Tuesday, June 30, 2009

6 Fakta Menarik Tentang Khasiat Mandi

Selama ini, saya ingatkan mandi hanyalah sekadar satu rutin harian biasa untuk membersihkan atau menyucikan diri dari kotoran. Kalau tak mandi, dah tentulah badan ni rasa tak selesa serta berbau bacin, kan? Rupa-rupanya, ada banyak lagi khasiat mandi ni. Malah ada beberapa kajian dibuat dan mendapati bahawa mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda.


gambar budak perempuan mandi

Sekadar gambar hiasan




Mari kita ketahui fakta tentang kelebihan mandi yang kurang diketahui umum;

1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.


2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang menganggu kesihatan diri.

Antaranya seperti sakit kepala, selesema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.

3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 - 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.


4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.

5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES.

Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.


6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Caranya ialah dengan menambahkan sedikit "sodium bicarbonate" ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.


Begitulah 6 fakta tentang kebaikan mandi untuk kesihatan anda. Jadi, rajin-rajinlah mandi lepas ni. Ahhah, tapi janganlah terlalu kerap pulak. Secara puratanya, cukuplah sekadar mandi 2 atau 3 kali sehari. :)

Monday, June 29, 2009

3 Kegunaan Air Kelapa Dalam Hidup Anda

Pokok kelapa telah diciptakan oleh-Nya dengan pelbagai kegunaan. Setiap inci daripadanya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara kegunaan biasa ialah digunakan bahan masakan, minuman, mainan kanak-kanak suatu masa dulu, perubatan tradisional dan ada juga yang menjadikan buah kelapa sebagai bantal.


Jadi, di sini saya akan kongsikan 3 kegunaan air kelapa untuk anda iaitu;


1. Mengubati demam campak


Sama ada demam campak ataupun demam yang berlanjutan, anda boleh minum air kelapa muda untuk menurunkan panas badan dan menyembuhkan demam campak.


Caranya;

- Ambil sebiji kelapa muda dan belah untuk mendapatkan airnya.

gambar kelapa muda

Gambar hiasan - AllProduct.com



- Tuangkan air kelapa muda tu dalam ke dalam cawan. Kira-kira dalam setengah cawan pun dah cukup.

- Amalkan meminumnya sehinggalah demam anda tu sembuh.


Namun begitu, anda juga boleh meminum air kelapa muda begitu saje. Tak payah tuang ke dalam cawan. Sesetengah pendapat mengatakan yang cara ni lebih berkesan.

Cuma cara yang pertama tadi tu mungkin sesuai ditujukan untuk kanak-kanak. Sebab kadang-kadang ada di antara mereka yang taknak minum air secara terus dalam buah kelapa tu. Sebagai alternatif, anda tuangkanlah ke dalam cawan. :)



2. Penawar racun


Sekiranya anda atau sesiapa saja yang terminum racun, segera berikan mangsa minum air kelapa muda sebanyak mungkin. Tujuannya supaya keadaan mangsa tidak melarat.

Kemudian, anda bawalah mangsa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.



3. Menambahkan keenakan masakan anda


Satu lagi kegunaan air kelapa ialah sebagai bahan untuk mengenakan masakan anda. Tapi kali ini ialah air kelapa tua.

gambar kelapa tua

Gambar hiasan - Wikimedia



Selalunya, kalau anda beli kelapa kat kedai rucit, mesti pekedai tu belah dan terus buang air kelapa macam tu aje, kan?

Tapi, sebenarnya air kelapa tua ni pun ada kegunaannya tau. Ya, ianya dikatakan mampu menambahkan kelazatan masakan anda.


Caranya begini;


Setiap kali anda memerah kelapa parut tu, perahlah ia dengan menggunakan air kelapa. Khasiatnya ialah masakan anda bukan saja lebih enak malah akan tahan lama. Atau dalam bahasa lain, ia dapat mengelakkan masakan anda daripada cepat basi. :)


Selamat Mencuba!

Saturday, June 27, 2009

Teknik Merebus Telur Mentah yang Retak

Kadang-kadang, kalau anda membeli sepapan telur, mungkin ada sebiji dua telur mentah yang retak. Telur retak ni pulak, bukannya boleh tahan lama. Jadi, takkan lah anda nak buang macam tu aje, kan? Sebaliknya, anda masih boleh menggunakannya lagi.


