Thursday, November 18, 2010

Kaedah Semulajadi Halau Serangga Perosak

Kehadiran serangga perosak seperti lalat, lipas, nyamuk atau tikus di kediaman anda memang tidak diundang, betul? Walau dah dihalau berkali-kali, makhluk ini tetap tak serik-serik. Bukannya tak sudi, tapi kedatangan serangga perosak ini membuatkan anda dilabel sebagai seseorang yang kurang mementingkan kebersihan.

Lebih menyedihkan lagi, serangga ini turut membawa penyakit seperti demam denggi dan kencing tikus.

Sebagai langkah pencegahan daripada didatangi penyakit berkaitan, anda boleh cuba menghalau serangga perosak tersebut dengan menggunakan daun nilam. Imej di bawah ni mungkin dapat membantu anda mengenalinya. :)


Daun Nilam - mike3k@flickr.com



Bau daun nilam nilam dikatakan memang tak digemari oleh serangga perosak tersebut. Sebab ia harum mewangi dan secara tak langsung bersifat anti serangga.

Serangga perosak ni mana suka persekitaran yang harum. Ia lebih suka tempat yang kotor dan berbau busuk. Di situ, ia akan lebih cepat untuk membiak.


Kesimpulannya, anda tanamlah pokok nilam ataupun letakkan daunnya pada tempat-tempat yang difikirkan sesuai di kawasan kediaman anda bagi menghalau serta mengelakkan pembiakan makhluk perosak yang berkaitan.


Selamat Mencuba!

Wednesday, November 17, 2010

Believe It or Not Part 14

Believe It or Not Part 15

Believe It or Not Part 16

Believe It or Not Part 17

Believe It or Not Part 18

Friday, November 12, 2010

2 Cara Keluarkan Duri Dalam Kulit

Anda tahu tak apa yang patut dibuat sekiranya mana-mana anggota badan tertusuk duri? Bila tak tau apa yang patut dibuat, memang panik la gamaknya. Nak main keluarkan aje, rasa macam tak beranilah pulak. Huhu...


Bila berdepan situasi sebegini, mungkin anda patut cuba petua tradisional yang bakal saya kongsikan di bawah ini. Cuma saya harap anda tak berasa was-was. Cubalah dengan penuh yakin ya. :)


1. Petua Pertama


~ Ambil seulas bawang merah.

~ Kemudian, lumurkan bawang tadi dengan minyak kelapa atau minyak masak.

~ Lepas tu, bakar bawang itu sampai hangus.

~ Seterusnya, tampal atau tekapkan bawang yang hangus pada bahagian yang tertusuk duri.

Jika tiada aral, duri itu akan keluar secara perlahan-lahan.


DAN


2. Petua Kedua


~ Ambil getah betik dan sapukannya pada bahagian yang tertusuk duri.

~ Jika tiada aral, keesokan harinya duri tersebut akan keluar sendiri.


Sekian saja petua untuk anda pada kali ini. Selamat Mencuba tau!

Tuesday, November 2, 2010

Mencegah dan Mengubati Sakit Kepala

Anda diserang sakit kepala ataupun berasa pening kepala mungkin disebabkan oleh faktor tertekan, migrain mahupun darah tinggi. Kebiasaannya jika pening kepala, anda mesti telan panadol (paracetamol), kan?

Tapi saya pernah terbaca(tak ingat pula di mana sumbernya) bahawa amalan memakan panadol tidak digalakkan. Ia dikatakan boleh memberikan kesan buruk dalam jangkamasa panjang. Ini kerana terdapat satu bahan yang akan kekal dalam tubuh anda kira-kira selama 5 tahun.

p.s: Saya harap jika anda yang mengetahui fakta sebenar dan terperinci mengenai hal ini, dapat berkongsi di ruangan komen@ulasan ya. Harap maklum.


Justeru itu, saya ingin berkongsi satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. Paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri.


