Friday, May 25, 2012

Lelaki Wajib tahu - Rahsia kata-kata wanita!



1) Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2 ) Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3) Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4) Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5) Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi?
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

p/s : Betul ker? admin lelaki mana la nak tahu!!


Haji Mabrur ke Marlboro? - Edisi Rosmah dan Najib





p/s : Gambar ni dah lama pon, tp bukannya nak mengungkit @ membangkitkan isu, just nak bg korang bukak mata besar2..tgok sendiri ini ke pilihan kita? - xpuas hati boleh senyap2 ehh..

Thursday, May 24, 2012

Siapakah Lelaki Misteri ini?



Haha, bukannya misteri sebab hilang ke, ape ke. tapi yang misterinya pasti ramai di kalangan kita tidak mengenalinya. dia bukan artis yang mengisi dada-dada akhbar hiburan, bukan juga ahli parlimen yang kebanyakannya sekadar memberi janji-janji kosong.

Telah Islam di tangannya lebih daripada 11 juta penduduk Afrika dalam jangkamasa 29 tahun beliau menyebarkan dakwah Islam di Afrika.

Membina 5700 buah masjid.
Menjaga seramai 15000 anak yatim.
Menggali 9500 telaga di Afrika.
Mendirikan 860 buah sekolah,
4 universiti dan
204 buah Pusat Islam.

Beliau ialah Syeikh Dr. Abdurrohman as Semait (???? Boleh google).
Berasal dari Kuwait.
Mengambil bidang kedoktoran !
Pernah dipenjarakan sebanyak dua kali.

Dia bukan mengambil jurusan Syariah atau Usuluddin, tapi mengambil jurusan kedoktoran yang berjiwa "syariah" dan "usuluddin" !

Lalu kita di mana ?

Subanallah..

sumber : i love islam

Edisi Jumaat - Wanita itu Amanah Allah



Wanita itu satu amanah dari Allah...

“Lelaki yang paling kacak adalah lelaki yang paling baik terhadap isteri dan keluarga.” 

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” (al-Araf)

Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil.

sumber : i love islam

Sakit Malam Pertama - Bukan untuk tontonan Umum



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".

p/s : jangan fikir2 yg bukan2 yerr...

Awek berusia 30 tahun yang Hot! kalah lisa Suriani





Percayakah anda Awek kat atas ini berusia 30 tahun..???

ya! itulah hakikatnya Xia Da merupakan anak kelahiran Yunan, China 4 April 1981..wajahnya kelihatan awek muda walaupun telah berusia 30 tahun...

Cun x????? agak2 boleh kalahkan lisa surirumah x??

p/s : kepada peminat2 Lisa jgn Marah yerr...


Koleksi Kata-kata Hikmah



Koleksi kata-kata hikmah yang sesuai dijadikan renungan bersama dan dijadikan sebagai motivasi diri.

01) Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
02) Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
03) Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat.
04) Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan berusaha untuk maju
05) Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

p/s : Semoga berguna untuk dikongsikan...

Telur Separuh masak untuk ayah daripada mak



Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.

“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah

kau punye”, kata emaknya.

p/s : ahaahahaa, pandai mak dia main trick...

Pak pandir kena penyakit Barah Otak



Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan/peliks)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya “takde otak”. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Wednesday, May 23, 2012

Panas! Suamiku Hebat



Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?”

Amat: “Ya betul…”

Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”

Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”

Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”

Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”

Pian: “@#$!%^&%”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More