Saturday, October 31, 2009

"3+1" Rawatan Mengatasi Penyakit Jantung

Sebagai kesinambungan artikel lepas, tibalah masanya anda mengetahui rawatan mengatasi penyakit jantung. Ada 3 rawatan berkaitan yang bakal anda ketahui hari ini. Tapi kalau anda perasan, terdapat satu petua mengurangkan risiko penyakit jantung yang pernah saya siarkan di SINI. Lihat kat point no.9 yer.


Cara Pertama:


1. Ambil sebutir buah pala dan bersihkannya.


gambar buah pala

Gambar buah pala - Wikipedia


2. Parut buah pala tu dan masukkan ke dalam gelas atau mug.

3. Tambahkan sedikit gula.

4. Tuangkan air panas yang telah mendidih ke dalam gelas atau mug tadi.

5. Kacau kesemua bahan tersebut.

6. Biarkan ia seketika sampai suam-suam kuku dan anda minumlah hingga habis.


Cara Kedua:


1. Dapatkan akar Pokok Beriksa. Atau nama saintifiknya Cassia Nodosa.

Rujuklah gambar di bawah ni. Mana tau kalau anda menjumpai, bolehlah gunakannya nanti.

gambar pokok beriksa

Gambar pokok beriksa - Wikipedia


Dan di bawah ni gambar jarak dekat yang saya jumpa di Flickr milik Maria*_*.

close-up pokok beriksa (Cassia Nodosa)

Close-up pokok beriksa (Cassia Nodosa) - Maria*_*Flickr



2. Bersihkan dan rebuslah akar Pokok Beriksa tadi.

3. Selepas mendidih, biarkan ia seketika.

4. Kemudian, tapis dan tuangkan air rebusan tu ke dalam gelas dan ianya siap untuk diminum. :)


Cara Ketiga:


Cara terakhir ni lebih sesuai buat anda yang mengalami sakit jantung yang agak serius dan tenat. Khasnya disebabkan oleh kepenatan yang teramat sangat selepas melakukan kerja-kerja tertentu.

Jalan penyelesaiannya adalah cuba berikan pesakit itu minum satu sudu gula. Mudah-mudahan jantungnya akan kembali berfungsi.

Namun anda harus ingat, kita hanya mampu berikhtiar sebaik mungkin, okay.


Selamat Mencuba!

Friday, October 30, 2009

8 Aktiviti Biasa Punca Penyakit Jantung

Gangguan kitaran darah ke atas jantung boleh menyebabkan kematian sel jantung itu sendiri. Proses inilah yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Manakala penyakit jantung koronari yang berterusan juga boleh mengakibatkan sakit jantung.


Apa pula penyakit jantung koronari ni?


Menurut Wikipedia, ia merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung. Kesannya, anda akan mengalami sakit dada yang teruk dan ketidakselesaan yang dipanggil angina.

Begitulah serba sedikit info yang dapat saya sampaikan kepada anda. Namun, jika anda kurang faham dengan penerangan di atas, anda boleh merujuk laman web Wikipedia di sini.


Sebabnya, matlamat asal saya ialah nak mewar-warkan kat anda 8 aktiviti biasa yang dikatakan menjadi punca utama penyakit jantung. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang saya maksudkan;


1. Anda kekurangan vitamin B6 dan B12, anti-oksidan dan asik folik yang menyebabkan paras homosistein yang tinggi dalam darah.

2. Melakukan kerja-kerja berat yang berterusan.

3. Waktu tidur yang tak mencukupi. Biasanya waktu tidur yang cukup adalah 5 ke 8 jam mengikut peringkat umur anda.

4. Selalu mandi di tengah malam. Elakkan mandi selepas jam 10 malam.

5. Melakukan hubungan seks di dalam air atau ketika cuaca (udara) yang terlalu sejuk.

6. Selalu berada di dalam keadaan kemurungan terutamanya untuk wanita.

7. Bagi lelaki pula, elakkan daripada emosi marah menguasai diri anda. Mengikut kajian University College London, mereka yang panas baran dan mudah meradang lebih mudah diserang penyakit jantung koronari.

8. Anda yang merokok secara berterusan.

gambar hiasan rokok

Gambar hiasan rokok - TheSun.co.uk



Hehhehe... pada anda yang merokok tu, jangan marah kalau saya sarankan agar berhenti merokok secepat yang boleh. Sayangilah jantung anda. :)


Selepas anda dah kenalpasti 8 aktiviti yang perlu dielakkan di atas, saya akan menyusul kemudian dengan petua untuk menangani penyakit jantung. Nantikannya yer...

