Thursday, April 1, 2010

Merawat Bengkak, Salah Urat dan Terseliuh

Bagi anda yang sukakan gaya kehidupan aktif dan lasak; mengalami bengkak, salah urat dan terseliuh ni adalah lumrah, kan? Kesakitan yang dirasai selalunya tertumpu pada bahagian tangan ataupun kaki.

Tapi, anda sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit tu dengan cara tradisional. Petuanya adalah dengan menggunakan daun tembaga suasa. Biasanya daun ini tumbuh di tepi pantai dan pinggir hutan. Malah, ada juga sesetengah individu yang menjadikannya sebagai tanaman hiasan.


Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum)

Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum) - wikimedia.org




Cara merawatnya;


1. Ambil beberapa helai daun tembaga suasa.

2. Bersihkan daun tadi dan tumbuk sehingga lumat.

3. Kemudian, anda tampalkan pada bahagian yang bengkak, salah urat atau terseliuh tadi.

4. Selepas itu, balutkan bahagian yang telah ditampal dengan daun tadi.

Sebaiknya, anda balut juga menggunakan daun tembaga suasa. Jika khuatir ia lekas putus, layurkan dulu daun tersebut dengan api.

Itu saja. :)


Sebagai tambahan, petua ini pula khusus untuk anda merawat kawasan bengkak saja. Sekali lagi, khidmat daun tembaga suasa diperlukan.


Kaedahnya seperti berikut;

1. Ambil sehelai daun tembaga suasa dan bersihkannya.

2. Sapukan daun tadi dengan minyak kelapa.

3. Seterusnya, salai daun yang telah disapu dengan minyak kelapa di atas api.

4. Apabila daun itu kelihatan berminyak, anda boleh balutkannya pada kawasan yang bengkak.

5. Ulangi proses ini beberapa kali dengan daun yang baru sehinggalah hilang rasa sakit.


Selamat Mencuba!

Petua Lelaki: Adakah Zakar Anda Cukup Kuat?

Tulisan kali ini akan menyentuh soal kesihatan alat sulit lelaki. Setiap lelaki pastinya mahukan zakar yang tip-top. Sihat dan kuat. Terutamanya bagi mereka yang dah bergelar suami. Begitu juga dengan mereka yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi, kan?


gambar hiasan perkahwinan
Gambar hiasan perkahwinan - maxoil.blogspot.com


Tapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah; adakah zakar anda benar-benar kuat?


Menurut sumber yang saya peroleh, ia menerangkan bahawa zakar yang kuat adalah zakar yang menegang mendongak ke atas. Apabila anda membuang air kecil, ia memancut dengan laju serta jauh dan terdapat banyak buih pada air kencing tersebut.


Zakar yang lemah pula adalah ketika menegang ia tidak sampai ke atas. Hanya sampai di pertengahan. Apabila membuang air kecil pula, pancutan agak lemah dan jaraknya pun dekat sahaja. Buihnya pun hanya sedikit.


Selain itu, tanda lain yang menandakan zakar lemah adalah;

1. Terlalu kerap membuang air kecil pada waktu malam hari.

2. Kedudukan zakar yang tak betul atau bengkok.



Sebaik-baiknya, usah biarkan alat sulit anda berkeadaan sebegitu terlalu lama. Ini kerana ia masih boleh diubati. Tapi jika dibiarkan terlalu lama, itu yang mengakibatkan mati pucuk. :(


Suhu persekitaran yang paling baik untuk zakar anda ialah tidak terlalu sejuk dan juga tidak terlalu panas. Jika suhu zakar lebih sejuk daripada lubang faraj, itu akan mengakibatkannya cepat ngilu, kurang tegang dan seterusnya mudah pancut.


Sedikit lagi info tambahan....


Perlu disedari bahawa seandainya buah zakar anda kendur, tahap ketegangan zakar adalah sederhana. Jadi, kawal dulu diri anda daripada terus melakukan persetubuhan. Tujuannya bagi mengelakkan air mani anda terpancut lebih awal.

Pada saat ini, anda perlu meminta bantuan isteri memainkan peranannya di bahagian zakar agar ia dapat tegang sepenuhnya. Zakar yang tegang akan menyempitkan urat tempat pengaliran air mani dan seterusnya membantu anda tahan lebih lama.


Begitulah serba sedikit info yang dapat saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia dapat memberi input tambahan buat para suami dan bakal suami.


Jika anda inginkan lebih input, boleh dapatkannya dalam ebook pancutkan suami. Klik saja banner di bawah dan anda akan dibawa ke halaman yang sepatutnya.