Bahan yang anda perlukan ialah daun sambung nyawa. Ataupun jika ada, anda boleh gunakan bahagian pucuknya. Kesannya lebih baik terutamanya untuk pesakit migrain. Sambung nyawa ni juga dikenali sebagai Gynura Procumbens. Anda boleh rujuk gambar di bawah;


Daun Sambung Nyawa - besitai@flickr



Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.

Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.

Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.


Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain.


Selamat Mencuba!

Saturday, October 30, 2010

5 Cara Kawal Berat Badan Ketika Bercuti?

Sewaktu bercuti, seperkara yang mungkin menghantui diri anda ialah kesukaran untuk mengawal kenaikan berat badan. Agak susah nak kawal dan kekalkan berat badan masa ni, kan? Nak naik memanglah senang, tapi kalau nak turunkan biasanya memang sukar. Tup.. tup... lepas cuti, barulah tersedar yang badan ni makin berisi. Aduss...

Masalah sebegini memang selalu terjadi, tak gitu? Jadi, apakata anda cuba praktikkan beberapa garis panduan di bawah untuk mengekalkan berat badan;


1. Makan dengan Perlahan


Seperti yang pernah saya nyatakan, tabiat memakan makanan dengan perlahan akan membuatkan anda lebih cepat terasa kenyang.

Pakar nutrisi mendapati individu yang makan secara perlahan-lahan akan menyerap KURANG kalori berbanding jika makan secara cepat.


2. Pilih Makanan yang Perlu


Anda mesti tentukan apa yang ingin dimakan. Rancanglah mengikut keperluan tubuh. Sila abaikan makanan lain yang tak diperlukan dan elakkan daripada menurut nafsu.


Sebagai contoh, anda isikan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran. Manakala selebihnya barulah anda ambil makanan yang mengandungi protein dan kanji.


Penuhi pinggan dengan sayur - cutting-edge-mediterranean-recipes.com



3. Alas Perut Dulu


Sebelum keluar dari rumah, pastikan anda mengalas perut. Usah biarkan perut anda kosong. Tujuannya supaya gula dalam darah dapat distabilkan.

Kemudian, barulah anda keluar untuk bersiar-siar ataupun menghadiri sesuatu majlis. Jadi, andaikata anda disajikan makanan yang enak, ketika itu anda mampu mengawal nafsu dan lebih bijak dalam memilih hidangan yang perlu dimakan.


4. Memakai Pakaian Ikut Bentuk Tubuh


Apabila memakai pakaian sebegini, tentu anda mudah mengesan perubahan yang berlaku. Secara tak langsung, anda pasti akan berusaha sedaya upaya dalam mengawal pemakanan yang diambil.


5. Bersenam


Mahu atau tidak, anda mesti bersenam untuk mengawal serta mengekalkan berat badan semasa. Ia penting bagi membakar kalori dan membentuk badan.

Aktiviti senaman atau riadah tak semestinya yang berat-berat. Cukup sekadar mengeluarkan peluh seperti berjalan kaki dan senaman ringan lain.

Berjalan Kaki - objectify.com.my


Lakukannya dalam 20 hingga 30 minit setiap hari.


Mudah-mudahan 5 langkah ini mampu memastikan berat badan kekal sihat walaupun sedang bercuti panjang!

Monday, October 18, 2010

Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko

Cara diet yang betul memainkan peranan penting dalam usaha anda melangsingkan badan. Jika tersalah langkah, silap haribulan ia boleh memudaratkan kesihatan. Daripada nak kuruskan badan, lain pula jadinya.

Oleh itu, anda ikutilah beberapa panduan diet yang betul di bawah;


1. Ambil Protein yang Cukup


~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.

~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.



2. Elak Perut daripada Lapar


~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.

~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.



Buah epal - thundafunda.com




3. Usah abaikan Lemak


~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.

~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.

~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.

~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.

~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.

~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit walaupun berdiet.


Selamat Berdiet!







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More