Thursday, October 22, 2009

Cara Ringkas Menghentikan Pendarahan

Sekiranya anda mengalami pendarahan hidung ataupun pendarahan akibat luka, terdapat satu cara tradisional untuk menghentikannya. Iaitu dengan menggunakan daun ubi keledek (ubi stela) daun lalang muda.

Sekiranya anda belum mengenali ubi keledek, saya telah "google" dan menjumpai gambarnya seperti di bawah.

ubi keledek aka ubi stela

Ubi keledek aka ubi stela - Wikipedia



Baiklah, sekarang anda tentu ingin mengetahui cara menghentikan pendarahan menggunakan bahan yang telah dinyatakan tadi, kan? Silalah ikuti langkah-langkah berikut;


1. Ambil beberapa helai daun ubi keledek dan daun lalang yang masih muda.

daun ubi keledek

Daun ubi keledek



2. Anda tumbuklah kedua-dua jenis daun tu hingga lumat.

3. Setelah lumat, tampalkan saja pada mana-mana kawasan anggota badan pesakit yang keluar darah.

4. Kalau anda mengalami pendarahan di hidung pula, titikkan daun yang lumat tadi ke dalam lubang hidung. Baki daun yang selebihnya, anda tampalkan pula kat batang hidung.


Itu saja petua kali ini. Selamat Mencuba!


p.s: Untuk pendarahan hidung, saya pernah kongsikan satu artikel "Cara Nak Menghentikan Hidung Berdarah" di sini.

Saturday, October 17, 2009

Tips Menjaga Suara Anda

Salah satu aset berharga anda ialah suara. Suara membolehkan anda berkomunikasi dengan pasangan, rakan taulan atau sesiapa saja. Melalui suara jugalah anda boleh terpikat atau terpesona pada seseorang, kan? Jadi, memang tak rugilah kalau anda berusaha menjaga suara dari sekarang.


Terdapat satu tips berkenaan menjaga suara yang ingin saya tampilkan untuk anda. Caranya adalah;


1. Ambil sebiji limau nipis dalah belah 2 atau 4 supaya ia lebih mudah untuk diperah.

2. Perahkan limau nipis tadi ke dalam sebiji gelas yang berisi air masak.

3. Seelok-eloknya air masak tu biarlah yang masih panas atau suam.

4. Lepas tu, campurkan sedikit gula batu dan kacau sampai larut.

gambar gula batu
Gambar gula batu


5. Minumlah air tersebut setiap pagi sebelum anda gosok gigi atau makan apa-apa makanan.


Amalkan tips menjaga suara di atas secara konsisten. Berikan diri anda sedikit masa untuk merasai kesannya serta usahlah cepat berputus asa.




Selamat Mencuba!


p.s: Tak lama dulu, saya pernah menyiarkan tips yang lebih kurang sama melalui artikel bertajuk "Petua dan Tips Agar Suara Merdu".

Pelbagai Artikel




009.
Merenung Ciptaan Allah yang Maha Agung (Bahagian 2)-Iktibar Dari Penciptaan Manusia

010. Muhkam dan Mutasyabih


011. Merenung Ciptaan Allah yang Maha Agung (Bahagian 3)- Iktibar Dari Penciptaan Masa (Pengurusan Masa – Hanya Empat Golongan yang Mampu Mengurusnya)