Harap ia dapat membantu anda. :)


P.S: Mohon maaf jika tajuk di atas agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak.

P.P.S: Tujuannya hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat demi kebaikan kaum lelaki terutamanya kepada bakal suami ataupun mereka yang telah berumahtangga.

Wednesday, March 31, 2010

Petua Kurangkan Sakit Gigi?

Adakah anda mengenali Pokok Subang Nenek? Ataupun nama lainnya Pokok Butang Baju Siti Fatimah? Manakala nama saintifiknya pula ialah Sthenodesme Temtanara?

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang senang tumbuh di kawasan yang lembap. Contohnya seperti di tepi-tepi longkang yang berair.

Pokok Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah)

Pokok Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah) - aalim @ flickr



Sungguhpun begitu, ia mampu mengurangkan sakit gigi ataupun gusi bengkak. Sementara menunggu masa nak ke klinik tu, anda bolehlah memanfaatkan khasiatnya ya.


Petuanya adalah seperti berikut;


1. Ambil beberapa helai daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah).


Daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah)

Daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah) - fazlisyam.com



2. Bersihkan kesemua daun tadi dan tumbuk ia hingga lumat.

3. Seterusnya, sapukan daun yang telah lumat pada gigi atau gusi yang sakit.


Kemudian, anda akan rasa semacam kebas pada gigi atau gusi yang bengkak tadi. Proses tersebut secara tak langsung akan mengurangkan rasa sakit pada bahagian gigi serta gusi yang terlibat.


Selamat Mencuba!

Friday, March 26, 2010

Bila Terkena Gigitan Ular Berbisa...

Anda tentu berasa panik apabila terserempak dengan ular, kan? Tetapi menurut apa yang saya dengar, sekiranya berhadapan dengan ular, kita sepatutnya mendiamkan diri. Sebab kalau kita bergerak, ular tersebut akan terkejut. Bila dah terkejut, ular tersebut pun bertindakbalas dan menyerang objek yang berada di depannya.


Tapi bila dah panik nie, macam-macam hal boleh terjadi. Takkan nak berdiam diri aje, kan? Lagilah cuak dibuatnya.


Sehubungan itu, jika anda diserang atau terkena gigitan ular berbisa, mintalah bantuan rakan atau sesiapa yang berdekatan untuk melakukan langkah-langkah berikut;


1. Ikat di bahagian atas pada kawasan yang digigit ular dengan kain. Ataupun gunakan saja benda yang boleh diikat.

2. Sedut bisa ular tersebut dan buangkannya. Jangan pula ditelan bisanya kerana ia boleh membawa maut.

3. Kemudian, dapatkan daun tembakau dan basahkannya.

Daun Tembakau

Daun Tembakau - wikipedia.org



4. Seterusnya, balut atau tampalkan daun tembakau tadi pada bahagian yang digigit ular.

5. Sekiranya dah kering, tukarkan dengan daun tembakau yang baru. Ulangi proses ini sehingga keadaan mangsa sembuh.


Selamat Mencuba!

Wednesday, March 24, 2010

4 Khasiat Air Rebusan "Kucing Galak"

Kucing Galak (Acalypha Indica) merupakan satu lagi tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.


Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica)

Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica)




Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?


Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.

Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.


Ohh... kalau begitu, bagaimana pula kaedah untuk saya mendapatkan khasiatnya?


Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;


1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).

2. Bersihkannya terlebih dulu.

3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.


Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:


Ulser Mulut

Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

Amalkan sehingga anda sembuh.


Penyakit Kulit

Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.


Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat

Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. :)


Selamat Mencuba!

Saturday, March 20, 2010

2 Tip Mengembalikan Kilauan Barang Kemas

Barang kemas dan wanita memang sukar dipisahkan. Malah barang kemas bukan sekadar perhiasan semata-mata. Ini kerana ada yang membelinya kerana ia boleh digunakan sewaktu tersesak. Tidak kurang juga yang berlumba-lumba mengumpulnya bagi tujuan pelaburan jangka panjang.

Tapi untuk tujuan pelaburan, biasanya hanya emas 916 dan emas 999 yang laku dan anda boleh membuat keuntungan daripadanya. Begitulah serba sikit ilmu yang saya dapat menerusi ebook Emas-Emas yang Hilang.


Gambar hiasan emas

Gambar hiasan emas - Ebook Emas-Emas yang Hilang



Opss... sebelum saya menyimpang jauh, jom kita kembali pada topik asal. Barang kemas ni bila dah lama dipakai akan kelihatan kusam, pudar dan kurang berkilat seperti mula-mula membelinya. Jadi, tarikannya pun dah kurang, kan?

Justeru itu, berikut adalah 2 tip untuk anda mengembalikan kilauan barang kemas tersayang;


Tip Pertama


1. Ambil sedikit sos cili.

2. Campurkannya dengan 2 hingga 3 titis air bersih.

3. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada barang kemas yang hendak dikilatkan.

4. Seterusnya, berus atau gosok barang kemas tadi secara perlahan-lahan dengan menggunakan berus gigi terpakai.

5. Akhir sekali, cucilah barang kemas tadi dengan air bersih.



Tip Kedua


1. Ambil sedikit asam jawa.

2. Bancuhkan asam jawa tadi dengan mencampurkan sedikit air.

3. Kemudian, rendamkan barang kemas anda ke dalam air asam jawa selama 30 minit atau setengah jam.

4. Selepas itu, beruslah barang kemas anda dengan berus gig terpakai.

* Tujuan memberus adalah untuk mengeluarkan daki-daki yang terdapat di celah-celah barang kemas.

5. Akhir sekali, bilaslah barang kemas tadi dengan air bersih.


Jika dilakukan dengan teratur dan cermat, hasilnya kilauan barang kemas anda kembali menyerlah dan hampir kelihatan seperti baru.


Selamat Mencuba!



p.s: Ebook emas-emas yang hilang telang ditutup jualannya. Jika anda masih berminat mengetahui mengenai pelaburan emas, sila lawati laman web pada banner di bawah;




Cara Melegakan Sakit Mata

Beberapa hari lepas, saya telah kongsikan petua mengubati sakit mata dengan anda. Jika ada yang terlepas, boleh rujuk semula di SINI ya.

Cuma kali ini saya ingin menambah satu lagi cara bagi melegakan sakit mata. Iaitu dengan menggunakan akar pokok bunga raya putih pula.


Bunga Raya Putih

Bunga Raya Putih - iluvislam.com



Ia adalah sebagai alternatif sekiranya anda sukar mendapatkan daun bunga melati ataupun daun sirih (merujuk kepada tulisan lepas - 3 Petua Mengubati Sakit Mata).


Baiklah, cara memanfaatkan akar pokok bunga raya putih adalah seperti berikut;


1. Ambil hanya bahagian akar pokok bunga raya putih.

2. Bersihkannya terlebih dulu.

3. Rebus akar tersebut hingga mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan ianya sejuk.

5. Apabila air rebusan tadi dah sejuk, titiskannya pada mata anda yang sakit.


Jika diizinkan-Nya, mata anda akan sembuh. :)


Selamat Mencuba!

Thursday, March 18, 2010

Petua Suami Isteri: Bagaimana Cara Meningkatkan Kesuburan?

Masalah kesuburan sering ditimbulkan bila mana sepasang suami isteri yang telah agak lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan cahayamata. Situasi ini bertambah sukar sekiranya si suami dan isteri enggan duduk berbincang bagi menangani situasi ini. Sebaliknya, hanya meletakkan kekurangan pada bahu pasangan mereka.

Alangkah indahnya jika anda dapat membuang yang keruh dan ambil yang jernih, kan? Usahlah menyalahkan sesiapa lagi. Ayuh berikhtiar bersama-sama agar hajat untuk nak dapat anak tercapai.


Bagi anda yang mengalami situasi sebegini, saya ingin berkongsi satu petua yang telah diperolehi bagi meningkatkan kesuburan suami isteri. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat kulit pokok durian belanda (Annona Muricata).


Pokok Durian Belanda(Annona Muricata)
Pokok Durian Belanda(Annona Muricata) - ubcbotanicalgarden.org


Caranya adalah seperti berikut:


1. Anda dapatkanlah kulit pokok durian belanda.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu.

3. Kemudian, anda hancurkan kulit pokok durian belanda tadi.

4. Seterusnya, anda rebuskan kulit tersebut sehingga airnya tinggal lebih kurang dalam secawan.

5. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut secara perlahan-lahan.

Anda (suami dan isteri) boleh amalkan meminumnya sekali sehari. Dengan cara ini, tahap kesuburan anda dapat dipertingkatkan, InsyaAllah. :)

Malah, selain baik untuk kesuburan, air rebusan kulit pokok durian belanda ini juga dapat mengubati;

- Batuk,

- Kencing manis,

- Ulser malaria,

- Ulser perut,

- Penyakit jantung

dan

- Penyakit hati.






Selamat Mencuba!

Tuesday, March 16, 2010

5 Kegunaan Tanaman Tutup Bumi

Tanaman Tutup Bumi yang juga dikenali sebagai Elephantopus Scaber selalunya tumbuh di tepi jalan, tempat letak kereta, tanah terbuka dan di kawasan padang rumput. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan di rumah anda.

Walau tanaman tutup bumi ni senang ditemui, tapi adakah anda tahu tentang kegunaannya dari sudut penjagaan kesihatan diri?

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 1

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 1 - Prof KMS@Flickr



Percaya atau tidak, para pengamal perubatan tradisional mengakui yang ia boleh merawat selesema, sakit tekak, anemia bagi wanita dan kanak-kanak, batuk serta masalah haid tidak teratur.


Petua ringkas menggunakan tanaman tutup bumi bagi merawat 5 masalah di atas adalah seperti berikut;


A. Selsema dan Sakit Tekak

1. Ambil kesemua bahagian tanaman tutup bumi dan bersihkannya.

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 2

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 2 - dinesh_valke@Flickr



2. Setelah bersih, rebuskan ia hingga mendidih.

3. Bila dah mendidih, biarkan seketika air rebusan tersebut.

4. Kemudian, tapiskannya ke dalam gelas dan minumlah secara perlahan-lahan.


B. Anemia (Wanita dan Kanak-Kanak)

1. Ambil bahagian akar tutup bumi sahaja.

2. Bersihkan akar tersebut dan rebuskan sampai ia mendidih.

3. Kemudian biarkan air rebusan tadi suam, tapiskan ia dan minumlah dengan perlahan.


C. Batuk

1. Ambil beberapa helai daun tutup bumi.

2. Bersihkannya dan salai(layur) daun tersebut di atas api.

3. Akhir sekali, gosokkanlah daun tersebut pada bahagian leher anda.


D. Haid Tidak Teratur

1. Ambil hanya bahagian batang dan daun tutup bumi saja.

2. Bersihkannya dan rebus bahagian tersebut sampai mendidih.

3. Seperti biasa, lepas dah mendidih biarkan ia seketika.

4. Setelah agak-agak suam, barulah anda tapis air rebusan tadi ke dalam gelas dan minumlah ia perlahan-lahan.


Begitulah serba ringkas khasiat tanaman tutup bumi dan cara penggunaannya. Mudah-mudahan ia memberi manfaat dan nilai tambah kepada anda sekeluarga.


Selamat Mencuba!

Sunday, March 14, 2010

3 Khasiat Akar serta Daun Pokok Kelulut

Pokok Kelulut (Urena Lobata) selalunya tumbuh di kawasan tanah terbiar. Manakala buahnya amat mudah melekat pada fabrik. Sebab itulah suatu ketika dulu, buah pokok kelulut ni boleh dikatakan antara bahan permainan yang popular. Terutamanya bagi golongan kanak-kanak. :)

Pokok Kelulut (Urena Lobata)

Pokok Kelulut (Urena Lobata)



Namun di sebalik kepopularan buahnya itu, akar dan daun kelulut tak ketinggalan turut memiliki khasiatnya yang tersendiri. Iaitu mengurangkan sakit gigi, merawat demam yang berpanjangan dan juga merawat luka.

Cara untuk memanfaatkan kelebihan akar dan daun pokok kelulut ni adalah berbeza-beza. Saya akan kongsikannya dengan anda di bawah ini;


Mengurangkan Sakit Gigi


1. Ambil bahagian akar pokok kelulut saja.

2. Bersihkan akar tersebut sebaik mungkin.

3. Kemudian, kunyah akar tadi secara perlahan-lahan.


Merawat Demam Berpanjangan


1. Ambil akar kelulut dan bersihkan ia.

2. Kemudian, tumbuk akar tadi hingga lumat sedikit.

3. Seterusnya, anda perlu kisarkan akar tersebut dengan menambahkan sedikit air.

4. Selepas itu, tapiskan akar kelulut tadi untuk mendapatkan jusnya.

5. Akhir sekali, minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.


Merawat Luka


1. Ambil beberapa helai daun kelulut dan bersihkan.

Daun Pokok Kelulut (Urena Lobata)

Daun Pokok Kelulut (Urena Lobata)



2. Kemudian, tumbuk daun tersebut hingga lumat.

3. Akhir sekali, pupukkan daun yang telah lumat pada bahagian yang luka.


Selamat Mencuba!


Imej: en.wikipedia.org

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More