Tuesday, June 5, 2012

WOW! - Fenomena Transit planet Zuhrah melintasi matahari

TAOTAUAJER - Satu kejadian fenomena alam semesta yang jarang-jarang berlaku dikatakan akan berlaku esok dimana plenet zuhrah akan melintas di matahari pada rabu 6 Jun.


Rakyat Malaysia dapat menyaksikan fenomena falak iaitu transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu (6 Jun 2012) dan 2 hari sebelumnyer iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) tao tak sempat sediakan artikel tersebut.

Saksikan Simulasi bagaimana planet Zuhrah melintas di hadapan Matahari pada esok pagi di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Cerita Seorang Bapak dengan anak Perempuan (18++)


Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Siti : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr)
Bapak : Bapak kata.....
Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.  Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah takder sapa...tinggal diorang berdua jerr.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh...
Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh cakap laa...berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam selimut bapak plak.
Siti : Apa?!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Siti, tengok ni

Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa ........

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
Mahal nih!!! Dah, pegi keluar

Subuh 3 rakaat


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. 

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...hahaha

Gadis Seksi Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya..

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Islam Itu Suci

10 Sebab Cuci Motor lebih baik dari Berkhalwat


  1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
  4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
  6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
  8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
  9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
  10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor

Monday, June 4, 2012

Kondom



Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."

Tanya pegawai kesihatan:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:
"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."

Lawak Buah


Ketua puak org asli pendalaman mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki yg sesat di dalam hutan  itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan ke dalam punggung lelakimalang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun  menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun ikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua."Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian....

Dialog Cerita Bujang Lapok - Lawak



sudin : dia tulish 'arab daaa

Ramlee : arab pun arab lah....baca...baca...baca...

Sudin : aku baca yaaa......

"wal fadhang fasiru....tak adhudhil fokok kayuwe....panasu tariiikuk"

Ajis : eh, ape daa kuk?

Sudin : eh padang pasir takda pokok kayu panas terik la.....

Ramlee & Ajis : ooooooooo

(tiga2 duduk)

Sudin : "wal kormak"

Ramlee : eh ape da kormak?

Sudin : e'eh kao tau baca?

Ramlee : itu bunyiknya kormak?

Sudin : ya laaa....

"wal kormak...nak buka puasuru kehabisarulazhi"

Ajis : apadia ituuuu?

Sudin : buah kurma nak bikin bukak puasa sudah kehabisaaaan

Ramlee & Ajis : oooooooo

Ramlee : sambung...sambung...sambung...

Sudin : "ku pandungil kiri kanonilk"

Ramlee : eh ape da nilk?

Sudin : ku pandang kiri kanaaan

"ku pandungil kiri kanonilk....wal sakhi bakhi....tumpuk tumpuk....taik unta"

p/s : hahhaa.....sumber fb.

Lawak Dua gadis dikejar Perogol - Jangan tiru aksi ini!


Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia bermaksud jahat

L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.

L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya.

M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit…

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?

L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?

L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga.

M : Dan… dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…

M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain saya..

M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…

M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

Saturday, June 2, 2012

OMG : [Video] Ada Perempuan Yang Nak Lelaki Macam Ini?

Ada Pompuan Yang Nak Lelaki Macam Ini?

Cuba tengok apa kebolehan lelaki ini, dan ada tak pompuan di luar sana sanggup dengan lelaki ini?



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More