012. Enam Golongan yang Sukar Menerima Dakwah

013. Mengenali Kesesatan – Syirik (Bahagian 1)

014. Mengenali Kesesatan – Melalui Al-Quran (Bahagian 2)

015. Mengenali Kesesatan – Melalui Hadis (Bahagian 3)

016. Mengenali Kesesatan – Melalui Ibadah (Bahagian 4)

017. Mengenali Kesesatan – Putus Asa Membawa Kepada Kesesatan (Bahagian 5 -Akhir)


018. Lalai Dalam Solat


019. Wasiat Luqman Al-Hakim (Pertama) : Jangan Menyekutukan Allah


020. Wasiat Luqman Al-Hakim (Kedua) : Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa


021. Wasiat Luqman Al-Hakim (Ketiga) : Tiada Ketaatan Dalam Menderhakai Allah SWT

022. Antara Punca Kelemahan Umat Islam

023. Mencintai Rasulullah (sallahu ‘alaihi wasallam)

024. Teknik Penulisan Dalam Al-Quran (Bahagian Satu)

025. Perselisihan Umat Islam

026. Mencintai Isteri

027. Empat Perkara Sebelum Tidur Dan Setelah Bangun

028. Cara Mudah Tadabbur Al-Quran (Bahagian 1/2)

029. Cara Mudah Tadabbur Al-Quran – Perhati, Fikir, Faham dan Hayati (Bahagian 2/2)

030. Subjek Pendidikan Yang Dihilangkan – Akhlak dan Jihad

031. Bisikan Syaitan : Penyakit Rasa Rendah Diri Umat Islam

032. Hanya Umat Islam Boleh Menghancurkan Islam

033. Ucapan Pertama Pemimpin

035. Manisnya Iman

036. Tiga Fungsi Bintang di Langit

037. Muhasabah Diri : Menyayangi Allah Atau Disayangi Allah?

038. Antara Kelebihan Umat Islam Akhir Zaman

039. Isu Tahlil

040. Memahami Makna Perubatan Islam

Thursday, October 15, 2009

Hilangkan Mual Akibat Memakan Udang atau Ketam

Mungkin ada di antara anda yang pernah rasa mual atau pening setelah memakan udang ataupun ketam. Tak kiralah walau apa jua jenis masakannya. Keadaan ni tentunya membuatkan anda kurang selesa dan tak tentu arah dibuatnya.

Tapi tak mengapa. Saya ada satu petua untuk anda. Bahan utama yang anda perlukan adalah halia dan minyak tanah. Kemudian, anda ikuti langkah seterusnya di bawah.


gambar halia - wikipedia

Gambar halia - Wikipedia



1. Sediakan halia secukupnya. Kupas dan cuci halia tu agar bersih.

2. Parut halia tersebut dan campurkannya dengan minyak tanah.

3. Ramas campuran di atas sehingga rata.

4. Bila dah rata, sapukan atau gosokkan pada seluruh bahagian punggung anda.

5. Selepas itu, selimutilah seluruh tubuh anda dan tidur.

6. Lebih kurang dalam 30 minit selepas tu, badan anda akan berpeluh dan rasa mual dan pening tu akan beransur hilang.


Selamat Mencuba!

Monday, October 12, 2009

Merawat Luka dengan Daun Kacang Kelo

Penggunaan kacang kelo mungkin lebih sinonim dengan kaum India. Pemilik nama saintifik Moringa Oleifera ni sedap jika dimasak kari dal. Daunnya baik untuk merawat luka kerana mempunyai aktiviti "inflammatory". Malah ia juga boleh digunakan sebagai ubat tenaga batin.

Sebelum saya bercerita panjang lebar, berikut adalah rupa kacang kelo yang saya sebutkan tadi.

kacang kelo

Kacang kelo - Wikipedia



Manakala berikut adalah rupa daun kacang kelo. Inilah bahan utama yang anda akan pakai untuk merawat luka atau nak buat ubat tenaga batin. :)

daun pokok kacang kelo

Daun pokok kacang kelo - Wikipedia


Setelah mengenal bahan utamanya, tibalah masa untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan. Lain tujuan maka berbezalah cara penggunaannya. Jadi, pastikan anda teliti setiap petua kesihatan yang diberikan.


Jika anda nak merawat luka, caranya adalah:

1. Ambil beberapai helai daun pokok kacang kelo.

2. Tumbuk daun tersebut sampai lumat. Pastikan anda bubuh sedikit minyak masak.

3. Sapulah daun tadi kat anggota tubuh anda yang luka.



Jika tujuannya sebagai ubat tenaga batin, caranya adalah:


1. Ambil beberapa helai daun pokok kacang kelo dan bersihkannya.

2. Rebus kesemua daun tersebut sehinggalah air rebusan tadi tinggal separuh.

3. Selepas itu, anda minumlah secawan air rebusan tu sekali sehari.


Minumlah air rebusan ni secara teratur. Janganlah anda terlebih minum pulak. Tindakan sebegitu takkan membantu meningkatkan tenaga batin anda secara mendadak. Berikan diri anda sedikit masa untuk anda merasai kesannya. Usah gelojoh atau terlalu ghairah, ok.


Selain itu, daun kacang kelo ni pun sesuai untuk dijadikan ulam. Kalau anda penggemar ulam-ulaman, boleh dimakan bersama nasi. Ia mampu bertindak sebagai pembersih darah, mengurangkan paras gula serta mengawal tekanan darah.


