Saturday, October 9, 2010

7 Langkah Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Lingkaran hitam bawah mata anda masih belum hilang lagi? Jika begitu, cuba anda kaedah rawatan menggunakan kentang. Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.


Kentang Segar - tradeindia.com




Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda;


1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.


Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.


Selamat Mencuba!

Thursday, October 7, 2010

Cara Memekatkan Air Mani dan Lambat Pancut?

Terlebih dahulu, maaf jika entri kali menyinggung atau menganggu ketenteraman sebahagian anda ya. Ini adalah segmen petua suami isteri. Ia dikongsikan khusus buat golongan suami yang sering mengalami masalah pancut awal ketika bersama isteri. Kesannya, isteri anda berkemungkinan besar MENDERITA dalam diam!

Demi kebaikan rumahtangga anda, adalah lebih baik bertindak segera sebelum ia melarat. Sebelum saya kongsi cara agar si suami ni lambat pancut, ada baiknya saya berikan tips untuk memekatkan air mani dulu.


Boleh, kan?



1. Ambil segelas susu asli yang telah dimasak.


susu masak
Susu Masak - slate.com



2. Tumbukkan satu sudu kecil jintan hitam.

3. Kemudian, campurkan susu masak tadi dengan jintan hitam yang telah ditumbuk.

4. Seterusnya, masukkan 5 biji kismis dalam susu tersebut dan minumlah dengan tertib.


Amal meminum ramuan susu di atas secara berturut-turut selama sebulan. Jika diizinkanNya, air mani anda akan bertambah pekat berbanding sebelumnya.


Manakala bagi memastikan hubungan intim berlangsung lebih lama dan agar kedua-dua pihak (suami dan isteri) mencapai kepuasan maksimum, cuba amalkan teknik di bawah;





~ Semasa melakukan hubungan intim, si suami perlu meletakkan 7 biji jintan hitam di bawah lidah. ~



Itu saja. Anda pasti boleh buat, kan?



Selamat Mencuba!

Tuesday, October 5, 2010

Tips Memelihara Kesegaran Wajah

Jika nampak wajah seseorang tu sentiasa kelihatan segar dan bermaya, pernah tak anda rasa hairan? Apa rahsia dia? Rutin harian dia memang sibuk memanjang. Tentu takde masa nak jaga muka. Dia bukannya muda lagi. Kahwin pun dah lama. Anak-anak pun dah besar panjang. Tapi muka tetap "maintain". Tak berkedut pulak tu.


Haishhh... macam-macam persoalan yang mungkin bermain di kepala anda. Buntu dibuatnya. Sedangkan anda yang lebih muda daripadanya pun dah mula timbul kedutan sana sini. Bila penat bekerja dan melayan anak-anak, muka pun nampak letih jer.

Hahh! Kalau anda nak tahu rahsianya, cubalah petua yang menggunakan pisang masak ni sebagai bahan utama.


pisang masak

Pisang masak




Cara-caranya;


1. Ambil beberapa biji pisang yang telah masak.

2. Kisar pisang tersebut sehingga ia menjadi seakan-akan krim.

3. Bila pisang tadi dah jadi krim, gunakanlah krim pisang tu sebagai bahan sapuan.

4. Sapukan pada keseluruhan kulit muka anda hingga rata.

5. Biarkannya dalam 20 minit.

6. Setelah 20 minit berlalu, bilas muka anda dengan air suam.

7. Kemudian, bilas sekali lagi dengan air sejuk pula.

8. Akhir sekali, lap muka anda perlahan-lahan dengan tuala bersih.


Amalkan selalu untuk mengekalkan kesegaran wajah anda dan mengelakkan daripada kulit muka daripada lekas berkedut.


Selamat Mencuba!

Monday, October 4, 2010

Merawat Kulit Muka Tak Sekata

Adakah anda mengalami pigmentasi kulit? Sama ada berlakunya perubahan pada warna kulit muka, muka berjeragat mahupun timbulnya bintik-bintik hitam. Sekiranya ada, bolehlah anda mencuba satu petua menggunakan khasiat lobak merah.


Jus Lobak Merah - shine.yahoo.com




Cara-caranya;


1. Anda ambil sebatang lobak merah.

2. Kisarkan lobak merah tersebut dengan menambah sedikit air.

3. Kemudian, tapis dan tuangkan jus lobak merah tadi ke dalam cawan.

4. Apa yang anda perlukan ialah ekstrak lobak merah.

5. Seterusnya, ambil ekstrak lobak tadi dan sapukan pada kulit muka.

6. Biarkannya dalam 20 - 30 minit dan bilas dengan air bersih.


Amalkan langkah ini setiap hari bagi menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah anda.



Selamat Mencuba!

Friday, October 1, 2010

Petua Tegangkan Payudara 2

Petua ini khusus buat kaum wanita ya. Pastinya setiap kaum hawa mendambakan payudara atau buah dada yang tegang, kan? Terutamanya bagi anda yang telah melahirkan anak. Tentu teringin mengembalikan keanjalan aset anda tu. Si suami pula akan berterima kasih dan gembira jika anda pandai jaga "body".


Bagi merealisasikan impian tersebut, apakata anda cuba petua tegangkan payudara ini;


1. Anda perlukan minyak vitamin E, sesudu yogurt dan sebiji telur ayam.


Minyak Vitamin E - reviews.pinkelle.com




Sekarang, Dah ada ketiga-tiga bahan diatas, kan?



2. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga rata.

3. Sapu dan urutkannya pada payudara anda.

4. Kemudian, anda pakailah baju dalam (bra) kira-kira selama 20 minit.

5. Setelah itu, basuh basuh dan bilas payudara anda dengan air bersih.


Amalkan petua ini selalu bagi mendapatkan buah dada yang tegang ataupun untuk menegangkannya kembali. Ini kerana dengan mengamalkan cara di atas, kulit di sekeliling buah dada anda akan tegang dan padat.


Selamat Mencuba!

Cara Memutihkan Ketiak dan Leher yang Hitam

Semasa saya kongsikan petua memutihkan ketiak dulu, banyak juga komen yang diterima. Ada yang sama-sama berkongsi petua dan ada yang bertanyakan cara lain. Kepada yang sudi berkongsi tu, terima kasih banyak ya.

Bagi yang mahukan cara lain untuk memutihkan ketiak, hari ini saya kongsikan cara alternatifnya. Cara kali ini ada dua fungsi. Bukan setakat memutihkan ketiak yang hitam. Malah sesuai buat anda yang ingin memutihkan bahagian bawah leher. Itu hanya tambahan jikalau bahagian bawah leher anda hitam.



Andainya bawah leher agak hitam, cubalah petua di bawah ini;


1. Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.


2. Memula, anda perahkan limau nipis.


Gambar limau nipis - commons.wikimedia.org




3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.



Gambar timun - ladangfertigasi.blogspot.com



4. Seterusnya, anda tumbukkan sedikit kunyit.

5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.

6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan di atas pada bahagian bawah leher atau ketiak. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.


Petua ini perlu dibuat setiap hari sehinggalah anda puas hati dengan hasilnya.


Selamat Mencuba!

Tuesday, September 28, 2010

4 Petua Kecantikan dengan Mayonis

Mayonis kurang baik bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan kalorinya yang tinggi tentu merosakkan program anda nanti. Tapi tak semestinya harus terus ketepikan mayonis. Anda boleh gunakannya untuk tujuan lain seperti kecantikan diri.


Mayonis - proteinpower.com




1. Melembapkan kulit


Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Jadi, ia kaya dengan bahan pelembap. Anda boleh gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit. Malah anda boleh praktikkan pada bahagian badan lain seperti siku, lutut dan kaki.


Caranya;

- Ambil sedikit mayonis dan sapukannya pada bahagian permukaan kulit, siku, lutut ataupun kaki.

- Sapu dan urutlah dengan lembut dan biarkannya serap dalam kulit kira-kira dalam 10 minit.

- Kemudian, bilas bahagian tadi dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala secara perlahan-lahan.

Amalan ini boleh membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit anda.



2. Rawatan rambut


Mayonis boleh merawat rambut agar kelihatan lebih bersinar. Kandungan pelembap yang dimiliki mayonis akan menyerap hingga ke bawah kulit.

Anda cuma sapukan mayonis pada keseluruhan rambut. Kemudiannya biarkannya dalam 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.



3. Merawat kuku


Rawatan untuk mendapatkan kuku yang sihat dan kuat juga boleh dilakukan sendiri dengan mayonis. Syaratnya, anda perlulah amalkan selalu petua di bawah ni.


Caranya;

- Ambil sedikit mayonis dan sapukan pada kuku anda.

- Kemudian, biarkan dalam 10 minit.

- Bilas kuku anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala.



4. Pelindung kulit


Bagi anda yang sering terdedah kepada sinaran matahari, gunakan mayonis sebagai bahan pelindung. Cuma sapukan mayonis pada kulit bagi menyejukkan serta melegakan kulit.


Begitulah 4 petua kecantikan yang mudah untuk dicuba bagi melindungi dan melembapkan kulit anda.


Selamat Mencuba!

Thursday, September 23, 2010

Nah... Ini Dia Ubat Lemah Syahwat

Setelah sekian lama tak sentuh mengenai petua suami isteri, ini dia satu lagi petua mengatasi dilema lemah syahwat. Tentu sekali ia ditujukan khas buat para suami yang bermasalah untuk bertahan lebih lama ketika bersama isteri.


Jadi, apakah petua untuk tahan lama tu?



Memula sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;


Bahan untuk amalan petua tahan lama


i. 3 biji telur ayam kampung

ii. 5 ulas bawang merah

iii. 5 ulas bawang putih




Seterusnya, langkah-langkah membuatnya;


1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.

2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.

3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.

4. Kemudian, masukkan air perahan bawang tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata.

5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.

6. Apabila campuran tadi dah sebati, kukus ia sampai setengah masak.

7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.


Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan. Lakukan secara berturut-turut ya. Jika diizinkanNya, anda pasti mampu bertahan lebih lama semasa bersama. Paling penting, anda dapat membahagiakan isteri tersayang.





Selamat Mencuba!

Wednesday, September 22, 2010

Gaya Pemakanan Sihat Agar Tetap Langsing

Pernah tak anda jumpa segelintir individu yang sering memakan makanan berkalori tinggi tapi badan mereka tetap langsing? Mereka ni kalau diperhatikan, selalu menjadikan kek coklat atau keju dan aiskrim sebagai pencuci mulut. Namun yang peliknya, mereka tak gemuk pulak.


Gambar hiasan - secretrecipe.com.my




Apalah rahsia langsing diorang ni agaknya yer?



Hahh, kalau anda nak tahu, saya akan dedahkan sekarang. Menurut kajian, ianya disebabkan oleh gaya pemakanan mereka. Di mana mereka memakan makanan berkalori tinggi tu secara perlahan-lahan. Kunyah dan hadamkan makanan tu satu persatu. Dengan cara ini, mereka akan berasa kenyang dengan lebih cepat berbanding jika makan secara terburu-buru.


Gaya pemakanan sihat - wellsphere.com



Sebab kalau anda suka makan dengan gelojoh cepat, jumlah kalori yang masuk dalam badan adalah tinggi. Lepas tu, proses penghadaman akan menjadi semakin berat kerana gigi anda tidak sempat menghancurkan makanan yang masuk dengan sempurna.

Lagi satu kajian daripada Jurnal Kesihatan Inggeris pula mengatakan; apabila anda makan dengan cepat ia menimbulkan kesan kecanduan terhadap kegemukan. Ditambah pula dengan faktor terdapatnya pelbagai jenis makanan segera di pasaran.


Jadi, kalau anda ingin kekal langsing walaupun suka makan kek coklat dan makanan lain berkalori tinggi; amalkanlah gaya pemakanan sihat berikut:


1. Kunyah makanan hingga benar-benar halus (40-50 kali) sebelum menelannya.

2. Setelah mulut kosong, barulah anda suapkan makanan seterusnya.

3. Elakkan daripada makan sambil buat kerja lain. Contohnya makan sambil menghadap tv, pc atau laptop (dah banyak kali pesan nie). Tabiat ini membuatkan anda lebih suka mengunyah tanpa menyedari yang anda sebenarnya dah banyak sangat mengunyah. Betul tak?

4. Mainkan alunan muzik yang berirama lembut semasa menikmati hidangan. Secara tak langsung ia membantu anda makan secara perlahan-lahan.



Jadi, sekarang anda dah tahu caranya, kan? Selamat Mengamalkannya. :)

Saturday, September 18, 2010

Petua Agar Si Ibu Mudah Bersalin

Bagi anda yang bakal bergelar ibu sedikit masa lagi, tentu tertanya-tanya ada tak sebarang petua agar mudah bersalin. Menunggu sata-saat melahirkan pastinya mendebarkan. Terutama buat anda yang baru pertama kali mengandung.

Pelbagai persoalan yang bermain di kepala. Bagaimanalah keadaan aku semasa meneran nanti dan macam-macam lagi. Huhh, tentu tak senang duduk dibuatnya.

Sehubungan itu, kalau anda mahu proses melahirkan bayi berjalan lancar, cubalah petua tradisi ni. Iaitu dengan menggunakan keladi kemoyang. Petua ni pun saya dapat daripada perkongsian En. Tajuddin Abdul Manap. Beliau merupakan Pegawai Laboratori Fitoubatan di UPM.


Pokok Keladi Kemoyang - ina_qiuqiu@flickr



Langkah-langkah yang perlu bakal ibu lakukan ialah;


1. Ambil seluruh pokok keladi kemoyang. Iaitu termasuk daun dan akarnya sekali.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu.

3. Kemudian rebus pokok keladi kemoyang tadi sampai mendidih.

4. Amalkan meminum air rebusan ini setiap hari. Iaitu bermula daripada beberapa minggu sebelum tarikh bersalin.


Amalan ini dikatakan boleh membantu melancarkan proses melahirkan bayi. Di mana si ibu nanti tak perlu terlalu meneran semasa bersalin kelak. Mudah-mudahan tips bersalin ini berguna untuk anda ya.


Selamat Mencuba!



P.S: Anda atau isteri anda masih belum hamil lagi? Salah satu puncanya mungkin kerana tak tahu mengesan waktu subur. Sebagai jalan penyelesaian, lebih baik anda ketahui bagaiman kaedah yang betul melalui ebook mudah hamil dengan mengesan masa subur...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More