Gambar hiasan telur retak - i.ehow.com




Anda hanya perlu mengasingkannya dulu. Kemudian, rebuskan telur mentah yang retak tu. Teknik yang harus anda lakukan adalah seperti di bawah;

1. Bungkus kesemua telur yang retak tadi dengan kertas timah ataupun aluminium foil. Kalau takde, anda boleh gunakan plastik sebagai ganti.


Gambar hiasan aluminium foil - RealSimple.com



2. Ikat bungkusan tadi dengan kemas.

3. Kemudian, anda boleh rebus atau kukus telur tersebut sampai mendidih.


Nah! Sekarang anda dah dapat telur rebus. Bolehlah buat sambal telur lepas tu, tak gitu?


Selamat Mencuba!

Monday, June 22, 2009

2 Ramuan Mengatasi Masalah Keputihan

Bila sebut pasal masalah keputihan, sudah tentulah ianya berkaitan dengan wanita. Namun, sebagai suami yang prihatin, anda perlulah juga mengambil tahu mengenainya. Keputihan yang disebabkan oleh keluarnya lendir dari saluran vagina sering menimbulkan kerisauan dan ketakutan di kalangan kaum hawa. Rasa tak selesa atau gatal-gatal pasti wujud.

Bagi mengatasi keputihan ni, ada 2 petua tradisional yang ingin saya kongsi dengan anda. Kaedah pertama, anda perlukan pucuk pegaga sebagai ramuan asas. Manakala yang kedua pula, anda perlukan daun sirih sebagai bahan utamanya.


KAEDAH 1:


1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.


gambar daun pegaga untuk masalah keputihan
Gambar hiasan - Mang Andri (Flickr)


2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.

5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.


Ataupun anda boleh cuba cara kedua seperti di bawah ini sebagai alternatif.


KAEDAH 2:


1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.

gambar daun sirih untuk masalah keputihan
Gambar hiasan - Id.Wikipedia.Org


2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.

6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.

7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.

8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.


Selamat Mencuba!



p.s: Petua tradisional di atas hanyalah perkongsian secara tidak rasmi yang saya perolehi daripada individu yang telah berpengalaman dalam masalah ini.

p.p.s: Namun begitu, saya tetap mengesyorkan anda mendapatkan nasihat dan rawatan doktor supaya tidak ada sebarang kesan sampingan di kemudian hari.

p.p.p.s: Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai masalah keputihan ni, saya sertakan satu link dalam bentuk fail pdf yang ditulis oleh pakar sakit puan yang tak asing lagi iaitu Dr. Hamid Arshat. Klik di sini untuk melihatnya.

Sunday, June 21, 2009

Cara Bersauna di Rumah Anda

Mandi sauna atau bersauna sememangnya baik untuk kesihatan mental dan fizikal anda. Cuba anda bayangkan ..., dengan hanya bersauna selama 15 minit, ia mampu membakar sebanyak 400 hingga 600 kalori. Bukan itu saja, ia turut membantu menyegarkan badan, melegakan stress, mencantikkan kulit, melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta mencairkan lemak dalam badan anda.

Namun begitu, kos untuk mandi sauna ni agak tinggi bagi sesetengah individu. Lebih-lebih lagi kalau anda melakukannya di pusat-pusat kecantikan. Kalau nak beli set sauna di rumah tu pun harganya hampir mencecah RM500. Malah ada yang lebih mahal dari itu.


Sehubungan itu, jika anda ingin bersauna di rumah dengan kos yang lebih murah daripada itu, cubalah alternatif di bawah ini;


1. Sediakan bahan-bahan asas iaitu 10 batang serai wangi, 10 helai daun kunyit dan juga segenggam bunga melati.

gambar bunga melati

Bunga Melati - Adi Setiawan




2. Rebus kesemua bahan di atas (serai wangi, daun kunyit dan bunga melati) dalam periuk.

3. Selepas mendidih, anda tuangkannya ke dalam baldi.

gambar hiasan untuk baldi



4. Kemudian, selubungkan badan anda dengan kain selimut yang tebal bersama-sama dengan baldi berisi air rebusan tu tadi. Biarkan diri anda dalam keadaan ini selama 15 ke 20 minit.

Kalau anda tak tahan, mula-mula buat dalam 10 minit saja pun dah cukup. Bila dah biasa nanti, buatlah dalam 15 minit yer.

5. Dengan cara ini, wap dari air rebusan tersebut akan membuatkan badan anda berpeluh seperti bersauna dengan cara biasa.