Selamat Mencuba!

Sunday, October 11, 2009

Daun Gelenggang Ubati Penyakit Kulit

Penyakit kulit seperti panau, kurap dan kudis buta merupakan perkara yang semestinya ingin anda jauhi, kan? Dijangkiti penyakit kulit tersebut membuatkan anda tak selesa dek kerana beberapa sebab. Antaranya kerana bau yang kurang menyenangkan, gatal-gatal serta malu jika diketahui orang lain.

Bagi mengubati panau, kurap serta kudis buta, anda bolehlah menggunakan khasiat yang dimiliki daun gelenggang. Anda boleh juga mengenalinya melalui nama saintifik iaitu Cassia Alata atau Senna Alata. Sila rujuk gambar di bawah yer. :)

daun gelenggang

Daun Gelenggang - Wikipedia



Kalau anda masih ingat, saya pernah menulis artikel berkenaan Petua Menghilangkan Panau. Ianya juga berkaitan penggunaan daun gelenggang. Tapi caranya agak berbeza sikit dengan kaedah yang bakal dinyatakan di bawah.


Apa dia yang berbeza sikit tu? Kalau nak tahu, anda bacalah dulu artikel di atas dan bandingkannya dengan langkah-langkah di bawah ini;


1. Ambil beberapa helai daun gelenggang dan bersihkannya.

2. Tumbuk daun gelenggang tadi hingga lumat. Pada masa yang sama, tambahkan sikit minyak tanah.

3. Sapukan daun yang telah lumat ke bahagian yang dijangkiti penyakit kulit.

Ulangi 3 langkah yang dinyatakan sehinggalah penyakit panau, kurap atau kudis buta anda sembuh. Mudah-mudahan anda sentiasa sabar sebelum menikmati hasilnya.


Selamat Mencuba!

Buah Mengkudu Baik Untuk Kesuburan Lelaki?

Khasiat mengkudu (Morinda Citrifolia) teramatlah banyak sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Betul, buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Walaupun anda sebenarnya boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu untuk tujuan kesihatan.


pokok mengkudu
Pokok mengkudu - Wikipedia


Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu lebih baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.


Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu seperti yang dinyatakan di atas adalah;


1. Ambil beberapa buah mengkudu yang dah masak ranum macam dalam gambar kat bawah.


buah mengkudu
Buah mengkudu - Wikipedia


2. Kemudian, bersihkan dulu kesemua buah mengkudu tersebut.

3. Kisar buah mengkudu tu bersama dengan sedikit air masak.

4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya saja.

5. Campurkan jus mengkudu tu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu saja.

6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.


Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua di atas secara berterusan. Sebab kalau setakat minum sekali, usahlah berharap terus nak dapat hasilnya. Ini kerana ia memerlukan masa yang lama untuk anda merasai kesan khasiatnya. Biar lambat asal anda kekal sihat, ok. :)


Selamat Mencuba!


p.s: Jika anda inginkan panduan lengkap mengenai kesuburan lelaki, ada diterangkan terperinci di LelakiSubur.com.


Tuesday, October 6, 2009

2 Petua Hilangkan Selsema

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).


Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih

Pokok sirih - www.pnm.my



2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup

Kunyit hidup - Wikipedia



2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.


Selamat Mencuba!

Sunday, October 4, 2009

Daun Sesudu Ubati Sakit Telinga

Pokok sesudu (Euphorbia Nerrifolia) selalunya mudah ditemui di kawasan kampung. Daunnya sesuai anda gunakan untuk rawatan sakit telinga. Sama ada telinga bernanah ataupun sakit dalam telinga. Di samping tu, daun sesudu ni juga boleh dijadikan sebagai bahan penyedap untuk masakan tertentu tau. :)

gambar daun sesudu

Gambar daun sesudu



Baiklah, ayuh kita beralih terus ke cara merawat sakit telinga melalui penggunaan daun sesudu ni.


1. Memula, anda ambil beberapa helai daun sesudu yang masih segar-bugar.

2. Kemudian, layurkan daun sesudu di atas api sehinggalah keluar manik-manik air dari daun tu.

3. Titiskanlah air yang keluar dari daun sesudu tu ke dalam telinga anda yang sakit.

4. Buatlah sampai telinga anda rasa lega.


Mudah-mudahan petua di atas dapat membantu anda yang mengalami masalah berkaitan telinga.


