Penggunaan kacang kelo mungkin lebih sinonim dengan kaum India. Pemilik nama saintifik Moringa Oleifera ni sedap jika dimasak kari dal. Daunnya baik untuk merawat luka kerana mempunyai aktiviti "inflammatory". Malah ia juga boleh digunakan sebagai ubat tenaga batin.
Sebelum saya bercerita panjang lebar, berikut adalah rupa kacang kelo yang saya sebutkan tadi.
Kacang kelo - Wikipedia
Manakala berikut adalah rupa daun kacang kelo. Inilah bahan utama yang anda akan pakai untuk merawat luka atau nak buat ubat tenaga batin. :)
Daun pokok kacang kelo - Wikipedia
Setelah mengenal bahan utamanya, tibalah masa untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan. Lain tujuan maka berbezalah cara penggunaannya. Jadi, pastikan anda teliti setiap petua kesihatan yang diberikan.
Jika anda nak merawat luka, caranya adalah:
1. Ambil beberapai helai daun pokok kacang kelo.2. Tumbuk daun tersebut sampai lumat. Pastikan anda bubuh sedikit minyak masak.3. Sapulah daun tadi kat anggota tubuh anda yang luka.
Jika tujuannya sebagai ubat tenaga batin, caranya adalah:
1. Ambil beberapa helai daun pokok kacang kelo dan bersihkannya.2. Rebus kesemua daun tersebut sehinggalah air rebusan tadi tinggal separuh.3. Selepas itu, anda minumlah secawan air rebusan tu sekali sehari.
Minumlah air rebusan ni secara teratur. Janganlah anda terlebih minum pulak. Tindakan sebegitu takkan membantu meningkatkan tenaga batin anda secara mendadak. Berikan diri anda sedikit masa untuk anda merasai kesannya. Usah gelojoh atau terlalu ghairah, ok.
Selain itu, daun kacang kelo ni pun sesuai untuk dijadikan ulam. Kalau anda penggemar ulam-ulaman, boleh dimakan bersama nasi. Ia mampu bertindak sebagai pembersih darah, mengurangkan paras gula serta mengawal tekanan darah.
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment