Saturday, January 26, 2013

JAMBATAN NI DARI MANA NAK KEMANA?PELIK!!!

Satu tempat yang menjadi tarikan pelancong di Whanganui National Park, New Zaeland ialah satu jambatan yang dikenali sebagai “Bridge to Nowhere. Jambatan terbiar ini terletak di tengah-tengah hutan rimba di Mangapurua Stream dan hanya dapat dilawati menggunakan bot atau kayak diikuti 40 minit jalan kaki meredah hutan. 

Jambatan ini dibina pada 1917 untuk menyambung laluan dari Mangapurua Gorge ke tanah yang baru dibuka oleh pihak kerajaan pada ketika itu. Niat untuk membina jalan merentasi hutan ke kawasan tersebut telah tergendala dan menyebabkan jambatan itu terbiar dan menjadi tempat tarikan pelancong. 
MACAM JAMBATAN BERHANTU LA PULAK

[6 Foto] Misteri Pembunuhan Syaleza

1.Polis Tahan Anggota Keluarga Syaleza

KUALA LUMPUR – Polis sudah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

“Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.
“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada 7 malam, selepas pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

2.Ketua Polis Selangor Sahkan Syaleza Mati Dijerut

Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. – BERNAMA

3.Apa Kaitan Status BBM Syaleza Dengan Kematiannya?

Syaleza ditemui meninggal dunia di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya malam kelmarin.

Kematiannya itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum disahkan meninggal dunia, Syaleza ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah dalam salah sebuah biliknya di kediaman mereka sekitar jam tujuh malam.

Suaminya memberitahu, dia terdengar bunyi dentuman kuat dari dalam bilik dan bertindak memecahkan pintu bilik itu setelah beberapa panggilan memanggil Syaleza keluar dari bilik untuk berbuka bersama tidak disahut.

Namun, dia menemui isterinya yang sudah tidak sedarkan diri.

Norazman kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan dan isterinya itu telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sejurus selepas itu.

Syaleza telah disahkan meninggal dunia dan setakat ini polis mendapati tidak ada unsur jenayah yang dilaporkan.

Sebelum Syaleza ditemui meninggal dunia, dia telah bertengkar dengan suaminya sebelum masuknya waktu untuk berbuka.

Syaleza dikatakan telah merajuk dan lari masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik.
rumah Syaleza di tingkat 1 yg ada aircond tu...
foto:Roslan salleh
Jiran rumahnya memaklumkan turut mendengar pertengkaran yang terjadi antara Syaleza dan Norazman yang dikatakan puncanya adalah kerana suaminya pulang kerja lewat.

Turut ditemui, telefon pintar milik Syaleza, Blackberry yang mempunyai status sedih iaitu ‘Sabarlah duhai hati… :’(sebelum dirinya ditemui mati).

Apakah yang sebenarnya terjadi?

Apa-apa pun, kita tunggu siasatan lanjut dari pihak polis berhubung kes ini sama ada terdapatnya unsur jenayah atau tidak.

Semoga, segalanya dipermudahkan. InshaAllah.

Oleh: SORAYA IMAN

p/s siapa bunuh Syaleza?

Gambar Aznil bersama anak-anak dan bekas isteri

Nama Aznil Hj Nawawi atau lebih popular dengan panggilan Pak Nil, semakin lama semakin meningkat naik. Kerjayanya di masa sekarang adalah di tahap paling optimum. Pak Nil boleh dikatakan artis serba boleh. Mengacara boleh, menyanyi boleh, berlakon boleh, mengaraha filem boleh malah melawak pun boleh.

Disebabkan atas kepopularan itu, ramai orang mau tahu kehidupan peribadi Pak Nil.
Ini Pak Nil bersama 2 orang anaknya.
Pak Nil & anak² bersama ibunya. Menyambut besday ibunya kut..
Ini pula gambar lama. Gambar Pak Nil bersama bekas isterinya. Semuanya tinggal kenangan. Semoga Pak Nil dan anak² sentiasa bahagia...

Gadis Cantik Jadi Hodoh Sekelip Mata (5 gambar)

Tapi tahap kebangangannya terserlah apabila mencuba untuk mmbuat pembedahan kecil di wajah atau lebih dikenali sebagai botox (cucuk muka) mengakibatkan mukanya menjadi hodoh!

Penampilan Selebriti Yang Sejuk Mata Memandang

Sejak akhir-akhir ini kita dapati sudah ramai selebriti wanita kita sudah mula merubah penampilan mereka ke alaf baru. Apa yang dimaksudkan dengan alaf baru ialah penampilan mereka sudah berubah dari seorang yang pada mulanya dipandang sedikit negatif namun sekarang mereka berpenampilan lebih positif dan sopan.

