantui diri anda ialah kesukaran untuk mengawal kenaikan berat badan. Agak susah nak kawal dan kekalkan berat badan masa ni, kan? Nak naik memanglah senang, tapi kalau nak turunkan biasanya memang sukar. Tup.. tup... lepas cuti, barulah tersedar yang badan ni makin berisi. Aduss...
Masalah sebegini memang selalu terjadi, tak gitu? Jadi, apakata anda cuba praktikkan beberapa garis panduan di bawah untuk mengekalkan berat badan;
1. Makan dengan Perlahan
Seperti yang pernah saya nyatakan, tabiat memakan makanan dengan perlahan akan membuatkan anda lebih cepat terasa kenyang.
Pakar nutrisi mendapati individu yang makan secara perlahan-lahan akan menyerap KURANG kalori berbanding jika makan secara cepat.
2. Pilih Makanan yang Perlu
Anda mesti tentukan apa yang ingin dimakan. Rancanglah mengikut keperluan tubuh. Sila abaikan makanan lain yang tak diperlukan dan elakkan daripada menurut nafsu.
Sebagai contoh, anda isikan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran. Manakala selebihnya barulah anda ambil makanan yang mengandungi protein dan kanji.
Penuhi pinggan dengan sayur - cutting-edge-mediterranean-recipes.com
3. Alas Perut Dulu
Sebelum keluar dari rumah, pastikan anda mengalas perut. Usah biarkan perut anda kosong. Tujuannya supaya gula dalam darah dapat distabilkan.
Kemudian, barulah anda keluar untuk bersiar-siar ataupun menghadiri sesuatu majlis. Jadi, andaikata anda disajikan makanan yang enak, ketika itu anda mampu mengawal nafsu dan lebih bijak dalam memilih hidangan yang perlu dimakan.
4. Memakai Pakaian Ikut Bentuk Tubuh
Apabila memakai pakaian sebegini, tentu anda mudah mengesan perubahan yang berlaku. Secara tak langsung, anda pasti akan berusaha sedaya upaya dalam mengawal pemakanan yang diambil.
5. Bersenam
Mahu atau tidak, anda mesti bersenam untuk mengawal serta mengekalkan berat badan semasa. Ia penting bagi membakar kalori dan membentuk badan.
Aktiviti senaman atau riadah tak semestinya yang berat-berat. Cukup sekadar mengeluarkan peluh seperti berjalan kaki dan senaman ringan lain.
Berjalan Kaki - objectify.com.my
Lakukannya dalam 20 hingga 30 minit setiap hari.
Mudah-mudahan 5 langkah ini mampu memastikan berat badan kekal sihat walaupun sedang bercuti panjang!
Monday, October 18, 2010
Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko
Cara diet yang betul memainkan peranan penting dalam usaha anda melangsingkan badan. Jika tersalah langkah, silap haribulan ia boleh memudaratkan kesihatan. Daripada nak kuruskan badan, lain pula jadinya.
Oleh itu, anda ikutilah beberapa panduan diet yang betul di bawah;
1. Ambil Protein yang Cukup
~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.
~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
2. Elak Perut daripada Lapar
~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.
~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.
Buah epal - thundafunda.com
3. Usah abaikan Lemak
~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.
~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.
~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.
~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.
~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.
~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit walaupun berdiet.
Selamat Berdiet!
Selamat Berdiet!
Friday, October 15, 2010
Cara Memutihkan Gigi dengan Strawberi
Bagi penggemar kopi mahupun teh, anda mungkin sedang berdepan dengan masalah gigi kekuningan. Sesetengah anda mungkin dah lama mengalaminya. Ada yang dah cuba bermacam cara, tapi tiada sebarang perubahan. Letih dibuatnya.
Kalau begitu, saya nak bantu anda dengan menambah satu lagi cara memutihkan gigi. Harap anda yang bermasalah tu, sudi-sudikanlah mencubanya ya. Siapa tahu, usaha anda akan membuahkan hasil.
Cara memutihkan gigi yang disyorkan adalah dengan memanfaatkan khasiat yang ada pada buah strawberi.
Buah Strawberi - thedailygreen.com
Mengapa pula strawberi?
Buah strawberi ni mengandungi asid yang bertindak sebagai khasiat pemutih. Di mana ia mampu menghilangkan kesan makanan seperti kopi dan teh. Jelas?
Jadi, untuk memutihkan gigi anda, ikut saja langkah berikut;
1. Ambil sebiji buah strawberi.
2. Kemudian, hancurkannya dengan jari anda (pastikan jari anda tu bersih tau).
3. Gosokkan buah strawberi yang telah dihancurkan pada gigi yang kekuningan.
4. Biarkan ia seketika dalam 2 minit.
5. Akhir sekali, bilas gigi anda dan seterusnya gosoklah gigi seperti biasa.
Selamat Mencuba!
Mahukan Anak yang Cantik, Cergas dan Pintar?
Andaikan anda seorang ibu yang tengah sarat mengandung. Dalam hati kecil ni, tentu berharap agar anak yang bakal lahir kelak cukup sifatnya. Cantik, sihat dan kalau boleh biarlah cerdik macam ibunya gaks. Pendek kata, sempurna sifatnya.
