Tuesday, December 22, 2009

Cara Menghaluskan Kulit Wajah

Khusus buat anda yang menitikberatkan aspek kecantikan wajah, ada satu petua untuk menghaluskan serta melicinkan kulit muka. Caranya pun taklah sesukar mana. Kos untuk mengamalkan petua ni pun agak rendah. Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan hanyalah;

~ Segenggam daun bayam


gambar daun bayam

Gambar daun bayam - TheDailyGreen.com



~ Sebiji kuning telur

~ Sedikit madu

~ Sedikit air mawar


air mawar




Cara untuk menghaluskan kulit anda dengan menggunakan daun bayam ni adalah;


1. Ambil segenggam daun bayam tadi dan bersihkannya dahulu.

2. Tumbuk kesemua daun bayam tu sehingga lumat dan halus.

3. Selepas itu, campurkan kuning telur, madu dan air mawar bersama dengan daun bayam yang telah ditumbuk halus tadi.

4. Gaulkan kesemua bahan itu hingga rata. Ia bertujuan menjadikannya sebagai topeng muka (masker).

5. Seterusnya, sapukanlah masker tersebut ke muka anda. Biarkannya di muka anda hingga kering.

6. Akhir sekali, cucilah muka anda dengan air bersih.


Anda perlu membuat petua ini hanya sekali dalam seminggu. Jika anda rajin mengamalkannya, kulit muka anda pasti lebih halus dan licin kelak.


Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More