Monday, March 30, 2009

Petua Ringkas Menurunkan Berat Badan

Perbincangan mengenai cara menurunkan berat badan seringkali kita dengar baik di kalangan kaum Adam mahupun Hawa. Isu ni sungguh universal. Kalau anda lihat di pasaran pun, pelbagai produk telah diperkenalkan untuk disasarkan kepada golongan yang mengalami masalah berat badan berlebihan ni. Cuma persoalan utama sekarang ni, sama ada ianya berkesan atau tidak. Mungkin ramai yang mengeluh kerana dah cuba pelbagai produk, namun hasilnya masih mengecewakan.


Sebagai alternatif, saya sarankan anda gunakan saja bahan semulajadi. Lebih mudah, murah dan selamat. Cuma anda perlulah rajin untuk menyediakan bahannya sendiri (d.i.y) nanti, okay. :)

Jen...jeng...jeng.. bahan yang anda perlukan adalah sama ada limau nipis ataupun limau kasturi.


gambar limau nipis

Gambar - Wikipedia




Apa yang perlu anda buat sekarang ialah sediakan air limau nipis ataupun air limau kasturi.


Caranya:


Anda ambil 2 biji limau nipis/kasturi dan perahkan airnya ke dalam gelas. Kemudian campurkan perahan limau tadi dengan segelas air suam atau sejuk dan kacau.

Akhir sekali, minumlah air limau ni setiap hari selepas makan. Sekurang-kurangnya, tunggu dulu 30 minit selepas makan, barulah diminum air limau tu.

Amalkan sehinggalah berat badan anda menurun sedikit demi sedikit. Ermmm...banyak juga khasiat air limau nipis ni yer. :p





Selamat Mencuba!

Sunday, March 29, 2009

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Bagi yang masih mengalami tekanan darah tinggi, sekali lagi saya bawakan alternatif untuk merawat darah tinggi anda tu. Sebagai makluman tambahan, ini adalah kali keempat saya paparkan petua berkaitan darah tinggi. Sebelum meneruskan pembacaan, anda boleh lihat petua terdahulu yang berkaitan di sini.


lakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi




Sekiranya anda dah cuba petua yang lepas tapi belum berhasil atau kurang serasi dengannya, apakata anda cuba amalkan meminum air limau nipis. Seperti biasa, minum 2 kali dalam sehari.


Untuk lebih terperinci, jom kita sama-sama sediakan air limau nipis ni. :)


1. Memula, ambil 1 biji lipis dan perah airnya ke dalam gelas.

2. Masukkan juga 1 gelas air sejuk ke dalam gelas yang berisi perahan limau nipis tadi.

3. Jika mahu, anda boleh campurkan sedikit gula.

4. Kacau semua ramuan tadi hingga sebati dan minum.

5. Amalkan meminumnya sehinggalah tekanan darah tinggi anda menurun dan kembali ke paras normal.

6. Anda boleh meminumnya pada setiap pagi dan petang.


Jika tiada aral, anda akan memperolehi hasilnya.


Selamat Mencuba!


Gambar: teknosains.info

Saturday, March 28, 2009

Amalan Untuk Merawat Rabun Mata

Memiliki mata yang cantik dan sihat seumur hidup merupakan satu nikmat yang tak terhingga nilainya. Bagi memastikannya menjadi kenyataan, kita perlu sentiasa menjaga dan memeliharanya.

Antaranya dengan selalu memakan lobak merah, elakkan membaca dalam keadaan gelap, elakkan menonton tv dalam jarak yang terlalu dekat serta berehat seketika setelah 30 minit menghadap skrin komputer.


gambar mata cantik



Namun, fokus kali ni adalah berkongsikan satu petua merawat rabun mata. Caranya ringkas saja, iaitu anda amalkan meminum air rebusan sawi.

Lakukannya secara konsisten mudah-mudahan masalah rabun mata tersebut dapat dipulihkan dengan izin-Nya.


Selamat Mencuba!


Gambar: flickr

Thursday, March 26, 2009

Cara Mengurangkan Bisa Paku

Kalau terpijak paku ni, fuhhh rasanya memang bisa yang amat. Lebih-lebih lagi kalau terkena penangan paku karat. Waduhh...


menghilangkan bisa paku




Atas sebab itu, saya nak kongsikan dengan anda satu petua untuk mengurangkan bisa paku.


Untuk mengurangkan rasa bisa tu, anda ambil beberapa ulas bawang merah. Kemudiannya, masukkan bawang tersebut ke dalam sebuah bekas.

Seterusnya, rendamkan bahagian kaki anda yang terpijak paku tadi. Biarkannya selama 30 minit.

Setelah itu, rasa bisa kat kaki anda tu akan berkurangan dan pulih.


Selamat Mencuba!



Gambar: wikimedia.org

Sunday, March 22, 2009

Pelbagai Khasiat Daun Pegaga

Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga.

Jika sebelum ni, saya pernah nyatakan di sini yang daun pegaga ni baik dijadikan sebagai ubat darah tinggi.


gambar daun pegaga




Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan khasiat daun pegaga sebagai ubat kencing manis, mengecutkan peranakan serta menghilangkan bintik hitam di bahagian muka.