Sebagai seorang ibu yang berimpian sedemikian, anda haruslah berusaha sejak awal bagi merealisasikannya. Iaitu dengan mengamalkan beberapa petua berkaitan. Sesetengahnya memerlukan komitmen anda sejak bayi masih dalam awal kandungan lagi. Ada juga yang boleh dimulai selepas kandungan anda berusia 6 bulan ke atas.
Gambar hiasan - Anak yang pintar
Amalan yang boleh anda buat untuk melahirkan bayi yang berkulit cantik adalah;
~ Memakan 3 hingga 5 biji epal merah setiap hari.
~ Mula amalkan sejak bayi masih di awal kandungan.
Katakanlah kandungan anda dah berusia 6 bulan atau lebih. Apakah yang boleh anda amalkan?
Hahh! Usah bimbang. Masih ada petua untuk anda. Ini dia;
~ Minumlah air kelapa muda seminggu sekali.
~ Namun, elakkan daripada terlalu kerap meminumnya. Ia bertujuan mengelakkan bayi lemah.
Kemudian, jika para ibu turut mahukan anaknya cergas dan pintar, bolehlah;
~ Memakan ikan laut setiap hari.
~ Contoh ikan laut yang baik ialah ikan salmon, tenggiri dan tuna.
Begitulah petua yang dapat saya coretkan buat para ibu sekalian. Jangan lupa amalkannya tau.
P.S: Khusus buat ibu yang mahukan maklumat tambahan supaya anak yang dilahirkan nanti pandai, boleh dapatkan panduan menjana kepintaran anak di sini.
Thursday, October 14, 2010
Alternatif Jika Lemah Tenaga Batin 1
Saya bercadang nak kongsikan petua ringkas untuk para suami yang mengalami masalah lemah tenaga batin. Jika tiada aral, segmen ini akan saya paparkan setiap hari Khamis. Sekiranya ramuan yang diperlukan agak sukar untuk dicari, anda tak perlulah risau. Ini kerana ia hanyalah salah satu daripada beberapa petua yang bakal anda ketahui kelak.
Buat permulaan, terimalah petua pertama bagi mengatasi masalah lemah syahwat berikut;
1. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah madu lebah asli dan susu unta.
Susu Unta - ghazaaz.blogspot.com
2. Kemudian, campurkan madu asli dan susu unta tadi.
3. Kacau hingga sebati.
4. Amalkan meminumnya selama beberapa hari.
Jika diizinkan-Nya, prestasi anda pasti lebih bertenaga daripada biasa.
Selamat Mencuba!
Monday, October 11, 2010
Khasiat 5 Kacang untuk Anda?
Sebut pasal kacang, tetiba teringat pula pada satu dialog dalam filem Ali Setan. Nak ngorat awek punya pasal, kacang pun boleh jadi umpan. Biasanya sesetengah wanita memang takut nak makan kacang. Nanti naik jerawat katanya.
Tapi, sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?
Ini kerana kekacang sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat. Selain sebagai sumber protein, ia boleh;
- Menstabilkan paras glukos dalam darah
- Menyeimbangkan tindakbalas elektrolit dalam tubuh
- Meningkatkan kadar metabolisme
- Membantu otak dan tubuh anda berfungsi dengan lebih baik
Wow! Tak sangka pula banyak betul khasiat kacang ni, kan?
Berikut adalah 5 jenis kekacang yang sememangnya baik untuk tubuh anda dan sedikit fakta mengenainya;
1. Kacang Dhal
- Kandungan protein sebanyak 26%.
- Meningkatkan metabolisme buah pinggang.
- Mengekalkan fungsi otot dan kepadatan buah pinggang.
- Melancarkan perjalanan darah ke jantung.
2. Kacang Hijau
- Mengandungi fiber, karbohidrat, mineral terhidrat, protein dan vitamin.
- Menyeimbangkan tahap kesihatan hati dan hempedu.
- Meneutralkan toksin dalam tubuh.
- Melegakan jangkitan salur kencing.
- Mengurangkan radang, pengumpulan air, tekanan darah tinggi, asid gastrik, masalah jantung dan darah.
3. Kacang Kuda
- Sumber terbaik bagi fiber, folat, karbohidtrat, protein dan zink.
- Rendah lemak.
- Membantu mengekalkan tahap kesihatan organ tertentu seperti jantung, pankreas dan usus kecil.
- Menyeimbangkan sistem hormon tubuh anda.
4. Kacang Soya
- Sumber protein yang terbaik.
- Mengandungi asid amino.
- Membantu banyakkan air susu badan.
- Mengekalkan tahap kesihatan hempedu dan pankreas.
- Melancarkan peredaran darah.
- Mencerahkan penglihatan.
- Menyingkirkan toksin dalam tubuh dan keracunan makanan.
- Bertindak sebagai diuretik.
- Mengelakkan rasa loya dan masalah sembelit.
- Baik untuk kulit anda.
5. Kacang Soya Hitam
- Menyeimbangkan paras elektrolit dalam badan anda.
- Melancarkan peredaran darah.
- Bertindak sebagai diuretik.
- Melindungi organ dalaman seperti limpa dan pankreas.
- Mengelakkan batu karang, kejang, osteoporosis, radang pada saluran kencing dan sakit lutut.
- Mengurangkan rasa sakit belakang badan.
Sekarang anda dah tahu akan khasiat kacang untuk tubuh. Jangan lupa jadikan kekacang ini sebagai sebahagian diet harian anda ya. :)