Setelah selesai sessi ini, badan anda akan terasa ringan dan bertambah segar.


Selamat Mencuba!

Thursday, June 18, 2009

Amalan Harian Agar Wajah Kelihatan Muda

Wajah seseorang yang sentiasa awet muda pasti ada rahsia di sebaliknya. Pernah tak anda tanya kat mereka? Selalunya individu tersebut akan mengatakan "Takde apa-apa rahsia. Hanya amalan biasa je."


Amalan biasa yang dimaksudkan tu biasanya ialah menjaga pemakanan seperti memakan ulam-ulaman atau minum jus tomato, bersenam secara teratur dan sentiasa memelihara air sembahyang. Saya juga pernah berkongsi beberapa petua awet muda di SINI.


Namun, ada satu lagi petua yang ingin saya kongsikan. Khasnya buat anda yang beragama Islam.

Sebelum itu, anda perlulah mengamalkan amalan ini dengan ikhlas yer.

Iaitu setiap kali selepas solat Subuh, anda bacalah Surah Yusuff. Sejurus selesai membacanya, anda minum air suam sebanyak 3 teguk.

Kalau boleh, amalkan setiap hari mudah-mudahan wajah anda kelihatan lebih muda dan berseri-seri secara semulajadi.



Selamat Mencuba!

Wednesday, June 17, 2009

2 Cara Menghilangkan Bau Badan Anda

Masalah badan berbau akan membuatkan orang yang berada di sekeliling anda kurang selesa. Cuma mereka mungkin tak sampai hati atau serba salah nak "sound direct" kat anda. Tapi kalau anda dah sedar yang bau badan anda tu agak kuat, cuba anda lakukan petua yang akan saya kongsi di bawah nanti.

Kali ini, ada 2 petua yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan bau badan. Anda boleh gabungkan kedua-duanya sekali untuk hasil yang lebih baik.


PERTAMA:


- Anda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan "jus" nya.


Gambar hiasan - EStrip.Org



- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.

- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.

- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.

- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.


KEDUA:

Sekiranya anda berpeluh, lapkan peluh tersebut dengan menggunakan tisu pelembap bayi. Salah satu contohnya ada kat bawah ni.


Gambar hiasan - AllProducts.Com


Kalau anda seorang yang aktif bersukan, gemar melakukan aktiviti lasak atau kerap berpeluh bolehlah gunakannya.


Selamat Mencuba!

Saturday, June 13, 2009

Petua Kempiskan Perut

Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.


perut yang kempis



1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

Teh O Limau tanpa Gula

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.


Selamat Mencuba!


rahsia melangsingkan badan anda


[*PERINGATAN*] Petua di atas hanya sesuai untuk anda yang tak menghidapi sebarang penyakit. Harap maklum.

Ubat Menurunkan Darah Tinggi

Bagi pesakit darah tinggi, ada satu lagi petua tradisional untuk anda. Petua ni dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan segera. Sekiranya anda diserang darah tinggi, cuba lakukan dua langkah berikut.


periksa tekanan darah anda

Gambar hiasan - GoldBamboo.com




Langkah 1:

Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.


Langkah 2:

a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.

b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.

c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.

d. Minum air tersebut 3 kali sehari.


Sekali lagi, pastikan anda buat langkah-langkah di atas ketika diserang darah tinggi. Mudah-mudahan ia mampu dijadikan sebagai penawar atau ubat darah tinggi anda tu.


Selamat Mencuba!

Thursday, June 11, 2009

Merawat Kulit Kering Atau Bersisik

Masalah kulit kering atau kulit bersisik pada bahagian kaki akan menimbulkan rasa kurang selesa pada anda. Terutamanya bagi si gadis atau kaum wanita. Anda tentu risau jikakalau keadaan ni berterusan.

Untuk merawat masalah ini, anda boleh cuba satu petua. Iaitu dengan menggunakan minyak kelapa yang masih belum digunakan lagi.


Gambar hiasan - 4spectrum.us




Caranya:

Sapukan minyak kelapa pada kaki anda setiap hari. Sebaiknya, anda sapulah pada waktu pagi dan malam (iaitu sebelum masuk tidur).

Amalkan sehingga kulit anda sembuh dan licin seperti biasa.


Selamat Mencuba!



p/s: Bagi anda yang ada masalah kulit kering di muka, ada satu petua yang boleh digunapakai dengan merujuk post "Minyak Zaitun Melicinkan Kulit Kering" (klik).

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More