Selamat Mencuba!


p.s: Bagi yang ingin mengenali lebih dekat pokok sesudu dan daun sesudu, diharap imej di dawah dapat membantu anda.

pokok sesudu

Pokok sesudu



imej tambahan sesudu

Imej tambahan daun sesudu



p.p.s: Maaf kalau imej di atas kurang jelas. Saya cuma sempat "scan" untuk tatapan anda.

Saturday, October 3, 2009

Cara Mengurangkan Lemak Daging atau Ayam

Anda yang sukakan makanan berasaskan daging tentu tertanya-tanya, ada tak sebarang petua untuk mengurangkan lemak daging atau ayam tu sendiri. Bagi yang sering menitikberatkan penjagaan kesihatan, aspek ini tentunya diambilkira, kan? Lebih-lebih lagi semasa musim perayaan ni, hidangan daging atau ayam sentiasa menjadi menu utama bagi kebanyakan keluarga. Fuhh...

Sehubungan itu, memang terdapat satu cara untuk mengurangkan lemak pada daging atau ayam. Anda ikutlah langkah-langkah berikut.

1. Cuci daging atau ayam dahulu agar bersih.

2. Perapkan daging atau ayam tadi dengan tepung gandum.


daging ayam yang diperap dengan tepung gandum

Daging ayam yang diperap dengan tepung gandum



3. Biarkannya terperap dalam tempoh 30 minit ke 1 jam.

4. Kemudian, barulah anda boleh memasak daging tersebut mengikut resipi masing-masing.

Ini kerana, lemak daging tersebut memang akan berkurang semasa anda memasaknya. :)


Selamat Mencuba yer!

Khasiat Daun Selasih Dalam Merawat Penyakit

Daun selasih atau nama lainnya ruku-ruku merupakan sejenis ulam yang berkhasiat. Anda boleh memakannya secara mentah ataupun setelah direndam dengan air panas. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan.

daun selasih

Daun selasih(Ocimum Sanctum) - Wikipedia



Khasiat selasih ni terletak pada huruf Ta daunnya. Jika anda memakan daun selasih ni mentah-mentah, ia boleh merawat masalah usus (gastrik).


Manakala penyakit-penyakit lain seperti:-

demam

penyakit kulit

sakit telinga

sakit kepala

boleh dirawat dengan cara;


1. Merendamkan beberapa helai daun selasih yang masih segar dengan air panas.

2. Tapisnya ke dalam gelas dan biarkannya suam.

3. Minumlah airnya secara perlahan-lahan.

Sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan air rendaman selasih tu untuk kegunaan luar. Iaitu bagi menyembuhkan sakit sendi. Khusus buat kaum ibu yang menyusukan anak pula, ia berfungsi menambah air susu anda.


Selamat Mencuba!

Thursday, October 1, 2009

2 Petua Kalau Kena Sengat Lebah

Malang memang tak berbau. Ada kalanya anda terpaksa berhadapan dengan situasi yang tak dijangka. Sebagai contoh, katakanlah anda kena sengat lebah. Mungkin anda panik dan tak tau nak buat ape. Sebab takde pengalaman, kan?

Jadi, kat sini ada 2 petua yang boleh anda lakukan kalau terkena sengat lebah. Kedua-duanya adalah petua tradisional. Saya rasa anda pasti boleh buat bila tiba masanya kelak.


Cara pertama:

1. Ambil bunga melati dan cuci hingga bersih. Segenggam pun dah memadai.

bunga melati

Bunga melati - Wikipedia



2. Kemudian, anda ramas-ramaskan bunga melati tadi.

3. Lepas tu, gosokkan terus pada bahagian yang terkena sengatan.

4. Sebaik-baiknya anda cubalah cabut sengatnya tu sekali.


Cara kedua:

1. Asahkan mata pisau dengan sedikit air ke atas batu pengasah.

pisau yang diasah dengan batu pengasah

Pisau yang diasah dengan batu pengasah - Memori-Kedah.net



2. Kemudian, anda ambillah air daki daripada proses mengasah tadi dan sapukannya ke kawasan yang terkena sengatan.

3. Jika dilakukan dengan betul, lebih kurang dalam masa 4 minit rasa sakit tu akan berkurangan dan hilang.

4. Petua yang kedua ni boleh digunapakai sekiranya anda terkena sengatan lebah atau tebuan.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More