Perubahan ini adalah suatu contoh yang baik bagi para peminat mereka juga. Gaya sopan dan muslimah yang mereka bawakan sangat menarik dan sejuk mata memandang berbeza dari sebelumnya. Bukan itu sahaja wajah mereka juga kelihatan semakin berseri-seri sekarang. Fazurina, Farah Asyikin, Noor Khiriah dan Abby Abadi merupakan selebriti yang telah mula bergaya dengan penampilan baru mereka.
Alhamdullilah penampilan baru mereka ini benar-benar menarik untuk dilihat. Mudah-mudahan penampilan mereka ini benar-benar ikhlas dari hati mereka masing-masing dan bukan hanya ikutan fesyen sahaja. Apa yang pihak OHBULAN! harapkan penampilan mereka ini akan kekal buat selamanya dan kami mendoakan agar mereka terus berjaya kelak tidak kira dalam apa jua yang mereka bakal tempuhi.

Kredit Foto : Google

Siapakah Siti Hajar? ~ Al-Fatihah

Bermula beberapa hari yang lepas keyword Siti Hajar kemalangan seakan menjadi carian panas di blog puterikasih.com. Seingat puteri, puteri tidak pernah pula menulis tentang seorang gadis bernama Siti Hajar yang kemalangan. Tertanya-tanya siapa pula SIti Hajar yang dimaksudkan. Dimana pula gadis ini kemalangan? Bagaimana keadaan dia sekarang?

Kesemua persoalan puteri terjawab bila puteri surf pakcik google. Seorang pelajar yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang berusia 20 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 6 Januari yang lalu. Siti Hajar merupakan seorang pelajar di UTEM. Dan dia telah kembali menemui penciptanya pada tanggal 20 Januari.

Semasa tengah surf pakcik google, puteri terjumpa satu laman blog yang menceritakanRentetan Pengalaman Di Hari-hari Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Kisah tersebut diceritakan sendiri oleh ibu kepada arwah Siti Hajar. Memang sebak hati puteri tatkala membacanya.

Walaupun puteri tidak pernah kenal siapa diri arwah, namun bila membaca rentetan pengalaman yang dilalui arwah Siti Hajar membuatkan puteri terasa betapa kerdilnya diri puteri di dunia ini. Malah puteri sendiri tertanya-tanya, adakah diri ini telah bersedia untuk pergi menemui pencipta andai masa telah tiba nanti.

Doa puteri semoga arwah tenang disana. Takziah dari puteri untuk keluarga arwah Siti Hajar. Ternyata keredhaan dan keihklasan hati arwah Siti Hajar membuatkannya cekal untuk melalui hari-hari terakhir dalam hidupnya.

p/s Hari esok belum pasti. Perbaiki diri selagi diberi peluang hidup di dunia ini.

TRAGEDI LANGGAR KERETA : KISAH BENAR, SEBARKAN UNTUK KESELAMATAN KELUARGA DAN RAKAN KITA !

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Disalin semula oleh RP dari forum carigold.com

Sunday, January 20, 2013

[3 Foto] Bedah untuk kelihatan seperti Superman!

KISAH Herbert Chavez yang mahu kelihatan seperti Superman juga disiarkan di laman YouTube pada Sabtu lalu.

MANILA - Seorang lelaki Filipina yang obses dengan watak Superman telah menjalani pembedahan dalam usahanya untuk mengubah dirinya menjadi adi wira itu.
Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, telah beberapa kali melakukan pembedahan plastik dalam tempoh 16 tahun semata-mata ingin mendapatkan dagu dan hidung seperti Superman, lapor televisyen ABS-CBN.

Dia juga melakukan suntikan silikon di bibir dan implan bahagian paha untuk kelihatan lebih berotot, kata laporan tersebut.

Akuan Facebook miliknya memaparkan puluhan gambar dan kapsyen menerangkan mengapa dia melakukan pembedahan plastik untuk menjadi Man Of Steel atau Superman.

"Saya bercadang untuk kelihatan seperti Superman sejak kecil lagi. Saya mahu menjadinya dan kelihatan seperti Superman akan membuatkan saya gembira dan berpuas hati asalkan saya tidak mengganggu sesiapa," katanya menerusi Facebook semalam. - AFP

Wednesday, January 16, 2013

[2 Foto] Kemalangan Menyayat Hati


Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR ” berkeliaran ” didalam kem tentera tersebut.

Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering, kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.
Tolong sebarkan kepada blog yang perihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutamanya facebook Mustapha Mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin.

+ Dari Wan Mohd.

[12 Foto] Teka Pekerjaan Harian Gadis Ini

Michaela Weeks (24) bekerja sebagai pengajuk Britney Spears sepenuh masa. Beliau mengenakan bayaran di antara USD 500-5500 untuk berlakon sebagai Britney Spear. Kareer pengajuk selebriti ini mewah dan beliau mampu mempunyai sebuah kerata sports dan dua buah rumah hasil dari kerjaya beliau. Tahun lalu beliau mampu mengumpul USD 500 000 hanya dengan mengajuk. Kareer sebegini ada tak di Malaysia? Kami nak mengajuk jadi Mazidul Akmal sepanjang masa. KAKAKA
Laporan asal Izismile

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More