Gambar: Flickr.com


p.s: Hari ni memang saya tidak menyediakan sebarang petua khusus, tetapi sekadar berkongsi khasiat daun pegaga sahaja. Harap maklum. :)

Saturday, March 21, 2009

Atasi Masalah Jari Kebas

Petua hari ni nak berkongsi satu cara mengatasi masalah jari kebas. Biasanya jari tangan atau kaki berasa kebas ni boleh terjadi akibat terlalu sejuk.


gambar jari kebas




Untuk itu, cuba anda lumurkan bedak talkum pada jari anda yang kebas-kebas tu. Kalau jari anda berasa kebas jer, cepat-cepatlah lumurkannya dengan bedak yer.

Itu saja langkah yang perlu anda buat. Jika takder aral, rasa kebas tu akan hilang. :)


Selamat Mencuba!


Gambar: blog.wired.com

Cara Nak Menghentikan Hidung Berdarah

Anda ada masalah hidung berdarah tapi tak tahu nak menghentikan pendarahan tersebut? Kalau macam gitu, saya akan kongsikan satu petua menghentikannya di bawah ini. Tapi sebelum tu, anda perlukan daun sirih. Ambillah dalam beberapa helai.


gambar daun sirih bertemu urat




Caranya begini;


1. Anda cuci dulu sehelai daun sirih tadi agar ia bersih dan suci.

2. Kemudian, patahkan batang daun sirih tu dulu. Ataupun lipatkan dauh sirih tu supaya saiznya lebih kecil dan gulung daunnya.

3. Masukkan gulungan daun sirih ke dalam lubang hidung anda yang berdarah tu.

4. Semasa hidung disumbat, sebaiknya anda dalam keadaan berbaring secara menelentang dan relaks. Tinggikan sedikit kedudukan kepala anda semasa berbaring.

5. Biarkan diri anda dalam keadaan sebegitu lebih kurang 15 hingga 30 minit. Ataupun sehingga pendarahan itu terhenti.

6. Sebagai langkah tambahan, basahkan sehelai tuala dan letakkan di dahi pesakit.


Selamat Mencuba!


Gambar: www.pnm.my

Thursday, March 19, 2009

Amalan Untuk Penerang Hati

Hari ini saya cuma ingin berkongsi satu amalan penerang hati. Sekiranya anda mengenali rapat seseorang atau mempunyai anak yang hatinya gelap, otaknya kurang cergas ataupun bebal, boleh mencuba kaedah di bawah sebagai ikhtiar.


1. Bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali sehari.

2. Amalkan membacanya selama 7 hari berturut-turut.

3. Selepas selesai membacanya, hembuskanlah ke dalam satu bekas atau balang berisi air putih.

4. Kemudian, berikanlah mereka minum air tersebut.


Jika diizinkanNya, individu tersebut atau anak anda akan terang hatinya.


Selamat Mencuba!

Wednesday, March 18, 2009

1 Lagi Petua Hilangkan Jerawat Batu

Masalah jerawat ni sering menghantui diri sesetengah individu. Kebanyakannya dialami oleh golongan remaja lah. Masa ni jerawat memang tengah galak baru nak tumbuh. Kalau tak dijaga, dikhuatiri melarat plak nanti.

Tak dinafikan juga, orang dewasa pun ramai yang mengalami masalah ni. Sebenarnya, pelbagai cara dan petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Ada yang memakan masa yang agak lama untuk sembuh dan begitulah sebaliknya. Ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah cara hidup anda sendiri.


mencuci muka mengelakkan ditumbuhi jerawat



Anda boleh melihat antara petua kecantikan untuk hilangkan jerawat yang pernah saya kongsikan di sini dan juga di sini.


Kali ni saya nak tambah satu lagi petua. Sesuai untuk anda yang ada jerawat batu. Gunakan bawang putih jer. Jom kita tengok cara menghapuskannya. :)


1. Ambil seulas bawang putih dan basuh dulu supaya bersih.

2. Titikkan dulu bawang putih tu dan sapukan pada tempat yang ditumbuhi jerawat batu.

3. Amalkan sehinggalah semua jerawat tu hilang. Mudah, kan?






Selamat Mencuba!

Imej - Memsaab.com

Tuesday, March 17, 2009

Petua Kesihatan: Ubat Darah Tinggi

Petua kesihatan kali ni khusus buat anda yang ada masalah darah tinggi. Sebelum ini pun saya pernah menyiarkan petua merawat darah tinggi di sini dan di sinun. :)


Namun, saya ingin berkongsi satu lagi pilihan untuk anda merawat darah tinggi ni. Caranya mudah saja. Anda amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda makan nasi pada waktu tengahari atau malam.


gambar daun pegaga ubat darah tinggi 1




gambar daun pegaga ubat darah tinggi 2



Ya, daun pegaga itulah yang saya makudkan sebagai ubat darah tinggi tu. Jika tiada aral, tekanan darah tinggi anda turun kelak setelah mengamalkannya.



Selamat Mencuba dan Amalkan Gaya Hidup Sihat!



Gambar - Wikipedia

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More